27/08/2012

Eidulfitri #1 : Bukan Sekadar Satu Kegembiraan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Ramadhan sudah melabuh tirai, syawal telah pun menjelma. Syukur setinggi syukur, puja segala puja, puji sekalian puji buat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salam kasih dan sayang buat nabi ikutan berperibadi mulia, muhammad SAW. 


Dalam kegembiraan menyambut syawal yang lalu, aku yakin ada insan yang berduka hati menerima kedatangan syawal. Menikmati hari indah tanpa insan tersayang, bukan sesuatu yang diinginkan oleh setiap individu. Kalian mahupun aku, jika ditanya, pasti tiada siapa yang sanggup menghadapinya bukan?


Begitulah lumrah kehidupan. Diciptakan setiap sesuatu dengan berpasangan. Jika adam pasangannya hawa, maka hidup pasangannya mati. Wajib dan pasti, setiap dari kita akan melaluinya. Bertabahlah, semoga beroleh ketenangan. =)


Bagi aku, diri ini bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk beraya dengan orang tersayang. Walaupun semakin berusia, kemeriahan syawal tidak berkurang bahkan lebih bertambah dengan kehadiran insan baru dalam keluarga. Alhamdulillah, terima kasih Allah. =')


Salam dihulur, maaf dipohon.



"Bermakna sesuatu bukan kerana harinya, tetapi kerana kita yang menjadikan ianya bermakna."

Thank you for reading this entry !

4 comments:

#thelagidanlagi said...

keep calm n happy edi fitr

Anonymous said...

selamat hari raya^^

keet said...

Selamat hari raya aidilfitri :)

SaRaH said...

"Begitulah lumrah kehidupan. Diciptakan setiap sesuatu dengan berpasangan. Jika adam pasangannya hawa, maka hidup pasangannya mati. Wajib dan pasti, setiap dari kita akan melaluinya. Bertabahlah, semoga beroleh ketenangan."

nice quote!
salam eid mubarak!

Related Posts with Thumbnails