27/08/2012

Eidulfitri #1 : Bukan Sekadar Satu Kegembiraan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Ramadhan sudah melabuh tirai, syawal telah pun menjelma. Syukur setinggi syukur, puja segala puja, puji sekalian puji buat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Salam kasih dan sayang buat nabi ikutan berperibadi mulia, muhammad SAW. 


Dalam kegembiraan menyambut syawal yang lalu, aku yakin ada insan yang berduka hati menerima kedatangan syawal. Menikmati hari indah tanpa insan tersayang, bukan sesuatu yang diinginkan oleh setiap individu. Kalian mahupun aku, jika ditanya, pasti tiada siapa yang sanggup menghadapinya bukan?


Begitulah lumrah kehidupan. Diciptakan setiap sesuatu dengan berpasangan. Jika adam pasangannya hawa, maka hidup pasangannya mati. Wajib dan pasti, setiap dari kita akan melaluinya. Bertabahlah, semoga beroleh ketenangan. =)


Bagi aku, diri ini bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk beraya dengan orang tersayang. Walaupun semakin berusia, kemeriahan syawal tidak berkurang bahkan lebih bertambah dengan kehadiran insan baru dalam keluarga. Alhamdulillah, terima kasih Allah. =')


Salam dihulur, maaf dipohon.



"Bermakna sesuatu bukan kerana harinya, tetapi kerana kita yang menjadikan ianya bermakna."

Thank you for reading this entry !

Cerita Kembar #10 : Eid Mubarak 2012

Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, selawat dalam salam buat nabi akhir zaman.

Salam Eid Mubarak!

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku update setelah agak lama blog ni terbiar. Sibuk, malas, penat, takde idea merupakan sebab aku jarang update sekarang. Pilih salah satu =P.

Orait, sekarang dah blur taktau nak taip apa. Nampak tak ketepuan otak aku sekarang? kahkah (dasar pemalas memang macam ni)


Hmm.. Memandangkan raya baru je lepas, adalah wajar bagi aku untuk share gambar raya. Biasalah, apa tujuan baju raya mak oii mahal nak mati ya rabbi ya karim ya fattahu ya 'alim kalau tidak diambil gambarnya kemudian diupload di laman sosial yang kian memuncak sejak akhir-akhir ini. Amboi berbahasa sungguh tulisan aku.


Photo 1
ni masa shopping baju raya dekat kbmall.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang seangkatan dengan ni. Segan pulak nak tayang sini maklumlah ai kan penyegan orangnyaaaa. hikhik =3 (Penyegan haktuih~)

Tapi tapi tapi, siapa yang tegar nak tengok jugak boleh cari instagram ittew. Search izuddinrahim, insyaAllah korang akan muntah dengan jayanya akibat gambar yang menyebabkan ramai nyah undur diri dari arena ke'bapok'an. harharhar 


Photo 2
wajak persis imam muda. eh nak ganti ust don boleh tak? bujang lagi ni. huwaaa *berdarah hidung*

Actually nak brightnesskan lagi gambar ni, tapi kesian nanti muka bangla jadi muka matsaleh siapa nak jawab? Harap lepas ni takde orang mintak nak usrah sekali. Eh boleh je nak usrah, tapi pastikan jantina anda perempuan. Ewah3!! Gedik jugak awak ni eh? 



Photo 3
sila fokus kepada 'angpow'

Sampul raya ni adalah duit raya tunggal pada tahun ni. Walaupun demikian, jumlah duit raya dalam tu jauh lebih banyak dari mereka yang dapat berpuluh sampul raya. hahaha bangga kejap. Terima kasih ayah chik. Love you muah muah muahhh! 


Photo 4
ka-ching! serban hilang! HAHA

Tak sampai 3 jam, serban terbang entah ke mana. Masa ni tengah hari, tak hairan lah orang sebelah dah pacak. Gua masih lagi setia dengan belah tepi skema auww nerdnye ittew~ *pengsan*


Ok done! Gedik sangat dah aku rasa post ni. Maaf andai terkasar bahasa, ampun jika terlanjur bicara, Salam eid mubarak dari kembatolo buat semua. (9 syawal baru reti nak wish, memang dasar jantan lah! HAHAHA) kbai~
Thank you for reading this entry !

02/08/2012

Bola Sepak dan Bulan Puasa

Assalamualaikum dan salam ramadhan.


Lelaki dan bola sepak memang tak mungkin dipisahkan. Sepertimana cinta wanita pada bunga, begitu juga cinta lelaki terhadap bola sepak. Kira fair lah kan? hewhew =3


Alkisahnya, malam rabu hari tu team kitorang ada perlawanan persahabatan. Lawan dari akademi machang yang digelar sinar muda if tak silap. 


Hoii.. Ingat bulan puasa tak boleh main bola ke brader? Siku kang!! Memandangkan team kitorang ni rata-ratanya adalah imam tarawih, maka keputusan diambil untuk memulakan perlawanan jam 10.30 malam. Nak penuhkan hobi, syariat agama jangan ditinggalkan. Tak gitu? wkwkwkwk


berdiri dari kiri ; azrie, mun'im, ikram, zulhanif, bukhari, syazwan. 
duduk dari kiri ; hafiz, qahhar, muiz, tarmizi, izwan.


Gambar ni kitorang snap masa rehat 1st half. Abaikan rupa yang dah macam nepal buat bangunan. harharhar XD

belakang dari kiri ; matyi, muing, mamat, poknik, koyie, wang.
depan dari kiri ; hapih, deng, qoha, wea, miji.

Punya syok tangkap gambar sampai tak perasan gambar tak balance. kuajaq betol kameraman tanak cakap. Fine laaaa =.="

mamat kat tengah ni sibuk suruh amik gambar dia sebab tadi dia tak sempat nak interframe.

dalam padang

bukhari. supersub yang banyak menyumbangkan gol dalam perlawanan. nak bbpin tak? =P

ada berani?

Lastly, sesiapa yang nak ajak friendly, dipersilakan untuk berhubung dengan saudara mun'im, empat dari kiri. klik link untuk ke fb beliau. [link]


Main bola sepak pun jika betul niatnya, boleh jadi ibadah tahu? Selamat beribadah di bulan barakah. Ma'assalamah =)
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails