30/10/2011

Sayonara

Assalamualaikum.



Selawat dan salam buat nabi pemberi syafaat, yang tidak pernah lupa terhadap ummatnya. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aalihi washohbihi wa sallam. =)



Alhamdulillah.



Entri ni dedikasikan buat sahabat kitorang, Azmir Azri bin Ahmad yang akan mengorak langkah ke alam pekerjaan. Nak kata entri tacing pun boleh jugak tapi takdelah sampai hingus meleleh sekali. Cukup dengan air mata je ok? Tsk tsk tsk (T_T)


Hekeleh. Nak emosional ni pehal? Cool lah jemah oii!



*tahan sedu*



Ehem. Semalam ada buat gathering sikit sempena dengan hari terakhir member kitorang sebelum dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Kitorang yakni aku, izwan, zamri, dan sir hazri(cikgu kitorang) dah sepakat tuk berkumpul di kfc kok lanas. Lebih kurang jam 9.30 malam, semua dah terpacak kat sana. Sir sebijik kereta, azmir sebijik, manakala aku, izwan, dan zamri share sebijik. Jadi semua skali 3 bijik la kan? Eh kejap, ni segmen kira kereta ke? =P






Kitorang kat dalam tu kejap je. 9.30 sampai 11.30. Pesan makanan pun sekadar amik syarat. Sebab motif utama bukan nak makan tapi lebih kepada nak bersua muka dan mata serta badan. Padahal kalau jumpa kedai mamak lagi elok, tetapi nak nampak stylo punya pasal sanggup g jumpa kat kepsi. Poorahh! Lepas tu mula lah borak macam kepsi tu suami kepada mak kepada bapak kau punya (baca : atuk). Huh~



Orang lain sibuk pasal final piala malaysia, kau boleh senang-lenang lepak kat kepsi. Sape suruh kelantan kalah hoi! Padan muka aku tak tengok match tu. hahaha.



Sebelum mengakhiri entri ni, sudilah kiranya patik tayang gambar patik dan sahabat-handai patik. Sopan kan guna patik? hihi.


sir hazri, izuddin, izwan, azmir, dan zamri
siap love lagi tuh. XOXO
muka segan. hikhik


"Semoga Allah merahmati kau, azmir azri bin ahmad. Kerjalah kerana Allah. Tanamkan niat untuk membantu golongan kurang bernasib baik bila kau dah berjaya nanti. Moga Allah permudahkan segala urusan". =')
Thank you for reading this entry !

Outing #1 : Bukit Keluang & Lata Tembakah

Assalamualaikum.



Hoyeahh. Gempak tak tajuk kitew? Gempak kan? Memang pun, kitew tahu tajuk kitew gempak! Awak tak cakap pun kitew tahu. Hikhikhik.



Tetiba jadi jelmaan nyah ni pehal? Haktuihh~



Okeh. Dah normal balik. Biasa lah hidup dengan split personality. Kadang jadi nyah, kadang jadi jahh, kadang jadi mak uolls. Macam-macam. Tapi yang paling mustahak, semua personaliti tu mengekalkan elemen kacak, taff, dan sopan. Ehem! xD.



Skip the nonsense. BLA BLA BLA..



Hari sabtu lepas yakni thursday kalau dalam omputih, aku and the gang (budak penjara, jiji yu, dan abam bukhari) telah keluar outing. HOI!! OUTING NGAN KELUAR TU MAKNA SAMA JELAH. BERAPA JUTA KALI KAU NAK ULANG? -.-" Eksyen nak tulis lam bi konon. Huh!



Untuk pengetahuan, ni kali pertama aku outing sejak ada kejadah nama DSLR lebih setahun lalu. Well, nak cakap aku bagus la tu tak suka keluar. Ofkos lah, lupa ke aku kan sopan. Eh? Kau ni tak abis-abis dengan sopan kau kan? Aku doakan kau jadi betul-betul sopan satu hari nanti. Padan muka! Eh?



Izuddin, stop mengarut boleh? Fine! Aku stop, tapi kau kena layan gambar. Deal?



tengah setting. tengah panas woii!
jiji yu
budak penjara
abam bukhari, panggil koyie je. XOXO
 


Tak puas hati pergi pantai bukit keluang, abang long (baca : jiji yu) pecut pulak ke Lata Tembakah semata-mata nak buat gambar cenggini. Macam gambar kat bawah ni lahh. Dah tengok?



tak jadi sangat sebab tak guna timer.
semangat gilak kau jahh!



Okay dah habis. Baii!



*ada satu lagi outing nak update. XD
Thank you for reading this entry !

28/10/2011

Photo Thought #2







Pernah dengar pepatah "kerana kaki badan binasa"? Tak? Ok, ni pepatah baru di zaman millenium. Sesuai untuk orang yang suka makanan manis atau lebih tepat bagi pengidap penyakit diabetes. Sayangilah kaki anda. Elakkan dari dipotong. Kaki anda hak anda. - khidmat pesanan kesihatan dari future husband seorang doktor berbaju kurung. Eh? xD


Thank you for reading this entry !

26/10/2011

Wordless Wednesday #21





Thank you for reading this entry !

Gelojoh Biar Bertempat

Assalamualaikum.



Gelojoh? Entri lepas pasal cemburu, ni gelojoh pulak? Mazmumah betul perangai kau kan? Aigoo~



Ok bukan nak cite pasal tabiat makan ke apa. Cuma nak gtau sejenis perangai yang tak baik jika ada tapi akan jadi baik jika digunakan di tempat dan keadaan yang betul. Fuh fuh! Bangga kejap boleh buat ayat camni. kehkehkeh.



Nak dijadikan cite, Ahad lepas bff aku (baca : ayie) baru je sampai dari MESIR. Eh perlu ke aku caps lock? GAHAHA err caps lock lagi eh? -___-" Ok abaikan peliss. Bukan yang tu aku nak cite.  Dia sampai sini pagi ahad lebih kurang jam akupuntaktahu tapi still pagi lah. Aku berani kata pagi sebab cikgu sekolah rendah ada cakap kalau before kol 12 ialah pagi. Bijak tak cikgu aku? haha. Pastu, dikatakan  beliau balik sini pakai baju pink uolls. Masa aku pegi umah dia pun masih pakai baju pink. Huiyohh!! Aku dah ada teman pinky lah woii hepinya dapat membe pinky ni takde la aku kena bahan sorang-sorang lagi lepas ni. kahkahkah.



ini ayie or matyie or tuan azrie. panggil ikut suka. and aku baru perasan ada paha amoi dalam ni. yummy2!! eh? xD



Aku cite benda yang tak perlu. Demm!



Bila dia sampai, aku punya eksaited nak g jumpa tu kemain membuak-buak ibarat lava yang menanti untuk dimuntahkan. Erkk analogi cambangang. Tayah peduli boleh? 



Then, bila sampai umah dia haruslah makan dulu. Perut berkeroncong mintak diisi menandakan waktu makan dah lebih masa. Amboi-amboi, bahasa a1 nampak? Sedu sedan terhinjut-hinjut bahu cikgu bm kalau dia baca. hahaha. Lepas melantak hampir 2 kali tambah, dengan selamber aku ajak dia keluar. 



Biasa? Aku ulang balik. AKU AJAK DIA KELUAR PADAHAL DIA BARU JE SAMPAI. Sekarang dah luar biasa kan? Peliknya, dia pun nak keluar jugak. Jadi kesimpulan, dua-dua gelojoh. Eh tak, tiga-tiga gelojoh sekali ngan izwan. wahaha puas hati aku!!



err apsal nampak lagi eh? sumpah bukan niat aku nak amik gambar belakang tu. haish! kus kus semangat~



Entri dah panjang, dipendekkan, kitorang g kbmall, tapi macam satu mall tu kitorang je ada. Lengang. Terbantut hasrat nak ushar awek baju kurung. grr!



Lagi satu, ayie nak bet makanan sape lagi best. Kau pilih boleh? 



mee ada kuah ada udang ada sayur. ayie punya.



mee ada kuah ada ayam ada sayur. gua punya.


Jadi sekarang makanan sape lebih sedap?



Tayah jawab. Aku tahu aku punya dah menang. Terima kasih kerana mengundi. Babai bebeh!



orang taff mmg makan sikit. jaga sixpack. harharhar



Thank you for reading this entry !

25/10/2011

Aku Seorang Lelaki Yang Kuat Cemburu

Assalamualaikum.



Woha ! Tajuk kau tu apahal? Duk gebang lebar nak bagitahu siapa? Haishh! (T.T)



Yep! Aku tak malu untuk mengaku bahawa aku seorang yang kuat cemburu. Cemburu kuasa namratuspatbelasjuta kau tahu! Cemburu buta? Tak tak! Aku tak rasa cemburu aku ni buta sebab masa check hari tu, doc cakap cemburu aku ni celik. 20/20 kot dia sebut. Jadi, aku yakin seratus peratus cemburu aku ni celik bukan buta or rabun. So tak perlu lah pakai contact lens yang kaler bagai tu kan? TROLOLOLO !


gua kuat cemburu. so?



Cemburu aku ni jenis yang macam mana?



Okay. Aku cemburu bila orang lain duk tatap bini aku lebih dari apa yang sepatutnya. Gaya dia tengok macam boleh tembus baju. Mau jugak aku sodok rusuk kiri dia tu dengan lutut ni sambil ditemani tumbukan kiri kanan bertalu-talu dekat anu dia tu. Senak? Padan muka. Tak reti nak didik nafsu sangat! Ada hati pandang rusuk kiri (baca : isteri) orang lama-lama. Tau lah bini aku cun, sopan, lemah-lembut, tapi tayah la sampai macam tu skali. Aku ni laki dia. Jeles tahu?



Okay. Tu dialog konon-konon aku dah ada bini lah kann. Sebenarnya gepren pun tade apatah lagi bini. Fine, orang tak laku memang ceni. Tengah blaja redha la ni. tsk tsk tsk (T_T). Bila keadaan jadi seperti yang disebutkan, secara spontan aku akan rasa cemburu. Tak perlu dipujuk dipaksa untuk cemburu tu datang. Hadir dengan sendiri. Cewah! Hadir ye? wahaha. Cemburu bila harta milik kita dinikmati oleh orang lain yang tiada kena mengena dengan kita. Ni bukan kedekut ok!



Aku cemburu bila adik/kakak aku berpakaian yang memancing pandangan orang terhadapnya. Serius cemburu! Disebabkan rasa kecemburuan itu, aku tanpa segan silu akan tegur (if kakak) dan marah (if adik) pakai pakaian yang aku rasa tak patut. Oh kau dah tahu kan aku seorang yang tegas? Tegas tapi penyayang. Eh? HAHAHA.



Jadi, demi mengelakkan rasa kecemburuan melampau itu menghantui diri, aku rasa salah satu cara ialah aku kena cari rusuk kiri (baca : isteri) yang macam ni. Takpun lepas nikah dengan aku, dia kena pakai macam ni.



dah bape kali recycle gambar ni. peduli apa, aku suka gambar ni. kau ada apa hal?



Ha.. Takut lettew nak jadi bini aku. Kahkahkah. Kbaii~



*yang kau tetibe cite pasal bini ni pehal derr? err..
Thank you for reading this entry !

20/10/2011

Kena Tunggu Kaya Baru Nak Jadi Pemurah?

Assalamualaikum manusia yang dicipta dari segumpal darah.



Alhamdulillah, syukur dipanjat bagi pemilik dunia YANG MAHA AGUNG. Selawat dan salam buat insan mulia, muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.






Semua orang ada niat nak jadi pemurah. Betul tak? Baik aku, kau, dia, atau mereka, masing-masing memiliki satu niat murni untuk menjadi seorang yang ringan tangan dan sentiasa menghulur. Tak kisah lah bermurah hati dalam apa cara sekalipun samada dengan harta, tenaga, mahupun ilmu.



Perasan atau tidak, dalam dunia ni wujud pelbagai jenis orang yang pemurah. Ada yang mudah memberi dalam bentuk harta (baca : duit) tetapi tidak pada tenaga. Ada juga yang pemurah pada harta tapi tidak pada tenaga. Jika diteliti, ianya saling melengkapi. Tiap satu mewakili kepentingan yang tersendiri. Sesungguhnya, Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Setuju?



Akan tetapi, ada segelintir dari kita (baca : umat islam) yang pasang impian nak jadi seorang yang pemurah. Ya, aku tahu itu perkara baik. Tapi, niat tersebut disandarkan pada suatu masa yang kau sendiri tak tahu. Seolah-olah kau meletakkan syarat untuk melakukan kebaikan. Contohnya macam ni ;



Kau sedang melalui satu jalan. Tiba-tiba kau terpandang seorang tua yang sedang meminta sedekah mengharap belas ihsan orang ramai di kaki lima jalan. Tanpa dipaksa, terdetik dalam hati, "bila aku kaya nanti, aku nak tolong orang macam ni". Lalu kau berjalan pergi TANPA MENGHULURKAN APA-APA.



Satu soalan dari aku, perlu ke jadi kaya dulu baru boleh jadi pemurah? Adakah sifat pemurah itu bergantung pada keadaan kewangan kau? Adakah ia akan menjadikan kau miskin jika kau menghulurkan beberapa note ringgit yang kau ada kepada mereka yang lebih memerlukan?



Sebelum kau jawab, satu soalan lagi aku ajukan. SIAPA YANG MENGURNIAKAN REZEKI PADA KAU?



Wahai manusia yang mengaku beriman kepada Allah yang Esa, yang mengaku adanya hari akhirat,  yang yakin semua rezeki datangnya dari Allah, tolong tinggalkan pemikiran tipikal kau yang "tunggu kaya baru nak jadi pemurah" tu. Ia cuma alasan supaya kau dapat lepaskan diri dari rasa tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan. Syaitan sentiasa berusaha memujuk kau dari melakukan kebaikan. Ibaratnya, jika ia (baca : syaitan) tidak dapat halang kau dari mengerjakan sembahyang, maka ia akan cuba untuk melambatkan sembahyang kau. Jika ia juga tidak mampu melambatkan sembahyang kau, ia akan cuba melalaikan kau dalam sembahyang. Nampak? Satu konsep yang sama.



Kesimpulannya, didiklah dirimu menjadi seorang yang pemurah kerana bermurah hati itu adalah salah satu tanda kesyukuran kau terhadap pemberianNya. Dan ketahuilah, banyak memberi tidak akan mengurangkan bahkan menambahkan lagi apa yang kau ada. =D



Semoga Allah merahmati kau.






"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (surah ibrahim : 7)



*pesanan untuk diri :')
Thank you for reading this entry !

18/10/2011

Erkk #1

Assalamualaikum.



Alhamdulillah buat Pemberi Nyawa yang masih bermurah hati dan akan selamanya bermurah hati terhadap hambaNya. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Wa 'ala aalihi washohbihi wasallam.



Orait. Hari ni aku cuba menaip untuk hasilkan satu entri. Aku harap entri ni dapat bagi kau sedikit ilmu. Kalau takde kau boleh anggap ini sebagai salah satu cara untuk menajamkan skill pembacaan. Lagipun aku rasa kau perasan word "cuba" yang aku tulis di awal perenggan ni kan? HAHA.



Kalau kau nak tahu, setiap kali update entri baru, aku berhadapan dengan masalah kekurangan idea. Sesetengah entri aku, ada yang ditaip dengan penuh gaya, mutu, dan keunggulan serta ditemani mood sepoi-sepoi bahasa yang nyaman dan segar bak chewing gum double mint perisa teh dengan rumput hijau. Pernah makan? Sedap jugak perisa tu katanya. Lantas, ia membuahkan hasil penulisan yang agak membina. Omputih cakap UP.



Tapi ada jugak entri yang aku taip dalam keadaan yang lemau sehingga mampu melemahkan segenap urat saraf serta sendi yang berselirat dalam tubuh badan teruna kacak, taff, dan sopan ini. Ibaratnya selemau biskut hupseng cap ping-pong yang dicicah dengan kopi cap badak 3 hari lepas sambil dihirup riang oleh sang semut hitam keturunan afrika selatan.



Nampak tak aku cuba mengarut?



Aku rasa baik kau pangkah sekarang. Motip entri ni kat perenggan kedua. Tak perasan? FINE. Motip aku nak suruh kau selawat je. Jadi bila kau dah baca entri ni dari mula, aku yakin kau dah selawat secara tak langsung. Hehehe. Ok done! Baii~



ni pun motif gak. motif minum dengan tangan kiri? tangan kanan mana hah?! terajang kang~


Thank you for reading this entry !

16/10/2011

Keberkesanan Hudud

Assalamualaikum hamba-hamba yang bakal menyarung kain putih sekalian.



Err.. Intro macam tu agak-agak boleh dapat pelempang tak? haha sila bertenang. Kadang-kadang kena jugak ingatkan mati. Jangan terlalu leka dengan dunia sampaikan diri sendiri hanyut entah ke mana. Semua orang duk optimis bahawa mereka akan hidup lama. Padahal, kau semua langsung tak tahu ajal kau bila. Orang mukmin tak takut mati. Ingat tu! Eh makin lama makin imam muda pulak ayat aku ni. Pengaruh header baru lettew. HAHA !



Ok. Cakap pasal hudud boleh? 



Ehem. Bila cakap tentang hudud ni mesti ada yang nak cop aku pembangkang. Oh lupa nak cakap aku tak kisah kau nak cop aku apa sekalipun. Cuma ada satu aku nak bagitahu, aku menyokong kepimpinan islam. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah, mengucapkan dua kalimah syahadah, adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk memiliki niat mewujudkan SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM. Wajib ada! Kalau tak ada, kau dah dikira berdosa. Dapat?



Sehubungan dengan itu, suka aku nak ajak korang cite pasal keberkesanan hudud ni. 



In fact, kalau kau perasan, berita yang diwar-warkan untuk mengamalkan hudud telah menyebabkan banyak pihak tak senang duduk. Baik pemimpin, baik artis, baik rakyat, rata-rata mereka gelisah dengan perkhabaran tersebut. Takut sangat eh? Tak hairanlah banyak pendapat sendiri yang timbul hanya disebabkan ketakutan mereka terhadap undang-undang islam. Kesian kan?



Cuba kau pandang dari sudut yang lain. Keberkesanan hudud ni dah terbukti sebelum ia dilaksanakan lagi. Tak semena-mena dunia jadi kucar-kacir, tunggang-langgang, haru-biru, kalut-bilut, resah-gelisah, semua satu pakej! Tu baru cakap nak buat, dah ramai yang kecut perut tak tentu arah. Sekering hati mat rempit pun reti takut hudud, nak apa lagi kan? Nampak tak kebaikan hudud ni? ehehe



Kesimpulannya, aku tak dapat bayangkan kalau hudud betul-betul dilaksanakan. Mesti negara kita aman kan? Takde masalah sosial, takde jenayah. Ohh~ Alangkah indahnya dunia. Seindah-indah dunia, indah lagi penciptanya. =D



siapa kita nak cakap 'tunggu' untuk laksanakan hukum Allah? tumbuk dada tanya iman.

Thank you for reading this entry !

15/10/2011

Photo Thought #1







"kejadah gua nak tahu segala pasal akim. pasal nabi pun banyak lagi gua tak tahu, ni plak nak amik tahu pasal akim. puhliss la hotlink. ce buat benda pekdah sikit~ " #PhotoThought
Thank you for reading this entry !

13/10/2011

Angan-angan Dan Doa

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Segala puji selayaknya bagi Allah, yang memiliki alam ini. Selawat serta salam buat nabi junjungan, Muhammad SAW.



Ehem. Dah dua hari rasanya aku tidak post sesuatu untuk tatapan sahabat pembaca melainkan sekeping gambar. Itu pun khas buat entri wordless. Jimat sikit tayah taip. Err.. Jimat hanyalah alasan. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa! HAHA. Aku kira gambar tu salah satu dari koleksi gambar lama yang masih elok dalam jagaan lebih-lebih lagi tak banyak gambar lama yang ada dalam simpanan. Dulu tak suka amik gambar macam sekarang. Eh?



Boleh tak kita skip part merepek dan terus ke isi? Okay bagus.



Angan-angan. Satu gandaan yang menunjukkan bilangan banyak. Kenapa diganda? Sebab mana ada orang berangan sikit. Bila dah berangan, otomatik akan jadi banyak. Ke kau berangan sikit? Tak baik tipu kbaii. HAHAHA. Memandai je buat definisi sendiri. Nanti boleh terbitkan kamus dewan edisi-kau-hentam-mana-kau-rasa-betul-nak-ikut-silakan-tanak-ikut-sila-blah. Setakat ni ada sesiapa nak join? =P



Doa pulak satu harapan. Harapan yang diletakkan dalam suatu perancangan. Tak kira lah perancangan tentang apa sekalipun asalkan ia tentang benda yang akan datang, itu sudah dikira satu perancangan.



Akan tetapi, kau perasan tak sebenarnya angan-angan dan doa itu satu skop yang sama?



Angan-angan juga merangkumi apa yang kau nak. Tentang masa hadapan. Pasal perancangan. Setuju? Cuma, yang membezakan keduanya ialah sifat kebergantungan kau pada ALLAH, Tuhan yang membenarkan setiap kejadian berlaku. Dapat?



Bila kau berangan, kau hanya mewujudkan satu imaginasi berdasarkan keupayaan otak kau sendiri. Tiada langsung satu perasaan yang kau sandarkan pada Allah. Satu rasa "InsyaAllah Allah akan bagi apa yang aku angankan". Takde kan?



Jadi aku fikir, setiap apa yang kau angankan akan jadi satu doa bila kau sandarkan semuanya pada Allah. Ingat, Allah yang mengizinkan setiap kejadian. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Selalu positif padaNya, InsyaAllah, Allah takkan menghampakan kau. Sekian. =D




Thank you for reading this entry !

10/10/2011

Konvokesyen Graduan Al-Azhar 2011

Assalamualaikum. 



Hai awakk.. Kitew jumpa lagi kann? *muah muah laga laga pipi* Hoi gedik! Tayah nak mengade lah! -.-"



Orait. Kemaskini (baca : update) kedua untuk hari ni. Maaf sebab terpaksa jadi tamak. Eh bukannn.. Kali ni bukan sebab nak tarik traffic macam entri lepas. Tak baik tau buruk sangka. Buruk nangka pun orang tak suka apatah lagi buruk sangka. Buruk sangka ni makan diaaa *sambil tunjuk penumbuk buy one free 2 kiri kanan. nak free penendang tempang pun boleh*.  Entri tu entah makhluk sarkis mana yang taip. Tak tahu malu betul nak cari duit kat sini. Tak lain mesti sebab kemaluan dia kecik. Eh? No no no no. Jangan salah tafsir. Aku inesen T_T



Sebenarnya, aku didorong oleh rasa hati yang amat kuat sekuat harimau aum aum tuk update pasal ni. Wallahu a'lam lah rasa hati oleh nafsu syahwat na'uzubillahi minassyaitoniirajim ataupun iman adalah mutiara di dalam hati manusia. Ok stop merepek.



Semalam iaitu 9 haribulan 10 tahun 2011(saje tanak tulis 9/10/11 sebab aku jeles), telah berlangsung satu konvokesyen bagi graduan al-azhar. Persetan sungguh bahasa aku. Yang kau beriya tulis skema sangat ni apesal? Sebab graduan? KAHKAHKAH. Diam lah kau! 



ni semua adalah graduan al azhar. boleh baca tak? AL AZHAR. nampak? haha



Sepatutnya, aku ngan izwan kena ada dalam ni sebab kitorang pun graduan jugak tapi cuba kau tengok dalam gambarajah di atas. Ada nampak tak teruna kacak plus sopan plus taff? Takde kan? Ofkos la takde sebab aku tak join konvo tu. Frust kan sebab aku takde? Sabar ehh.. Hidup memang macam tu. Tak semua yang kita nak akan dapat. Eh?



Pastu pastu, suka untuk aku tunjuk gambar bff aku kat sini. Bff ialah best friend forever tapi kalau nak tukar jadi bro fifi fuyoh kau punya hal lah! Ok?



derr, gua rasa penampilan lu tade masalah nak jadi ustaz. tapi, lu punya wajah gua tak nampak jalan sebagai seorang pendidik lah. ekspresi lu dah lagak rempit tersepit tayar lepas eksiden dengan kereta lembu tengah mengawan. serius gua tak tipu. HAHAHA



Tak cukup nak cuci mata kan? Elehh.. Macam la aku tatau hang suka sangat tengok gambar stok imam muda cenggini. Kejap, aku tengah cari gambar baik punya. Kecur liur lah kau! 



mamat ni pulak ade masalah dalam mempamerkan mimik muka neutral. bukan belah kanan. kirilah! yang kanan tu aci jual karpet made in nepal "adik manis, karpet boleh hutanggg. amik satuu". Nasib baik gambar ni ok sikit. tu pun aku boleh perasan dia tengah cover mulut tanak bagi sengih. gua nampak derr.. HAHAHA



Ha! Sebelum terlupa, adalah harus bagi aku tunjuk gambar photographer of the day. Kalau tadi dia jadi aci jual karpet yinnadeii amma appa kalidenarei, sekarang dah upgrade jadi jurugambar. Mungkin untung jual karpet secara hutang tadi. ehehe.



aku tak paham masalah dia ni. tengok kenyit mata dah macam pro. tapi bila pandang bawah sikit, apesal macam tengah tahan terkucil ke? terkucil or sembelit aku tak sure. Yang aku tahu dia ni ada masalah penyahtinjaan. KAHKAHKAH.


Aku nak tunjuk banner. tapi sayang makhluk2 lain pulak yang lebih. takpelah banner, aku letak separuh pun takpe kan? bersyukurlah kau sebab dapat masuk blog kembatolo ni. xD



Sebelum aku mengundur diri *ewah ewah tetibe berubah jadi sopan*, sukacita aku tonjolkan beberapa ketol lagi sahabat handai aku yang join konvo tu. Sesape yang takde mintak maaf banyak-banyak. Yang ada dalam ni sila bayar cukai pintu sebab aku letak gambar korang. Paham tak? Gambar konvo pun kena bayar, apatah lagi gambar dalam blog. Kan? Boleh pemes yuu.. 



bakal mendirikan rumah tangga dengan cikgu. insyaAllah. HAHA



bakal jadi imam muda di masjid mukim serendah sekebun bunga. aku tak tipu nama kampung tu. memang nama kampung tu camtu. SERENDAH SEKEBUN BUNGA taik ayam. hahaha xD



masih mencari cinta selepas kecundang dengan cinta pertama oh azuraaaaaa.. fine, nama azura aku tipu. Opss~



mamat ni dah kawen tapi tanak mengaku. konon tanak bagi market turun lettew. padahal tade market pun. eh? HAHAHA



Akhir skali, motif aku taip entri ni sebab nak ucap tahniah buat semua member-member yang dah konvo tu. Semoga kalian dalam rahmat Allah sentiasa. InsyaAllah rezeki pun akan datang sama. Tak dapat join konvo pun takpe ah, asalkan dapat tengok kawan konvo. Fuiyoh! Syahdu pulak ucapan aku ni. Kehkehkeh. Selamat pulang ke tanah air my fren. Babai!



eh nak interframe jugak? HAHA

Thank you for reading this entry !

Enough

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Aku di sini sihat sejahtera. Eh ada orang tanya ke? hahaha ok tak lawak. Sumpah tak lawak langsung. Enough Izuddin!



Baik. Entri ni aku tak rasa akan bagi info pada kau semua. Sebenarnya aku nak cakap kat sini bahawasanya aku dah nak kawen. HAH?!! KAWEN?!! Ok fine. Aku buat lawak lagi. Jangan cakap kau terkejut boleh tak? Hahaha. Lagi satu, buat lawak pasal kawen langsung tak lawak. Sungguh. Enough izuddin!



Kau tahu tak mood berblog aku makin pupus? Pernah tengok harimau terbang? Tak? Ok takde kaitan pun harimau terbang dengan mood berblog aku. hahaha. Try nak buat lawak lagi eh? Tak lawak jugak. Enough izuddin!



Jujur cakap, aku update ni sebab nak jaga traffic blog je. Sebab nuff aku ada buffered. Sebab nak dapat duit. Sebab nak buat duit dengan blog. Sebab berangan konon nak jadi jutawan dengan duit iklan. So, adalah menjadi kewajipan untuk aku update semata-mata nak dapatkan duit iklan. Ye dak? OHMAII!! Serius aku rasa ni bukan diri aku. Haktuih! Enough izuddin!



Akhir kata, berblog untuk cari duit tak best langsung. Semua rasa seronok kau akan hilang apabila kau mula mengejar kebendaan. Boleh tak buat sesuatu demi kepuasan sendiri? Enough izuddin! Ok bai. 



-Pesanan ikhlas untuk diri sendiri-



"Jika kau masih mengejar kesempurnaan, sedarlah hakikatnya bahawa kau belum sedia untuk berteman."



dua budak sengal. budak? ok budak(lah sangat) keh3



*kalau rajin, tolong klik nuff aku. KAHKAHKAH !
Thank you for reading this entry !

08/10/2011

Cerita Kembar #3 : Jam Penggera

Kau kenal jam penggera? TAK? Ok Fine. Alarm clock lah weii. Hishh



Sekarang aku cukup hangin bila bangun pagi disebabkan oleh jam tu. Serius. Rasa macam ada gunung berapi aktif yang tengah tunggu masa nak meletus sedang menggelegak dalam diri. Mana taknya, setiap malam tidur pukul 2 pagi. Setiap malam ok, setiap malam! Buat apa selalu tido lewat? Eh tak perlu lah nak buat laporan kat sini ye dak? Cukup dengan aku bagitahu camtu je. Ok? hahaha.



Err.. Kau jangan cepat sangat buat kesimpulan. Actually aku marah kalau jam penggera tu ganggu tidur aku. Tidur sangat penting bagi aku. Lebih-lebih lagi bila masa tidur makin kurang, pastu bila tidur wujud pulak benda-benda yang merentap kenikmatan tidur. Stress bukan kepalang kau tahu? Stress orang datang bulan pun tak macam tu. Agaknye lah. Kehkehkeh.



Mesti kau cakap sebab alarm pun nak bising. Sape suruh set! Kan?



Cuba kau cakap camane aku tak bengang kalau terjaga sebab alarm kat henfon izwan? Kemain dia set tuptup aku yang terpaksa jadi tukang off alarm dia. Singgah jugak pelempang kidal aku ni kat pipi dia baru tahu. Waktu tu baru dia sedar hakikatnya bunyi alarm tu lagi pedih dari pelempang. Kbaii~




Thank you for reading this entry !

07/10/2011

Surat Buat Anonymous

Assalamualaikum.



Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Alhamdulillah.






Okay. Tajuk untuk anonymous kan? Tapi tak bermakna orang lain tak boleh baca. Kedekut aku belum sampai tahap tu lagi. hahaha.



Ehem. Seperti yang korang tahu, banyak benda yang perlu dihadapi bila berkecimpung dalam berblog. Actually, bukan blog je malah setiap kerja yang kau buat, semua tu takkan lari dari masalah. Macam berat pulak guna masalah kan? Ok ce tukar sikit word masalah jadi ujian. Kan lagi cantik jadinya. =P



Dalam berblog ni tak boleh elak dari anonymous. In fact, setiap blog akan ada anonymous. Anonymous pulak terbahagi dua iaitu anonymous sopan dan anonymous kuajo. Anonymous sopan ni senang cakap dorang tak bagi masalah pun. Dorang baca, faham. Pastu if dorang setuju dorang sokong. Kalau tak setuju, dorang memberikan pendapat mereka dengan cara yang sopan dan berhemah.






Tetapi berbeza pula dengan anonymous kuajo. Mereka lebih suka menyalak dekat entry yang dorang tak suka. Eh sape penulis sape reader ni? Kau tak suka kenapa kau baca? Baca takpe, tapi boleh tak jangan lampirkan sumpah seranah kau? Hurm..



Jadi kepada anonymous yang sengaja drop komen panas sebab nak buat aku melatah, mintak maaf bebanyak. Korang dah salah orang sebab aku ni bukan jenis yang cepat melenting. I'm a cool guy! Yeah baby! I'm a cool guy. HAHA ! Setakat nak kutuk herdik hina macam tu, gua tak heran der. Gua siap boleh bagi percuma senyum buy 1 free 10. Aku tak kisah langsung dengan komen kau. Y? Sebab setiap perbuatan kau akan diadili. Kalau kau niat nak sakitkan hati orang, just go on! Jangan kau lupa masa tu tangan kau jadi saksi, hidung kau boleh bercakap, mata kau boleh berbicara. Jadi jika kau rasa boleh selamat, silakan dengan segala hormatnya. >.<



Okay then, mintak diri dulu. Assalamualaikum.



***



Sekian contoh surat buat anonymous. Entry ni aku buat konon-konon nak amik feel orang yang selalu kena serang. Alhamdulillah setakat ni belum kena serang lagi. kehkehkeh xD






"hidup ini terlalu singkat untuk kau menyimpan dendam."
Thank you for reading this entry !

04/10/2011

Hakikat Hijab







"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (al ahzab : 59)



credit to thaqofah
Thank you for reading this entry !

02/10/2011

Dewasa, Budak-budak, Dan Rasa Sayang

Assalamualaikum.






Happy weekend buat semua budak-budak, remaja, dan dewasa semua. Oit, klate Teganu dah sekolah hari ni. So tayah nak weekend sangat boleh? -.-"



Baik. Aku sekarang dah mencecah umur puluhan satu yakni 21. Mengikut pemerhatian aku melalui mata yang dipinjam Allah tanpa ada cacat (baca : rabun), rata-rata manusia pada peringkat umur 20 dan ke atas lebih cenderung kepada sifat sukakan budak-budak. Baby juga termasuk dalam kategori budak-budak ok?



In fact, pada umur tersebut, sifat penyayang pada diri seseorang akan mula menonjol. Mereka akan lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi bila wujud baby or budak-budak di keadaan sekeliling tadi. Secara tak langsung, hati dan jiwa mula menggelodak bagaikan ombak memukul pantai ketika ribut di musim tengkujuh di Pantai Cahaya Bulan. Wahh.. Tingginya bahasa kau jah. Kagum makk. GAHAHA. Boleh paham kan?



haruslah rasa nak cubit pipi kalau comel cenggini kan? HAHA



Dengan ini, mereka akan didorong rasa hati yang memuncak untuk pergi dukung or pergi main dengan baby tu. Paling tidak pun, dorang akan cuba gayakan mimik muka dari jauh untuk buat bayi tu senyum. Ataupun hasil yang lain, pipi budak jadi mangsa cubitan kegeraman kaum yang sifat penyayangnya sangat menonjol itu. Setuju? 



Eh kejap.. Apsal ayat aku macam tikus tercekik ubat gegat ni? xD



Sebagai kesimpulan, bila dah ada sifat penyayang kau dah sedia tuk kawen. Okbaii.. KAH KAH KAH.



layan budak-budak ni penat. tapi seronok. ;) AUWW SUWITNYEEE

Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails