29/11/2011

Seungkap Kata Dari Hawa Buatmu Adam

My dear Adam,

"You don’t have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That’s how I define gorgeous. You don’t have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That’s how i would melt. You don’t have to be rich for me to love you."

Sincerely,
Your love, Hawa.



Seriously ayat ni mampu menggoncang keegoan seorang lelaki. Kan? Ni pulak untuk wanita.[link]



#Psst : Ok sekarang siapa yang nak bagi ayat ni pada aku? Takde? FINE =.="



ni namanya muka mintak simpati. harharhar (T.T)


Thank you for reading this entry !

28/11/2011

Wedding Of The Year

Tajuk saje nak gebang lebih. Sebab aku tak kahwin tahun ni, kira bagi can dekat orang lain lah title tu. Tunggu aku kahwin nanti, jangan harap ah orang lain nak merasa "wedding of the year". Pastu nak buat rekod kenduri bagi makan nasi lemak je. Tu pun takde telur. Takpun buat jamuan makan cendol dengan gula. Susu tarak. Minum air suam je cukup, jaga kesihatan elak obesiti. Nasi minyak? Hamboii! Kuajo nampak nak request-request bagai? Balik rumah buat sendiri lah woi!! Nescaya orang akan ingat wedding aku tu sepanjang zaman. Kan? KAHKAHKAH !



Err.. Atas ni iklan je kot. Pesanan penaja. =P



Assalamualaikum. Perhatian, entri ni mungkin berjela, banyak gambar, dan mungkin makan masa untuk dihabiskan. Kalau kau seorang yang kurang stamina, takde sixpacs, aku cadangkan kau terus batalkan niat tuk baca entri ni. Boleh? Hewhewhew



Eh baca lagi? Ehem.. Perasan taff lettew~ 



Ok dah. Kang tak siap entri aku ni. Semalam aku dan izwan telah ke majlis kesyukuran perkahwinan. Hek eleh!! Tu pun nak cite. Macamlah orang lain tak pernah pegi. Ok bang, sabar boleh? Saya belum abis cite lagi ni. Err okay teruskan..



Sebenarnya, kitorang takde kaitan langsung pun dengan majlis ni. Nak cakap keluarga, jauh bebenor. Kenal pun tidak, camane boleh jadi keluarga pulak kan? Nak kata kawan, eh hello.. Sejak bila gua bagi salam ukhuwwah abadan abada pada lu? Ada? Takde kan? Dah tu apa kaitannya?



Kan dah cakap tadi takde kaitan. Bahagian mana dalam perkataan "takde kaitan langsung" tu yang kau tak paham? Meh aku fahamkan lagi dengan khidmat siku ni. Tanak siku, lutut pun boleh. Ada pilihan baru syok. Ye dak? Hahaha.



Haish. Merepek lagi. Bila la nak siap entri aku ni.



Straight to the point, tuan punya majlis ni readers blog kembatolo. Dia jemput aku dekat fb lebih kurang dua bulan lalu. Pastu aku cakap lah nak kena ada kad jemputan baru official. Sebab aku ni bukan keluarga mahupun kenalan. Kang tetibe sampai sana semua buat muka blur cakap tak kenal, tak pasal-pasal kena beli simen buat tampal muka. Senang sikit orang nak panggil muka tembok. Takpun bila dah siap makan, tetiba pengantin hulur bil. Makan kenduri tapi ada bil apahal? Nampak sangat datang tak dijemput. wakaka



Aku main-main je mintak kad tu kau tahu? Tetiba pada suatu tengah hari yang hening(tayah nak hening sangat, tengah hari panas woi!) kad tu betul-betul sampai. Terus haru duk hafal tarikh dan hari majlis tu. Orang dah hantar kad, nak tanak memang kena pergi lah kan? Dah la memenuhi undangan jika diundang dah tertulis dalam hak seorang muslim ke atas muslim yang lain. [link]



hambik kau, sekali dengan nama bapak. ce cite camane aku nak elak dari pergi majlis ni? grr


Ehem. Aku dah malas nak taip. Jom kita masuk segmen CERITA BERPANDUKAN GAMBAR. Hoorayy!!



ni la pasangan pengantin. yang ajak aku tu sebelah kanan, KAKLONG. eh yang aku tetibe panggil kaklong jugak ni pehal? XD
tengah ukur tinggi. biaselah orang kacak, taff, dan sopan yang tinggi 180 lah menang ye dak? harharhar
budak kemba macam nak tunjuk samseng tu pehal? rumah orang tu woii!
ok lepas kena tegur terus muka senyum kan? nak pelempang ke kemba?
amboi2. buat macam rumah sendiri kau ye? tadi berdiri, sekarang duduk pulak? ingat ni rumah mentua kau eh?



Entri ni dah nak tamat. Sebelum tu, aku tunjuk gambar hantaran dulu. 



hantaran untuk pengantin lelaki
hantaran tuk pengantin perempuan



Dah tengok hantaran? Perghh!! Makan dalam betul tengok hantaran spesis gini. Takut hoi tengok hantaran canggih-canggih. Bila aku kahwin nanti, aku buat hantaran susu ngan gula je. Buat makan dengan cendol. Baru ngam dengan jamuan cendol tadi kan? Kahkahkah.



Terima kasih sebab jemput kitorang. SELAMAT PENGANTIN BARU buat KAKLONG. Eh kaklong lagi? Kbaii =.="



macam dah plan baju kitorang sama dengan tema majlis. AWW~



#Update : Husband kaklong pun kembar. okbai!



#Offtopic : Perasan tak dalam blog ni takde gambar awek pun? Jadi, tak dapat jugak nak lepaskan hajat taruk gambar awek kat entri ni. Maaf ye? kehkehkeh



Thank you for reading this entry !

27/11/2011

Photo Thought #4




harimau muda



"Semoga pasukan negara berjaya dalam perlawanan menentang bahrain malam ni. AUM AUMM!!" - ikhlas dari aiDIN dan zaqWAN. Harharhar
Thank you for reading this entry !

26/11/2011

Tips Memilih Pasangan #1 : Komunikasi

Assalamualaikum.






Ehem. Pelik tak tajuk aku macam gitu? hahaha. Buat pengetahuan semua, aku baru daftar kerja dengan persatuan romeo-remeo teruna bersekutu hidup segan mati tak mahu pengsan je senang. Jadi logik ah tajuk entri pun ala-ala dr cinta mintak penendang kan?



Ok tu melawak. Apa gila nak daftar jadi romeo sedangkan gepren pun takde yang sudi poorahh! Eh perlu gtau ke? =.="



Orait. Walaupun aku ni takde pasangan, tak bermakna aku tak layak bagi tips kan? Alahh, tips je pun. Bukan susah. Modal guna air liur. BLA BLA BLA.. Yadaa yadaa, siap satu tips. Semua orang boleh bagi. Tapi yang ni spesel sikit lah sebab dapat masuk blog kembatolo. Eh lagi?



Bagi aku ehem, nak pilih pasangan ni benda paling penting ialah komunikasi. Komunikasi antara kau dengan si dia. Sebab apa? 



#Satu : Sebab komunikasi yang mengekalkan satu perhubungan. Baik komunikasi kau, maka insyaAllah akan baiklah hubungan kau dengan dia. Jika buruk komunikasi kau, tak mustahil akan teruk juga hubungan kau dengan dia. Jika ada masalah yang perlu dibawa berbincang, maka komunikasi memainkan peranan. Nampak tak?



#Dua : -tengah perah otak-


#Tiga : -belum dapat idea-


#Empat : -usaha tidak berjaya. Otak tidak mahu beri kerjasama yang jitu-


#Lima : -okay dah boleh tamatkan entri ni-



Akhir skali, kalau kau nak tahu betapa pentingnya komunikasi dalam sesebuah relationship, ce try kau dan pasangan kau tayah bercakap untuk sehari. Gunakan bahasa isyarat sebagai komunikasi antara korang. Aku yakin bila kau buat isyarat suruh isi air dalam gelas tapi dia paham kau nak ehem-ehem. Tak ke naye? Ok tak naye itu syok. HAHAHA. Okbai.



*senang betul buat entri ni. muehikhikkahkehbhahaha(gelak melampau nak kena pijak perut)



Thank you for reading this entry !

23/11/2011

Wordless Wednesday #25







Thank you for reading this entry !

Guru Terbaik Adalah Pengalaman

Assalamualaikum. 



Alhamdulillah diucap tanda syukur ke atas nikmat. Selawat dihulur tanda sayang kepada pemberi syafaat. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. =D



Dalam dunia ni, ada dua cara belajar. Pertama, cara belajar yang kita selalu buat iaitu samada dengan buka buku, baca, dan mengadap cikgu, itu dah dikira belajar. Kedua, cara belajar yang banyak kita lalui tapi ianya tidak memerlukan walau sebuah buku pun. Tanpa sebatang pen. Tanpa sehelai kertas. Tanpa seseorang yang bergelar guru.



Ya. Belajar melalui pengalaman. Setiap apa yang telah berlaku, tak kira lah ianya berlaku ke atas diri kita sendiri ataupun ke atas diri orang lain, itu merupakan satu proses pembelajaran.



[sumber]



Sedarkah kita bahawa belajar melalui pengalaman lebih memberi impak pada diri? Okay, kau nak tegaskan bahawa dari buku lebih memberi kesan? Jom bincang.



Tak dinafikan bahawa belajar mengikut buku itu berkesan. Tapi tak setanding dengan belajar melalui pengalaman. Buku hanyalah teori. Teori orang yang kau kenal hanya melalui tulisan. Kau baca bermula dari huruf A sampai Z. Tapi ia tetap huruf! Takkan berubah menjadi fizikal seorang manusia.



Berbeza dengan pengalaman, ia terus memberi effect yang mendalam pada diri. Dan kita akan lebih berjaga-jaga apabila ia melibatkan pengalaman. Betul tak?



So, adakah kita kena lalui sesuatu perkara baru boleh belajar dari pengalaman? NO! Tak semestinya kau nak arif tentang sesuatu bererti kau kena laluinya. Jika begitu, bila kau nak rasa pengalaman bagaimana rasa apabila gagal bermakna kau kena buat-buat gagal or something like that lah? Tak perlu kot! Apa guna kau ada kawan? Apa guna anugerah pancaindera yang Allah kurnia pada kau? 



Kau ada mata, maka lihatlah orang-orang di sekeliling. Apa yang berlaku pada mereka apabila mereka gagal? Tengok, fikir, dan semat kemas di hati. Itu juga akan jadi pengalaman buat kau. Tentang kau nak jadikan ia satu pengajaran atau pedoman, terpulang pada kau.



[sumber]



Pernah dengar quote "mata yang memerhati lebih baik dari bibir yang berbicara?"



Walaupun aku dari jenis yang potpetpotpet tapi aku setuju dengan kata-kata tersebut. Sebab apa? Sebab apabila kau sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling, ia akan membuatkan otak kau berkerja. Melihat, mentafsir, dan tup, membuahkan hasil! Apa kau ingat semua yang berlaku di sekeliling hanyalah sekadar kebetulan? Come on dude, everything happen for a reason right? Tidak Allah jadikan sesuatu kejadian/perkara dengan sia-sia. It's all about experience. Untuk kau ambil iktibar dan jadikan ia sesuatu yang berharga buat diri walau pada asalnya ia hanyalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan diri kau.



Sebagai contoh, kau suka shopping kan? Alah, takde manusia yang tak suka shopping. Beli sesuatu yang baru untuk diri sendiri, of course lah suka! Betul tak? Tiba-tiba, masa kau tengah sibuk membeli belah, lalu di depan kau seorang pemuda 20an sedang memimpin tangan ibunya (which is dah tua 60an mungkin), and guess what? Mereka shopping bersama-sama! Sejenak, kau terfikir adakah kau pernah lakukan perkara yang sama seperti pemuda tersebut? Berpegang tangan dengan ibu sendiri yang dah tua untuk pergi shopping? Ataupun kau lebih banyak pegang tangan awek kau? Hahaha. Aku yakin yang kedua tu lebih banyak kan? =P



Ya, inilah yang dikatakan pengalaman. Belajar melalui apa yang berlaku di depan mata. Ia lebih berkesan bukan?






Akhir sekali, jangan terlalu mudah down apabila ditimpa sesuatu. Tenangkan diri dahulu. Kaitkan sesuatu tadi dengan kekuasaan Allah. Seterusnya, ambil iktibar dari setiap yang berlaku. InsyaAllah, kau akan dapati bahawa setiap kejadian itu adalah cara Allah mendidik kita. Untuk kita jadi seorang hamba yang dekat denganNya. Allah maha bijak kan? ^^,



Semoga Allah merahmati kita semua. Assalamualaikum.
Thank you for reading this entry !

21/11/2011

Kembatolo VS Kamal Effendi

Eh tajuk macam best kan? WAKLUU!!



Assalamualaikum.



Selamat pagi buat semua teruna kacak, taff, dan sopan macam aku. Tak lupa jugak untuk semua awek cun, slim, dan santun macam awek baju kurung specky aku nanti(yang tak tahu bila). Hewhewhew XD



Ok semalam aku keluar. Oh yeah kau tak tanya kan? Ofkos lah kau tak tanya sebab aku sendiri nak bagitahu. Biasa lah ai ni, yang tak ditanya laju je cakap. Ce try tanya tengok, confirm belit-belit aku jawab. Ntah ntah langsung tak menepati skema jawapan yang dah tersedia dalam otak 3 suku kau tu. Eh? Hahaha ai ni suka bagi jawapan auta. KBKK orang kata. Baru terkebil-kebil nak paham! TEHEE =D



Seriously, semalam aku keluar dengan blogger. Lelaki. Kacak. Tinggi sikit dari aku(aku 180cm, jadi mungkin mamat tu 180.5 cm kot) kahkahkah tanak kalah ye? Dandan bagi lebih 0.5cm je. Lagi satu, sempat pulak ukur. Terer betul deria congak aku. Lalalala~



Haish. Tak syok ah main rahsia macam gini. Konon nak surprise lah tanak bagitahu jumpa siapa kan? (padahal kat tajuk dah tulis siapa. sila buat2 tak nampak pelisss). Sorry der, aku bukan jenis macam tu. Buang masa ah nak rahsia bagai ni. Masa itu emas, emas pulak mahal sekarang. Tak ke rugi? Buang masa sama seperti buang emas. Tapi buang emas tak sama seperti buang masa. Apa aku taip ni? 



Buang buang jugak, tapi kau masih tak cakap kau keluar dengan sape wahai izuddin yang kacak, taff, dan sopan. =.="



Baiklah. Kau kenal KE? Kamal Effendi kenal? Fine! Aku agak kau semua kenal dia. Blogger idaman pujaan harapan pingitan malah idola bagi setiap perempuan bertudung urban. Err tudung labuh pun. Tak ketinggalan pemakai shawl belit belit tercekik halkum kata ko.  Hahaha.



semalam tak sempat nak amik gambar. eh bukan tak sempat tapi segan nak snap. maklumlah dua2 penyegan orangnya. hikhikhik



HOII AKU JUMPA KAMAL EFFENDI KAU TAHU!! KAU BACA TAK NI? AKU JUMPA KAMAL EFFENDI WOI! KAMAL EFFENDI OK KAMAL EFFENDI!!! (perlu ke caps lock semua? v.v)



Oklah. Meleret dah entri aku. Ni kau punya pasal ah kamal! Siapa suruh sanggup jumpa aku semalam? Dahla aku sampai lambat, tak pasal-pasal kau kena tunggu. Kesian kan? Tapi aku tak kesian pun. GAHAHA. Sebab kau tunggu dalam kedai, bawah kipas, depan tv, atas kerusi, siap pegang BB lagi. Lainlah kalau kau tunggu tengah jalan, hari hujan, takde payung, dalam gelap. Jikalau sedemikian, yakinlah bahawa air mata terharu aku akan mencurah-curah bagaikan gelora laut di musim tengkujuh seiring dengan hingus hijau pekat mengalir laju bak F1 baru keluar pit. Hiperbola habis contoh aku.



Stop it izuddin. Kau dah merepek.



Yelah. Nak stop la ni. Sebelum tu, mekaseh jugak kepada izwan dan baihaqi yang juga kawan lama KE yang sudi temankan aku malam tadi. Al maklumlah, aku kan pemalu hikhikhik. Ok bai~



Kejap, sebelum korang pangkah entri ni, boleh tolong lututkan izuddin rahim? Gedik dia dah melepasi tahap kritikal ni. Tolong eh? Ok boleh pangkah sekarang.



HAMBIK KO! Retis gila KE posing. [gambar dirembat dari fb beliau]



#OffTopic : Rumah aku dengan KE dekat je. Jadi sesiapa nak jumpa dia boleh contact aku. Or sesiapa nak jumpa aku boleh contact dia. Eh? FYI, KE nak balik obesi sebelum krismas ni. Sekian teettt!
Thank you for reading this entry !

20/11/2011

Perihal Blog #isi

Assalamualaikum.



Ni entry ketiga aku tentang perihal blog. Yang dah lepas iaitu #follower dan #komen dah selamat aku tulis. Suka untuk aku ingatkan bahawa semua yang ditulis adalah berdasarkan pendapat sendiri. Oleh yang demikian, aku mintak maaf kalau ada tersalah tulis ataupun mengguris rasa sesiapa yang baca. Dengan kesalahan, aku sedar aku tidak sempurna. Dan dengan kesalahan jugak aku berusaha untuk jadi yang lebih baik. *senyum*



Boleh aku teruskan?



Isi. Benda paling penting dalam sesebuah entry. Kalau entry kau takde isi, aku tak tahu apa lebihnya entry kau. Serius. Setiap isi melambangkan corak pemikiran kau. Dengan isi ini lah kau boleh tunjuk tahap kematangan kau, cara kau berfikir, dan cara kau pandang sesuatu perkara. Tengok sebelah mata memang benda ni nampak remeh, tapi cuba kau perhatikan blog-blog yang terkenal, mereka ada isi yang dilahirkan hasil dari pemikiran mereka. Isi yang berjaya tarik pembaca untuk terus setia dengan blog mereka. Yang menjadikan blog mereka lain dari yang lain atau lebih selesa digelar identiti blog. Kalau asyik search google je, tak advance langsung! Guna sikit akal untuk hasilkan entry. Barulah blog kau tu menarik. Faham?



Oit oit! Aku tak cakap kau kena tulis setiap entry dengan hasil usaha kau. Tidak. Aku maksudkan di sini, kau boleh ambil dari mana-mana sumber dan cubalah olah sikit dengan daya kekreatifan yang kau ada. Jangan hanya tahu tekan ctrl+c pastu tekan ctrl+v. Langsung takde usaha untuk guna anugerah yang Allah kurnia pada kau. Kau tahu tak, menggunakan sesuatu yang diberikan pada kita merupakan salah satu bentuk penghargaan buat si pemberi. Tahu?




Lastly, bila kau copy paste dari orang lain, kau tak rasa kurang ajar ke kalau kau tak letak backlink? Ibarat someone bagi kau barang, pastu kau tak ucap terima kasih. Itu sangat tak beradab ok! hahaha. Takkan nak letak backlink pun susah? Aku rasa tak sempat mati kot kalau kau buat benda tu. kehkehkeh.



Okay done. Terima kasih sudi baca entry ni. babai~




 

*macamlah entri aku berkualiti sangat! XD



Thank you for reading this entry !

15/11/2011

Cerita Kembar #4 : Mengantuk

Assalamualaikum.



Hai awek baju kurung specky yang tengah baca entri ni. Sihat? Ehem der, gedik nampak? +.+"



Biasa kalau orang mengantuk sebab apa? Letih? Penat? Tak cukup tido? Nahh~ Tu semua alasan untuk orang biasa macam kau. Bukan bagi aku. Seriously orang kacak, taff, dan sopan macam kitorang ada satu lagi sebab lain. Nak tahu? Ok kenyit mata sikit kalau nak tahu. Dah ke? Oit! Kenyit sebelah mata sudah la weii. Tayah ah sampai dua-dua skali. Oh.. Kelip mata eh, ingatkan kenyit tadi. ehehe.



Orait. Aku tak tahu lah kalau pasangan kembar lain ada penyakit camni jugak. Tapi, antara aku ngan izwan, memang banyak kali macam ni. Kau tak tahu kan macam ni tu camane? Hahaha. Kalau aku tanak gtau boleh? Mesti sedih gila kan? Semangat nak tahu dah berkibar-kibar berkobar-kobar. Tup2, aku tanak gtau. Ololo ciannyewww. Feel dia sama macam kentut kerat-kerat. Sebab kau tengah meeting, jadi nak lepas semua takut pakej keluar sekali dengan bunyi. So, kau amik inisiatif untuk kentut kerat-kerat. Sungguh tidak syok tahu?! Kan? XD


Serius. Aku mengantuk kalau izwan mengantuk dan izwan akan mengantuk kalau aku mengantuk. Nampak macam tipu kan? Tak caye tanya izwan. Tak caye lagi kau boleh tanya aku. Cepat ah tanya, aku nak jawab ni. BHAHAHA.



Pernah sekali, izwan jaga abah aku kat wad. Aku pulak kat rumah. Tak sampai kol 11 aku dah mengantuk bagai nak rak, apahal pulak rak, katil lagi bagus. Ngantuk ngan katil sesuai, mecing orang kata tak dapat tahan lagi dah. Habis semua keje terbiar cenggitu, aku terus masuk tidur. Esoknya, pepagi lagi aku dah bbm izwan.



"weh bro, semalam tidur kol bape?"

"awal lagi. kol 9 tu dah lena dibuai mimpi basah dah. apahal?"

"patut ah aku nak stay sampai kol 11 pun sampai senak biji mata! Macam dah naik tungau mata aku nih! @#$%&"



See. Itu salah satu contoh yang aku ingat lah. Sebenanrnya banyak lagi. Dan kalau korang nak tahu, sebab ini jugaklah yang buat aku taley tidur dalam kereta sekalipun bukan aku yang drive. Stress tahu tak?! kbaii~



motif?



*tahu ke tungau tu hape? kehkehkeh



Thank you for reading this entry !

12/11/2011

Erkk #2

Assalamualaikum. 



Okeh. Kali ni nak jadi sopan sikit. Aku tukar jadi saya. Ehem~



Entri sebelum ni yang pasal raya haji tu saya tak letak gambar. Perasan tak? Gambar ada, tapi bukan gambar saya. Saya kan suka letak gambar saya kat sini. Perasan tak? Siapa tak baca lagi boleh klik link ni. [link] Jadi, bila pikir balik rasa macam tak patut pulak. Sebab apa? Sebab entri saya semua ada gambar. Perasan tak? HOII!!! Tak abis-abis dengan perasan tak kau tu. Mau lempang?



Tetiba saya raya loya dengan penggunaan kata ganti diri 'saya'. Aci tak kalau saya tukar guna 'aku' balik? kahkahkah.



Sudahla weii! Kembang kempis perut aku duk tahan jemuya(jelik+mual+loya) dengan 'saya' tu. Tak menahan betul kau menaip. Aku yakin lepas ni ramai readers kau melantak habis-habisan. Sebab nak cover balik makanan yang dorang muntah masa baca entri kau. Siapa nak jawab ni ha? -.-"



Justeru, (perlu ke guna penanda wacana?) tak guna cakap banyak. Motif entri ni nak tunjuk gambar je. Kenapa nak tunjuk gambar? Stendek ah blog ni, sejak dulu duk tayang gambar. Lepas satu, satu. Siap gedabak lagi kan? hahaha. Tanak tengok boleh terus shut down laptop. Eh? XD



Jeng jeng jeng...
(nak surprise boleh pejam mata dulu. nanti ittew suruh buka baru awak buka eh? hihihi.)



Ok kau buat gedik lagi. Lempang lagi skali!!



aku agak ni muka kontrol. kan?

hai jedinn~


dua2 single. eh perlu mention ke? GAHAHA



Setakat ni jelah entri ni. Tak paham takpe, tajuk pun dah ERKK. hewhewhew(tak payah nak hewhewhew sangat boleh?)



Jadi apa kaitan gambar ni dengan raya? Gambar ni masa raya kedua. Sekarang dah nampak kaitan dia? kbai~ Challo betei!
Thank you for reading this entry !

09/11/2011

Wordless Wednesday #23








Thank you for reading this entry !

Korban 2011

Assalamualaikum.



credit : ezhan artwork



Selamat hari raya korban buat seluruh ummat yang mengaku tiada Tuhan selain Allah dan nabi muhammad adalah pesuruhNya.



Eh hello jedin(nak tiru jemah tapi sebab nama izuddin terpaksa tulis jedin haha), raya dah tiga hari berlalu. Yang kau lepas gian baru nak wish ni apahal? Rumah kau takde kalendar ke sengal?! Or rumah kau tak sampai siaran tv yang isytihar bila raya? Ataupun kau dah jadi cacat? Cacat pendengaran serta pandangan dan telah menyebabkan kau perlu pakai contact lens yang berbilang warna tersebut lantas menjadikan kau terperasan sendiri bahawa kau keturunan mat saleh dengan memiliki mata hijau or biru or kelabu ta*k musang tu? Aku tengah merapu kan? Sila abaikan. XD



Errk. Aku biasa ah, seru lambat sampai. Jadi lambat jugak lah aku wish. Yang kau hyper kemain bahan aku ni pehal pulak? Sakit ati sebab kau tunggu aku wish tapi aku lambat? Olololo ciannye. HAHA !



Actually, aku ingat blog ni dah turut sama terkorban dengan lembu hari tu. Mana lah tahu blog aku ni duk menempek dekat leher lembu. Pastu bila lembu kena sembelih, blog aku pun turut sama disembelih. Kemudian, innalillahi wainna ilaihi raji'uun diucapkan kepada blog aku. Kalau kata-kata terakhir lembu ialah "Mboooh", blog aku pulak "Mbaaai". Maka terlepaslah aku dari seksaan memiliki blog yang sentiasa meroyan mintak dibelai dengan ayat-ayat semanis kurma sempuuuttt. haktuih~



Akan tetapi, kenyataanku meleset apabila blog aku masih lagi utuh menghantui aku dengan igauan ngeri di malam hari. Mintak penyepak betul blog ni. Dah kena sembelih pun sempat lagi jadi hantu. Dahla jadi hantu blog yang cun, lomah den! Ntah bila la aku boleh bebas dari belenggu blog ni kann? Aigoo~



Okay. Aku agak kau dah perasan aku tatau nak merepek apa kat sini. Jadi, dengan penuh sopan dan silunya, aku mintak diri dulu. Assalamualaikum. Saje nak gtau aku masih hidup. kehkehkeh.



*tade gambar raya



p/s - takziah diucapkan kepada sahabat sehidup semati teman sepanjang hayat di dunia serta akhirat, saudara waafi badruldin yang baru sahaja kehilangan insan tersayang. terpisah antara dua dunia, semoga roh ayahanda beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihahh.
Thank you for reading this entry !

05/11/2011

Pray For Us







"Ya Allah.. Ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa isteri-isteri kami, dosa anak-anak kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa seluruh umat islam, muslimin dan muslimat, mukminin serta mukminat. Dengan rahmatMu ya Allah, kami pohon padaMu wahai TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



"Ya Allah.. Satukanlah hati kami, hati seluruh umat islam seluruh dunia. Kau tautkanlah hati kami, seperti bertautnya daun dengan dahan, dahan dengan batang, batang dengan akar, dan akar dengan tanah. Supaya kami dapat menjadi suatu kaum yang disebut dalam kalamMu, iaitu sebagai umat terbaik yang pernah dilahirkan dalam kalangan manusia, yang menyeru ke arah kebaikan, dan menegah ke arah kemungkaran. Dengan rahmatMu ya Allah, kami pohon padaMu wahai TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



"Ya Allah.. Kami minta padaMu untuk memberikan kami apa yang tidak pernah kami tahu kami perlukannya. Dengan rahmatMu ya Allah, aku pohon padaMu wahai TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



"Ya Allah.. Dengan keberkatan hari arafahMu, kami pohon segala kebaikan yang pernah diminta oleh ketua kami yakni utusanmu, nabi muhammad SAW. Dan kami juga minta pelindung dari apa yang pernah utusanMu minta pelindungan denganMu . Dengan rahmatMu ya Allah, aku pohon padaMU wahai TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.



Amin."



klik sini untuk info. [link]
Thank you for reading this entry !

04/11/2011

Secebis Nota Buat Photographer




credit : blog aisha ardini



"jika persembahannya haram seperti bergaya(tidak menutup aurat dengan sempurna) di depan lelaki bukan mahram, maka hukumnya haram dan pendapatannya juga haram dan semua harta dari usaha tersebut tidak halal" - ust azhar idrus.



Thank you for reading this entry !

03/11/2011

Outing #2 : Bandar Kota Bharu

Assalamualaikum.



Terima kasih Allah kerana masih lagi memberi nyawa kepada diri hina ini. Alhamdulillah.



Okay. Ni entri kedua pasal outing. Tak bercadang nak merepek panjang cuma mahu tunjuk gambar. Actually gambar yang aku snap tu banyak tetapi setelah fikir lebih dari sekali, aku rasa gambar tu tak patut ditunjuk atas sebab-sebab tertentu. Tak perlu lah aku bagitahu kenapa, kau anggap gambar tu tak sesuai untuk tontonan umum. Senang cakap, kalau aku tunjuk, aku pun akan turut sama mendapat sahamnya. Got it? =)



Kurang paham lagi? Fine. Gambar tersebut tak memenuhi kriteria menutup aurat yang sempurna. Walaupun hanya lengan yang terdedah, kau harus tahu bahawa lengan masih lagi menjadi aurat bagi seorang perempuan. Bukan kedekut ye, aku cuma menjaga kehormatan si model tu. Ehem, model cun okay!! =P hahaha. Aku tak rela dipertanggungjawabkan di hari perhitungan nanti dengan penyebaran gambar yang aku tangkap, which is menampakkan aurat seseorang. Kalau kau masih tak paham lagi, aku fikir kepala kau tu dah cukup layak dihempap dengan lori pasir berkelajuan namplohlapan kuasa kuda. Nak?



Orait. Outing kali ni dianjurkan oleh Huru-Hara Community dan KGD PhotoClub. Ia merupakan satu(ke dua eh?) komuniti yang ditubuhkan khas untuk photographer. Jadi sesiapa yang berminat nak tanya pasal gambar, kamera, or apa saje berkaitan dengan kamera, boleh join komuniti tu. Jangan risau, tak kena bayar pun. Hehe.



Ni pulak gambar.


cekak pinggang, muka serius. kamera jiji kat tengkuk. motif?

ni dah tak serius. nampak tengah nak senyum tu?

gambar sama letak banyak kali. ada aku kisah?

jiji yu, teman se'tangkap'an. apahal dah macam rupa apek lu ni bro? genetik belah mane nih?

ni je yang boleh tunjuk. kedek kan aku? HAHA



Lepas ni nak outing dengan geng laki je kot. Baru boleh taruk semua gambar kat sini.



Semua gambar aku dikreditkan untuk jiji yu, tukang snap. Takkanlah aku snap sendiri gambar aku? No way!!! Tu fotogedik namanye jemah oii. kahkahkah. Sekian, boiboi~



Macam panjang jugak entri ni. XD



Thank you for reading this entry !

01/11/2011

Photo Thought #3




credit



Kalau lelaki nak pilih isteri, aku yakin takde yang sanggup terima golongan macam dalam gambar 1 & 2. Teruk mana pun lelaki, even dia 'jantan' sekalipun, dia akan pilih orang macam dalam gambar 3 & 4 untuk dijadikan isteri. Aku lelaki, aku tahu la kaum aku. Jadi kau perempuan, pilihlah yang terbaik untuk jadi yang terbaik supaya dapat bersama dengan yang terbaik. Paham? *senyum*



Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails