31/03/2011

freehair

satu kajian telah dijalankan terhadap 3 wanita yang tidak bertudung.

Soalan : kenapa tak pakai tudung?

Wanita 1 : saya lebih selesa begini.
Wanita 2 : saya belom bersedia untuk bertudung. saya bukan hipokrit tau!
Wanita 3 : rambut i lawa, kalo pakai tudung tak nampak lah rambut yang lurus ni. hanya menggunakan jari pon boleh.

Soalan : penah tak terpikir nak pakai tudung?

Wanita 1 : takpelah. buat masa skang belom pikir ag. hehe
Wanita 2 : saya kena ikhlaskan niat tuk bertudung dulu. baru saya bertudung.
Wanita 3 : lepas kawen kot. tunggu husband I suruh.

Soalan : Okay,  skang setuju tak dengan pernyataan ni?

1. kamu cakap lebih selesa begini iaitu tak bertudung kan? kalo saya kaitkan bahawa kamu lebih selesa berada di neraka berbanding syurga, kamu setuju tak?

Wanita 1 : err..

2. kalo kamu tak dapat ikhlaskan niat, sampai bile2 la kamu takkan bertudung? Sedangkan kamu tahu bahawa menutup aurat tu wajib? dosa dye sama je macam meninggalkan sembahyang kan?

Wanita 2 : err..

3. seandainya sekarang, Allah beri kelebihan kepada kamu bahawa kamu sudah tahu siapa bakal suami kamu dan beliau sudah pon menyuruh kamu untuk bertudung, adakah kamu akan bertudung?

Wanita 3 : err..

P/s - dunia penuh dengan alasan? kenapa dunia disalahkan jika sebenarnya kedegilan yang merajai?

***

Kesimpulan, tidak susah untuk berubah tapi untuk memulakan perubahan, hanya diri sendiri yang tahu. Terimalah mereka kerana kesanggupan mereka untuk berubah dan perubahan itu mestilah disusuli dengan perbuatan bukan hanya sekadar kata-kata. dan ingatlah, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya. ok bai !

‎"Dan barang siapa yg melanggar hukum-hukum Allah,maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim kpd dirinya sendiri" ( At-Thalaq : 1 )

baca. faham. fikir.

Thank you for reading this entry !

30/03/2011

waspada terhadap 3 golongan ketika memandu

assalamualaikum. selamat pagi. selamat sejahtera. selamat semua. hahaha tak betol eh tulis sikit nak titik tulis sikit letak titik? okay abaikan. hari ni aku nak cite pasal 3 golongan yang korang sume perlu waspada ketika memandu.  tanak guna waspada pon takpe, boleh pilih samada nak hati-hati ataupun beringat. ehehe.


Golongan ni aku buat berdasarkan pengamatan aku ketika memandu. maksud aku bukan mase aku drive sebab aku jarang sangat jadi driver haha. okay tak lawak. dah memang izwan offer nak drive takkan lah nak tolak pulak? aku kan abang, so kena la mengalah. kehkehkeh.


Golongan pertama ialah kaum wanita. siriyes! time dorang bawak kete, dorang tak kesah dah ape kat belakang. kete belakang laju ke, hon ke, brek ke, dorang dengan selamber boleh drive dengan kelajuan 40km/j. lebih-lebih lagi kalo pompuan tu macik-macik dan nenek-nenek. pehh ! sabar jelah. kalo awek or cikaroo aku rase ok sikit sebab aku sendiri pon tak kesah. boleh usyar2 sambil ikut bontot kete. hahaha.


Kedua ialah golongan mereka yang berkopiah. bukan nak burukkan mereka eh, jangan silap paham. haha. dorang ni kalo bawak kete rilek sangat. duk lorong memotong tapi lagak macam duk line belah kiri. macam bese, kalo jenis ceni opkos la golongan atuk2. golongan pakcik tu tade masalah. hee xD


Dan yang ketiga ialah pemandu teksi. ini yang paling kronik. dahlah tak reti nak bagi signal, pastu benti pulak sesuka hati. siriyes sakit hati. pfft !


Kesimpulan, semua di atas akan buat korang sakit hati. naiklah ferrari sekalipon, korang takkan rase nikmatnye memandu apabila korang follow bontot kete dorang. jadi, tunggu ape lagi? tekan clutch, tukar gear, tekan minyak guna tumit dan potonglah demi kenikmatan pemanduan anda. harharhar. ok bai ! assalamualaikum.

Gila siriyes bawak kete. Senyum la sikit woi! Haha

Thank you for reading this entry !

29/03/2011

ko sanggup?

Dua beradik sedang leka melayari laman sesawang facebook. tiba-tiba mereka terpegun dengan satu gambar.

Si adik : weh, ko perasan tak ape yang aku perasan?

Si abang : perasan, bau kentut kan? kentut aku la tu. haha

Si adik : bukan lah! takde bau pon. ni haa ! gambar minah ni. cun tak?

Si abang : wow ! cun gila ah, tapi sayang.

Si adik : apsal pulak sayang?

Si abang : sayanglah, sebab cun kan. kahkahkah

Si adik : gila. ingatkan sayang mende tadi. haktuih!

Si abang : sayang la, muka lawa tapi pakaian tak reti nak tutup semua. kesian laki dye nanti.

Si adik : tu la pasal, ingat nak masuk lam list calon tapi cancel ah bile ceni. hahahaha

Si abang : aku pon ! tak sanggup aku jadi pak sanggup dosa bini nanti. dosa aku pon dah tak tertanggung. astaghfirullah.

*****

Dosa setiap perempuan itu ditanggung oleh 4 lelaki. bapanya, adik beradik lelakinya, suaminya, dan anak lelakinya. jadi, agak2 ade tak laki yang sanggup jadi suami tuk seorang wanita yang tak pernah reti tuk menjaga maruahnya yakni auratnya? hurm.. tak suruh jawab, pikir je. hehe. ok bai !


Thank you for reading this entry !

28/03/2011

semalam 27 hari ni 28.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang yang sudi bukak blog ni. Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.



Okay. Memula nak mintak ampun bebanyak sebab biarkan blog ni kesunyian tanpa sebarang update. Ekseli tak sunyi sangat pon sebab kat blog aku kan ade bloglist. Blog dorang hebat stylo cun kacak habes. Boleh je bukak pastu baca pastu tengok blog dorang. Cuci mata pon boleh sebab dorang semuanya cun kacak hensem lawa kiut. Tak caye? Try bukak sendiri. hahaha.



Hurm. Memandangkan semalam besday aku(terpaksa bagitau sebab sengaja nak bagitau haha) aku terima banyak sangat ucapan. Paling banyak semenjak berkecimpung dalam bidang alam maya ni. Hamek ko! berkecimpung terus aku bagi. kahkahkah. Sempena dengan ini, aku nak ucapkan terima ksih tak terhingga kepada awak, kamu, dia, dan mereka yang wish tuk aku n izwan. Siriyes terharu. Nasib tak nanges jek. Hahaha.



Tuk pengetahuan, skang ni tenet umah aku pupus tuk sementara. Hidup tertekan dalam seminggu dua ni sebab taley nak on9, taley usyar awek fb, taley chat, n yang meyayat hati bila taley nak update blog. Pilu hati. tsk tsk tsk. -_-"


Mungkin dua tiga hari lagi tenet akan okay. Kalo tak, makan minggu jugak la kot. Hanya perlu sabar. hahahaha. Entri tade gambar sebab update gune henfon je. K bai! Asslmualaikum.


IMG-20110327-00026





Thank you for reading this entry !

22/03/2011

gila.

Gila. Sepatah pon dah memadai untuk buat kita semua bayangkan spesis gila ni camane. Sifat, perangai, rupa, dan perwatakan tu semua akan loading dengan sendiri dalam kepala hotak korang kan? Tapi pelis jangan silap bayang. Kang tetibe korang terloading fasha sandha tang rupe orang gila memang stim ah~ hahaha. Maaf nyah, pengaruh cerekarama terlampau kuat dalam diri ni. Tak dapat dibendung lagi. kehkehkeh. Ade pulak bagi watak orang gila cun cenggitu. Nanti jangan salahkan media kalo tetibe kuar paper tajuk "orang gila dirogol beramai-ramai!". Pfft !



Itu kalo satu gila. Lain pulak jadinya kalo gila tu ditambah. Maksud aku ceni, gila+gila. Haa ! Kalo bijak cuba teka ape jadi? Bukan makin gila la noks~ Aiyo ! Gila+gila=gila-gila la. Sifir dye mudah je, 1+1=11. So, kalo gila tambah gila, otomatik la jadi gila-gila. Cewahh! Cemerlang gila math aku. Memang patut ah aku tak suke math. harharhar.



Gila-gila pulak takde kaitan langsung dengan kadar saluran otak yang tersumbat yep. Itu cuma merujuk kepada perangai sahaja. Tapi kadang-kadang, manusia sengaja menjadikan perangai dye gila-gila semata-mata tanak bagi life dorang bosan dan sunyi. Contoh macam aku. hahaha. Tak perlu ulas pon takpe kan? ekeke.



Okay, last skali tebiat manusia yang suka jadikan gila sebagai kata ganda. Jap, tebiat ke tabiat? ok teruskan.. Contohnye ceni, izwan berkata "cun gila awek tu weh, rugi ko tak tengok din!". Jadi, sebagai izuddin yang normal otaknye, apakah yang dye harus interpret ayat tu? Adakah awek cun itu gila? Ataupon izwan yang gila kerana awek tu cun? Ataupon yang lain-lain? Harap korang boleh tolong. Hahaha. Ok bai~



pshyco
agak2 bole tak duet ngan fasha lam citer carekarama tu? xD
Thank you for reading this entry !

21/03/2011

relationship.

kelihatan dua remaja sedang leka berborak di cafe 'd sayang.


"kenapa awak suke saya? tetibe je awak confess ceni. y?" tanya si dara.

"sebab saya dah suke awak. jangan awak tanye kenape sebab cinta saya tak bersebab", balas si teruna.

"kenapa tak bersebab?" aju si dara lagi.

"perlu ke sebab untuk mencintai seseorang? nanti bile sebab tu dah luput dari awak, tak mustahil cinta akan turut pergi bersama sebab tu. right?" laju si teruna memberikan jawapan.

"hmm.. but u barely know me," getus si dara separuh berbisik.

"itulah yang awak tak tahu. tujuan sesebuah hubungan adalah untuk saling mengenali. belajar untuk menerima setiap kelemahan, dan bersyukur dengan setiap kelebihan. itulah makna di sebalik suatu perhubungan," jelas si teruna.

"boleh bagi saya masa?"

"selama yang awak mahu, silakan... dan saya nak awak tahu di pihak saya sudah wujud harapan untuk bersama awak.." 


Lantas seukir senyuman menghiasi raut wajah mereka. =)





***


Apa pulak maksud relationship bagi korang? kalo sudi jom kongsi ! hehe =P
Thank you for reading this entry !

20/03/2011

Mintak maaf taley nak update blog skang ni. Mekaseh kepada internet kerana berjaya membuatkan dirinya berada di tahap yang paling lembap. cilake !


Hijau epal, turqoise, oren, dan pepel.
 
"nak tanye sikit boleh?".

"silakan".

"kenapa pilih kaler tu? kalo nak tahu, tu semua kaler feveret".

"aik? tak tanye pon".

"erk! bia la, saje nak bagitau. haha".

"hmm. okay, tengs sebab bagitau. hihi"

"lagi satu, feveret bukan suke pakai tapi suke tengok orang pakai. espeseli AWEK. keh keh keh"

***



tak paham? sila jangan segan nak abaikan entri ni. harharhar. sebelom terlupe, selamat kembali ke u. besok kan? ok bai !~ Assalamualaikum.


Thank you for reading this entry !

18/03/2011

takde tajuk la senang..

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat readers blog ni. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Allah di atas segala limpah nikmat dan rahmatNya buat kita semua. Selawat dan salam buat nabi junjungan muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. =) 



Okay, intro dah siap, masuk isi pulak. Ekseli aku tatau nak tulis ape kat entri ni. Sesaje rase nak update, maka jejari runcing(sbenanye nak tulis jejari taff tapi segan XD) pon pantas menari di atas kibod lantas membentuk susunan bait ayat buat bacaan semua yang sudi bukak blog ni. Cewahh ! Memang mintak siku ah tulis ayat bunga-bunga stok nak ngorat awek UIA. Kan kan? HAHAHA !



Buat pengetahuan semua, aku sampai mesir lebih kurang jam 7 malam hari rabu lepas. Sesampainye kat epot, bas dah tunggu. Alhamdulillah + nasib baik. Lepas semayang jamak dekat epot, bas terus meluncur laju pulang ke shoubra yakni tempat blaja aku la kan. 5 minit pertama je aku hidup, lepas tu sepanjang perjalanan aku separuh mati. Kalo bas eksiden sekalipon, tak jamin aku akan bangun. kehkehkeh.



Sampai rumah pulak lebih kurang kol 10. Jalan jem+bawak slow+letakjepapepondekatsini = sampai lambat. Then masuk rumah masyaAllah, debu tayah cakap la nyah oi! Merata-rata! Aku rase tinggal lebih kurang sebulan je, apsal tahap kedebuan dah macam tinggal setahun?! Nak tanak terpaksa bersihkan bilik dulu. Anak teruna la katakan. Bilik sendiri, sendiri kemas. Noktah ! takde unsur bongkak mahupon riak. *muka megah* =P 



Lastly, lepas kemas lebih(sikit) kurang(banyak) bermaksud sikit sangat yang dikemas, aku terus bentang tilam, tepuk-tepuk kasi empuk sikit, kemudian beradulah tubuh dengan segala isinya. Hehe. Sekian wassalam.



APSAL ENTRI NI DAH JADI MACAM DIARI? GEDIK SANGATT~  KEH KEH KEH !



p/s - lepas ni mungkin entri gambar je. insyaAllah !


CSC_0199
baju ni memang 100% sama. eh tak, saiz tak sama, turun jadi 99%. hehe


*siriyes aku suka tengok org pakai kaler ijau epal ngan biru turqoise.
alahaii~ harharhar. 
jadi, silalah uplod~ =D
Thank you for reading this entry !

16/03/2011

aku & dubai.

CSC_0351
.......



"Kalaulah cinta hatiku masih berada di sini, sudah pasti hidup takkan jadi sehambar ini. haha ^__^"



*jiwang/berangan mode. kehkehkeh !
Thank you for reading this entry !

kisah dubai international airport.

Hai! Assalamualaikum buat pembaca yang tegar sekalian. Mekaseh sudi bukak blog ni. hehe. Kepada yang baru je terjumpe or terbukak blog ni, harap korang boleh sesame suka blog ni jugak. Hahaha gile gedik ko nyah mintak macam tu. Kalo tak boleh nak suke kat blog pon, suke kat penulis pon takpe. Ngaa~ *mintak tumit sedas*



Alhamdulillah, seperti yang korang semua tahu, aku dah bertolak dari mesia untuk ke egypt semalam. Jadi, skang ni aku bukan nak cakap dah sampai egypt. No no no ! Belom sampai egypt lagi. Aku skang berada dekat dubai international airport.



Nak dijadikan cerita, kitorang semalam merayau-rayau cari tempat tido ko tahu?! Nasib baik la dekat sini ade surau, boleh la menumpang kasih dekat situ. Masa tido malam tadi ok je. Semua layan lentok habis. Lepas semayang subuh, niat di hati nurani nak la sambung tido lagi memandangkan flight tuk ke egypt jam 3 petang. Tuptup, tetibe datang guard dari mane ntah mintak kitorang blah. Siap cakap kitorang mengganggu orang nak semayang. Mengganggu kepala hotak kau! Semayang hape kol 8 pagi? Sabar jelah~ (-__-")



Buat pengetahuan semua, aku transit kat sini 15 jam. Takde hotel pulak tu. Jadi, suka hati korang la nak simpati or nak gelak. Boleh pilih. Ok bai !



Ade tak aku cakap di pintu surau tu ade sighboard larangan TIDUR dan makan? Ade kan? lalalala~



DSC_0309
walaupon tak mandi,dalam gambar bukan ade bau pon. ye dak? hahaha



*kalo ade awek studi sini kan best? eh lupe, awek dah pindah.
hakhakhak =DD
Thank you for reading this entry !

14/03/2011

imam muda 3.

Erk! Dah start bace ke? Ehem ehem ! Pertama skali, mekaseh sangat-sangat kerana sudi bukak blog ni. Kepada pengguna internet sengal anak perempuan lembap tu, segunung tahniah aku bagi sebab korang berjaya tunggu blog ni load. Blog ni agak berat kan? Yea, aku tahu.. -__-"



MasyaAllah ! ni malas nak update nih. Baru perenggan kedua dah tatau nak tulis mende. Otak dah tepu sangat kot. Blog ni dah la 3 hari tak update. Bila time update pulak, tatau nak taip ape. Susah jugak nak jadi blogger ni eh? Jadi imam muda mungkin lagi senang. Betol tak?



Okay dah ! Tayah berangan nak jadi imam muda lah nyah. Fine! Aku tahu aku tak layak tapi buat pengetahuan korang, siriyes aku terkejut bila kawan bagitau intebiu imam muda kat kuantan sikit je yang pegi. Kuantiti sikit tu aku tak sure bape cuma dye cakap sikit. Kalo aku tau, sempat kot aku pegi sane. HAHAHA ! Ayat memang mintak tumit, hape ko ingat dorang nak terima ko ke nyah? Fine lagi skali ! V_V



Dari melalut tak tentu pasal, baik aku stop sini je entri ni. Tak rela ai makan sumpah seranah readers dek entri ntah hape-hape. Hahaha. Sebelom berundur, aku sajikan gambar imam muda 3. Eh bukan, bakal imam muda 3. Imam muda 2 tak sempat nak join, tunggu imam muda 3 jela. Harharhar. Anda dibenarkan muntah mulai saat ini. Hak hak hak !



Baideway, flight kitorang ke mesir jam 7 malam 15hb ni. Naik kat klia. Saje bagitahu. Lalalala~ Nanti doakan perjalanan kitorang. Tak lupa jugak tahniah kepada insan tersayang yang baru menerima ahli keluarga baru semalam. Pandai-pandailah amik hati kakak ipar eh? Haha =P.



Nah gambar bakal imam muda 3 nie. Hueh3.

DSC_0014
lepas semayang jumaat haruslah dahagakan kasih sayang. eh bukan, dahaga air. hoho



DSC_0006
belah kanan konon malu, belah kiri konon segan. haktuih !



DSC_0024
ni driver takde lesen. abg polis, sila saman beliau. hahaha

Ok bai ! Asslamualaikum.



* Ehem, malam ni online boleh? Dahla semalam tak online.
tsk tsk tsk. (T_T)
Thank you for reading this entry !

11/03/2011

terharu tak terkata.

Ehem. Assalamualaikum. Selamat hari jumaat. Selawat dan salam kepada penghulu sekalian nabi, nabi muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.



Entri ni suka tuk aku berkongsi satu perasaan dekat pembaca blog ni. Perasaan terharu kot. Sebab sebelom ni tak penah dapat ceni pon. Kira ni 1st time la. Hahaha teruja nak stori ni boleh sesape tak tolong kawal nafsu keterujaan aku nih? keh keh keh.



Korang pernah dapat kad jemputan kahwin yang ditujukan khas tuk korang? Penah? Tak penah kan? Tolong la cakap tak pernah sebab nanti kalo ade sesape pernah dapat, terus berubah mood teruja ai ni. Tolong eh?! Ngahaha !



DSC_0101
nampak tak tulisan si kembar (wan&din) tu? bangga2!! haha



Sesape yang tak nampak tulisan tu, memang ditakdirkan akan menerima ujian CACAT PENGLIHATAN. Siriyes! Hambik ko!! Hueh3. Oo tak cukup ye? Okay aku tambah! Barangsiapa yang belom jugak nampak, maka hendaklah baginya ke pejabat pendaftaran OKU dengan segera. Sekian ! Harharhar.



Entri sampai sini je. Kena pegi kem kijang tuk taklimat penerbangan ke mesir. Ni pon satu hal! takde tempat yang lagi jauh ke nak panggil berkumpul. Apsal tak bagi arahan suh kumpul kat rantau panjang je. Haish! Nasib baik tiket balik sane free. Semua problem takkan jadi hal. Hahaha. Ok bai ! Assalamualaikum. Baideway, kenduri tu besok. Selamat pengantin baru buat pengantin. Ok bai tuk kali kedua. =P



*terima kasih sebab menjadi sebab tido kol 5 pagi.
harharhar
Thank you for reading this entry !

you are special.

DSC_0151
peace !



"you are not weird, you are limited edition"
ehem ehem ! =D



update : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Memula skali, beribu maaf dipohon sebab gambar yang gedabak tu. Tadi mase buat entri ni yakin je nak taruk gambar besau-besau. Lepas tu malam ni bile bukak balik entri tu, tetiba perasaan geli-gelimat datang. Macam nyah pulak aku taruk gambar cenggitu. Hahaha. Pulak tu, entri dua tiga patah je. Alahai! Nak tanak terpaksa update balik kasi taruk tulisan banyak sikit macam yang korang tengah baca skang. Bila dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa entri ni dah nak abes. 1 2 3 abes! Kahkahkah. Ok bai!



*quote bukan untuk diri sendiri.
harharhar
Thank you for reading this entry !

10/03/2011

4 million safe work hours without LTA

Hahahaha. Pekejadahnye kembar buat entri tajuk omputih ni. Korang jangan pelik lak. Kalo korang pelik, aku ni lagi la bertambah pelik+hairan+ajaib campur skali maggi secukup rase biar sebati maka jadilah orang masak hairan 3 rasa. Heh?! Aku sendiri pon tak tahu apsal aku tulis entri ni. Wakaka. Okay, tu tipu. =_="



Assalamualaikum. Yang ni janji tak tipu. Sebenarnya entri ni adalah salah satu entri penghargaan kepada company aku yang dah berjaya melangkah ke arah blablabla. Hahaha ni pon tipu jugak. Wekk! Sila baca, sila jangan percaya, sila bersila sila. Ok fine tak lawak. Boo empatbelassetengahkali!



Sebetulnya, aku sengaja tulis entri ni untuk mengucapkan beribu juta tahniah kepada Tuan Haji Zaid bin Abdullah, director manager BAKTICON ENGINEERING SDN BHD yang telah berjaya mencapai 4 million safe work hours without LTA yang diusahakan bersama anak syarikat beliau. Jangan nak ngengade tanye LTA tu spesis hape sebab aku sendiri pon tak tahu. Hueh3. Tapi mengikut firasat, naluri, gerak hati dan perasaan yang dianugerahkan pada setiap insan, aku rase LTA tu spesis yang berkaitan dengan safety la kot. Ni aku rase, belom tentu betol. Sape-sape yang turut sama nak merase, boleh tolong tinggalkan komen. Merasa sama-sama mesti lagi best bukan? Tolong jangan dabel meaning. Kahkahkah.



Anugerah tu ekseli dah dicapai pada disember 2010 tapi baru skang diadakan majlis. Sebabnye, aku sendiri pon tak tahu. Nak tahu jugak, sila tanya beliau sendiri yep. Hehe.



Jadi, sebelom aku berundur aku nak kongsi sikit gambar-gambar ketika majlis sambutan tu. Ade la sekeping dua. Sekeping dua la sangat. HAHAHA ! 



DSC_0006
majlis baru bermula



DSC_0027
macam biase, doa kesyukuran mesti ade. sila abaikan si pembaca doa. haha



DSC_0024
tangan mesti tadah tau!



DSC_0028
khuyuk mungkin? hurm..



DSC_0045
perasmian. dye ni anak bapak abah aku. kehkehkeh


DSC_0287
belek2 dulu sebelom bagi


DSC_0293
ni baru bagi. 1 2 3, senyummm~



DSC_0326
wohoho



DSC_0124
"halalkan keSENGETan ku", getus si banner.



DSC_0132
konon gambar kreatif la ni. haktuih!



DSC_0105
BCE, BCE carrier, BSA, TA vantures



DSC_0316
ehem ehem. memang tiap entri kne ade. WAJIB hang tau dok? walaupon separuh. haha



bakticon
ok la kot. hihi


DSC_0148
lalalala~ tak cantik jangan marah. ai tak reti. hahaha



Memang sekeping dua kan? HAHAHA ! Nak tengok sekeping dua lagi, sila ke facebook ai.. Ok bai!
Thank you for reading this entry !

08/03/2011

selamat ulangtahun sayang.

Sayang,
Hari ni 8 mac. Dalam sedar atau tidak, sudah setahun kita bersama. Tahu? Sudah genap setahun kita berkongsi suka duka, senyum tawa dan air mata. Best kan? Hahaha. 



Ingat tak masa mula-mula kita kenal? Masing-masing malu. Nak tulis pon rase macam kekok je. Perasaan tu tayah cakap la, janggal sungguh! Tapi kita tetap tak putus asa. Sebab kita kan yakin, kalo dah jodoh semua tu takkan jadi halangan tuk hubungan kita. Apa yang penting, yakin dan percaya kita terhadap hubungan ni dan tak lupa juga doa kepada Allah agar Dia berikan yang terbaik tuk hubungan kita. Selebihnya, kita tawakal. Hehe. Tetiba segan pulak. ^^,



Yang tak bestnya, bila kita dah bersama, banyak pulak dugaan yang datang kan? Betol-betol ujian bila setiap hari mesti ada yang ikut awak. Saban hari semakin bertambah. Awak risau lantas awak bagitahu saya. Saya pulak boleh selamber je gelak bila awak mengadu. Hahaha. Teruk ke saya? Saya cakap benda ni normal je. Awak kena biasakan diri.



Lagi satu awak pernah tanya saya takpe ke kalo ramai yang ikut awak. Saya senyum. Tengok je saya senyum, awak nampak hairan. Pelik sangat ke saya senyum sampai awak jadi macam tu? Ke senyuman saya ni dah buat awak melting? Hahaha =P.  Jadi kat sini saya jelaskan kenapa saya senyum. Sebabnya, walaupon saya tahu ramai yang ikut awak, saya tahu awak tetap dengan saya kan? Awak takkan boleh hidup tanpa saya. Dan saya jugak tak boleh hidup tanpa awak. Awak perlukan saya dan saya pon sama, perlukan awak. Mungkin saya jarang jenguk awak kerana sibuk, tapi saya nak awak tahu saya tetap ingatkan awak. Okay, bukan ingat tapi rindu. Hihi.



Dahla awak, saya dah taley panjangkan entri ni. Muka pon dah blushing habes tulis entri ni tuk awak. Ntah camane orang akan fikir nanti. Last-last, saya dicop jiwang pulak! Tapi saya okay je sebab jiwang kan romantik. Betol tak? Harharhar. Sebelom saya berundur, saya harapkan hubungan kita ni akan kekal sampai bila-bila. Even saya dah kahwin sekalipon, saya nak awak tetap disamping saya. Boleh? Awak, terima kasih kerana sudi menjadi teman saya. Terima kasih banyak-banyak wahai blogku, kembatolo. Selamat ulangtahun pertama. (^_^)v



watermark skang.hehe





*ade sesape nak cakap aku jiwang?
harharhar

Thank you for reading this entry !

happiness



senyum




Everybody wants happiness , nobody wants pain , but you can't have a rainbow , without a little rain .
Thank you for reading this entry !

07/03/2011

7 sebab kenapa blog tidak diupdate

Assalamualaikum.



7 sebab kenapa aku tak update blog.



1- Ni sebab paling utama. Bila aku rase MALAS, aku takkan update blog. Nak-nak lagi bila mood main kejar-kejar dengan aku. Ingat aku rajin sangat ke nak buat stail polis entri one tu jaga polis mati pencuri ade ni? Haktuih! *betol ke lagu aku tu? ok abaikan!*



2- Bila terlalu banyak cerita yang aku nak tulis, aku akan jadi konpius nak update yang mane dulu. Last-last, satu pon aku tak update. Senang. Tayah serabutkan otak. Hahaha. XD



3- Apabila sibuk dengan aktiviti lain, komitmen terhadap blog terpaksa dikurangkan. Tugas sebagai anak soleh wajib diutamakan. Betol tak? kehkehkeh



4- Line internet yang kejap ok kejap sengal kejap hamsap kejap ngokngek juga menjadi salah satu sebab kenapa blog ni tak diupdate. Aku sumpah internet jadi bini aku baru tau! Ngaa~



5- Bila dah siap taip, tetiba hadir perasaan serba salah. Rase macam "EH! AMENDE AKU TULIS NI? TAKKAN BENDA NI PON NAK CITER KAT BLOG?!!". Lepastu, aku batalkan hasrat nak tekan publish dan busuklah ia di dalam draft. Harharhar !



6- Karier aku sebagai blogger tergugat kerana kehadiran blogger-blogger pemes seperti hiro, man, jiji, dan que yang nyata terlalu rajin mengupdate entri baru. Siriyes aku dengki tapi aku malas nak update. Padan muke!! Hahaha.



7- Laptop aku dalam bilik tido. Posisi dye pulak bersebelahan dengan katil. Jadi, apabila badan terlalu penat dan letih, maka hati terpaksa membuat pilihan. Oleh itu, wujud kos lepas yang terpaksa dilepaskan. Jadi, paham-paham jela kalo mata lebih bernafsu ketika memandang katil dari laptop. Natijahnya, blog terpaksa ditinggalkan lagi. Kuikuikui.



Dah. Jangan tanya lagi kenapa aku jarang update. Semua sebab aku dah list. Pilih je salah satu. 1 hari 1 sebab. Wallaweyh!! Lepas ni seminggu tayah update blog. Lalalalala~ Assalamualaikum.



DSC_0916
dah lame tak update blog, terus berpaling tadah ye budak kembar? nasib baik taff! eh, perlu ke? kuang3 =D
Thank you for reading this entry !

03/03/2011

IIUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ececey..! Salam pon kemain panjang eh? Mentang-mentang lah sekarang menompang dekat INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA. Hahaha. Okay fine! Aku tau aku macam kecoh je sibuk duk cakap pasal uia. Macam tak penah datang je. Memang tak pernah sampai pon. WEKK..!! Ehem! *bangga kejap*



Okay. Aku pon tatau motif aku taip entri ni. Mungkin sesaje nak eksen dan menunjuk bahawasanya aku telah sampai ke uia ni. Hape korang rase patut tak aku buat ceni? Ni international nyah! Haruslah ai rase eksaited gila bila sampai sini. Tak gitu? Wakaka. Nak-nak pulak bila masuk je terus nampak atap biru tu. Fuiyoohhh! Rasa macam mimpi jek. Walaupon aku tahu aku masuk waktu malam, dan tak nampak pon kaler atap. Kahkahkah. Gampang. Lepas ni kalo ade sesape cakap pasal uia, aku dengan bangganya boleh cakap aku penah sampai. Hueh3. =P



Dah ! Itu je kot update tuk hari ni. Malam ni aku dah balik kelantan. Bas kol 10.30 malam. Sebelom ape-ape jadi, aku nak ucap terima kasih tuk semua  kenkawan aku iaitu nidzam, yusuf, adib, fattah, izhan, salam, dan khaidir yang sudi layan kami yakni aku, izwan, ayie, dan amin. Tak lupa jugak Adham yang bagi kitorang tido bilik dye. Walaupon aku tahu dye tak bace blog ni tapi aku nak ucap mekaseh jugak tuk dye. kehkeh. Aku tau kitorang banyak karenah. Biaselah, budak kampung datang bandar, ceni lah jadi. Hahaha. Mekaseh sudi layan. Ok bai!



DSC_0582
tengah cari mahallah pompuan. Hakhakhak


p/s - nak feling cam drama nurkasih leh tak? *sila derma pelempang anda kepada penulis* haha
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails