30/06/2011

Baju.


Seperti biasa, dua beradik akan menjelajah supermarket untuk mendapatkan barang keperluan dan barang kehendak mereka.


si abang : weyy! aku nak cari glove keeper ni. esok ade match tapi sarung tangan takde. cane nak main? kang aku tanak main keeper kang!

si adik : ok. jom pegi kedai triple stripes tu.


mereka pun masuk kedai pastu belek apa yang patut.


si abang : weh! kasut aku pun takde jugak. yang lama tu tapak dah haus. siap berlubang lagi. aku nak amik yang ni eh? (sambil try kasut kaler putih biru)

si adik : hurm.. suka ati ko lah.

si abang : glove ni skali. nampak macam KFCM ah kalo pakai yang ni. kehkehkeh =P

si adik : iyelah. 


Sedang si abang sibuk try kasut, si adik menapak ke area baju, jersi, dan t-shirt. berkenan, amik, try.


si adik : eitt! baju ni cun tak? (sambil menayangkan baju kaler merah kepada si abang)

si abang : not bad lah. ok je aku tengok. merah lagi. aku suka!


sebaik sahaja si abang nampak si adik try baju, laju pulak dia pergi ke area baju jugak. lantas dicapainya baju dari design yang sama, saiz yang sama, cuma kaler yang berlainan. berkenan, amik, try.


si abang : ehem. kalo yang ni pulak cane? (ujar si abang sambil memperagakan baju berkaler hijau kepada si adik)

si adik : dahhh! ko tayah amik baju tu. ko dah amik kasut dengan glove tadi kan? cukup!

si abang : err.. okay..~ (berlalu dengan muka hampa)


kemudian, di bahagian cashier ketika si adik nak buat bayaran, terlihat si abang sedang lalu lalang mundar mandir di hadapan area baju yang dipakainya tadi. jelas kelihatan pada mukanya satu harapan yang amat mendalam. si adik perasan seraya berkata ;


si adik : yela.. amik la baju tu. buat muka kesian nak suruh aku simpati lettew~ dah pegi amik.

si abang : hooray! pelukciumsayangkodik <-- okaynitipu. hahaha xD


sekian.


p/s - nak buat camane kalo adik je yang pegang duit. nasiblah kau~ hahaha


DSC_0540
sape hepi sape muram skrg nih? harharhar.


Thank you for reading this entry !

28/06/2011

Kenapa Takut Untuk Berubah?

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan ilmu dan ilham kepada hambaNya. selawat dan salam buat nabi junjungan. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Merujuk pada tajuk, aku yakin kau dah faham apa yang aku nak sampaikan. entry ni adalah kesinambungan dari sini. harap kau dapat ambil manfaat. =)


Well, aku tahu kebanyakan orang di luar sana memiliki keinginan untuk berubah. baik aku, kau, mahupun mereka, masing-masing ada perasaan sedemikian. walau bukan pada perbuatan, paling tidak, ada secebis niat di hati mereka untuk berganjak ke arah yang lebih baik. kau kena tahu bahawa setiap perbuatan yang kau lakukan, asasnya ialah niat. jadi bila Allah dah anugerahkan kau niat tersebut, kau patut bersyukur sedangkan masih ramai lagi dalam kalangan manusia yang masih belum wujud di hati mereka suatu perasaan untuk berubah. oleh yang demikian, kau juga kena yakin bahawa suatu hari nanti kau akan berubah walaupun buat masa sekarang langsung kau tidak berani untuk memulakan perubahan. bersangka baiklah pada kamu kepada Allah kerana Allah memberi apa yang kamu sangkakan. 


Akan tetapi, di samping niat untuk berubah, tak dinafikan kau juga ada perasaan takut. takut untuk berubah. ada tak?




Kenapa takut untuk berubah? hanya kau punya jawapan. maybe wujud dalam diri kau perasaan takut sekiranya kau berubah, segala mata pencarian untuk kau teruskan hidup akan tertutup. atau jika kau berubah, orang-orang yang kau sayangi akan menjauhkan diri. ataupun lebih memeritkan lagi, bila kau berubah, kau akan kehilangan semua yang kau ada ; harta, pangkat, serta kedudukan.


Oleh itu, demi menghapuskan segala ketakutan yang kau alami, cuba renung sejenak maksud kalam Allah ni.


"dan sesiapa yang berhijrah(berubah) pada jalan Allah, nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak..." (an-nisaa : 4)


Baca, faham, hadam, and then try kaitkan dengan diri kau. hayati betul-betul. tenung maksud tersurat dan korek apa yang tersirat dalam ayat tu. cuba faham dari sudut yang berbeza. beri tugas pada otak dan hati kau untuk jelaskan lagi apa yang terkandung dalam ayat tersebut.  insyaAllah kau akan jumpa apa yang kau cari.


Okay. Ayat tu sudah terang lagi bersuluh memberi maksud sekiranya kau berubah semata-mata kerana Allah, tiada satupun di dunia ini yang perlu kau bimbang. tolak tepi semua kerisauan kau. tanak tolak, kau boleh sepak terajang ketakutan kau tu. kerana ayat ni merupakan satu jaminan oleh TUAN PUNYA DUNIA. ibarat seperti kau jadi tetamu kemudian tuan rumah berjanji untuk menjaga makan minum pakai kau. adakah patut bagi kau untuk risau lagi tentang kehidupan kau di rumah tersebut? satu konsep yang sama. jadi kenapa kau kena risau tentang rezeki? tentang kasih sayang? tentang kehilangan? sedangkan Allah itu maha menepati janji. 




Satu contoh aku bagi. kau kenal wardina? artis yang aku rasa layak dijadikan idola. dulu kau tahu dia macam mana kan? pakaian terdedah sana sini. memberahikan setiap mata yang memandang. tapi tu semua dulu. jangan kau pandang seseorang dengan zaman silamnya. pandanglah pada kehidupan realitinya hari ini. apa yang kau nampak? dia sudah berubah menjadi seorang yang mempunyai pegangan yang kuat dan taat kepada agama. malah sekarang dia ditemani oleh seorang suami yang amat memahami, keluarga yang bahagia dan kerjaya yang menjamin kehidupan. kau tak pelik ke kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu? yes! sebab dia yakin apabila dia berubah, Allah akan bersamanya. peduli apa orang akan kata! poyo? menunjuk? tak sedar diri? pedulikan!!! adakah kau kena dapatkan redha dorang untuk masuk ke syurga? TAK KAN?? jadi kenapa kau nak kisah apa orang kata?


So please.. Butakan mata, pekakkan telinga, cekalkan hati, dan teruskanlah niat kau. =D




Okay. itu je kot. segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk dari kelemahan aku sebagai hamba yang tidak punya apa-apa kecuali dengan izin Allah. Wallahu a'lam. sekian.


Random.
#mood berblog kurang.
#final berbaki 3 paper. fighting!~



Thank you for reading this entry !

25/06/2011

Entry Best.

Assalamualaikum umat manusia sekalian.



Alhamdulillah, aku baru selesai menghadiri ujian syafawi(lisan or oral) quran untuk final. walaupun pada mulanya rasa cuak bagai nak luruh jantung, tapi alhamdulillah, pertolongan Allah ada di mana-mana. yang penting, kau cuma perlu yakin. sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat. see! dah termasuk dalil. penangan ujian quran gamaknye? kehkehkeh.


Seriously tadi memang aku gemuruh sangat. aku dah try berlagak cool tapi kejayaannya dalam 50 peratus je kau tahu? nasib baik lah baka sifat cool tu dah ada, semua gemuruh leh settle. haha ! err, cuba kau cakap camane nak rilek bila member kau TIBA-TIBA datang pastu terus ajak pergi ujian dalam keadaan kau yang TAK SEDIA SEPATAH HAGHAM KEJADAH LANGSUNG PUN?! grr! dan ianya lebih menambah kelukaan di hati, jiwa dan raga apabila secara TIBA-TIBA hari ni jadi hari last ujian lisan tu? padahal ianya baru sahaja bermula. nak taknak kau terpaksa menTIBA-TIBAkan diri kau untuk pergi ujian. harap kau perasan perkataan TIBA-TIBA yang aku tulis (-.-").


Derr, kalau oral ABC takpe la jugak nak kacang semudah melepaskan kentut di tepi periuk sambil memasak tapi ni nak kena sedia seratus-empat-belas surah kasi melekat dalam kepala. paling debek pun kau kena lancar awal juzuk dan awal surah. ingat senang ke? nak ingat lah yang susah weyy! pheww~


Yep. nak hafal quran ni bukan senang. lepas hafal, nak jaga hafalan lagi double triple susah. bukan nak bangga mahupun riak tapi aku sendiri rasa keperitan tu. wey nyah! ada ke orang bangga dengan kesusahan? takde kan? gahaha. meskipun perit, kau tak boleh sewenang-wenangnya mengaku kalah. huiyo! tak jantan lah macam tu woi! sifat jantan ni dia kental. tak mudah mengalah. kuat semangat. baru kacak! kan kan?


Kesudahannya, kau kena keep going walau langit dah nak runtuh walau bumi dah nak terbelah. jangan sesekali berputus asa untuk jaga hafalan kau.  jadikan ia assignment teragung kau sepanjang hayat. boleh? ^_^




Okay. itu cerita dah lepas. sekarang motif aku ialah nak tanya pendapat korang sikit. dalam banyak-banyak entry yang ada kat blog ni, entry mana yang korang rasa paling best? best di sini membawa maksud berkualiti, bermanfaat, serta dapat memberikan input positif kepada korang. ada?


Jikalau ada, aku mintak jasa baik readers untuk 'link' kan entry tersebut ke ruangan komen di sini. if takde, takpelah. aku masih lagi boleh maintain cool. hehe.


Ehem. nak tahu satu rahsia tak? sebenarnya, aku berhajat sangat nak berada di bloglist theotherkhairul tu sebab beliau antara idola aku dalam bidang blog-memblog ni. tertampal di bloglist beliau adalah satu kebanggaan ok! tapi nak buat camane, dah ditakdirkan aku ni pemalu. secara otomatiknya aku segan nak cadangkan blog sendiri walaupun gelora nafsu serakah suruh aku berbuat demikian. so, aku harap ada yang sudi drop komen kat sana sambil mencadangkan entry aku. hahaha. ok bai~


Random.
#debek = koman/paling cincai
#esok exam lagi, doakan kami.^^ 
Thank you for reading this entry !

24/06/2011

Kau Ada Hati?

Ehem. Assalamualaikum.


Of course la kau ada hati kan? siapa takde hati boleh hidup ke? aku rasa macam tak. sebab apa, hati terlalu penting dalam jasad manusia ni. tak percaya? kau try buang hati kau kejap. ambil pisau or kapak or chainsaw kasi belah dada bawa keluar hati kau. aku yakin tak lama lepas tu kau akan posing mata ke atas sambil terbeliak kat muka depan surat khabar metro. melainkan ajal kau belum sampai ada orang nampak pastu call ambulans pastu nenoneno bunyi ambulan datang angkut kau pergi hospital terus bagi bius and then campak dalam ICU. okay sempuuuttt..~


Err? intro dah merapu. haha sorry. actually aku nak cerita pasal hati. hati adalah raja bagi anggota badan kan? sama macam hari, hari jumaat adalah penghulu segala hari dan ramadhan pula ialah ketua bagi semua bulan. paham?


In fact, kau dibekalkan akal fikiran untuk menentukan suatu perkara. bila kau dah boleh menentukan baik buruk satu perkara, kau sudah dipanggil mumayyiz. aku yakin kau semua dah baligh dan sudah mumayyiz. justeru, setiap kelakuan dan perbuatan kau tanggung sendiri. jika kejahatan yang kau buat, maka dosalah yang kau tanggung. jika kebaikan yang kau kerja, maka pahalalah yang kau terima. adil bukan?


Akan tetapi tahukah bahawa tidak semua keputusan dan perbuatan yang kau lakukan bergantung pada akal? kadang-kadang dalam sesetengah perkara, hati akan mendahului akal.


Contoh, kau tengok seorang makcik sedang dukung baby duduk kat kaki lima jalan. sekali pandang macam pengemis. dua kali pandang dia memang pengemis. anehnya, dia tidak merayu untuk mendapatkan sesuatu dari kau. tapi bila kau pandang dia, kau rasa suatu perasaan yang sukar tuk kau jelaskan. mungkin sayu, mungkin simpati, atau mungkin juga kasihan. kebetulan pada masa tu kau tidak punya apa-apa kecuali beberapa keping note yang tertera RM1. 




Jadi apa yang akan kau lakukan jika kau berada di situasi demikian. Jika dikira dari logik akal, takkan kau nak bagi note tu sedangkan kau sendiri pun tidak punya banyak. hairannya, kau tetap hulurkan walhal kau tahu bila kau bagi, tiada yang tersisa untuk diri kau. pelik?


Well, inilah yang dikatakan hati mendahului akal dalam membuat keputusan. rasional otak memang takkan benarkan kau buat begitu tapi hakikatnya kau sudah pun melakukannya. menghulur tanpa mempedulikan apa nasib kau lepas ni. ingat, setiap kebaikan yang kau lakukan akan dibalas Allah berlipat kali ganda. dan balasan pertama yang kau terima ialah senyuman dari si penerima. adakah wujud sesuatu yang lebih indah dari senyuman tersebut? =D


Aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan. jangan kau bunuh hati kau. Allah tidak ciptakan sesuatu untuk disia-siakan. baik buruk segala yang berlaku pasti ada sesuatu di sebaliknya. cuma terpulang pada kau untuk menilai dari sudut yang mana. ingatlah, hati yang suci ialah hati yang dekat dengan Allah. dan tidak ada hati yang dekat denganNya melainkan hati mereka yang taat kepadaNya. Wallahu a'lam.


Sekian.




Random.
#entry hari jumaat memang stail macam ni. kehkehkeh

Thank you for reading this entry !

21/06/2011

Hari Bapa.

Assalamualaikum good girls and bad boys.


Hari bapa dah lepas. kau jangan pelik kenapa aku baru terhegeh-hegeh nak post pasal ni. sebab yang dah lepas hari bapa, bukan hari abah. jadi takde masalah kalau aku buat entry pasal hari abah. okay? hihi


Kau ada papa, kau ada ayah, kau ada abi, kau ada walid. dan aku? aku ada abah. adil kan? ngeh3. so tayah megah sangat sebab masing-masing ada insan kuat gagah perkasa dalam hidup mereka. yep! setiap insan yang bernama ketua keluarga ni sememangnya tegas, kuat, dan taff. walaupun pada luaran dorang nampak manis tapi kau kena tahu dalam diri mereka ada suatu sudut yang terkandung sifat tegas lagi penyayang. kan kan?


DSC_0066
tengah senyum pun nampak garang kan? keh3


Baik. cakap pasal tegas ni aku ada satu cerita. cerita waktu aku masih comel. ehem. boleh aku mula? ^^


Dulu aku takut sangat dengan abah. dengan badan beliau yang agak besar jika dibandingkan dengan tubuh aku yang kecil molek ni. muka beliau pula boleh dikatakan bengis bagi budak-budak sekolah rendah yang baru mengenal huruf vokal a-e-i-o-u. dan aku rasa itu dah cukup untuk buat aku cuak setiap kali berhadapan dengan abah. belum masuk lagi bab jelingan penuh makna oleh beliau. perghhh! sumpah cair if terkena. nak bukti cair? air mata kau akan mengalir tanpa dibelai. see! kan dah betul-betul cair tu. hahaha.


Macam biasa, hobi aku dengan izwan ialah suka gaduh. aktiviti harian kot. tiap hari mesti ada je sebab yang nak dijadikan bahan. lepas tu setiap kali gaduh, dua-dua pasti nangis. biasa la budak, cengeng sikit normal ah. lagipun masa tu belum taff lagi. keh keh keh. ada satu ketika, entah kitorang gaduh pasal apa, dua-dua nangis sakan. dan seingat aku, aku yang mulakan perbalahan pada malam tersebut. jadi confirm lah aku yang salah. -.-"


Kemudian abah yang baru balik, tengok-tengok anak beliau pula buat hal. kau tahu apa aku kena? fuhh! abah letak aku luar rumah doe! siap kunci pintu lagi! (actually aku tak tahu kunci ke tak sebab aku tak try buka. gahaha). tanpa fikir panjang, aku nangis lagi kuat ah. gila kau tak nangis. dahla duduk luar sorang-sorang, pastu gelap, sejuk lagi. wahaa~ seram weii. nasib baik ada umi. umi keluar, buka pintu, and then suruh aku masuk. hihi. malu ai bila ingat balik. ^_^


Tapi tu dulu. sekarang ni aku berani cakap aku dengan izwan antara yang paling rapat dengan abah. kakak or adik aku semua tak berani kalau nak mintak duit ngan abah, tapi kitorang selamber je pegi ngendeng. tup-tup dapat note kaler hijau berangka lima kosong tu. bangga tahu? hahaha. lagi satu, aku ingat lagi masa kitorang balik bercuti baru ni, setiap malam bergurau dengan abah. buat lawak sampai terbahak-bahak terkekeh-kekeh gelak. dapat buat mereka senyum satu kebahagiaan ok! lebih-lebih lagi masa makan. nasib tak tercekik je. harharhar.


DSC_0184
entah sape buat lawak time ni. haha


Okay dah. tulis entry macam ni buat aku rindu. hilang terus kacak. seriously aku rasa nak balik sekarang. tapi nak balik kena habiskan exam, lulus, baru boleh balik. alahai~ sekian.  


SELAMAT HARI BAPA BUAT ENCIK RAHIM BIN ABDULLAH. SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN REDHA ALLAH. ^^


Random.
#aku sayang abah aku. sangat.
#umi pun aku sayang jugak. sangat-sangat.
#sweet tak buat entry macam ni? harharhar.
Thank you for reading this entry !

20/06/2011

Piala Exco 2011

Perhatian : entry banyak gambar. sila pastikan internet anda dalam keadaan laju lagi kencang. 


Assalamualaikum. alhamdulillah, syukur banyak-banyak sebab masih lagi dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT. alhamdulillah.


Seperti mana yang korang baca pada entry lepas, aku ada show off gambar penjaga gol ala-ala KFCM kan? kalau KFCM ada iras yakuza, keeper tersebut pulak ada iras imam muda. boleh? kahkahkah. jadi kali ni aku nak memperkenalkan ahli pasukan beliau pulak.


Ehem. kau tau tak team aku nama apa? pemain terer(lah konon) macam kitorang ni tak perlu kot nak taruk nama gempak-gempak. tak payah nak kasi nama brazil, MU, mahupun real madric bagai. nama cikai pun dah ok asalkan main kena gasak penuh berskill disukai ramai. ye dak? oleh itu, cadangan asal yang diusulkan untuk menamakan team dengan nama NORA ELENA telah dibantah oleh beberapa pihak. gila kau nak letak nama tu. nora elena mana main bola. acara berbasikal boleh la. haha. sekarang nampak tak betapa bahayanya pengaruh drama dalam minda masyarakat? xD


Match ni berlangsung selama 2 hari pada 2 tempat yang berbeza. hari 1st kitorang main di padang pasir manakala hari kedua pulak di padang rumput. kedua-dua tempat memberikan kepuasan yang tersendiri iaitu dapat menghasilkan bahan korekan pada hidung semaksima mungkin dan membantu melukakan lutut serta betis ketika beraksi. terbaik wokk! wakaka.


Sebenarnya aku tak bercadang nak cerita panjang. tak terperasan pulak entry ni dah masuk perenggan kelima. oleh itu, marilah sama-sama kita layan nafsu dengan gambar. sebelum terlupa, aku nak cakap bahawa gambar ni adalah seciput daripada gambar yang aku amik. jadi aku terpaksa pentingkan diri sendiri dengan hanya meletakkan gambar team aku sahaja. sesape tak puas hati, boleh datang jumpa aku, bawak pendrive ke hape, pastu copy gambar and then upload sendiri. ok? bhahaha!


Dimulakan dengan bismillah~


Hari Pertama perlawanan.
Peringkat liga antara kumpulan.


DSC_0209
nora elena muto buruk


DSC_0414
penonton dan juga pemain


DSC_0243
perlawanan pertama, muto buruk vs super rookie


DSC_0297
buat muka penat tuh ingat ada orang nak bagi simpati ke? huh~


 -tiada gambar-
Perlawanan kedua, muto buruk vs power rangers.


DSC_0445
"harap-harap kena bontot kau" - muto buruk vs nogori, perlawanan ketiga.

Hari kedua.
Peringkat kumpulan dan suku akhir.


DSC_0992





DSC_0510
santai~~


DSC_0531
masing-masing senyum sebelum lawan. senyum palsu. >.<


DSC_0521
^_^


DSC_0569
muto buruk vs masarra city. penentuan untuk ke suku akhir


DSC_0605
pemain pertahanan, tuan azrie cuba menghalang kemaraan penyerang masarra city


DSC_0643
rembatan kencang dari sayap kanan, izwan rahim.


DSC_0944
sesi pemanasan badan sebelum perlawanan


DSC_0888
ehem2.


DSC_1002
suku akhir. muto buruk vs kijang


DSC_0063
perbincangan perubahan strategi


DSC_0090
penentuan hingga ke sepakan penalti. tersungkur dengan 4-3


DSC_0157
muka kalah. harharhar


Okay itu je. juara bertahan 2 tahun berturut-turut terpaksa menyerahkan piala kepada pasukan lain pada tahun ni. tahniah kepada pemenang, takziah kepada pengalah. kahkahkah.


DSC_0974
juara bertahan 2 tahun.


DSC_0160
final. juara baru berjersi belang hitam merah.


Sekian. -.-"


Random.
#sehari suntuk nak buat entry ni.
#internet memang suka perdajalkan tuan. argh!

Thank you for reading this entry !

KFCM.


DSC_0230


DSC_0271


 DSC_0253


DSC_0265


Harap-harap gua boleh jadi se'famous' KCFM dengan buat entry ceni. haha lol!


Random.
#entry menyusul lepas ni.
#sorry tajuk takde kaitan dengan entry. harharhar xD


Thank you for reading this entry !

19/06/2011

Rumah Tenat.

Assalamualaikum.

 
Baik. sekarang ni rumah kitorang tengah dalam proses baik pulih. aku sendiri konpius tujuan sebenar baik pulih ni sebab rumah yang bermasalah cuma level 5 tapi apsal level lain terjejas sama? lebih menghairankan otak teruna kacak kami ialah apabila didapati bahawa fokus utama baik pulih ni hanya lantai tetapi  mengapa dinding kami yang suci mulus murni disukai ramai sedap sehingga mencium hidung dan dahi ketika terhantuk pun terpaksa dikorbankan jugak? kenapa? kenapa? kenapaaa?!! kau paham tak kenapa? ada sesape boleh tolong buat aku faham? pelis~ desperate gila nak faham ni.. hahaha.


Lepas tu, rupa rumah aku sekarang masyaAllah memang terharu. serius akan buat air mata kau mengalir laju tanpa perlu dipaksa. nak imagine? takde masalah nyah. kau try bayangkan lori pasir tengah curah pasir je. curah pasir dalam rumah. camane? dapat bayangkan? 


Ehem. meh aku tolong kau buat bayangan gurauan.


DSC_0031
baitul azrak pun dah jadi macam ni. try baca yang ni --> link


Nampak?! kan aku dah cakap, tak susah pun nak bayangkan keadaan rumah aku ni. sebijik macam tapak projek dah! paling aku tak boleh terima bila pasir simpan dalam rumah. homaigod!! berhenti kejap proses penuaan kedut muka dan garis halus liang stoma bila tengok keadaan ni. otak malaysia kau boleh terima ke bila tuan rumah suruh kemas segala bagai barang di ruang tamu pastu bawa masuk bilik hanya kerana NAK LETAK PASIR KAT RUANG TAMU. PERNAH?? grr~


Oklah. cakap banyak pun tak guna. tunggu siap jela nanti. pastu sama-sama kita buat keputusan samada baik pulih rumah ni makin cantik, makin ohsem, makin mabeles, or makin haprak. harap-harap ia memberikan kesan positif pada diri anak-anak kerana merakalah yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. jom pakat bersih 2.0. hahaha takde kaitan kan? aku tahu lalalala~


Itu je. babai~


DSC_0027
ni pulak ruang tamu rumah aku. rasa macam nak nangis tak? T.T

Random
#nak tengok gambar latest KFCM? tunggu entri lepas ni. kehkeh
Thank you for reading this entry !

16/06/2011

Kenapa Saya Single.

Hai guys! assalamualaikum. cun tak tajuk gua? gahaha. sebenarnya gua nak tulis tajuk tu dalam BI, tapi cepat-cepat gua sedar yang gua ni orang melayu. terus gua batalkan hasrat suci murni gua nak berbahasa omputih ni. tambahan pula gua ni bukan reti sangat bahasa matsaleh. lagak je lebih, retinya tidak. hahaha. pasal single tu gua tulis dalam omputih sebab gua konpius dengan maksud single tu. nak guna 'keseorangan' nampak macam BM gua terlampau terer. nak guna 'sendiri', bengap pulak rasa. jadi secara jujurnya, gua nak tanya lu apakah single dalam bm. maksud tepat dan terperinci. boleh?


Okay. intro yang panjang gua rasa. tapi tak kisahlah. panjang pun kalau lu baca kejap je. ye dak? sifir dia sama je dengan intro pendek. intro pendek lu baca memang jadi pendek la. tapi kalau intro pendek pun lu tak baca, sama macam intro panjang la kan? eh, gua dah mula merapu ke ni?


Baik. entry ni gua nak cakap pasal hashtag. lu kenal tak spesis apa hashtag ni? biar gua kenalkan. hashtag ni kalau lu nak tahu, dia ada sekali dengan nombor 3 dekat keyboard lu. kat atas nombor 3 tu namanya hashtag la. kalau lu pengguna bb pulak, makhluk yang menempek sekali dengan huruf Q itulah hashtag. sekarang lu sudah kenal rupa si hashtag ni.


ni la rupa hashtag. tak kacak pun. kehkehkeh


Pasal hashtag ni pulak, gua tertarik dengan #whyimsingle dekat twitter. justeru, gua macam terpanggil nak tulis entri berhubung dengan #whyimsingle ni. lu tak kisah kan?


10 sebab #whyimsingle.

1. gua takut kalau gua kapel nanti jadi lesen untuk gua angkut awek merata-rata. tak sopan dipandang orang. tak kapel pun dah usung merata, kalau kapel lagi lah kan? #whyimsingle
 
2. gua sayangkan status single. dah 3 tahun gua single. sayang lah nak tinggalkan status tu. kadang-kadang rasa macam dah kapel dengan status single ni. hahaha #whyimsingle

3. gua risau kalau gua kapel, nanti tiba-tiba ada awek cun+sopan+baik+kaya+sukapakaibajukurung berkenan dekat gua. takkan gua nak pasang dua? melepas la gua. jadi single lebih selamat. =P #whyimsingle

4. gua bimbang kalau gua kapel, tiba-tiba tak jadi kahwin dengan awek gua. tak ke naye macam tu? #whyimsingle

5. gua ni jenis suka berkawan. lebih-lebih lagi dengan lain jantina. nanti kalau gua kapel, tak pasal-pasal awek gua jeles. kesian dia. gua kan penyayang. haha #whyimsingle

6. gua tengah tunggu jodoh gua. gua pulak tak tahu siapa jodoh gua. kena tunggu kahwin dulu baru gua tahu. #whyimsingle

7. bila ada orang suka gua, gua pulak tak berkenan. yep, gua memilih. teman seumur hidup haruslah kena memilih kan? hahaha #whyimsingle

8. bila gua dah berkenan, orang tu pulak tak sudi. haruslah orang tu memilih jugak. haha. gua tahu gua tak hensem. tapi sekurang-kurangnya gua kacak. apa salah gua? T.T #whyimsingle

9. kembar gua takde kapel. takkan gua nak kapel? nanti dia kebas awek gua camane? haru! #whyimsingle

10. kalau gua kapel, gua kena cari alasan untuk tepis hujah orang yang duk kata kapel tu haram. jadi gua malas nak pikir banyak, gua single lagi bagus. takde sape nak hukum-hakam gua. senang. #whyimsingle


Ok dah. eh kejap! gua rasa nak jadi insan pemurah sikit hari ni. gua bagi percuma satu hashtag lagi. harap korang jangan gelak. gua jujur pasal ni tau! hahaha. oops~ gua tergelak, maafkan gua.


11. gua tunggu awek yang tackle gua. gua nak tengok ada tak awek berani macam tu. kalau balak tackle awek, tu normal. tapi kalau awek tackle balak, baru RARE kan? kahkahkah #whyimsingle


Jumpa lagi! mekaseh sudi baca entry ni. babai~


DSC_0524
gua single. gua makan sendiri suap ni sebab single ah. kalau ada awek, dah lama gua suruh dia suapkan. lagi satu, gua suka awek pakai baju kurung. lu dah tahu kan? kehkehkeh.


DSC_0539
gua pun single. ade sesape nak? maaf, gua minat awek gila hindustan, reti cakap cina, dan boleh jadi seorang ticer. GAHAHA !

Random
#gua tanak awek, gua nak bini.
Thank you for reading this entry !

14/06/2011

Status Marah

Log in facebook.

News feed.

Nampak status ; arghh!! cilaka punya jantan. jantan sial. aku benci kau!!

***

Kau pernah alami situasi macam ni kan? tipu kalau kau tak pernah. kawan-kawan di fb kau bukan semua kau kenal. bila begitu, kau juga tak tahu perangai mereka. apa kau akan buat bila dalam situasi ni? tekan 'like'? komen? api-apikan lagi? ataupun terus jadi paparazzi membongkar siapakah sasaran status tersebut? tindakan aku? aku lebih suka senyum sendiri lepas baca status-status yang melibatkan perasaan dan emosional ni. lawak.


Kau tak perasan sebenarnya cara melepaskan marah, geram, dan tak puas hati melalui status ni dah jadi budaya dalam masyarakat kita. kau marah aku, kau lepaskan kat fb. aku marah kau, aku tulis kat twitter. padahal masing-masing tak tahu kesalahan sendiri.


Kau rasa dengan berbuat demikian, beban yang kau tanggung akan kurang. ya, aku tahu benda tu akan kurang tapi itu hanya dalam satu sudut sahaja. dari sudut yang lain, mereka yakni kawan-kawan di fb kau akan pandang kau dengan pandangan serong. persepsi mereka terhadap kau akan berubah. lebih-lebih lagi kalau kau perempuan. tahu?


Apa yang berubah? baca ni.. kau perempuan. setiap manusia tahu bahawa fitrah wanita tu lembut. tapi dengan kau mencarut, sumpah-seranah macam tu, apakah itu melambangkan kelembutan?


Jadi penyelesaiannya, tak salah kalau kau berterus terang dengan orang tersebut. satu-sama-satu dengan dia. tak kisahlah melalui internet, phone, mahupun bersua. biar dia tahu dia salah. barulah ada hubungan dua hala. bila dia tahu kesalahan dia, aku pasti dia akan minta maaf. itupun kalau dia bukan seorang yang ego lah. tapi jika dijadikan facebook, twitter, dan blog sebagai medium untuk kau lepaskan geram, aku rasa itu sesuatu yang zalim. tak perlu sebarkan kemarahan kau serata tempat. tempiasnya kau juga tak tahu bagaimana nanti.


Lebih teruk, kau akan terus membenci dia sedangkan dia sendiri tidak tahu pun bahawa dia bersalah. adil ke?


Sekian. assalamualaikum. =)


"marah itu api. pabila api dilawan api, makin maraklah ia. tapi jika api dilawan air, maka tunduklah ia. berwuduklah tatkala kau marah. insyaAllah api takkan dapat menyentuh hatimu =)"


DSC_0140
aku pun confuse ni muka marah ke serius. kehkeh xD
Thank you for reading this entry !

13/06/2011

Nilai Satu Sms

Assalamualaikum dara cun dan teruna kacak sekalian.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pencipta, pemilik, dan pentadbir seluruh alam. selawat dan salam buat nabi junjungan. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. 


Okay. mula-mula tadi aku ingat nak tulis formal. macam tulisan matured gitu. tapi bila fikir balik, nak tulis formal kena jadi serius. baru entry ada kualiti. masalahnya, aku ni jenis tak reti buat serius lama-lama. minit pertama orait lagi, tapi bila masuk minit kedua, jangan pelik ah kalau aku tiba-tiba senyum sengih senyum sengih macam mawi. hahaha. ha tengok, belum masuk isi dah ada "hahaha". sekarang paham tak masalah aku? -.-"


Cakap pasal sms, semua orang tahu. short message service atau sms. kalau tanya makcik jual sayur dekat simpang sebelum u-turn lorong kiri kenderaan perlahan lorong kanan untuk memotong tu pun sure dorang boleh jawab apa benda sms ni. siapa yang tak tahu boleh bawak kaum keluarga cari gua terdekat pastu sila bawak bekalan makanan 3 hari 7 malam. berkelah dekat gua lagi bagus kot. boleh? haha ok stop membebel.


Nilai sms tu tak sampai seposen pun kalau guna upax pastu sms ke nombor upax yang di'8pax'kan. nampak tak? nampak tak aku pengguna celcom kat sini? haha. jangan khuatir pengguna maxis, sebab aku pun pelanggan youthclub jugak. adil kan? jadi rangkaian berbeza bukan alasan kau tanak sms aku. xD


DSC_0080
kitab dan henfon. motif?


Ehem. bukan nilai tu aku nak story. nilai sms kat sini bermaksud harga satu sms bagi seseorang. mungkin pada pandangan korang satu sms tak bernilai apa-apa kan? murah sangat! tapi dalam sesetengah keadaan, harga satu sms boleh berubah menjadi tak ternilai? APA?!! TAK TERNILAI? FUIYOO!! CAMANE TU??


For example, musim exam. korang tengah balun study tahap lipan tercekik semut dah. korang punya stress study pulak dah mencapai tahap tikus nak beranakkan kucing. ngilu tahu? memang tension gila gila gila ah! lagi banyak gila lagi gila lah gila. lebih teruk lagi, masa hafal tu jenuh dah repeat banyak kali tapi still tak melekat dalam kepala. ARGHH~


Tiba-tiba...


"teet teet"(1 message received)


Korang pun pandang phone. dalam hati,


"sape pulak sms memalam buta neh"


read message.
GOOD LUCK!! (^.^)v


***


Secara jujur, apa yang korang rasa masa tu? aku tahu sms tu tak membantu korang sikitpun dalam menghafal segala nota/fakta, tapi aku yakin sedikit sebanyak sms tersebut akan buat korang tersenyum. kan? akan buat korang lupa sekejap stress korang. tak payah tipu, jujur jelah dengan diri sendiri. secara tak langsung satu sms yang pada mulanya sangat murah harganya akan berubah jadi satu sms yang sangat bernilai buat korang. lebih-lebih lagi jika pengirim tu seseorang yang korang sayang. umi, abah, or awek mungkin? ehem. jelas?


Hati pula akan automatik dupdapdupdap, lantas otak terus cipta imaginasi serta menyelak kembali segala kenangan, memori suka duka bersama pengirim tu. err.. ke aku je macam tu? =3


Jadi kesimpulan, (hahaha-tetiba-terus-kesimpulan-nampak-sangat-takde-modal-nak-buat-entry-ah-diam-lah-kau-suka-hati-aku-la-nak-buat-camane-kau-ada-apa-hal?) hantarlah sms kepada kawan-kawan korang. nak-nak musim exam macam sekarang ni ha.  satu sms korang sangat bernilai tahu?! apa guna kawan kalau benda macam ni tak boleh nak tolong? korban kredit tuk kawan tak salah kan? kehkeh. lagi satu, nak sms aku pun boleh. aku pun tengah exam jugak. wakaka. ok bai!


DSC_0068
madah ni buat kandungan gula dalam kopi aku bertambah. grr!

Random.
#entry ni semalam punya.
#i'm stuDYING. pheww~ @.@
#thanks kepada sesape yang sudi sms. HAHA!
#dah ada no aku?(v_v)
Thank you for reading this entry !

10/06/2011

Rutin Hari Jumaat

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Okay. memandangkan hari ni hari jumaat, apa kata kalau aku share pasal rutin hari jumaat aku dan member-member dekat sini. ehem. rutin budak teruna bujang oke.


Potong Kuku.
Perangai ni dorang biasa buat dalam jam 11-12 pagi. masa ni, korang akan dengar ketik ketak ketuk bunyi budak-budak ni duk potong kuku. kadang-kadang dorang boleh buat aktiviti ni secara berjemaah kau tahu? siap ada waiting list lagi. biasa budak laki, semua benda nak share. nak-nak kalau 3 buah rumah kongsi satu pengetip kuku. haru!


Bercukur.
Dalam omputih panggil shave. ke shaver eh? lantak ah. ni pulak kau akan jadi sedikit emo bila kau nak masuk tandas pastu tiba-tiba ada orang. pastu pulak kau terpaksa tunggu lah kan? tunggu punya tunggu, bila kau rasa penungguan kau tu dah sampai tahap tunggu orang berak sembelit, mula lah kau akan bising. "WOI KAU BUAT APA HAH DALAM TU LAMA GILA WOI!!". bila orang tu siap, tersengih-sengih sambil pegang pencukur. baru lah kau paham kenapa dia lama. hahaha. info : sunat bercukur segala bulu pada hari jumaat. ehem.


Al-kahfi.
Yang ni pulak agak islamik sikit. masuk je hari jumaat, kau macam ada kuasa beto nak tanya member-member pasal dah baca kahfi ke belum. bukan nak sibuk ke apa woi, just nak mengingatkan perkara sunnah pada hari jumaat. nak tunggu awek kau tanya dah baca ke belum? kena awek kau uzur time tu, mana dia reti nak tanya. hahaha. mudah-mudahan siapa yang beramal akan dapat mengelak dari fitnah dajjal. na'uzubillah.


Well, aku rasa tu je kot aku nak story. pasal benda lain tu tak terfikir lagi buat masa sekarang. lagi satu, hari jumaat akan jadi hari paling segak sebab dorang ni semua akan pakai baju melayu, kain pelikat, dan jubah buat solat jumaat. awek mana yang tak suka lelaki pakai baju melayu+kain pelikat hah? habaq mai!! itu pun kalau tak terlajak tidur lah. if terlajak, jangan pelik kalau hari jumaat jadi hari yang paling sememeh. tak sempat mandi beb! harharhar. baii~


Random.
#update tak sampai 15 minit pon.
#lusa kitorang start final, doakan eh? ^^


DSC_0002
stendek exam, kena utamakan yang penting. maaf laptop, tempat kau dibawah mulai hari ni. kitab-kitab, sila amik tempat sekarang. kehkeh xD
Thank you for reading this entry !

07/06/2011

Aktiviti : Ziarah Maqam part II

Okay assalamualaikum. 



Dalam entry terdahulu, aku dah buat part I. sekarang korang tengah baca part II yang aku janjikan tu. nak baca part I, boleh klik sini. eh bukan kat situ, klik sini --> klik. eh situ pun bukan jugak lah, sini baru betol. klik --> sini. sorry banyak-banyak, saje gurau. hahaha >.<


Nak dijadikan cerita, semalam penat gilaa kau tahu? dah la gerak pukul 8, pastu pukul 3 baru sampai umah. cuba korang kira bapa jam? berjam-jam kan? exactly 7 jam kitorang jalan-jalan, singgah sana-sini, buat ziarah tu semua lah. 


Lepas tu apa tahu? balik rumah ingat aku dah boleh rilek, baring-baring atas katil sambil menikmati angin kipas no 1 yang sepoi-sepai bahasa. rupa-rupanya ada satu lagi tanggungjawab yang aku kena laksanakan. tanggungjawab yang aku tak berapa suka sangat nak buat tapi terpaksa jugak buat. tahu apa? yes! turn aku masak. OMG!! rasa macam putus harapan nak hidup je bila ingat balik. ok tu melampau. lagi sekali, rasa macam nak terjun bangunan je bila kena macam tu? err.. over jugak ke? haha. ok ni last, rasa macam nak sepuk kepala kawan-kawan aku bila tengok dorang lena tidur dan aku pulak ada komitmen lain. arghh!


Jujurnya, dalam kepala aku asyik duk fikir, apsal aku tak terus tidur masa sampai umah? kenapa otak aku rajin sangat duk remind pasal turn aku kena masak? kalau tak boleh la aku buat alasan lupa. ni sebab dah ingat terpaksa jugak buat walau penat macam mana sekalipun. nak cakap lupa tak pasal-pasal dapat dosa menipu. kau nak? hahaha


Ok layan gambar ni. ini je yang mampu aku tunjuk. kalau ikutkan nafsu remaja aku ni, nak aku taruk semua gambar semalam kat sini tapi bila fikir balik, larat ke korang nak tengok gambar sampai 600++ keping? muntah colour pelangi pun belum tentu dapat habiskan. hahaha. enough said, layan gambar pulak~


DSC_0513
lunch


DSC_0514
santapan perut


DSC_0528
makan tengah hari


DSC_0530
akmal yang kekenyangan. hehe


DSC_0544
kembatolo


DSC_0556
ada sesape nak air?


DSC_0563
dia ni dah berpunya. harap maaf. haha


DSC_0572
bersama ayahanda syeikh shoghir


DSC_0589
maqam imam as syatibi


DSC_0597
tak dapat masuk dalam, pose kat luar jelah. hurmm..


DSC_0638
model landasan kereta api?


DSC_0661
imam muda 2 yang tersingkir sebelum minggu pertama. HAHA


DSC_0768
maqam sultan hasan


DSC_0785
???


DSC_0803
tangga masjid


DSC_0695
deng, we, amar, amin.


DSC_0648
cover imam muda rejected! kehkeh


Okay dah habis. dengan ini, aku selaku tuan blog mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada readers yang sudi baca entry ni. kalau ada duit lebih, meh r jalan-jalan sini. nanti kita pergi melawat maqam sama-sama. hehe. assalamualaikum.


DSC_0329
sape cakap pakai kopiah tak kacak? ni buktinya. kehkehkeh
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails