Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.
Awak,
Awak sering bagi alasan awak belum sedia untuk bertudung. Untuk berubah. Untuk berhijrah. Tapi bila saya tanya bila masa sedia awak, awak diam. Saya tahu awak takde jawapan untuk soalan saya. Acane awak nak jawab sedangkan awak sendiri pun tatau bila awak akan sedia ye dak? hihi
Awak,
Saya tertanya-tanya. Bagaimana jika Allah tidak peruntukkan masa sedia untuk awak? Atau masa sedia yang awak tunggu tidak tiba. Camane? Takkan awak nak terus meraih dosa dengan menayangkan aurat awak? Memperlihatkan perhiasan awak yang tentu sekali berharga semata-mata untuk santapan mata mereka yang sudah pasti tidak sanggup menanggung dosa awak? Awak nak camtu?
Awak,
Awak selalu cakap awak sayangkan keluarga awak. Sayang papa awak, sayang abang/adik awak, bahkan awak juga pernah cakap yang awak akan sayang suami dan anak awak. Tapi.. Mana bukti awak sayang jika awak rela biarkan mereka berterusan menanggung dosa hanya kerana awak tak tutup aurat? Macam ni eh awak zahirkan rasa sayang awak? Kesian mereka.. Kan awak kan?
Awak,
Awak,
Awak,
Awak sedar tak sebenarnya awak tak tahu apa yang awak nak. Awak blur. Awak rasa awak kenal diri awak padahal awak langsung tak kenal siapa awak. Awak, nak kenal diri tak susah. Awak cuma perlu kenal ALLAH. Nak kenal ALLAH pun tak susah la awak, awak buat apa yang ALLAH suruh, tinggal apa yang ALLAH larang. Senang kan?
Awak,
Awak
tahu kenapa saya tulis ni? Sebab saya sayangkan awak. Dan saya tak rela
tengok orang yang saya sayang terus berada dalam dosa. Saya akan bantu
selagi saya mampu. InsyaAllah =)
Awak,
Setiap orang mahukan teman hidup yang sempurna. Tapi saya tanak yang sempurna. Tahu kenapa? Sebab saya nak jadi pembimbing awak. Saya nak berada di sisi awak di saat awak berusaha untuk jadi sempurna. Saya nak jadi tempat untuk awak bersandar bila awak penat dalam perjalanan untuk jadi sempurna. Dan yang paling penting, saya nak jadi orang yang paling gembira bila awak dah sempurna. Sempurna tu solehah tau awak. ^_^
Saya tahu awak akan baca ni. =')
*awak ialah mereka yang masih menunggu masa untuk berubah. Awak, berhentilah menunggu. Mulakan dengan langkahan pertama kerana dengan langkah pertama kita akan jadi lebih bersedia. ^^,
credit






















