28/04/2012

Weekend #1 : Pantai Bukit Keluang

Assalamualaikum. Mulai hari ini, entri yang berkaitan dengan hujung minggu akan dinamakan dengan "weekend". Baru nampak stail ye dak? Alahh.. Stendek entri erkk dan cerita kembar la. Macam tak biasa pulak baca blog ni. wkwkwkwkwk



***


Kalau nak dikira dari segi minat, aku lebih suka air terjun dari pantai. Banyak sebab kenapa aku suka air terjun. Antaranya ialah, kat air terjun ada air terjun dan kat pantai takde. Eh eh macam sewel je ayat. Kena lempang baru tau. XD


Tapi tapi tapi itu jika berkaitan dengan mandi manda or main air jelah. Air laut masin, so kalau mandi taleh nak berenang kuak lentang, kupu-kupu, dan secara keseluruhan, aku tak suka berendam kat pantai. wahahaha. Ada pulak orang nak kisah kan? BOO!! boo boo jugak, kalau tertelan air masin camane? Apa kau ingat ni proses pengawetan ke nak telan air garam sesedap rasa? Sepak kang~


Ok cukup pasal pendahuluan. Masuk isi.


Semalam hujung minggu. Seperti biasa, kitorang(aku, izwan, dan ayie) selaku teruna bujang sudah terang lagi bersuluh keluar makan angin. Senang cerita, outing bak boys over flower gitu. Cuma kitorang ni bertiga je. Pastu flower pun taktau ada ke tak. kihkihkih.


Keluar g mana?


penat edit baru nampak lawa. huh~

Yeah! Kitorang g pantai!! Tadi aku gtau tak suka mandi pantai je kan? Lupa nak cakap, kalau nak lepak, pantai lebih menambat hati.


hah lepak la kauu

Actually ni bukan lepak. Kitorang santai sambil makan. Picnic lebih sesuai kot? wakaka


kehidupan seorang-seorang-seorang teruna bujang o.O


driver of the day. tengkiyu beroo. sila makan bero, makanan banyak bero. hahaha


Boleh tahan lama lepak sini. Bunyi azan maghrib baru reti nak balik, ish ish ish.. Brader bujang kan, stendek ah. Kahkahkah.


sape pulak rajin kemas ni? anyonyonyo sopannyee ^__^


Balik dan bai. 


#OffTopic : Gambar dalam ni semua edit. Jangan tertipu dengan keindahan photoshop. harharhar
Thank you for reading this entry !

25/04/2012

Cerita Kembar #7 : Salesgirl

Assalamualaikum.


Rutin mingguan sekarang, setiap hari jumaat keluar jalan-jalan. Wajib!


Alahh.. Keluar bukan g mana pun, cuma luangkan masa dengan izwan(macam la duk jauh) dan ayie. Biasa keluar berempat, tapi sorang dah kena masuk ukm, so terpaksa bertiga jelah. Bff kata ko! hewhew =3


Alkisahnya minggu lepas, kitorang pergi Kota Bharu Trade Centre(KBTC). Saje keluar-jalan-lepak-makan tengok ragam manusia. Nak dijadikan cerita, ketika melalui salah sebuah kedai kasut di sana, tiba-tiba..


"bang, kembar ke?"

"haah, kenapa?" 
*jawab sambil jalan.*


"alah bang, benti la kejap. banyak lagi nak tanya ni"


Bila dia cakap camtu, aku pun stop. Izwan ngan ayie pun stop sama tapi dorang tunggu depan sikit. Lepas tu aku terus pergi dekat dia.


"hah, nak tanya apa? dah benti pun ni"

"err.. nak mintak no boleh?"


Hahahaha <-- gelak dalam hati


"ada pen? tulis 013****003"

"lagi sorang tu? adik ke abang? no dia?"


tamak betul dia ni, bagi satu nak dua <-- dalam hati.


"013*****78"


Fuhh.. Nasib baik lepastu terserempak dengan member yang kebetulan lalu situ. Aku pun apa lagi, terus gunakan peluang untuk lepaskan diri dari segerombolan awek tadi. Padan muka! 4 lawan 1 mana larat bhai, teruna lagi ni. hahahaha >.<


Agak-agak no tu betul tak? XD

 
***


Masa nak balik, kitorang lalu pulak depan kedai mainan budak-budak. Tanpa disangka..


"can u give me your number?"


Kitorang bertiga terus toleh belakang, nampak salesgirl kedai mainan tu buat isyarat telefon kat telinga dia. Erkk.. Again? =.='


*Salesgirl sekarang suka mintak no telefon eh? kbai~



Thank you for reading this entry !

16/04/2012

Spa Semulajadi




Siapa pernah masuk spa?


Aku yakin ramai yang dah. Lebih-lebih lagi perempuan. Apa-apa yang melibatkan kecantikan diri, perempuan lebih laju menceburkan diri. Ye dak? Rilek la brader, stendek perempuan la kan. ;)


Bagi mereka yang berduit, masuk spa tu ibarat beli gula-gula je. Selalu sangat! Tapi yang takde duit jangan risau. Allah maha adil. Pergi je spa yang dah sedia ada ciptaan Allah.


Tahu tak katne?


menikmati spa sejuk gila woi.


See! Duduk sini lebih tenang. Dengar bunyi burung, bunyi air, dan semua bunyi yang wujud. Walaupun tak paham, tetapi ketahuilah bahawa seluruh alam sedang bertasbih kepada Allah. Subhanallah!


kemain ghairah brader baju merah tu. klimak barangkali =P


Jadi tayah sedih kalau tak pernah masuk spa. Kita senasib! ahaha. Btw, mekaseh kepada brader arief sebab sudi jemput gua. Massalamah kbai!


#offTopic : ada stranger mintak nak amik gambar sekali masa kat sini. acane acane? XD

#update : lokasi, pegi je memana sungai/air terjun/jeram yang berdekatan dengan rumah. ni kat lata tembakah. ^^
Thank you for reading this entry !

15/04/2012

Erkk #10 : Lepak King



toasted amende tah nama kemain susah nak ingat. beli sebab nak hafal nama eh? XD


Tahu tak aku ni jenis yang suka melepak lama lama?


Setakat dua tiga jam lepak alahai sambil kentut pun boleh buat. Kadang-kadang sampai semalaman tak tido. Slow talk, pillow talk, memekik melolong menjerit, semua kitorang balun. Paling tak menahan bila masuk waktu subuh, masing-masing berebut nak solat dulu. Kenapa? Sebab kita kan kena solat di awal waktu. Ehem! (padahal nak berebut tempat tido kahkahkah)


Malam semalam kitorang main futsal. Lepas main, makan. <-- contoh kehidupan manusia yang kuat makan.


Siap makan macam biasa lah nak sembang. Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya malam pun tak hujan hujan lagi. Eh? Belum sempat buka topik, tauke restoran dah bagi hint nak tutup. Dengan berat hati terus blah. 


Memandangkan hajat belum tercapai, bergeraklah sang teruna berempat mencari tempat persinggahan. Pusing punya pusing, satu kedai pun takde. Pukul 2 pagi bro, celah mana kedai yang bukak kat area ni? Mohon mamak buka kedai sini pliss~ T_T


Last-last, masuk kepsi beli kopi rm4.00++ segelas. Hah lepaklah kau sampai menguap dekat situ. Tapi kan, korang boleh bayang tak masuk kepsi dengan tak mandi lepas main futsal? Semerbak aroma brader!! Takpe, peluh lelaki kan ubat. Hewhewhew =3


brader hacker (tolong format laptop je pun hahaha)


brader tuan rumah


brader ni makan paling banyak


muka tak sempat mandi lepas main. kehkehkeh

Kbai !


#offTopic : ada orang perli wordless wednesday gua lah. Nak gua sekeh ke acane? =.='
Thank you for reading this entry !

12/04/2012

Cupcake Dari BFF


epi belated bufday amin, din, & we


Hidup ni indah bila bersama. 


Yep, bersama tu tak kisah lah dengan siapa. Baik family, kawan, awek, dan sesiapa sahaja. Even dengan strangers pun kau akan rasa seronok. Tak percaya? Ok sila jawab kenapa Allah ciptakan makhluk berpasangan kalau bukan untuk bersama? >.<

***

Semalam member ajak keluar sempena dengan cuti pertabalan agung. Lepas bbm, sms. Tak cukup dengan sms, dia call lagi semata-mata nak ajak keluar(yang ni tuk sedapkan ayat). Aku? Ofkoslah jual mahal derr. Bukan selalu orang nak ajak aku keluar. Wajiblah kena jual mahal ye dak? hahahaha (poodahh~ padahal kena attend kursus jadi wakil abah =.=")


mamat ni yang ajak. student ukm.

Lepas bagitahu taleh join, ingatkan habis situ je. Tetiba malam tadi ayie, amin, dan seorang lagi bff datang kedai. Kebetulan aku baru abis ajar budak-budak mengaji. Jadi jangan nak perli dengan baju melayu tu eh? wkwkwkwk


Sebenarnya dorang ni konon nak buat surprise. Belum sempat apa-apa aku terlebih dulu tahu sebab nampak kek dalam kereta ayie. Walaupun dorang dah sorok, apakan daya ke'hyper'an aku menggagalkan tipudaya mereka. kahkahkah kantoi di situ! Tapi aku buat-buat tak mengerti jelah kan?


Ok dah! Aku memang takde bakat bercerita. Cite best camane pun, bila aku jadi tukang cerita, yakinlah bahawa cite tu takkan jadi menarik. Dengan ini, aku seratus peratus akan menuding jari ke arah cikgu sekolah rendah dulu. Siapa suruh tak ajar subjek "mari bercerita"? huh~


Layan gambar boleh?


semua gelak sebab masing-masing tak reti nak bukak cup tu. T__T

masih lagi berusaha bukak cup. Hiyah hiyah!

ok baru tahu cara. Kemain susah nak makan u_u

makan tayah peduli sesape. hah makan la makan laaa


Lain kali tayah bagi cupcake boleh tak? Susah woi nak bukak cawan dia tu. Nak terus koyak takut jadi tak sopan. Haish! Lain kali bagi kek secret resipe je eh? BHAHAHA okbai!


#offTopic : terima kasih banyak-banyak. lain kali cakap la nak sambut besday, memang confirm aku akan keluar. faham? XD


hambik! kemain cupcake gambar baju kurung. ni perli eh? 0.o





Thank you for reading this entry !

11/04/2012

Erkk #9 : Bila Takde Mood

Assalamualaikum.


cite ni dah keluar weh. sila donlod beramai-ramai. haha

Aik? Update lagi? ehehe terlebih rajin bang, biasalah nak hidup. =D


Apa yang biasa korang buat kalau takde mood? Setahu aku, bila takde mood ni semua kerja tak jadi. Jika jadi sekalipun, kerja tu tak sempurna. Contoh macam kau kena masak tapi disebabkan kau takde mood, masakan yang selalunya sedap jadi tak sedap. Contoh lain, macam.. Ah..! Susah pulak nak bagi contoh ni, fikir sendiri boleh? huahuahua


Aku? Biasa kalau aku takde mood, memang aku akan diam seribu bahasa. Muka pulak ofkos masam mencuka. Nak masam menggaram tak boleh sebab garam tu masin. Nanti kang rosak pengetahuan bahasa melayu budak spm dek blog yang tulis tak ikut silibus dewan bahasa dan pustaka ni. Tetibe kat sekolah cikgu tanya ;


cikgu : siapa boleh bagi contoh benda masam?

murid : garam cikgu!

cikgu : siapa yang ajar awak?

murid : abang kacak dalam blog kembatolo.

cikgu : =.="


Ha.. Ni kalau jadi siapa nak jawab? 


Ok lupa pasal cikgu dengan murid tadi. Lantak ah nak salah pun, dorang yang nak amik spm, bukan aku. bhahaha ok tak cukup kejam kena caps lock baru kejam BHAHAHAHA!!


Bila takde mood, aku klik mozilla firefox >> youtube >> PLAY KLIP HINDUSTAN.


Serius wehh!! Memang aku buat camtu. Bila dengar hindustan, terus mood datang kepuk-kepuk. Aku tahu jarang manusia buat macam gini. Nak nak pulak tengok klip hindustan. Perghh! Satu dalam sejuta kot. Dah la lelaki, minat hindustan pulak tu. Zaman sekarang ni kpop(aku minat kara hahaha) dengan omputih je ramai peminat. Jadi, aku agak korang dah boleh nilai betapa uniknya aku. Kan kan? -.-"


Unik bini kau! huh~


mera naam hai zamri. XD


*Aku rasa aku ni ada genetik romantik ah. Sebab tu suka hindustan. XD

Siapa yang nak try tips ni sangat sangat dialukan. Mana tahu korang pun ada genetik romantik macam aku? Untunglahh~

KAHKAHKAH. kbai.
Thank you for reading this entry !

09/04/2012

Aaron Aziz Seorang Yang Kacak

Ni bukan entri nak naikkan trafik ke apa, cuma nak kongsi apa yang aku rasa. Harap jangan sangka buruk ye?


layan kat youtube je, tak kuasa nak menonton semalam. kehkeh


Dalam video ni, fizz fairuz sebak gila tengah control tanak bagi nangis. Aku dapat rasa sebak dia tu memang tahap tertinggi dah. Cakap baru beberapa patah dah nak nangis. Lagi lama dia stay situ, alamatnya akan banjir la stage tu. hahaha


Lepas tu, ntah dari mana tetibe aaron aziz datang peluk fizz fairuz. Mairabb! Memang aku kagum betul ah dengan mamat ni. Dia macam tahu je apa yang dia kena buat tuk tenangkan orang yang tengah sebak. Dia peluk sambil tenangkan fizz sebelum bawak ke belakang. Kan kan? Alahai sweetnyee..


Ko dapat tak apa yang aku nak sampaikan ni? Fine, aku cuma nak cakap pasal pelukan tu je. Pelukan tu mampu menenangkan hati. Baby kalau nangis pun, emak dia akan peluk jugak kan? Hah sama la tu.


Aaron aziz seorang yang kacak dan penyayang. *mata bersinar*
Thank you for reading this entry !

01/04/2012

Cerita Kembar #6 : Fitness Centre

Assalamualaikum.


itu dia trainer aku. kemain cakap aku kurus siap suruh main benda tu supaya jadi lagi taff macam dia. fine la fine la. T__T



Aku ada banyak perangai. Perangai ni kadang-kadang sama dengan kembar aku, izwan. Stendek kembar lah kan, minat pun lebih kurang je. Walaupun tak sama sepenuhnya, paling tidak mesti ada yang hampir sama. Contoh macam suka awek pakai baju kurung, dua-dua suka. Eh perlu ke ulang balik? wkwkwkwkwkwk


Actually kitorang banyak berkongsi minat. Ni salah satu ;


Selalu bila keluar g mall atau shopping complex, tempat wajib pergi ialah kedai alat senaman or fitness centre. Kalau tak try buat, tahan jelah nafsu dengan window shopping alat-alat dekat situ. Lepak berjam-jam pun tak kisah. Takkan rasa jemu der! Selagi tak kena halau, haa duduk lah kau dekat situ.


Pernah sekali kitorang perasan pekerja kedai tu duk jeling-jeling tengok kitorang main. Rilek la kak, tumpang main je, bukan nak curi pun. =P


Apa lagi nak cakap kalau hobi suka benda ni, haruslah peluang macam ni takkan dilepaskan cenggitu je. Jika orang lain boleh bernafsu tengok makanan, kitorang pula boleh bernafsu tengok alat senam. hahahaha. Jaga sixpack bro! >.<


izwan pun tak tahan tengok aku kayuh sorang-sorang. (tak aci sempat posing hoii!!)
jom racing! (baru adil dua-dua posing keh keh keh)


Tak mampu beli, posing dalam kedai pun kira berbaloi la ye dak? Siapa ada nak derma benda ni? RM4000++ je. hahahahha kbai~



Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails