17/12/2012

Cerita Kembar #12 : Kerja

Assalamualaikum.

kenapa kena ada gambar gedabak dalam setiap entri? well, ini kan blog bajet. ekeke



Bagi sesiapa yang dah lama baca blog ni, mungkin ramai yang tahu kitorang dah habis belajar sejak setahun lepas. Sehubungan dengan itu, ramai yang inbox tanya tengah buat apa sekarang. Orait, secara tepatnya, sekarang ni aku tengah taip entri ni lah. Bila korang baca ni, makanya aku mungkin tengah tunggu korang komen entri ni. Eh? hikhik


Tamat lawak sengal yang tak menjadi kat atas.

Sebenarnya, sejak habis belajar haritu, ada beberapa kerja yang kitorang apply. Semuanya berkaitan dengan course yang kitorang ambik masa study kat egypt dulu iaitu kerja sebagai guru al quran (tahfiz) dan imam.

Interview #1 : Guru tahfiz
Interview #2 : Imam


Akan tetapi, setelah berbulan-bulan menunggu keputusan dengan janji-janji manis bahawa kami akan dimaklumkan sekiranya dapat/takdapat kerja tu, akhirnya genap setahun penantian. Dan kitorang dengar khabar bahawa kitorang tak dapat. Itu pun melalui cerita orang lain yang takde kaitan langsung dengan pihak yang berkenaan.


Dengan tiba-tiba aku takde mood nak teruskan entri ni. If korang nak tahu kenapa kitorang tak dapat kerja tu, jawapan paling senang ialah kerana politik. Berbeza fahaman politik, kemudian dipilihbulukan oleh orang-orang atasan. Aku mengaku aku sokong bulatan hijau putih. Tapi, something yang korang kena tau, aku sokong bukan kerana ikut-ikut orang, faktor keturunan, mahupun keluarga. 


Aku sokong sebab aku faham apa yang diperjuangkan oleh mereka, dengan secebis ilmu yang Allah pinjamkan kepadaku.


Apa-apa sekalipun, ingat firman Allah yang bermaksud ;

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya.." (al faathir : 2)


Sekiranya kerja tu dah ditakdirkan Allah untuk kitorang, maka tiada satu makhluk pun yang dapat menghalangnya. Ye dak?

Atau, 

Kitorang memang tak layak. Wallahu a'lam.


eiduladha 2009

#OffTopic : Alhamdulillah. kerja sendiri lagi best. takde sape nak pilih bulu. wakaka
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails