29/01/2012

Langkah Pertama Satu Persediaan

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.






Awak, 
Awak sering bagi alasan awak belum sedia untuk bertudung. Untuk berubah. Untuk berhijrah. Tapi bila saya tanya bila masa sedia awak, awak diam. Saya tahu awak takde jawapan untuk soalan saya. Acane awak nak jawab sedangkan awak sendiri pun tatau bila awak akan sedia ye dak? hihi


Awak, 
Saya tertanya-tanya. Bagaimana jika Allah tidak peruntukkan masa sedia untuk awak? Atau masa sedia yang awak tunggu tidak tiba. Camane? Takkan awak nak terus meraih dosa dengan menayangkan aurat awak? Memperlihatkan perhiasan awak yang tentu sekali berharga semata-mata untuk santapan mata mereka yang sudah pasti tidak sanggup menanggung dosa awak? Awak nak camtu?


Awak,
Awak selalu cakap awak sayangkan keluarga awak. Sayang papa awak, sayang abang/adik awak, bahkan awak juga pernah cakap yang awak akan sayang suami dan anak awak. Tapi.. Mana bukti awak sayang jika awak rela biarkan mereka berterusan menanggung dosa hanya kerana awak tak tutup aurat? Macam ni eh awak zahirkan rasa sayang awak? Kesian mereka.. Kan awak kan?


Awak,
Pernah sekali awak cakap akan bertudung bila suami awak suruh nanti. Alhamdulillah, awak ada niat untuk bertudung. Saya aminkan doa awak. Sebelum tu boleh saya tanya sikit? Jika Allah beri kelebihan awak dapat tahu siapa suami awak, boleh ke awak dengar cakap dia kalau dia suruh awak bertudung sekarang? Haa.. Acane ni?


 


Awak,
Awak sedar tak sebenarnya awak tak tahu apa yang awak nak. Awak blur. Awak rasa awak kenal diri awak padahal awak langsung tak kenal siapa awak. Awak, nak kenal diri tak susah. Awak cuma perlu kenal ALLAH. Nak kenal ALLAH pun tak susah la awak, awak buat apa yang ALLAH suruh, tinggal apa yang ALLAH larang. Senang kan?


Awak,
Awak tahu kenapa saya tulis ni? Sebab saya sayangkan awak. Dan saya tak rela tengok orang yang saya sayang terus berada dalam dosa. Saya akan bantu selagi saya mampu. InsyaAllah =)






Awak,
Setiap orang mahukan teman hidup yang sempurna. Tapi saya tanak yang sempurna. Tahu kenapa? Sebab saya nak jadi pembimbing awak. Saya nak berada di sisi awak di saat awak berusaha untuk jadi sempurna. Saya nak jadi tempat untuk awak bersandar bila awak penat dalam perjalanan untuk jadi sempurna. Dan yang paling penting, saya nak jadi orang yang paling gembira bila awak dah sempurna. Sempurna tu solehah tau awak. ^_^



Saya tahu awak akan baca ni. =')




*awak ialah mereka yang masih menunggu masa untuk berubah. Awak, berhentilah menunggu. Mulakan dengan langkahan pertama kerana dengan langkah pertama kita akan jadi lebih bersedia. ^^,




credit
Thank you for reading this entry !

28/01/2012

Teruna Lepak Pantai

Fuhh! Setelah beberapa purnama tak update, akhirnya kembatolo muncul di dashboard! Hoii purba sungguh nak purnama bagai. Padahal baru seminggu je kot. =P Walaupun telah meninggalkan kembatolo dengan entri bertajuk masalah, namun tidak bererti si penulis dalam masalah ye adik-adik? U_U


Ok yang lepas biarlah lepas. Proceed boleh?


Oraitt~ Hari tu kitorang pergi pantai. Dengan siapa? Ofkos lah dengan BFF! Nak keluar dengan bini tinggal harapan jelah sebab masing-masing belum praktik lagi lafaz "aku terima nikahnya blablabla(wallahua'lam) dengan mas kahwin sebentuk cincin berlian serta barangan apple serba satu dengan syarat tayah update fb apa jadi dalam rumahtangga, jangan tweet pasal hubungan ranjang di twitter, dan taleh tulis emo/tacing dekat blog". Perli? Memang pun! hakhakhak.

*sila isi sendiri ruangan blablabla.


Perasan tak aku dah jarang letak gambar kat blog? Aku yakin kau perasan. haha bajet woi orang nak perasan. Siku kang..! Maka kali ni sukacitanya aku akan upload banyak gambar untuk entri ni. (serius skrg malas gilaaaaa nak tangkap gambar. mungkin hormon seorang lelaki yang matang semakin menebal dalam diri. inferen boleh diterima akal kan? *angguk2*). Oleh yang demikian, silalah menatap  gambarku. hewhewhew =3


Lokasi : hayaki kota bharu
Jam : dalam kul 3 lebih



air (tak tulis caption pun orang tahu ni air T_T)


haruslah melantak dulu. nasi menjadi kefardhuan.

Lepas melantak, kitorang gerak ke destinasi seterusnya demi memenuhi tentatif program jalan jalan cari jodoh ni. Sebenarnya tak plan pun nak g pantai tapi apakan daya, kehendak mesti dipenuhi agar dapat memuaskan hati semua pihak.


Lokasi : Pantai Cahaya Bulan (takde cahaya bulan pun sebab weolls pegi tengah hari jadi mohon tukar jadi pantai cahaya matahari panas boleh tahan bergaram bawah ketiak =.=")
Jam : tengah hari ke petang lupa pulak nak tengok jam. yang penting angin bertiup sepoi sepoi bahasa menepuk manja tubuh penulis yang boleh tahan gantangnya. eh? hahaha


dua2 sedang menikmati ombak rindu

anyonyonyo~ ushar budak mandi ke? astaghfirullah.. bawak2 bertaubatlah wahai saudara Y_Y

bbm? nope! tu sedang activate balik twitter kata koooo! hari tu bukan main gedik nak deactivate skrg terpaksa activate balik buah hati punya pasal. kehkehkeh

Duduk situ lebih kurang sejam setengah pastu tetibe haus maka berdramalah si penulis bersama 'bff'nya demi mendapatkan seteguk air. Rezeki melimpah, terus dapat air kelapa cap kelapa tua isi keras. Gigitlah kau isi tu sorang sorang sambil menyanyi warkah berlagu pilu meratapi nasib diri. T____T


pegang straw camtu sebab jari terkehel/terseliuh/tersalah urat ye, bukan sebab mengada. jauh sekali pengaruh gedik.

Lepas pantai, gerak ke tesco pulak. Oleh kerana aku dah tak larat nak taip, apa kata kita stop sini je boleh? G tesco, solat maghrib, pastu melantak big apple seketul dua. Okay stop, dah rupa report dah entri aku ni. Assalamualaikum dan bye !
Thank you for reading this entry !

22/01/2012

Masalah

Setiap manusia ada masalah. Bila adanya manusia, maka di situ akan adanya masalah. Fair kan? Manusia dan masalah ibarat isi dengan kuku, takkan dapat dipisahkan. Selagi bergelar manusia, selagi itulah masalah akan terus ada. One by one.


Akan tetapi, setiap masalah itu pula sudah disediakan cara penyelesaian. Hanya terpulang pada individu samada untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut ataupun terus membiarkan masalah itu kekal sebagai satu masalah buat dirinya.


Sebenarnya, masalah bukanlah satu masalah. Seriously! Dari suatu sudut, kau anggap ia satu bebanan. Ofkos ia satu beban, as long as apabila kau terus menerus take it as a problem. Masalah jadi masalah bila ia dipandang sebagai masalah. Am I right?


Hurm.. Boleh tak kita ubah sikit cara pemikiran? Fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal. Oh ye, semua orang ada akal. Baiklah, sedikit tambahan. Cuba fikir dangan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin iman. Yeah! Kau beriman bukan? Jadi apa gunanya iman(if ada) jika kau tak pernah hendak kaitkan ia dengan kehidupan seharian kau? Nahh such a loser u know? Pfft ~


Bagaimana untuk berfikir dengan cara dan lagak seorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin iman?


Sangat senang! Pertama sekali, kau kena tetapkan mindset bahawa ia BUKAN MASALAH. Ia adalah satu cara tarbiyah dari Allah untuk menjadikan kau seorang yang matang untuk terus berdiri sebagai seorang khalifah di muka bumi ni. Kedua, bila tarbiyah ini menimpa kau, jangan segan untuk mengadu mintak tunjuk ajar. Ibarat seorang pelajar yang diberi homework. Takkanlah bila tak tahu nak buat, kau akan terus diam? Do nothing? Adalah lebih baik jika kau berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang homework tu. Kan? Jadi, guru kau sekarang ialah Dia yang mencipta tarbiyah, Dia yang menentukan tarbiyah tersebut adalah untuk kau, dan Dialah Allah SWT, sebaik-baik perancang.


Sebagai pengakhiran, ketahuilah bahawa setiap perkara itu diciptakan berpasangan. Jika adam pasangannya hawa, jika siang pasangannya malam, maka masalah pasangannya penyelesaian. Dan tarbiyah? Tarbiyah pula pasangannya kejayaan. ^_^


Adil kan Allah? ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thank you for reading this entry !

20/01/2012

Via Emel

Assalamualaikum. Ni cuma cubaan untuk update blog melalui emel. Tapi ni bukan cubaan, ini betul betul. Ye, ini mmg bukan cubaan, ni betul betul. Tu pun kalau benda ni jadi lah kan? Bhahahaha.


Kalau jadi, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu kila yang ajar aku buat benda ni. Walaupun pelbagai halangan yang datang semasa proses pembelajaran seperti cikgu dibahan anak murid, tapi semuanya berjalan lancar. Harap kau tak tersalah baca aku taip tu. Jangan tertukar dibahan dengan dibaham. Kalau dibaham lain terus maksudnya yang mana akan mengaibkan si anak murid yakni dalam kes ni anak murid tu ialah aku. Harap kau baca betul betul. Dibahan dan dibaham mempunyai perbezaan yang cukup ketara ibarat pepatah, "kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak sebab masa tengok gajah tu mata pejam".


Sekian aku melaporkan dari kelas bahasa melayu. Setiap jasa baik didahulukan dengan ucapan terima kasih dan sila terima kasih aku tu sebab aku tade gepren so aku bebas memberikan kasih kepada sesape sahaja. Eh bila nak habis ni? Okbai ! 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thank you for reading this entry !

19/01/2012

Interview

Assalamualaikum. Aku dah cite ke pasal intebiu hari tu? Belum?




Hurmm.. Takpe ke cite pasal intebiu? Kang merepek lebih lebih nanti terus melepas job tu acane? Hambik kau malu setempek muka ni!! Huahuahua


Ahh gasak lah! Dapat ke tidak tu semua dah ditetapkan Allah. Semua dah tertulis. Kalau dapat Alhamdulillah. Tak dapat pun alhamdulillah gak. Boleh merasa pengalaman intebiu. ekeke. Ehem takpe ke eja intebiu camni? Kang ada pakar bahasa mai kondem buat tulisan baru. Naye gue. Buat malu pemegang gelaran A1 bahasa melayu spm je. lol


So, hari selasa lepas aku ada masuk intebiu di Kuala Terengganu. Kalau nak tahu intebiu tu sebenarnya untuk orang yang hantar resume. Sepatutnya aku ni tak layak lah sebab resume pun tak hantar. Ofkos aku tak layak sebab resume pun tade. Buat resume sehari sebelum intebiu, tulis ikut main suka, sumbat ikut main sedap, pastu ko cakap tu resume? Alahai kesiannnnn. T_T


kg lak lok? fine. aku pun tak tahu ape makna dia. =.="

Hari temuduga, aku g sana. Konon aku ni walk-in intebiu lah. (hari tu baru tahu maksud walk-in interview kahkahkah loser gilaaaaaa kau izuddin). Ingatkan dua tiga ketul je join rupanya dalam 40 orang lebih nak intebiu. Potong stim sungguh, baru plan nak beromen dengan penemuduga (ciss tak stail langsung guna 'penemuduga' guna 'interviewer' baru gempak kikiki). Dan kesemua calon tanak kalah, memasing gaya ustaz, imam muda, AQ, blablabla banyak lagi lah! Aku? Macam biasa, takde gaya ustaz langsung! Kemeja+seluar slack(dah 3 tahun beli, baru 2 kali pakai HAHA)+kasut hitam. Kopiah takde, songkok pun turut sama men'takde'kan diri. Dah macam kerani lagaknye. hueh3


Dipendekkan, sampai pukul 11pg tapi 3.30ptg baru tiba giliran. Lama memang lama, siap boleh bertwitter lagi. Thanks kepada semua yang wish kila, que, dan AMOI(knp kena capslock? sebab ni membahan ^^). Mekasih bebanyak! ;)




Puas tunggu, akhirnya dipanggil masuk. Nasib baik 4 orang sekali masuk, takde la cuak sangat. Walhal tak cuak langsung pun. =P Disebabkan kitorang last, geng aku tu 3 orang je. Aku, izwan, pastu ada sorang lagi.


Masuk dalam, kenalkan diri, seterusnya kena baca quran. Sepatutnya kena soal pasal quran yakni tebuk(interviewer soal mana-mana ayat dalam quran, pastu interviewee kena sambung tanpa tengok quran) bapak susah kalau kena tebuk tu tapi alhamdulillah Allah bantu, jadi tayah tebuk cuma baca je. Happy? Ofkos weii! ^^


Lepas slot quran, kena soal pasal isu semasa. Nama je isu semasa padahal nak tanya pasal politik. Blerghhh! Awal-awal lagi aku dah gtau kurang minat berkaitan politik. Tahu apa jadi? Aku tanya balik interviewer tu! Dia tanya aku lepasan mana, aku jawab pastu aku tanya balik dia lepasan mana. Hahahaha. Menariknya, dia pun lepasan sama dengan aku woii! Cuma dia generasi awal. And guess what? Dia sebenarnya membe ustaz aku belajar dulu. >.<


Paling taleh blah, bila intebiu jadi macam kedai kopi. Haa.. Borak la kau segala bagai sampaikan highway baru pun jadi topik. gehee ~


Apa-apa pun, aku anggap tu semua pertolongan dari Allah. Dia dah permudahkan urusan temuduga tu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik. Kan dah bertambah yakin dengan kuasa Allah ni. Mudah-mudahan iman bertambah. InsyaAllah.


Oh ya, berhubung dengan kerja aku mintak tu, result belum tahu lagi. Dia cakap dalam 2 minggu baru tahu keputusan. Lepas tu boleh terus start kerja. Dapat ke tak wallahu a'lam. Ada rezeki adalah kerja tu. Kan? =DD


kemeja purple pun bolehh masuk intebiu. Anyonyonyo ~

Nak tahu kerja apa, tolong doakan kitorang dapat kerja tu. Baru boleh gtau. If tak dapat, memang harapan la uolls nak tahu kerja apa aku mintak! XD FYI, ni adalah intebiu pertama dalam hidup aku. Logik lah kalau aku eksaited semacam lam entri ni. hewhewhew Ok bye!


#OffTopic: Gambar kat entri terdahulu ialah gambar resume aku. Ustaz habis kan? pfft~


Thank you for reading this entry !

14/01/2012

Ragam Anak Buah #5

Dah baca entri ni? [link]


Orait.. Sekarang giliran aku pulak nak balas dendam. BHAHAHA !


Ehem.. Anak buah aku yang tu gayat. Gayat sikit ke banyak aku tatau sebab tak pernah pun tanya dia. Yang aku tahu, kalau angkat dia tinggi-tinggi sure dia akan nangis. Mula mula dengan volume slow. Bila kau buat tak dengar, volume dia akan naik secara berperingkat. Lagi haru kalau kau buat tak layan, memang gegendang kau akan terima padah. Pencemaran bunyi orang kata. Lagi satu, kalau nangis takpe lagi tapi dia ni siap bagi skrip suruh orang kesiankan dia. T_T


Antara skrip yang dia biasa sebut ialah ;


"adik ayat ni ayoh denggg!!!"
(adik gayat ni ayah din)

"jatuh adik niii!!!"

"adik osey aing nga ayoh denggg!"
(adik tanak main dengan ayah din)


Dan macam-macam lagi ayat dia sebut sampai tahap aku boleh gelak guling-guling dengan izwan. HAHAHA. Paling latest, izwan ada buat dia nangis. Pastu aku buat keje harem dengan record video dia. Cilake punya pakcik! Tapi serius best weii. Sesape tade anak buah lagi, pelis suruh akak/akak ipar kau beranak cepat cepat. Yang tengah mengandung tu suruh dia teran laju laju. Tak nyesal ada anak buah. Boleh buat macam ni.


Contoh ;




Ada lagi ada lagi!!!


Lepas aku record, kitorang tunjuk video tu dekat dia. Masa ni dia dah stop nangis tau. Dah neutral balik la. And then, masa kitorang tunjuk kat dia, benda ni pulak jadi ;





HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !!!


Dia nangis balik weiii! kahkahkah. Dia nangis sebab tengok video dia nangis. Pelik tak pelik tak? Gamaknye mungkin sedih sebab ade pakcik sengal macam kitorang. Dahla sengal, suka bahan anak buah pulak tu. Sabar jelah yusuf ye? Tunggu kau dapat makcik nanti, kau manje2 lah dengan makcik kau yang aku sendiri pun tak tahu sape. Anyonyonyo ~


Ok dah. Sakit perut dah gelakkan dia. Izwan pun sama. Video tadi izwan yang record. XD


Nanti kalau dia dah besar pastu dia tengok balik video ni, aku harap dia akan baca ;


AYAH DIN DAN AYAH WE SAYANG YUSUF. NI GURAU JE TAU. BIASELAH, HIDUP KENA ADA GURAU SENDA BARU BAHAGIA. XOXO =')
Thank you for reading this entry !

12/01/2012

Ragam Anak Buah #4

Err tak abis lagi pasal anak buah? 


Okay. Disebabkan kau dah bosan baca entri pasal anak buah, aku akan cuba hasilkan entri anak buah banyak banyak. Lagi kau tak suka baca, lagi banyak aku update pasal tu ok? Pelik kan? Biasalah pelik. Kena pelik baru jadi unik. huahuahua


Dengan ini aku mengisytiharkan bahawa bilangan anak buah aku dah bertambah. Semalam kakak ipar aku dah selamat bersalin (alhamdulillah). Anak lelaki.


Jadi sekarang bilangan anak buah aku secara rasminya jadi... Err bape orang hah? Jap, aku kira jap..


5 + 1 + 2 + 3 + 2 = ??


Kau tolong jumlahkan boleh? Aku ada alergik dengan nombor. Jadi susah sikit nak kira. Kejap ea, aku g amik ubat jap..


*amik kalkulator saintifik*
(hamboiii setakat nombor camtu kalkulator biasa pun dah cukup u_u)

*tekan 5 + 1 + 2 + 3 + 2*

*tekan =*


Okay dah dapat jawapan. Sekarang dah jadi 13 orang. Sembilan lelaki empat perempuan.


Kebanyakannya superhero. Masak ah aku nak melayan lepas ni. =.="


ni dia pendatang baru. bakal mangsa aku dan izwan. hahhaa.
wo ai ni. i lap u. aku cinta padamu lalalala lagu kru.


Dia nampak cam sepet kan? Genetik belah mana pun tatau ah. Aku rase mungkin kena tempias genetik bakal makcik dia kot. Eh? harharhar. Tapi takpe, sepet pun masih boleh dibuli howkeyhh! Tiada istilah pilih kasih mahupun kesian. kahkahkah


nama : belum dikenalpasti
umur : sehari lebih
berat : aku agak lagi berat dari 1kg gula. hewhewhew
superpower : masih dalam kajian


Sebelum entri ni tamat, meh aku tunjuk abang dia. 


"gua otai. lu ade ape hal? berani masuk family gua bermakna lu berani kena buli sama gua. amacam dik? kecut perut? bhahaha!", kata amin kepada adik barunya.

nama : muhammad
umur : 3 tahun++
berat : boleh tahan
perangai : hyperaktif
superpower : gigit sesiapa sahaja yang disukai.


Ok bye.


#Motif : yeyey dapat anak buah lagi! ^^,
Thank you for reading this entry !

Ragam Anak Buah #3


Actually, aku dah siap tulis entri ni tadi. Siap tulis aku simpan dalam draft konon nak publish petang sikit. Tapi disebabkan publish guna henfon, segala yang aku taip tetibe hilang. Segala dan semuanya. Tinggal tajuk je selamat. Bongok punya blog eh tak henfon yang bongok eh bukan line pun bongok jugak k fine semua sekali bongok! Grrr..~ Sebab itulah bila korang buka entri ni kosong je. Bukan salah aku okehh. Sejujurnya, aku mintak maaf kalau ada sesape rase tertipu dengan entri ni. Tak disengajakan. Ni pun aku taip balik tau. Kesian kan? Tsk tsk tsk ='(

*****




hai nama saya yusuf dan saya kuat makan. oleh itu saya dah gemuk sekarang. selamat datang ke blog pakcik saya. hueh3

Poyo je anak buah aku boleh cakap camtu. Dia pelat lagi okee.. T_T


Kalau kau nak tahu, setiap hari aku disambut oleh anak buah. Tiap kali balik rumah memang budak nama yusuf ni dah tercegat depan pintu. Tu pun kalau pintu terbuka lah. Kalau tutup pintu, dia akan tunggu belakang pintu yakni dalam rumah. hahahaha ape ke bangang aku tulis camni woii? Pastu nak cite perasaan disambut anak buah ni sangat best tahu? Sukar tuk digambarkan dengan kata-kata. Ceit! Tu baru anak buah, kalau anak sendiri tatau ah camane. XD


Bila sampai umah, terus anak buah datang menerpa. Alang-alang dorang datang, haruslah aku dukung dulu. Kenapa kena dukung? Eh biasalah, aku kan pakcik penyayang. Anyonyonyo ~


Masa dukung, laju je dia cakap ;

"nok acuk ilik ayoh deng"
(nak masuk bilik ayah deng)

Pada masa yang sama, aku dapat rasa seluar dia basah. Eh bukan basah tapi lembap. 

"adik ecing ko?"
(adik kencing ke?)

"dop"
(tak)

Dah dia cakap tak, aku terus angkat dia naik atas katil aku. (katil aku dua tingkat, izwan bawah, aku atas). Tak peduli pun pasal lembap tu sebab aku ingat mungkin kena air masa dia makan tadi. 


Kemudian,


flash amat membantu untuk memutihkan anda. serius! kofkofkof


Hambik kau camwhore siap! Kemain kau pose mulut muncung tangan pegang ipong ye budak? Kalah orang sebelah tacing terus bawak diri masuk bilik. kahkahkah. Sedang asyik camwhore, tiba-tiba aku terbau hancing.


"adik eyok ko?"
(adik berak ke?)

"ho!"
(ye!)


Ciss.. Bedebah sungguh kau wahai budak! Tadi aku tanya kau kencing ke tidak, kau jawab tak padahal kau berry ye? Bertuahnyee ada anak buah camni. =.="


Tanpa banyak cakap (sambil terjun katil), aku terus bawak budak ni jumpa umi suruh tukar pampers. Kalaulah aku tahu kau berak, jangan harap aku nak bagi kau naik atas katil ni. ARGHH DEMYUUU!












Kejap, aku ada gtau ke yang aku tak reti tukar pampers budak? Takde kan? Lalalalala ~
Thank you for reading this entry !

07/01/2012

Erkk #7 : Ubat Gigi



 Ok fine. Tajuk tak menarik langsung.


Abaikan tajuk, meh nak tanya satu soalan. Kau kalau membeli cerewet tak? Maksud aku, bila kau masuk pasaraya nak cari barang keperluan diri, berapa lama masa yang kau perlu? Pfft~ Tak stail langsung guna pasaraya, baik guna supermarket kan? Woah! Kelas kau jedin.. XD


Ofkos lah terpulang pada kuantiti barang yang kau nak cari kan? Orait. Jadi hipotesis yang boleh dibuat ialah, semakin banyak barang yang kau nak beli, semakin lama proses pembelian. Ye dak?


Lagi soalan, kalau kau nak beli hanya satu barang, diulangi, hanya SATU BARANG sahaja, berapa lama masa yang kau ambil? 


...
(Kau jawab sendiri)


Kalau aku, nak beli satu barang pun makan masa jugak. Alahhh, nak beli ubat gigi lah hoii. Logik ah amik masa setengah jam kan? HAHAHAHA. Kenapa? Apa kau ingat nak beli ubat gigi tak perlu buat penilaian yang mendalam ke? Kalau boleh kena sediakan kunci kira-kira tahun berakhir 2011 sebelum buat keputusan nak beli mana satu. Jangan sampai lepas beli baru tergedik-gedik nak amalkan pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi sesal lah tengah tengah baru selamat. huahuahua. Perlu wehh! Nak pilih jenama ingat tak makan masa ke? Darlie, colgate, morningkiss, sensodyne? Ha.. Ce try buat keputusan dalam masa 3 saat!!


1 2 3...
Hambik ko!


Amik semua lagi senang. Serba satu. Sekarang tayah pening nak pilih kan? harharhar !


Sebenarnya, aku nak umumkan bahawasanya aku bersaksi aku ialah seorang yang cerewet. Kbai !




#OffTopic : gigi yang tersusun merupakan #MajorTurnOn aku. HAHAHA walaupun gigi gua berterabur. takpe, yang penting senyum gua manis. eh? T_T


Thank you for reading this entry !

04/01/2012

Wordless Wednesday #27







Thank you for reading this entry !

Bagaimana Kamu Memandang Diri Kamu?








"Jika kamu merasakan perlu untuk membuat pilihan di antara dua ; orang ini mengatakan mereka dalam kebenaran, dan orang ini juga mengatakan mereka dalam kebenaran, maka lihatlah akhlak mereka. Di mana adanya akhlak yang mulia, di situ adanya agama. Di mana adanya akhlak yang mulia, di situ juga adanya ilmu."


Bagaimana pula dengan akhlak kalian?

=)
Thank you for reading this entry !

03/01/2012

Sekolah Rendah


- kaherah, 2010



Nampak sangat study sambil main kan? EH HELLO, itu hobi turun temurun ok! Lebih tepat kalau digelar tabiat. Sekarang pun masih lagi terikut, kalau aku masih belajar la. hewhewhew =3


Hari ni aku kena ucapkan ribuan eh tak jutaan terima kasih kepada 3 ketul anak buah yang dah berjaya bangunkan aku tanpa perlu jasa dan bakti sikit pun dari alarm henfon. Biasa alarm yang berkhidmat tapi hari ni tugas tu diambil alih oleh anak buah. u know y? (perlu ke omputih? -.-")


Hari pertama persekolahan sesi 2012 kan dah start! Ofkos lah dorang kena pegi sekolah. Bila kena pegi sekolah wajib bangun awal. Bila bangun awal sunat buat bising. Bila buat bising, aku yang tidur ayam ni otomatik akan tersedar. Mairabb, kau tdo ayam ke jedin? HAHAHAHA


Pagi pagi lagi dah bising.

"mana tali pinggang angah?"
"baju sekolah achik letak katne eh?"
"kasut kakak kat mana?"

Geram aku nak angkat penumbuk pastu jawab, 

"semua barang ada sini. nampak?"



Tapi aku cakap dalam hati jelah. Kau gila nak tumbuk anak buah sendiri? Mane boleh, aku kan penyayang. anyonyonyo ~


Pastu bila bangun, masing masing sibuk ke hulu ke hilir. Aku pula macam biasa, buat buat tak nampak gelagat dorang. Then aku tengok anak buah tak reti nak pakai tali pinggang. Ciss! Darjah dua masih tak reti nak pakai tali pinggang? Tak ikut genetik aku langsung! Aku dulu darjah dua dah segak bergaya idaman gadis berhingus kesat dengan tudung kau tahu? kofkofkof


Dengan muka yang masih berbirat dengan kesan tertindih bantal, aku tolong pakaikan. Tapi kadar kehenseman masih dalam kawalan lagi. Takde la buruk sangat rupa bangun tidur. Harap bini coming soon tak terkejut lah dengan rupa paras aku bangun tido. XD


Last skali bila semua dah siap dan ready tuk pegi sekolah, aku terdengar pesanan yang dah bertahun tahun hilang dari pendengaran.


"belajar elok-elok, biar pandai, jadi orang berguna"


Pesanan tulus dari umi yang dah lama tidak kedengaran. Dulu masa sekolah rendah hari hari boleh dengar ayat tu. Cuma bezanya, dulu ucapan tu untuk aku. Tapi sekarang dah diwarisi kepada anak buah aku yakni cucu beliau. hikhikhik.





Syahdu jugak bila ingat balik. =')



Thank you for reading this entry !

01/01/2012

Assalamualaikum 2012!

Bismillah.


Alhamdulillah.


Alhumma sholli 'ala sayyidina muhammad.




Tahun baru 2012. Agak kekok untuk memulakan tarikh baru 2012 setelah setahun angka dua-kosong-satu-satu bermain dalam kehidupan. Begitulah hidup kita. Allah memberikan kita rasa janggal apabila memulakan sesuatu yang baru.


Azam tahun baru? Aku tak mampu untuk berazam dan mencipta seribu satu azam pada awal tahun tapi pada akhirnya, satu pun tidak terlaksa. Malu dengan diri sendiri tahu? Dengan Allah lagi lah. 


Bagi aku, cukuplah dengan berazam agar ALLAH jadikan tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya. Lebih baik dari segi iman, akhlak, ilmu, dan amal serta muamalat sesama makhluk. Permulaan tahun dengan positif suatu yang baik bukan? 


Bersangka baiklah sentiasa pada Allah.  

“Aku adalah bergantung kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Jika ia bersangka baik (kepadaKu), kebaikanlah (yang akan Aku berikan) untuknya. Namun jika ia bersangka jahat (kepadaKu), kejahatanlah (yang akan Aku berikan) untuknya” (Riwayat Imam Ahmad )

Selamat tahun baru. Allah rahmati kalian. =)
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails