25/06/2012

Cerita Kembar #8 : Anak Ke Berapa?

Assalamualaikum.


Bila ada soalan pasal anak ke berapa ni, lemah jantung aku nak jawab. Terus ketar lutut, berdebar berkocak dalam dada. Peluh pun mula merembes keluar dari liang roma lantas masing-masing sibuk tentukan samada nak jadi peluh jantan mahupun peluh betina. Gasaklah jantan ke betina, jangan keluar peluh pondan sudah. Nak keluar pun sipu malu segan, aku lempang jugak peluh pesen pondan macam gini. Gedik !


Semua kat atas bukan sebab aku tak tahu nak jawab, cuma diri ini agak confuse bila diajukan soalan sebegini rupa.


Tahu kenapa? Ok aku jamin korang yang baca blog ni 100% dah tahu aku kembar dengan izwan. 50% yang tahu aku abang. Kan? Dan kurang dari 10% tahu izwan yang lahir dulu. Jadi apa masalahnya? 


Yang lahir dulu tu abang #KataDoktor
Yang lahir dulu tu adik #KataOrangKampung


Sekarang nampak tak ke'confuse'an aku? u_u


Lepas ni aku nak jawab anak ke 7 dan 8. Korang pilih lah nak letak kat mana. Orait?

-mesir, julai 2011


#OffTopic : Anak ke tujuh unsur api, anak ke lapan unsur angin. Memandangkan aku ni airbender, maka dengan senang hati aku mengaku aku anak ke 8. Ngee~
Thank you for reading this entry !

24/06/2012

Kejohanan Futsal Tertutup AMTAQ Pulai Chondong.

Assalamualaikum.


Setelah bosan+kesian tengok blog sendiri kesepian, terpaksa la aku update.


Jujur cakap, sebenarnya aku dah lupa tentang pertandingan ni. Nak bagitau tarikh tepat mungkin tergagap-gagap urm erm hmmm macam orang amnesia tu ha. Tapi yelah, hidup zaman teknologi siber serba moden ni, tak ingat tarikh bukan lagi masalah. Cuma pergi dekat gambar, 'right click', 'properties' dan ZASS!! Terus keluar tarikh uolls!!! Maka demikian, yakinlah bahawa kejohanan ni awal bulan jun hari tu.


Untuk pengetahuan, kejohanan ni khas untuk pelajar Alumni MTAQ je. Budak lepasan sekolah lain takde can nak join. Lantak lah dari sekolah mana pun, memang takkan beri peluang! Muka seposen, doplohsen, kitorang takkan layan la brader. Melainkan korang dari sekolah perempuan, muka licin flawless aww, reti buat muncung itik, posing angkat peace, maka korang sangat dialukan untuk jadi cheerleader. hewhew =3 Tapi tapi tapi hari tu takde pompuan kan? Baik sungguh bebudak mtaq ni. XD


Mung tau dok MTAQ tu gapo? Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Yayasan Islam Kelantan, 16600 Pulai Chondong, Machang, Kelantan.

team yang sepatutnya layak ke final. berdiri dari kiri ; selleh, koha, jika, hapih, jihe, deng, pali. duduk dari kiri ; zuhdi, muing, tok ayoh, atiq(kalu xsilap), amin.


team yang tak sepatutnya ke final. dari kiri ; unjai, pidauh, pokcek, koghi.

Nama nak gempak letak kejohanan bagai. Padahal hadiah johan, naib johan, dan tempat ketiga sama je. Semua hamper sama besar. Isi dalam hamper pun sama(sumi, kacang, air gas, biskut) hahahahha lantak lah, main bukan nak hadiah, tapi untuk ukhuwwah bersama. Ye dak? alolololo baguh weh budok tapih ni~ kbai !


#OffTopic : kalau perasan, semua jaga aurat tak bagi nampak lutut kan? ambo oyak doh budok tapih ni baguh, xsey cayo lagi ko? harharhar



Thank you for reading this entry !

09/06/2012

Erkk #11 : Hobi Baru

Assalamualaikum blogger semua.


Cakap pasal hobi ni, masing-masing boleh bayang benda yang kita suka buat kan? Ada orang suka makan (tapi tak gemuk2), suka tidur (tak pernah puas), suka kentut (eh? tak sengaja lettew), suka korek hidung (jaga kebersihan hidung), dan macam-macam lagi. <-- malas taip nanti kang semua keburukan diri tertonjol kat sini. wkwkwkwkwk XD


Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, bila part isi biodata, ruangan hobi automatically(search google nak cari ejaan betul) aku akan tulis SUKA MEMBACA. Tang mana suka wallahu a'lam sebab hakikatnya, aku memang tak gemar membaca. Mungkin kerana pengaruh rakan sebaya yang suka sangat tulis hobi = SUKA MEMBACA, maka dengan aku sekali terjebak. Kecik-kecik lagi dah tak jujur alahai..~ Suka main-main taknak tulis pulak kan? =,=


Tapi sekarang hobi lain pula yang timbul. Dan aku sekeras-kerasnya telah mengesyaki ini semua berpunca apabila jadi photog hari tu. Hobi apa?


CAMWHORE!! rasa macam comel je main camwhore cenggini. walaupun sedia tahu tak comel, paling penting PERASAN comel tu kena ada. syukurrrr >.<


ok sekarang trio bff dah join camwhore sape nak jawab? hahaha


Ini sahaja update kali ni. Makin lama makin annoying entri kat blog ni. Dah kena kawen gamaknya.. (eh?)


#OffTopic : izwan selalu tegur aku salah sebut camwhore jadi 'kemwor'. Padahal 'kemhor' kan? Mohon ajar T.T
Thank you for reading this entry !

07/06/2012

Wedding #1 : Majlis Kesyukuran Arif & Hamiezah

Assalamualaikum. Alhamdulillah.


Orait. Aku tak bercadang nak taip panjang. Terlebih dahulu nak ucap terima kasih banyak buat pembaca yang tak jemu buka blog ni. Walaupun sekarang memang jarang-jarang-jarang sangat update, tapi alhamdulillah, pembaca tetap ada. Cewahh ayat nak tacing habis kan? Sebenarnya aku terharu dengan pembaca blog ni. wkwkwkwk =')


Bulan lepas aku punya update satu entri je. Sumpah segan bila tengok dekat 'document'. Tak tahu mana nak sorok muka. Dahla banyak gambar muka sendiri dalam ni. Gedabak uolls~ Lagi bagus kalau korang tak tengok. Nanti kang bertambah kemaluan aku. Dari satu, jadi dua. Tu kalau dua orang yang tengok. Kalau 10 lak acane? Tak ke jadi 10 kemaluan aku? Hahahaha


Ok enuf merapu. 


Minggu lepas, bff aku (baihaqi ibrahim aka aki) mintak tolong aku jadi photog sempena majlis kahwin akak dia. Memula aku tolak sebab aku memang tak reti nak shoot. Nak cari angle cun pun terkapai-kapai. Tambahan pula aku tak pernah jadi photog untuk majlis kahwin. Nanti kang shoot gambar pengantin, jadi gambar lain. Tak ke haru abang aki oi?


Setelah dipujuk berkali-kali (ok ni sedapkan ayat je hahaha) aku pun sanggup. Dia mintak tolong, so sebagai seorang kawan, wajiblah kena tolong ye dak? Dengan syarat, kalau gambar tak jadi tu dia taleh nak marah. BHAHAHA syarat nak selamatkan diri. Kau ada? =P


hantaran dari pihak perempuan. 'super hard hold'? ehemm XD
anyonyonyo~
simple kan? jimat bajet la brader. nais~
"ehem2.. malam ni awak buat ape?", tanya pengantin lelaki kepada pasangannya. =P
boleh jatuh hati tak kat bini orang? ok sila lempang berjemaah ye? KAHKAH
sister & brother
senyum jangan nak sinis boleh? grr
nama budak ni amirul. jawapan untuk sesiapa yang tanya. okeh?
abang adik ipar
yang ni aku rasa cun. mungkin aku perasan kan? lalalala~
pok ku, gu photog ambo. dio photog pengantin lelaki.
kau bungaku oh ohh~
"bang.. pinjam bahu jap. nak bagi pose maut ni. ekeke"

Setakat ni je yang mampu aku tunjuk. Lain-lain memang buruk gilaaa.. Tak sampai hati nak bagi korang tengok. tskk T.T


err.. ni sape nak interframe jugak? ofkos weh, photog pun nak tunjuk saham. Tapi macam menjatuhkan 'saham' je ni? =.='
 

Sekian, wassalam.

"BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR" 
- jujur, sopan, dan ikhlas daripada kembatolo 
(http://naughtytwin.blogspot.com) <-- perlu ke letak url? u_u
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails