28/02/2012

Pandangan Terhadap Seorang Perempuan

Adat mata, memandang. Tentang apa yang dipandang, pada siapa diarahkan pandangan, hanya empunya mata yang tahu. Dan awak sebagai hawa, adakah awak tahu camane pandangan lelaki pada awak?


Erkk.. Skema la pulak. Tralalala


Okay.. Sebenarnya kan awak, kalau awak nak tahu, pandangan lelaki ni ada banyak jenis. Aneka pilihan bak kata dewan bahasa dan pustaka. Banyak tu tade lah sampai beribu sesalan 3 diva tu uolls. Yang tu suku kira masing2 vokal meletup keluar urat bersimpang siur kat leher nak miming punye pasal. Walaupun banyak, tak pernah terfikir nak kira oleh saya ini. Awak kan tahu saya alergik bab kira mengira ni. Bukan sebab tak reti cuma kurang minat. Tambah tolak pun da berjaya buat saya kusut, ni pulak darab bahagi? Tu belum masuk calculus ye puan puan. Mau gegar otak ni tengok nombor dengan huruf duk sekali macam algebra tu. Akan tetapi, kenapa saya cite pasal mengira sekarang? Adakah entri saya sudah kelaut wahai puan puan sekalian? Dah la puan puan, mintak tuan tuan pulak bagi respon. Hahahaha.


Boleh saya teruskan? *Amboi sopannyeee xD*


Pandangan pertama, lelaki yang tengok awak dengan nafsu. Tak kisahlah nafsu serakah ke, serapah ke, saripah ke, yang utama tang nafsu itu aje. Mohon perhatian awak yang pakai seksi tu, baju ketat tu, ikut bodyshape tu, tubuh menggiurkan tu, tutup tidak sempurna tu, terdedah sana sini tu, semua sekali tidak akan terselamat dari lelaki dalam golongan ini. Mereka-tengok-awak-kerana-NAFSU!! Nun-alif-fa-sin-wau. (Mintak2 ejaan jawi ni betul). Sekadar menjamu kepuasan syahwat semata-mata-hidung-mulut. Tidak lebih dari itu. Kesian awak jadi mangsa kan?


Berbeza pula dengan awak yang bertudung litup, labuh melepasi paras dada, baju longgar, tidak menampakkan bentuk tubuh, serta tidak menunjukkan kelakuan yang mendorong syahwat(hyper gedik mengada gilaaa). Pandangan lelaki pada kelompok ini seolah-olah sebagai satu pandangan hormat. Hormat sebab etika serta cara pemakaian awak yang mampu menyejukkan mata yang memandang. Mana saya tahu? Ehem saya lelaki ye akak akak semua. Really I tell u. Wkwkwkwkwkwk <--motif gelak cenggini?


haloh halohhh.. apahal ayu sangat niiii?!! kawen dengan saya pleaseeeee T_T


Apatah lagi bagi awak yang berniqab. Pandangan mereka boleh dikatakan inesen sebab dorang hanya tengok apa yang awak orang bagi tengok. Maksud saya nampak mata je. Malah, timbul dalam diri sang lelaki(saya lettew) satu perasaan takjub bila menatap awak. Hamboi3, over sungguh! Siap nak tatap2 bagai kau ye? Takjub bukan apa, kerana kesungguhan awak menjaga diri dan maruah dari ditelanjangi oleh mata keranjang si pemandang(yang ni bukan saya harharhar). Selain itu, pandangan ini akan membuatkan lelaki iri hati dengan pembayar mahar awak kerana awak dah jadikan diri awak harta yang paling berharga buat mereka. Berbaloi tahu tak? (Tp pewlish leww jangan taruk harga tinggi tinggi mencakar langit. Tak terjangkau poketku. Tskkk T_T)


hai awak.. saya kagum dengan awakk. untung suami awak kan? ^^


Ha.. Sekarang camane? Dah tahu kan? Jadi awak pilih la pandangan mana yang awak mahu dari seorang lelaki. Kalau awak bangga jadi buruan mata lelaki kerana keseksian awak(ouch terase!), teruskan dengan cara pemakaian awak yang menjolok mata dan nafsu tu. Atau awak lebih suka ditonton lelaki kerana kesopanan penampilan dan kehalusan akhlak awak? Ehem. Awak pilih lah sendiri. Awak yang buat pilihan, dan awak juga akan dipertanggung jawabkan oleh pilihan yang awak buat. Faham semua?


Tapi yang paling penting, saya sebagai seorang lelaki sepatutnya kena jaga pandangan agar tidak terus menerus memandang benda yang boleh mendatangkan dosa. Takut nanti dari mata turun ke hati. Tak pasal pasal tambah gelap hati ni na'uzubillahi minassyaithonirrajim.


Oh ya, sebelum terlupa, saya nak cakap saya tengah memperbaiki diri sekarang. Orang cakap renovate yang mana patut. Hewhewhew. Mohon maaf kalau ada kekurangan. Assalamualaikum. =)


*yehoo berjaya update! =P


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thank you for reading this entry !

12/02/2012

Care And Pain




Thank you for reading this entry !

Selamat Belajar Buat Beliau

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.


Hamboii.. Salam panjang ye bang? =P Di sini penulis ingin memohon sa-puluh-ratus-ribu-puluhribu-ratusribu-jutaan maaf kerana kealpaan penulis terhadap kondisi blog yang tidak diupdate sejak lebih seminggu lalu. Kahkahkah ayat drama woii. Mohon lempang sekian terima kasih.


Lajak dengan isi seterusnya. 


Okay. Salah sorang dari BFF akan sambung belajar ke UKM. Nak cakap sambung peringkat MA kang ada pulak bibit-bibit riak muncul dalam hati suci tulus murni. Jadi better aku tayah gtau sambung peringkat apa ye dak? Eh kalau ada tercakap tu kira tak sengaja tahu? hewhewhew =3


Stendek stail kitorang, si empunya diri wajib belanja member bila ada something yang berkaitan. Kira macam kenduri kesyukuran lah. Jadi kali ni, haruslah beliau yang kena belanja. Tak syok ah main beliau-beliau cenggini. Dah macam pakcik kordi dan lembu beliau. Sape baca komik ujang ofkos dia paham. Tak paham lantak ah, kesah pulak aku nak bagi kau paham kan? XD


seriously? kekurangan ajaran? kahkahkah


Ni boleh dikira tuah sebab aku selitkan sekali sedutan pakcik kordi dan lembu beliau. Nak kata rajin tade la rajin sangat. Lebih kepada ringan tulang lah ye?


Gambar bermula...



Kitorang takde la kejam sangat nak pow banyak-banyak. Cukuplah sekadar belanja main bowling. Untung tahu ada kawan persis kitorang ni?


Opps.. Ni kawan kitorang yang sambung belajar tu. Amin nama dia. Nama penuh muhammad al amin siddik bin mhmd nor. No ic sila tanya sendiri.


dia ni dah familiar dalam blog ni. tp takpe, tempek jugak sini. naikkan market katanyeww


Next! Bersama dengan rakan seperjuangan yang lain. Masalahnya, yang lain belum start berjuang lagi, so berjuanglah kau sorang-sorang. Kalau mati pandai-pandailah gtau, senang nak buat tahlil. hahaha gurau derr ~


fine la fine laaa. amin nak interframe lagi? sila blah woii!!


abam pink ittew, ayie. sekarang bergelar ustaz. ustaz jambu? mairabb~


yang ni tayah cakap, bbm sentiasa di hati. errr (u_u)

Ok done. Semua ada gambar sorang satu. Sekarang giliran tuan blog pulak nak tayang gambar gedabak punyaaaa.. Macam biasa, blog ni dah biasa gambar gedabak. Nak letak yang cinonet, kesian dekat pembaca yang cacat penglihatan kan? cacat penglihatan = rabun. BHAHAHA !


ni gambar candid. tak perlu nak komen lebih2.


Lepastu kan, ittew nak gebang ittew beli casing baru tuk bb ittew. Sumpah cantik taww. Nak tengok? hihi segan pulak ittew nak tunjuk. Dah kau ni tetibe bertukar hormon ni apahal? Karate tengkuk japg. Nak?


cantik tak cantik tak? ye, ittew tahu casing ni cantik. hihik


tadi gambar tade model. ni pulak skali dengan model. huaaaaa berdarah hidung pliss. Anyonyonyo ~

Udah lerr pasal ni. Kita proceed ye?


Lepas main bowling lebih kurang 2 game, perut mintak diisi. Alang-alang masih dalam mood pow, spontan je suruh amin belanja. Hahaha. Nasib badan, amin redha. Pasghah itu menyeghah. harharhar


belanja orang makan banyak pahala tahu?


Siap makan dah agak lewat. Hampir jam 12 malam if tak silap. Masa makan tu pun dah buat aksi nganga 2 in 1. Nganga sebab menguap dan nganga untuk menyuap. Bijak kan? Lepas ni sape nak buat amalan amat dipersilakan. Jimat tenaga bak hang!!


Lepas ni noktah dah. Tak kuasa aku nak taip panjang-panjang. Jumpa minggu depan sebab aku masih dalam mood tanak update blog. Ni pun sebab terpaksa(lah sangat). Ok bye!


#OffTopic : Terus punah harapan nak jadi matured dalam blog. Ni gedik ok, gedik! Aku salahkan korang kalau aku tak dapat jadi matured lepas ni. Ni serius. grr~
Thank you for reading this entry !

04/02/2012

Aku Tidak Punya Harta



Aku tidak punya harta untuk menyenangkanmu. Cuma bagiku secebis agama buat kebahagiaanmu. -izuddin rahim



Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails