27/01/2011

fesyen budak sekolah.

Assalamualaikum. Selamat hari isnin buat pembaca semua. Juga selamat bersekolah kepada budak-budak sekolah. Sebut budak sekolah mesti otomatik terbayang budak sekolah yang selebet, serabai, selekeh semua.



Yela, bagi aku zaman sekolah adalah zaman paling selekeh. Nak pakai semat-semat pon mane reti lagi. Budak hingusan cane la sangat. Budak kampung pulak tu. Orang kampung tak reti pakai macam orang bandar. <-- dipetik dari skrip cuti-cuti cinta =Þ.



Aku pon pelik taw. Cane la boleh terpikir nak pakai selebet sengeri tu. Padahal rasa macam dah kacak sangat dah. MACAM ye, bukan betol-betol. Tak termasuk dalam poyo lah kan? Hahaha. Tipikal budak-budak, mudah rasa ensem. Padahal baru calit gel je pon. Kehkeh. Analoginya, kalo mudah terperasan, anda masih lagi budak-budak. Ahakz!



Tapi tu sumua zaman dulu r. Dua tiga tahun lampau.  Ngade sangat nak guna LAMPAU! Baru dua tiga tahun jela. (╤_╤"). Bebudak skang dah pandai dressing dah. Baju tanak kalah nak yang brand je. Stokin pulak nak yang tebal-tebal bajet duduk negara winter, taknak yang tinggi, nak paras buku lali je.



Tapi yang paling menyampah bila tengok budak-budak pakai pakaian yang tak senonoh. Kain singkat, ketat, nipis pulak tu. Ingat pergi sekolah macam nak pergi clubbing eh? Hormat la sikit tempat menuntut ilmu. Haish! Mampu geleng kepala je bila tengok sambil sumpah seranah dalam hati.



Itu bahagian pompuan, laki pulak lebih kurang je. Seluar yang kecik kat bawah tu nama ape eh? Skinny ke? Lantak ah nama hape pon, yang penting korang tahu. Hape punye fesyen la pakai macam tu pergi sekolah? Ei! Meluat aku nengoknye. Pergi sekolah tu nyah, bukan nak g shopping complex. Pakai elok-elok taley ke? Pfft!



Lagi mencemarkan kehormatan sekolah bila ade sesetengah pelajar yang konon macho dan seksi. Jantan dengan pakai seluar tunjuk boxer, betina pulak pakai kain nipis, baju ketat. Argh! Tak sanggup aku nak ulas panjang-panjang. Cukuplah sekadar JANTAN dan BETINA aku bagi tu. Nau'zubillah. Mintak jauh dari keluarga dan anak bini aku nanti.



Itu je kot yang dapat aku coretkan. Mungkin salah satu punca terjadinya masalah sosial yang tak terjangkau sekarang disebabkan oleh penuntut ilmu sudah tidak tahu hormat tempat mereka menuntut ilmu. Setuju? Assalamualaikum.



[sumber]

Thank you for reading this entry !

23/01/2011

di sebalik tabir ujian.

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat kalian. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW.



Okay. Entri ni takde nak mengarut membebel or merapu. Cuma nak berkongsi sedikit peringatan buat pembaca blog ni secara amnya, dan jugak buat buah hati secara khususnya.  Ececey! Ingat sebut buah hati tu ade orang nak percaya ke izuddin? Macamlah ko tu laku sangat. Hahaha. Abaikan. (x_x)



Hurm.. Mungkin korang pernah jumpe atau terbaca bende ni kat mana-mana. Tapi ade aku kisah? Haha. Dah nama pon tazkirah(peringatan) memang lah kena selalu ulang. Ye dak?



Manusia bertanya : Kenapa aku diuji ?

Qur’an menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabuut : 2).



Manusia bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an menjawab : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)



Manusia bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)



Manusia bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an menjawab : ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)



Manusia bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (Al-Baqarah : 45)



Manusia bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an menjawab : ..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. (At-Taubah : 129)



Manusia bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.. (At-Taubah : 111)



Dah baca semua? Baguss! Bila dah betul-betul paham, lumat tersemat kemas dalam hati, insyaAllah korang akan jadi lebih cool. Tak kira r ape jenis masalah yang datang, bergolek  berguling seperti pocong ke, merangkak mengengsot macam ju-on ke, ataupun terbang melayang ibarat langsuir, itu semua small matter. Sebelah mata pon boleh settle. Setuju?



Lastly, menyesal pulak tak letak title cara-cara tuk jadi cool kat entri ni. Kalo letak tajuk macam tu pon ngam jugak. Harharhar. Assalamualaikum dan bui bui! =P






p/s - sedia mendengar sekiranya sudi meluahkan. ^^,



update : tengah bergelumang dengan sakit perut. tak pasal-pasal rini bau baby hanya kerana minyak yu yee cap limau. pastu dapat imagine kesakitan pompuan tiap-tiap bulan. hakhakhak. =P.
Thank you for reading this entry !

22/01/2011

setuju?

DSC_0155
[sumber : tumblr kembatolo]



Assalamualaikum. Entri pendek. Quote tu secara tak langsung memberi makna redha dalam kehidupan dan pasrah dengan setiap aturan Allah yakni takdir. Setiap kejadian ade hikmah yang tersirat bukan? Sape setuju bahawa yang tersirat lebih bermakna dari yang tersurat? Sila angkat kening sebelah kanan masing-masing. Boleh? Hahaha ^^,



Motif entri? Entah la. Kalau aku cakap saje nak eksen ngan gambar tu terima tak? Okay, ekseli bukan nak eksen la wei, nak gebang sikit jee. Haha. Lagi satu, kepada sesape yang dalam perjalanan balik kampung tu, pelis drive elok-elok. Laju takpe asalkan ingat orang tersayang. Kehkehkeh. =P



Assalamualaikum. Bui bui!



p/s - sori entri ciput jek. sbenanye tengah layan lagu. gedik jugak aku ni rupenye.. harharhar
Thank you for reading this entry !

shopping.

Dua beradik sedang berada di salah sebuah supermarket di ibu kota negara padang pasir.

si abang : weh! aku rase nak cari sweater r sehelai dua tuk musim sejuk ni.

si adik : ko nak buat ape? bukan ke dah belambak sweater dalam loker ko tu?

si abang : ala.. tu yang tahun lepas.. ni tahun lain, kena cari baru la. boleh? *senyum*

si adik : suka hati ko la.. *muncung*



Mereka memasuki kedai yang mempunyai lambang jalur tiga.

si abang : wei! kalau aku amek yang ni boleh tak?

si adik : padan ke saiz tu? kalau ok, amek jelah.

si abang : orait! aku amek yang ni.



Setelah selesai membuat bayaran, mereka berjalan keluar.

si abang : oit oit! ko nak pegi mane tu? pintu keluar ikut sini la..

si adik : aku nak cari kedai lambang right pulak. ingat ko sorang je nak beli sweater? huh!~

si abang : ceh! #@&%~ (-_-")
***



Ingat best ke jadi kembar? Kalau sorang dapat, sorang lagi mesti nak jugak. Lumrah. Hahaha. =P



DSC_0061
[gambar hiasan]
Thank you for reading this entry !

21/01/2011

main bola.

Assalamualaikum. Salam hari jumaat buat semua. 



Kepada semua jejaka, teruna, serta lelaki yang berjaya menggagahkan diri untuk pergi semayang jumaat tadi, beribu-juta tahniah aku ucapkan. Skang ni lelaki dah bertukar jadi jantan. Kenapa? Sebab mereka lebih gemar menghabiskan masa semayang jumaat dengan lepak-lepak di shopping complex. Korang yang pompuan tu mesti pernah jumpe dengan spesis macam ni kan? Tolong jangan pilih dorang tuk buat calon suami. Haha.



Aku pulak mengisi masa pagi jumaat dengan main bola. Dengan arab nyah! Tapi aku bukan nak kongsi kegembiraan pon dekat sini. Lebih jujur aku cakap untuk berkongsi kemenyampahan.



Korang tahu tak orang arab ni badan dye lebih besar kan? Tinggi menggunung, orang afrika la katakan. Takkan la nak sama dengan asia pulak. Ye dak? Tapi yang aku hairannya, apsal dorang ni lembik sangat hah? Baru je geser sikit, dah terjelepuk rebah. Padahal saiz kitorang lagi kecik. Pulak tu, main sikit nak foul. Sikit-sikit foul. Geram gilaaaa..! Argh!!~ *konon*



Kesimpulan, korang tayah la cari arab. Harap badan je besar tapi lembik. Melayu lagi keras kot. Hahaha. Motif? Stress main bola belom reda lagi. Harharhar. Itu jek. Assalamualaikum. Selamat menikmati hari jumaat. ^^,



P3010029
ini hanya contoh. bukan dorang ye. haha
Thank you for reading this entry !

20/01/2011

Dia gadis bertudung merah.

Assalamualaikum. Ini merupakan entri luahan hati seorang insan kepada orang yang tersayang. Sesape yang tidak berminat untuk baca, boleh terus tekan pangkah. Sekian.


 




***

[gambar hiasan]

Aku secara tak langsung telah berkenalan dengan seorang gadis. Assalamualaikum lafaz pertama aku ucapkan padanya. Putih kulitnya, cantik senyumannya, sopan bahasanya, juga manis akhlaknya. Aku wakilkan namanya dengan gelaran gadis bertudung merah boleh?



Sejujurnya, aku telah mengalami sedikit perasaan aneh sejak pertama kali berkenalan dengannya. Rasa yang sukar untuk aku jelaskan dengan perkataan kerana cinta bukan kata-kata, ia adalah perasaan. Kan?



Aku sentiasa gugup apabila berdepan dengannya, tidak kira ketika chatting, SMS, mahupun berbual di talian. Setiap kali aku cuba mendekati dirinya, tidak sah sekiranya jantungku tidak berdegup kencang. Takut? Gemuruh? Malu? Apakah makna semua ini? Inikah yang dinamakan cinta? Mungkin. Tapi pada masa yang sama juga, aku juga turut berasa bahagia  apabila dekat dengannya. Aneh bukan?



Lebih aneh apabila setiap kali aku teringat akan dirinya, seulas senyuman pasti akan turut terukir di bibirku. Benarkah bahawa senyumanmu adalah senyumanku?



Setelah berkali-kali aku cuba meyakinkan diriku untuk meluahkan rasa hati ini, akhirnya aku nekad. Aku terpaksa lakukan perkara itu walaupun apa yang bakal terjadi masih samar. Cuba meraba mencari cahaya dalam kegelapan. Andai gadis bertudung merah juga sama sepertiku,  anggaplah aku berjaya menggapai cahaya untuk melangkah. Jika sebaliknya, akan ku cuba untuk terus menapak dalam kegelapan. Pejam tidak semestinya buta bukan? =)



Bismillahirrahmanirrahim,


sudikah kamu wahai gadis bertudung merah untuk menemani aku sepanjang hayatku di dunia yang sementara ini? menjadi teman susah dan senangku? berkongsi senyum dan airmata? setia disampingku tatkala aku kecewa? sedia menghulurkan tanganmu disaat aku rebah? sudi memapahku andai aku tersungkur?  sudikah kamu wahai gadis bertudung merah?



Kerna bagiku, apalah gunanya warna tanpa cahaya dan engkaulah cahaya untuk menerangi warnaku.^^,



ikhlas mencintaimu,
kamutahusiapaaku.



***



p/s - amacam? sweet tak? semua di atas aku copy pastu aku paste dekat sini. tajuknya "luahan hati buat si dia, gadis bertudung merah". dari mana aku dapat? biarlah aku sorang je yang tahu. mane boleh kongsi-kongsi! Hahaha. =P



DSC_0042
macam biase, gambar takde kaitan. HAHA !
Thank you for reading this entry !

19/01/2011

berubah. beri masa. beri ruang. beri peluang.

Assalamualaikum. Kali ni aku nak guna bahasa sopan sikit. Nak buat entri nasihat tak boleh guna ayat kasar kan?  Sebab manusia memiliki hati, dan hati itulah tempat yang paling sensitif. Setuju? Kawan salah cakap korang touching. Pakwe tegur sikit korang touching. Abah tengking sikit korang touching. Semua sebab hati right? Bukan ke hati ketua pada jasad kita ni. Logik lah kan? Cuba kalo tacing sebab kepala. Ade nggak? Aku lempang jugak sesape cakap ade! Kuikuikui.



Berubah. Semua manusia perlu berubah. Sedangkan nabi pon ade cakap bahawa setiap mukmin itu "hari ini adalah lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik dari hari ni". So? Dengan kata lainnya, semakin hari semakin baik. Atau boleh diklasifikasikan sebagai berubah. Diimbuhankan, maka jadilah perubahan. *terer jugak BM aku ni =P* Kehkehkeh.



Bercakap tentang berubah ini, wujud 2 golongan. Pertama, golongan yang boleh berubah dalam sekelip mata. Tanpa perlukan pertolongan sesiapa. Hanya dengan kehendak mereka sendiri dan tup! mereka terus berubah! Semudah petik jari je.



Kedua, mereka mahu  berubah tapi mereka perlukan masa, perlukan ruang, perlukan peluang. Mereka tidak mampu untuk berubah dalam sekelip mata sebagaimana golongan pertama.



Jadi, sekiranya kita berada di sekeliling kelompok yang kedua, apa yang patut kita buat? 



If korang seorang teman mereka, cuba untuk bersabar. Beri masa, beri ruang, dan beri peluang kepada mereka untuk berubah. Perubahan memerlukan masa dan juga pengorbanan. Jangan terlalu mendesak semata-mata mahukan perubahan yang mendadak. Sedangkan mendesak tidak boleh, apatah lagi memaksa. Semua yang berunsur kekerasan, cuba elakkan. Berikan keselesaan kepada mereka dalam proses perubahan supaya mereka tidak berasa bahawa perubahan itu suatu tekanan. InsyaAllah, hasil yang akan korang dapat akan lebih manis. ^^,



Lagi satu tugas korang ialah panjatkan sebanyak-banyak doa agar Allah berikan mereka kekuatan untuk terus berubah. Jangan usaha separuh jalan lepas tu terus give up! Inilah gunanya seorang kekasih! Tehee~



Kesimpulan, siapa yang tak mahu berubah? Setiap manusia inginkan perubahan untuk ke arah yang lebih baik, lebih sempurna, lebih bahagia. Lelaki mahupun wanita. Kerana itulah fitrah yang diciptakan Allah khas buat hambaNya. Assalamualaikum. *senyum panjang-panjanggg*



[sumber]



p/s - "sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri". semuanya bergantung kepada keinginan kita sendiri. (^__^)v
Thank you for reading this entry !

18/01/2011

masalah sungguh!

perhatian : gambar dalam entri sebelom ni adalah gambar aku, bukan gambar kembar aku seperti yang tertulis di caption. Harharhar.



Assalamualaikum. Selamat malam buat korang semua. Aku cuma nak buat entri ringkas je ni. Aku tak paham sungguh bila masalah tetiba muncul dalam blog aku. Hairan, ajaib, takjub, mustahil semua skali aku dapat. Ape yang ade kat blog aku ni sampai kena macam ni? Astaghfirullah al'azim.~



Ni ha masalah aku ;-



Untitled



setelah di'zoom'kan.



blocked
paham kan?


Dye cakap blog aku ni ade pornography, erotic materials. Gila tak? Gila kan?! Haish.. Korang readers aku mesti lebih tahu ape yang ade dalam blog ni. Yang Kaspersky tetibe wat hal cari masalah dengan aku ni pehal? Konspirasi apakah ini? Arghh!! Nak cakap dye baca blog aku memang mangkuk hayun sungguh la. Aku rase aku tulis dalam BAHASA MALAYSIA. Ye dak? Hahaha.


Nasib baik masalah ni tak timbul dekat laptop aku. Ni print screen laptop ayie punye. Lagipun, aku pakai avira, bukan kaspersky. Maksudnye, ayie yang taley baca blog aku. Rugi satu traffic. *sigh* Kalo kat laptop aku, tak update ler kembatolo ni. Lagi naye! Agak-agak la, gambar kat bawah ni ke yang jadi punca? Memang TAKKK la kan? =P



berubah
=)



p/s - blog korang pernah kena ceni tak?



update : boleh tak buat quote ceni? kalo jangan lupa lirik kompem kalah. tapi kalo rancangan jangan lupa you, insyaAllah juara. hahahaha ^^,
Thank you for reading this entry !

17/01/2011

henfon dan korang.

Assalamualaikum. Allahumma sholli 'ala sayyidina Muhammad.



Hai. Korang ape khabar? Sihat eh? Okay, memula skali aku nak mintak maaf kepada semua yang dah bukak entri aku yang sebelom ni tapi tak dapat nak tengok gambar. Ade kesilapan teknikal yang bukan berpunca dari aku. Hahaha tanak ngaku. Tapi takpe da, sebab skang aku dah betolkan balik. Jemput tengok smula. =P



Henfon. Aku jamin korang semua ade henfon kan? Sesape yang cakap takde tu, sungguh sukar tuk aku percaya. Ibarat tengok preity zinta depan mata. Hahaha. Wei! Perlu bold ke? Kuang3.



Bagi aku, henfon tak perlu sangat pon. Baca betol-betol, aku tulis BAGI AKU dan TAK PERLU SANGAT PON. Maksudnye di sini, ini hanya pendapat aku sendiri. Korang punye pendapat aku tak tahu lah. Mungkin ade yang dah jadikan henfon tu sebagai nyawa dye. Takde henfon, maka tiadalah nyawanya. Kehkehkeh. *perli nie!* Sebabnye, aku kat sini kalo ade orang call seminggu skali tu pon dah kira rahmat kau tahu? Punye lah hepi kalo ade orang call. Sengaja tarik panjang-panjannggg nak bagi lama sikit borak ikut henfon. Padahal call nak tanye nombor bas je pon. Hakhakhak.



Itu pasal panggilan. Kalo mesej pulak, sebulan sekali belom tentu ade mesej yang masuk.  Jarang sungguh aku nak dengar bunyi mesej tone aku tu. Bila dah fedup sangat, aku bukak je galeri, play music player, dengar je ringtones tu sampai berbulu telinga. Puas hati aku!  Kahkahkah. Hairan jugak, takde sesape ke nak hantar mesej dekat aku? Tanya dah makan ke, sihat ke tak? Hish! Dahsyaaaattttttttt! Nak suruh awek mesej, dye bukannye ade kat sini. Eh, macam salah skrip pulak. Harharhar.



Sehubungan dengan itu, aku jugak rasa bangga sebab duit aku tak habes dengan beli topup. Mane taknye, topup LE10, sebulan tahan. Tu paling singkat r. Paling lama setahun kot <-- ini tipu. Ngahaha~



Okay dah. Aku chow dulu. Taip entri pon ntah hape-hape. Sabar jelah yu. Anggap ini dugaan dari Allah tuk jadikan yu seorang yang sabar ^^, Terima kasih aku ucap tuk sesape yang sudi baca. Babai dan Assalamualaikum.



DSC_0049
ni gambar kembar aku. motif? baju merah. itu je. hahaha =P
Thank you for reading this entry !

16/01/2011

luahan hati.

Tak berani meluahkan? ikut step ni ;-



love
first, bagi gambar nie.



breath
second, bagi yang ni pulak.



cinta
last skali, bagi yang ni. insyaAllah. ♥_♥



p/s - dah luah kan? so, ape lagi? jawab peliss~ HAHA !
Thank you for reading this entry !

15/01/2011

kalaulah aku tahu..

Hai dan Assalamualaikum. Ape khabar korang semua? Yu ape khabar? Haha. Harap sihat lah yer. Kalo tak sihat sekalipon, pelis buat-buat sihat. Nanti orang sekeliling risau. <-- ni ayat tuk orang yang ade kekasih hati. =P



Hurm.. Nak cerita pasal ape pulak kali ni eh? Kejap.. Bagi otak aku pikir dulu. Ha..! Semalam kitorang keluar. Macam biasa, bila aku sebut kitorang, korang jangan nak memandai pikir kuar ngan awek pulak. Kitorang bermaksud aku, izwan, ayie and amin. Semua lelaki. Dan semua single. Dan jugak semua takde awek. Dan lagi bermaksud kitorang semua tak laku. Dan untuk kali terakhir, Kitorang bukan gay tapi kitorang okay! Eh, tetibe. Kahkahkah.



Sebelom kitorang keluar, hujan turun mencurah-curah di bumi cairo ni. Takde la lebat pon, cukup tuk basahkan orang yang tak berteduh je. Eh, ade ke orang yang kalo hujan boleh rilek je? Selamber tengok match volleyball tanpa mempedulikan hujan yang membasahi tubuh? Ade tak? Sila jawab dengan angkat tangan. Wakaka. Sama macam main hujan la kan? Hihi.



Ke laut sudah..~ Kembali, walaupon hujan hanya sekejap tapi ianya cukup tuk buat kawasan kat sini dinaiki air. Lantaran itu, kitorang semua terpaksa buat acara jalan jengket bergilir-gilir tapi tak berganti-ganti. Paham? Sila abaikan. Haha.



Sebenarnye, aku tak tahu ape yang aku dah tulis kat entri ni. Haghammm~ Sepatah habuk pon tak lawak. Ni la akibatnya kalo suruh aku update hari-hari. Entri pon dah jadi gedik semacam. Hahaha. Dah la wei. Better benti sini je. Karang meluat pulak korang baca entri ni. Okay, aku blah dulu. Maafkan aku sebab entri ni macam ni. Aku pon dah tak tahu camane lagi nak selamatkan entri ni. Assalamualaikum.



Terpaksa tekan publish post jugak. Kuikuikui ^^,



14012011144
entri boring, gambar pon kena jadi boring jugak ke? PIRAHHH~



14012011142
pon same. BOSAN ah ceni!



14012011145
Asek2 BOSAN. asek2 BORING. Nympah nyahh.. hahaha



Harap gambar last ni boleh jadi penyelamat entri ni.. HAHAHA !


tomorrow
Thank you for reading this entry !

14/01/2011

sesuatu tentang dia.

Assalamualaikum buat pembaca tersayang. Cewahh! Aku tulis yang tersayang siap. Ade tak sesape terase? Hahaha. Korang semua readers blog ni adalah yang tersayang. Kan? Nak spesel lagi, jadi follower blog ni, terus jadi gundik tersayang. Lagi syokk!! Hakhakhak.



Dia merupakan kata ganti diri yang ketiga dibawah kelompok tunggal. Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. Kalo awek pulak cane? Ha..! Itu aku tak tahu. Ingat ni kelas bahasa melayu ke nak tanya soalan dekat aku nih? Pegi tanya orang lain! Tak pun sila kontek balik cikgu bm darjah satu korang. Hahaha.



Okay, cakap banyak pon tak guna. Aku tahu korang nak aku eksplen tajuk aku tu. Betol? Hekeleh! Pelis la jangan buat muka tak tahu macam tu. Muka konon takde pape. Padahal tut tut tut... (sambung sendiri boleh pilih samada "memang taknak tahu", "ada la sikit nak tahu", or "woi!  cepat la bagitahu. suspen nih!") Kahkahkah.



Sesuatu tentang dia. Dia tu sape? Jom, baca yang kat bawah ;



 Dia seorang yang...
-sentiasa senyum
-memiliki senyuman memikat hati ohh~
-kelakar
-ceria
-peramah
-penyayang



Mesti tak puas hati kan? Semua positif jek. Fine! Ni yang negatif ;



Dia mungkin seorang yang..
-mudah tacing
-suka membebel
-tidur lewat
-garang



Cukup la tu. Penat aku nak pikir semua taruk dalam ni. Tinggal satu je lagi yang belom aku jawab kan? SIAPA DIA?



Jeng jeng jeng!! Kalo aku cakap semua di atas ialah PARIDAH BINTI DAUD a.k.a UMMI aku, agak-agak korang boleh terima tak? HAHAHA. =P



Bye. Assalamualaikum.



yours
sweet tak? tehee~



p/s - apsal? tulis tuk ummi sendiri pon taley ke? habis tu nak tulis tuk sape? awek? dah tulis la tu. wakaka
Thank you for reading this entry !

13/01/2011

buat you.



name



coins



goodbad



ways



kredit : you <-- malas letak link. =P



p/s - pilih yang paling cun boleh? dah mintak izin kan? HAHA !
Thank you for reading this entry !

Lu pernah naik sampan?

Memula, adalah chantek molek tuk wa bagi salam dulu buat kalian semua. Assalamualaikum! Lepas tu, baru boleh nak citer seribu satu kisah pon. Sekurang-kurangnya, tiap kali lu orang baca blog ni wa balas dengan mendoakan kesejahteraan lu orang. Ye dak? Memberi dan menerima right?



Okay. Sampan. Baca betol-betol bahawa sampan tu bukan bot yang ade enjin. Beliau hanyalah sampan yang tak guna pape melainkan pendayung. Bebal jugak wa eksplen cenggitu, dah nama sampan mesti la takde enjin. Hahaha tuk diri sendiri nasib takde cikgu BM dekat sini mati wa kena cekik nanti. Kih kih kih.



Seingat wa, pengalaman pertama wa naik sampan sungguh mencemaskan ibarat kacang lupakan kulit. Eh, kenape macam tak sesuai? Lantaklah ! Haha~ Sebenarnye, sebelom naik sampan tu wa buat kegiatan haram yang salah di sisi undang-undang negara hiburan ni (haktuih!) dengan melintasi sempadan melalui sungai golok. Lu orang kenal sungai golok? Kalo siam dye panggil sungai kolok. Pfft! Burok benor bunyinye kan? Hakhakhak. Harap takde orang siam yang baca belog wa skang. (v_v)



Gerak ke sana lepas subuh lagi seiring dengan bunyi cengkerik memuja pencipta alam. Subhanallah. Wa dan 3 orang member termasuk kembar wa melangkah pagar asrama tanpa segan silunya lantas terus menapak ke bus stop dan seterusnya menuju ke jajahan rantau panjang dengan girang. Gilak. Dahla pasport tak bawak kemain nak pegi siam. *geleng kepala*



Sampai kat sempadan yakni tempat naik sampan tu, membe wa yang dah banyak kali pegi sana ikut sungai ni selamber suruh wa naek sampan. Diulangi, membe wa YANG DAH BANYAK KALI PEGI SANA IKUT SUNGAI suruh wa naek sampan. Ayie nama dye. Wa pon HAH?! SAMPAN?! Ape kelas sampan apesal takde speedboat ke jetski lagi kacak. PUI punye alasan padahal penakot nak duduk dalam sampan yang terumbang ambing dipukul ombak sungai. *Saje kasi metafora melangit sebab nak bagi imagine yang sangat ngeri. Hahaha.*



Sejujurnya, sepanjang wa kat dalam sampan tu wa tak henti-henti mengucap mintak ampon dosa dengan Tuhan andai mati tak bawak dosa menimbun. Opps!~ Sepanjang tak sesuai, sependek lagi suit sebab wa kat dalam tu paling lama pon seminit. Hahaha.  Korang hape tahu? Reti gelakkan kite je. Kite tacing kang..! Sampan tu sangat menakotkan taw! Air dye kan, lagi seinci nak masuk dalam. Lepas tu, sungai pulak kite tak tahu dalam mana. Kalo kite jatuh cane? Kalo sampan terbalik macamane? kite tatot taw~ (euw yerk!)



Lepas ni tobat wa taknak naek sampan. Lu orang jangan nak berani sangat ajak wa naek sampan! Kalo speedbot or jetski wa takde hal. Fine! Wa penakot. Tapi dengan sampan jelah. Ekeke.



Okay bai! Tetibe wa seram bila imbas balik detik tu. Harharhar. Assalamualaikum.


lebih kurang ceni la sampan kite tu.. lagi sikit air nak masuk dalam sampan kite.. huu~ tatot lettew!
Thank you for reading this entry !

12/01/2011

mana satu?

Dua beradik sedang leka menonton gambar di laptop kepunyaan dorang.



si abang : woit! tengok gambar ko ni, muka sememeh jek. lawak giler! haha.

si adik : hekeleh, gambar ko pon lebih kurang jek. muka stim taley blah betol. haha.

si abang : eh, gambar ni mase kita pegi mane eh? aku lupa la..

si adik : lorh.. ni gambar tahun lepas ni. mase kita pegi mesir.

si abang : oo..



Tiba-tiba, mereka melihat satu gambar. Jelas kelihatan muka dorang sedang kebingungan.



si abang : wey! semat kan aku dalam gambar ni. OMG! sematnye..~

si adik : tengkorak ngko! tu gambar aku lah wei. jadi, aku la yang semat. hahaha.

si abang : ceh! ko ni agak-agak la nak kelentong pon, ni gambar aku la.. CACAT PENGLIHATAN sungguh!

si adik : ko hengat aku buta ke hape? aku cam lagi la gambar aku..

***



Sape cakap kembar best? Kadang-kadang dorang sendiri pon konpius mane satu gambar dorang. Terbaik kan? Kahkahkah.
Thank you for reading this entry !

11/01/2011

PMS dan kentut.

Assalamualaikum.



Amaran : Entri ni hanyalah satu luahan perasaan. Sesape yang tidak berminat boleh terus pangkah di bucu kanan sebelah atas sana. Sekian.



Pernah tak korang rasa bersemangat waja nak blogwalking? Lepas tu, tanpa disangka tetibe mood tu dimusnahkan oleh internet connection yang sungguh durjana? dan lahanat? dan jugak cilake? Hasilnya, tak pasal-pasal aku pon turut mengalami PMS! Justeru, semua entri baru korang aku taley baca. Siriyes! Satu kerugian kan sebab tak dapat komen? Arghh! Tension ai nyah!



Sebut pasal tenet ni, memang aku akan hangin satu badan. Dah lebih 2 minggu kot tenet umah aku wat hal. Secara tak langsung, aku terpaksa mengurangkan tahap angin dalam badan melalui sendawa dan jugak kentut. Haha. Apsal gelak woit? Tulis kentut pon gelak ke? Dah aku tulis "haha" mesti la gelak kan? Kepala masuk air betol mamat nie. =P



Kesinambungan dari perenggan diatas, aku cuma nak cakap hari ni perut aku sakit. Memulas, memusing, dan jugak memutar. Semua imbuhan 'me' tu salah kan? Sape cakap?! 'me' tu bukan imbuhan tapi merujuk kepada aku sebab aku yang sakit. Kalo untuk korang, kena tulis yumulas, yumusing, dan yumutar. Paham?! Wakaka.



Penutup, hari ni bertarikh satusatusatusatusatu. Ade hape dengan tarikh ni? Semestinya bukan tarikh aku kawen sebab aku masih teruna. Dah tu? Ehem ehem.  Perlu bagitahu ke? Sbenanye, takde pape pon. Saje nak gtaw hari ni hari selasa. Kahkahkah. Babai, assalamualaikum~



DSC_0053
terai buat muka bengang.



DSC_0048
terai buat muka bengang lagi tapi tak tahu apsal mata macam stim. bengang+stim mungkin? HAHA !



DSC_0054
last2 tak jadi buat muka bengang, buat muka konon kontrol. *boleh bagi penyiku sorang satu dekat mamat ni skang!* HAHA.



p/s - Entri merapu sebab nak hilangkan tension kerana tenet sengal.tak baca pon takpe.

p/s/s - 11/1/11. ai senyum ni yu~ HAHA !
Thank you for reading this entry !

10/01/2011

buaya ngan rimau mana lebih seram?

Jawapan jujur dari aku, aku pilih 'ngan' lagi seram. Sebab dye duduk kat tengah-tengah, sikit pon tak terpancar rasa gerun dye. Kahkahkah. <--- sesape bagi jawapan ceni tuk soklan aku memang hamsap la. Arwah mati terkejut ngko aku hantar santau 47 keturunan ko jadi mandul. Hahahaha.



Okay benti melawak. Assalamualaikum. Idea ni dah lama duk melilau dalam hotak aku tapi macam biasalah, maen sorok-sorok tak sempat nak tangkap. Jadi, aku dapat tulis ni pon sebab dapat tangkap idea ni dengan jitu masa dalam jamban. Tak perlulah aku detail sangat wat ape dalam jamban nak penyiku aku ke hah? Hahaha.



Harimau_malaya
tuan belog ni cakap ai tak seram. bole caye ke? T_T


Menariknya, aku lebih suka cakap buaya lagi seram dari rimau. Nah sebabnye ;



Pertama, lu orang tengok sendiri ah camane rupa si buaya tu. Menggerutu, ketol-ketol, keras. Euw!~ (masa taip ni aku muntah olok-olok haha). Tak macam si rimau, berbulu halus gitu. Lembut, siap boleh buat baju lagi bulu dye. Yep! memang aku memilih luaran. Nak tengok dalaman memang tak nampak lah kan? hahaha.



Kedua, si rimau ni tak hipokrit. Dalam iklan pon duk jaja nama dye seKUAT HARIMAU. Walaopun hanya sabun tapi terbukti lah beliau kuat. Tak cukup dengan sabun, biskut pulak join cuma biskut ni stendek sikit, letak dalam BI nama TIGER. Setuju? Tak macam buaya, siap pepatah lagi duk pesan "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Skang nak salahkan pepatah pulak ye wahai izuddin?! TAK!! aku cuma nak cakap aku tak suka hipokrit! Sangat! Sikit-sikit tu dimaafkan. Wakaka.



Ketiga, sebab anak rimau yang kecik-kecik tu nampak kiut jek. Tak macam anak buaya. Kecik-kecik lagi dah seram. Tak tahu dah nak lontar pandangan kat bahagian mana. Bak ekor, badan, kaki mahupun kepala semua takde ciri-ciri ke'kiut'an langsung. Pulak tu, nampak buruk semacam je. Dah tahu takde rupa, cuba la ubah pangai tu kasi elok sikit. Sopan-santun macam hamster pon oke hape. Hahaha. 



Okay cukup lah tu tiga aku kasi. Bagi banyak-banyak bukan lu orang nak hafal pon. Tak gitu? Dengan ini, aku putuskan bahawa buaya lagi seram dari rimau. Sumpah aku sedikit gerun tengok buaya. Rimau aku menten jek. Siap boleh wat geng lagi. HAHA ! 



Dah! Assalamualaikum. Lagi entri mengarut dari aku kan? XD



crocodile_ngr-4295_blog
ai seram kan? euw~~



p/s - bila baca balik entri ni, buaya ngan rimau tu kalo tukar kepada manusia pon masyuk jugak. Ye dak? harharhar.
Thank you for reading this entry !

08/01/2011

hidup di perantauan.

Ye. Memang itu tajuk aku. Hidup di perantauan. Perantauan di sini bukan bermaksud obesea saje wahai makhluk semua, tapi semua skali. Korang yang terpaksa tinggalkan rumah semata-mata tuk belajar pon dah dikira perantauan. Assalamualaikum. Baru bagi salam je. Siap kau~



Khusus kat sini aku nak cerita pasal kehidupan aku lah. Buat mende aku nak citer pasal orang laen lagipun aku tak amik port sangat pasal orang laen ni. Kang aku tercerita pasal 'melepas' -lalu-lupa-nak-flush-ketinggalan-emasmu-duhai-sahabat, tak memasal pulak aku kena serang. Dak sanggup aih~ Haha.



Kehidupan dekat sini 100 peratus berdikari. Seriyes! Kalo korang semua tak sanggup nak berdikari, baek tak payah pasang niat nak belajar jauh-jauh. Buat remuk-redam hati je. Paham?



Memula, anggota tubuh korang kena sentiasa sehat. Yang ade asthma(aku eja omputih sebab baru tahu ejaan dye ceni haha), lelah, dan seumpama tu dinasihatkan berjaga-jaga. Sebab pertama, kalo korang sendiri pon dah tak sehat, sape lagi nak tolong jaga korang? Kalo korang ade kembar macam aku ni laen cerita lah. Lalalala~



Kedua, jangan terlalu manjakan diri korang. Sikit-sikit merengek, sikit-sikit nanges. No no no! Cuba elak dan usaha tuk jadi seorang yang sabar dan tabah. Melainkan korang tu pompuan, jadi aku taley nak kata ape sebab emosi dorang selalu tak stabil. Haha.



Ketiga, mulut kena jaga dan MESTI sentiasa manis. Manis dekat sini bukan bermakna korang kena pegi french kiss sebab nak terai mulut dye tu manis ke tak bahlol! Silap-silap mamat tu baru je lepas makan belacan, herot mulut ko turut gatal sama. Hahaha. Bahasa kena sopan, taknak yang tajam ibarat sembilu menikam kalbu seterusnya buat kawan terase. Mampos kau lepas ni takde orang nak kawan. Mulut busuk la lagii~



Dan yang last, kena rajin temankan kawan kau. Walaupun kau takde ketan dengan urusan dye tapi bawak-bawak la ringankan tulang temankan dye sekiranya diminta. Harus diingat! Janganlah tetibe offer nak temankan kawan ko dating otomatik kawan ko akan cakap aku nak pergi date la buduhs tayah ikut pon takpe. Hambek sebijik buduhs simpan dalam ingatan! Wakaka.



Akhirnya, kawan ko ibarat keluarga pabila ko hidup di tempat orang. Jaga hatinya sepertimana ko jaga hati awek ko. Tanpa kawan, jangan berangan ko boleh hidup!~ Sekian saje dari aku, noktah dan assalamualaikum.



P1210625
bajet tengah duduk obesea. HAHA
Thank you for reading this entry !

07/01/2011

achik dan angah.

Hai. Assalamualaikum. Entri pasal pengalaman memula sekolah dah habes aku cerita walaupon terpaksa buat 3 bahagian. Harap ade yang baca. Aku terpaksa buat macam tu sebab aku tahu blogger memana pon tak suka baca entri yang terlalu berjela-jela. Diulangi, TERLALU! Tak kira r blogger turun dari kayangan ke, timbul dari atlantis ke, dorang tetap tak suka baca entri yang panjang termasuk aku. Setuju? Lainlah kalo korang blogger pemes. Panjang mana engkau taip pon still ade orang baca. Ye dak?

 ***


Semalam aku call rumah. Bila call tu tak laen tak bukan hanya dengan tenet jelah. Nak call guna celcom or maxis, berjanggut datuk K dulu ah nak tunggu.  Celcom pon satu, buat promosi dalam negara je, hape dorang tak tahu rakyat mesia ramai yang belajar obesea?! Cuba la buat promosi call mesia 15sen/minit, gerenti ramai bebudak sini guna. Nak buat bisnes tapi itu pon nak kena ajar. Kahkahkah. *Komplen lagi! komplen lagi! macam la ngko tu bijak sangat izuddin! Huh!~*



Masa call tu, borak dengan abah aku dalam 10 minit, dye terus passing dekat ummi aku. Stendek bapak la kan, mane boleh cakap lama-lama dengan anak. 10 minit tu dah kira lama kau tahu?! Biasa 5 minit pon tak sampai. Haha. Bila dah cakap ngan ummi, macam-macam cerita keluar. Nasib ah aku ni boleh tahan jugak loyar, dapat la aku layan ummi aku tu.



Tetibe terdetik aku nak tanya pasal budak kembar berdua tu. Belom sempat aku bagi tanda soal, laju je dye cerita. Potpetpotpet. Agaknye aku ni terlebih genetik ummi la yang jadi potpetpotpet ni. -_-". Okay, dah ke laut entri ni.



Zass! Tarik ke darat balik~



Ummi aku cakap budak kembar tu dah masuk darjah satu. Aku pon HAH?! DARJAH SATU?! Rupa-rupanya, aku salah kira umo budak tu kat sini. Dorang dah 7 tahun sbenanye. Nampak sangat ilmu kira-kira aku dah tahap kritikal (╥_╥.) <-- smiley ade tahi lalat kat pipi. wakaka.



Ummi aku sambung lagi, dye cakap budak kembar tu punye la malas nak pegi sekolah. Baru darjah satu dah malas. Tak ikut pakcik dye langsung! Lawaknye, dorang siap sorok lagi baju sekolah sebab taknak pegi sekolah pastu memasing buat alasan uniform sekolah hilang. Haih! Ingat aku nak caye? Dah la dua-dua skali. Menipu tak hamek kursus sungguh! Kahkahkah.



Lepas tu, spontan datang ke benak fikiranku bahawa adakah daku sama seperti  mereka? Hurm.. Sudah pasti bukan kerana daku seorang yang rajin suatu masa dahulu. Harharhar.



DSC_0103
sikit pon aku tak takot ko buat macam tu budak!! haha. =P


p/s - entri ni pon panjang, ade orang baca ke? harharhar.
Thank you for reading this entry !

06/01/2011

hari pertama sekolah dalam ingatan. part 3.

*Bersambung dari lepas lu orang cakap kitorang comel.. (^_^)v



Masa dua-dua tengah nanges, akak wa datang pujuk. Ntah sape la buat keje part time jadi reporter masa tu. Wa yakin ayat dye mesti ceni "weh, adik ko yang kembar tu nanges. Dua-dua pulak tu! Cumil betul!". Haha. Tak pasal-pasal akak wa jadi caring.  Realiti tak pon. -_-". Akak pujuk adik kembar nanges, lagi comel kan? Kahkahkah. Dah! cukup pasal comel. Sambung cerita.



Akak wa suruh kembar wa masuk kelas dye dan wa masuk kelas wa. Dengan muka yang masih lagi sedu sedan dengan tangisan, wa masuk kelas. Masa tu wa dah setat pemes sebab nanges dalam kelas. Tapi still kacak, masuk kelas dengan penuh gaya. Hahaha. 



Keadaan kembali seperti biasa.~



KRINGG!!~~ Bunyi loceng nyaring skali. Tanpa banyak cakap, wa selamber angkat beg dan terus balik. Wa tak sedar tu sebenarnya bunyi loceng rehat. Sape suruh tak cakap rehat pon ada loceng, mana wa tahu. Kehkehkeh. Hari pertama kat sekolah, bukan salah wa ler. Tak pasal-pasal wa blah awal. =Þ



Sekian. Cerita tamat.



Wa lupa nak cakap nama sekolah wa kan? Janji jangan gelak. Nama sekolah wa, SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG. Lu orang dah janji tak nak gelak! Babai. Assalamualaikum.



awek idaman. tapi nak yang makan guna tangan kanan la. sopan sikit. HAHA ! [sumber]



p/s - hish! penat jugak nak recall balik mende yang dah bertahun-tahun berlalu. *sigh*
Thank you for reading this entry !

05/01/2011

hari pertama sekolah dalam ingatan. part 2.

Masa memula wa masuk darjah satu, abah ngan ummi wa tak datang hantar pon. Tengok! Dari kecik wa dah taff. Tak macam lu orang hari pertama nak kena mak bapak pegi hantar. Kalo bole mesti bawak semua kerabat pegi berkelah dekat sekolah. Kan? Angguk jela~



Masuk je kelas, wa duduk diam je. Umo 6 tahun takkan dah nak tunjuk becok kan? Gelojoh sangat tu. =P. Masa tu akak wa hantar, dye darjah empat kalo tak silap. Siriyes wa rase nak nanges. Tapi wa tahan sebab dalam kelas ramai awek, tak kacak kalo wa nanges. B-)



Bunyi loceng, wa masuk kelas. Cantik jugak kelas wa sebab dulu kelas kayu jek. Kelas batu takde lagi, kerajaan tak cukup bajet nak buat kelas batu. Then, wa pon belajar dengan penuh khusyuk lah konon. Sepatah haram wa tak paham cikgu wa ajar ape. Tetibe masuk la ticer(teacher) cina ajar BI. Muda lagi. Pakai skirt paras atas lutut bawah punggung. Wa masih ingat betis beliau yang gedabak tu. Harharhar.



Wa ingat ticer tu baek. Hampeh!~ Belom sempat teori tu bertahan selama 2 minit, wa dah kena marah sebab tak reti cakap BI. Masa tu kena 'introduce yourself'. Gilak. Mana la wa reti cakap BI dulu. Skang pon tak reti jugak. (-_-") Teruk wa nanges lepas tu. Hilang terus kekacakan yang wa pertahankan sejak dari mula kelas. (╥_╥) Hahaha.



Belom sempat kelas tu habes, wa dah cabut pegi kelas kembar wa. Kecik-kecik mana reti sopan lagi. kikiki. Nanges pulak dekat situ sebarang dua. Tunjuk manja dengan kembar wa mintak simpati. Lu tahu tak ape kembar wa cakap? Hahahaha. Bagi wa gelak dulu. Kembar wa cakap, "sape yang buat ko nanges? meh aku pegi hentam dye!". Nampak?! Kembar wa sayang sama wa sampai sanggup nak pegi hentam balik. Dye tak tahu saiz ticer tu sama dengan kerbau bunting. Harharhar. *ampon ticer tak sengaje ngumpat* ;-P



Sekali dye pegi, ngan dye skali kena. Terus dua-dua nanges. Kahkahkah. Korang boleh bayang tak kembar nanges? Mesti korang nak cakap comel. Yep! Wa ngan kembar wa memang comel.  Wa setuju pasal tu. Hehe.



Bersambung ke part 3. Episod last.




sorang nangis sorang gelak. hihi. anak wa nanti. [sumber]



p/s - ade yang stress tak buat sambung-sambung ceni? hehe. mintak ampoonnn~ =P
Thank you for reading this entry !

04/01/2011

hari pertama sekolah dalam ingatan.

Assalamualaikum. Selamat bangun pagi tuk adik-adik wa yang dah setat sekolah. Adik betol wa dah takde yang sekolah, paling bongsu pon dah habes spm baru nie. Wa cakap ni khas tuk adik lu orang semua. Wa kan caring. Titik!



Hari memula  masuk sekolah. Wa masih ingat detik tu. Hari ahad, januari tahun 1996. Tarikh wa tak hengat dah. Masa tu wa baru kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah. Neves, ketaq, semua skali wa sapu. Perasaan wa masa tu bercampur baur. Kalo wa boleh cakap camane perasaan wa ketika tu, senang wa cakap sama macam air batu kena gilis ngan mesin ABC. Dapat bayang tak? Hahaha.



Masa tu umo wa baru 6 tahun. Tapi dah masuk darjah satu. Jika diikutkan umo, wa sepatutnya masuk pra tapi kuota pra sekolah wa sudah penuh. Sekolah kampung mane ade pra banyak kelas, wujud satu pon dah kire untung dah. Kan? Nak tanak wa ngan kembar wa terpaksa masuk darjah satu. Dan disitulah bermulanya era wa jadi budak paling muda dan kiut dalam kelas tu. *muka riak*XD



Lu orang cakap wa ngan kembar taley berpisah. Lu orang silap! Masa wa darjah satu(menumpang), wa dah duduk asing-asing dengan kembar wa. Dye kelas pandai sikit, wa kelas kurang pandai. Naseb je kelas sebelah menyebelah, takde la wa susah sangat nak ulang-alik pegi kelas kembar wa. Dan kitorang duduk kelas laen-laen sampai darjah empat(menumpang). Lepas tu kitorang sekelas. Tehee~ =D



Bersambung part 2...



lebih kurang ceni kot. =P [sumber]



p/s - Sbenanye wa dah takde modal nak taip nie. Lagipun dah panjang entri ni. Panjang kan? Panjang kan? Wa sambung part 2 jelah. Mintak maaf semua. Harharhar.



Thank you for reading this entry !

03/01/2011

takde entri untuk hari nie.

Ohoi! Tak reti baca eh? Dah terang-terang tulis takde entri, masih nak baca kan? Assalamualaikum. *salam taley tinggal* Haha.



Amaran : Entri ni sepatutnya di'publish' semalam. Sekian.



Chill la nyah. Wa gurau jek. Nyah tayah ah nak tacing-tacing ngan ayat wa kat atas  sana. Wa tulis maen hentam je. Nyah jangan terase, wa tak sengaja nak buat nyah tacing sebab bila wa taip, kadang-kadang wa pon tak perasan wa tengah kondem diri wa. Wa akan jadi tak sedar bila wa start tekan kibod. Ini memang penyakit wa.



Hurm.. Hari ni wa nak wat entri bajet wa artis sikit. Boleh? Sama macam diari la. Nyah ingat artis je buleh wat macam tu? Wa pon boleh hape. Tengok wa buat ni. Wa mula skang eh?



Hari ni turn wa masak tuk tengah hari. Tapi kol 10 pagi wa dah start masak. Chef tersohor kena prepare awal-awal. Lauk mentah member wa dah tolong belikan. Okay, wa tipu. Bukan tolong tapi wa paksa dye beli. Dye tu junior wa. Jadi, lebih sesuai wa cakap wa buli dye dengan suruh dye beli lauk tuk wa. Harum jugak hati wa ni kan? Menu wa ialah ayam masak madu buatan bukan madu asli. Gila panjang nama menu wa. Harharhar.



Lepas wa masak, wa basuh kaen. Tak banyak pon, dalam 5 helai. Wa basuh pakai mesin bukan pakai tangan. Tapi nak kasi mesin tu jalan wa kena guna tangan jugak. Kira basuh tangan la ye?



Siap wa basuh baju, wa lipat kaen. Memula wa rasa malas macam tertelan pil perancang je. Tengok baju pon dah rasa malas padahal wa belom lipat lagi. Hebat tak tahap kemalasan wa? Lepas tu wa gagahkan jua tuk lipat. Eleh! Ingatkan banyak, rupa-rupanya 6 helai je. Kehebatan malas wa memang menakjubkan. Tak dapat disangkal lagi. Keh keh keh. Tetiba wa terpikir ummi wa sangat rajin. Dari kecik sampai besar tak jemu lipat kaen. Bukan sikit stok anak ummi wa, semua skali 10 orang. Kalo wa, belom tentu lagi sanggup buat. Kalo nyahorang sanggup tak? Kompem tak!



Okay. Itu je wa nak taip. Kalo ade yang baca, mekaseh wa ucap. Yang tak baca, mekaseh jugak wa bagi. Sebab wa kan pemurah, mekaseh tu apa la sangat. Tak luak pon air liur wa ucap mekaseh ni. Dah, Assalamualaikum. Wa mintak maaf kalo wa ade buat nyahorang terase. wa manyak perli ni. Hakhakhak.



DSC_0136
lebih kurang ceni lah rupa masakan wa tadi. bhahaha~



p/s - wa dah hias balik bloglist kembar wa. Kalo ade lagi kembar selain yang ade dekat situ, sila tinggalkan komen. Wa nak kumpul kembar banyak-banyak. adios amigos~
Thank you for reading this entry !

02/01/2011

Camane boleh bagi nama kembar. Tahu tak?

Assalamualaikum. Salam 2 januari 2011. Salam umo 21 → Kalo korang perasan, umur dekat sidebar aku dah tukar jadi 21. Tapi tak cun doe nombor 21, 20 lagi kacak. Kan? Haish! Walaupun begitu, jangan ingat besday aku awal bulan januari pulak. Aku punye besday bulan 3 yep. Umo 21 tu sempena dengan tahun 2011 je.



Okay. Entri ni aku nak cakap pasal pe kembar dinamakan kembar. Bukan dengan nama laen seperti serupa or sama. Kenapa? 



Selepas aku jalankan beberapa kajian, jawapannya ialah AKU PON TAK TAHU KENAPA. HAHA! Takde jawapan weh. Penat dah usaha cari sebab dekat google tapi semuanya hampa. Sempena dengan ini, mesti ade yang rasa nak ketuk kepala aku laju-laju dengan bucu mouse kan? Buat soalan tapi takde jawapan. Grr! Sebelom buat nak tanye satu soklan lagi, mouse korang ade bucu ke? Kalo ada baru boleh ketuk laju-laju. Kahkahkah. =Þ



Sebenarnye entri ni aku nak tunjuk gambar ni je. Nak cakap gambar gedik, takde la gedik sangat. Biasa-biasa je. Korang punye gambar yang posing-kenyit-mata-muncung-mulut-pipi-cekung-peace-dekat-pipi tu lagi gedik aku rase. Harharhar. Tengok sendiri ar gambar kat bawah. Aku no komen.


campur
saje buat sorang gelap sorang malap. cam tak? hak3



Ni merupakan gambar hasil aku gabungkan muka aku dengan izwan. Tak tahu la camane jadinya. Kalo korang terer, cuba teka mana satu muka aku mana satu muka izwan? Menang dapat hadiah bulan di langit. Amacam? Menarik tak hadiah aku? Hahaha.



Okay, itu je. Babai. Assalamualaikum.


DSC_0288 2)
two faces. -_-"



p/s - agaknya nama kembar diberi sebab letak la muka separuh-separuh pon, tapi masih sama. boleh? hey bedah! dah nama pon kembar, mesti la sama. bebal ! harharhar.
Thank you for reading this entry !

01/01/2011

satusatusatusatu. Whoaa!! empat kali satu la nyah!!

Assalamualaikum. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Syukur banyak-banyak sebab masih lagi bernyawa pada tarikh yang cukup cantik angkanya ini. Satusatusatusatu. 01/01/11. Harap masih ada yang sudi baca blog nie. =Þ


 
Okay. Itu je kot nak update. Senang. Ringkas. Padat. Tulis macam ni lagi mudah. Tak payah nak pikir ayat stok bahasa melayu tahun satu ini apa murid murid ini ayam cikgu tu semua. Kan? Silap-silap makin ditaip makin teruk jadi bahasa melayu tu. Hahaha.



Dah. Nak buat penutup ni. Kalo tak nak baca perenggan ni pon takpe. Takde info penting pon kat sini. Boleh terus klik pangkah je kat bucu kanan sebelah atas sana. Sila la tekan skang.



Aik?! Tak tekan lagi? Haiya~ Kan dah cakap takde pape tuk dibaca. Boleh tekan skang. Jangan risau, tak kecik hati pon.



Hishh! Tengok tu, tak tekan lagi. Selalu memang degil ceni ke? Patut ah hari-hari kena bebel ngan mak. Degil melangkaui sempadan rupanya. Padan muka. Wekk~ Kalo tak nak tekan pangkah sangat, bagi komen jela. Senang. Dah, babai! Assalamualaikum.



officialpage
ni namanya nak eksyen aku ade mende ni. korang ade? Hahaha. *muka bongkak*


kembatolo's official page



p/s - entri hampeh. saje nak amik tarikh hari ni bia ade entri. harharhar
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails