30/09/2011

Mengenal Diri

Assalamualaikum.



Hello cantik girls and kacak boys. Ahlan wasahlan buat readers baru. =D



mencari identiti



Orang cakap nak kenal diri sendiri ni susah. Bukan orang je cakap, aku pun rasa macam tu sebab aku pun orang jugak. hahaha ok tak lawak langsung! Teruskan baca.. Kalau kau rasa kau seorang yang friendly, yang boleh rapat dengan ramai orang, belum tentu lagi kau boleh kenal diri kau. Setuju?



In fact, mengenal diri ni tak macam kau kenal orang lain. Kalau orang lain, kau boleh tengok, paham, selidik, pastu tup! Dah ada jawapan dia tu jenis yang macam mana. Bila kau dah kenalpasti someone tu camane, kerja kau nak rapat dengan dia pun senang. Ehem.. Nampak tak aku cuba bagi tips camane nak rapat dengan ramai orang? OK FINE, kau tak nampak. -.-"



Itu kalau melibatkan orang lain. Bila ia berkaitan dengan diri sendiri, otomatik kau akan rasa blurr. Kau tak tahu apa yang kau nak, apa yang kau mahu, dan lebih teruk lagi kau tak tahu apa yang kau perlu. Jauh dari sudut hati, kau rasa kau kenal diri kau, padahal...(sambung sendiri)



Kenapa aku cakap macam tu?



Okay. Salah satu sebab ialah cuba kau tengok orang sekeliling. Berapa ramai yang hanyut dalam situasi yang langsung mereka tak perlu. Mereka mengutamakan benda sampingan dari yang utama. Sepatutnya, first thing first. Baru betul ye dak? Akibatnya, mereka terkapai-kapai dalam mengenal diri. Mereka akan terjerumus ke lembah kelalaian yang nyata. Eceh, ayat nak gempak je kau ni jahh. GAHAHA



contoh terkapai-kapai



Bagaimana nak kenal diri?



Baik. Soalan yang bagus ye izuddin. Sangat membantu. Terima kasih di atas soalan anda. Anda dibenarkan berbangga untuk patbelas saat. Ok masa bangga anda tamat. Sila baca jawapan di bawah. xD



Actually, aku pun tak tahu camane nak kenal diri sendiri. Jawapan mintak penendang kan? Haha oklah, aku bagi jawapan bernas sikit. Cara yang paling efektif ialah dengan kau mohon pada Allah. Mintak doa banyak-banyak biar Allah tunjuk siapa diri kau yang sebenar. Biar Allah suluh jalan camane kau nak kenal diri. Biar jadi terang lagi bersuluh. Sesungguhnya, hanya Allah yang memahami serta mengenali makhluk ciptaanNya. Subhanallah.






Jadi, insyaAllah bila kau dah kenal diri kau, kau akan terasa dipandu. Kau nampak jalan yang kau tuju, arah mana kau nak menapak. Baru mudah nak jadi khalifah. Kan?



Selamat mengenal diri. Kbaii~
Thank you for reading this entry !

29/09/2011

Entry Keseorangan

Assalamualaikum.



Hai! Ada lagi tak manusia-manusia yang belum tido? Jemput baca entri ni eh kalau ada yang masih bersengkang mata study tuk final(lah konon) Hahaha. Okay. Ni cuma random update. Takde tajuk khusus atau isi yang serius. Santai-santai sambil korek hidung pun boleh. ;)



Baik. Masuk hari ni dah 3 hari aku tinggal seorang diri kat rumah yang tak berapa nak besar ni. Dan ini bermakna dah tiga hari aku tido sorang, takde peneman. Selain itu, hari ni jugak dah masuk hari ketiga aku makan nasi sekali sehari. Tu pun makan kat kedai. Tak kuasa ai nak masak! Confirm berat orang taff ni makin turun kan? Hoi senang gila berat kau turun. Nak naik kemain susah! Lempang kang.. -.-"



lonely



Apa yang aku nak cite sini ialah bila hidup kau dah selalu berteman, otomatik kau akan rasa kekok bila duk sorang. Serius. Tambah-tambah lak bila kau kembar. OHMAII.. Rasa bosan nak mampus duk sorang ni. Nak borak, nak ngumpat, nak buat biol semua takde teman. Ikutkan hati nak je borak sensorang tapi kalau buat betul-betul kang nampak bunguk sangat aku ni. Belum cecah tahap desperate camtu lagi kot. wakaka. Mekaseh kepada bbm(tetibe).



Kalau ada yang tanya apsal aku duk sorang, ni jawapan. Izwan ngan ummi aku ada kat kuantan temankan abah aku yang masih belum sihat sepenuhnya. Aku pulak terpaksa balik rumah kerana urusan kerja. Ececey.. Feeling korporat kejap taip "URUSAN KERJA" tu. lalalala~



Oklah. Itu je update kali ni. Rasa menyesal baca entry ni? Memang patut, entry ni takde pape. Kan dah gtau awal-awal tadi. Jangan memandai nak salahkan mak ye jah? Mak siku 6pacs kau nanti, baru mandul 7 keturunan. HAHAHA. Okbai~



*duduk sorang ni buat aku rasa nak kawin.(motif entry) xD



ni lonely stage last kot. hahaha

Thank you for reading this entry !

28/09/2011

Wordless Wednesday #18








Thank you for reading this entry !

Cantik Itu Subjektif?







Ada sesape nak cakap awek ni tak cantik? Ada?! Ada?! 



Actually, takde la subjektif sangat cantik tu. Kan kan? KAHKAHKAH !



 *agak sengal entry ni kan? xD
Thank you for reading this entry !

27/09/2011

Takut Nak Kahwin?




dad mum are getting married



"Aku tidak dapat membayangkan jika ada orang yang tidak mahu bernikah dengan alasan takut miskin. Sedangkan Allah telah berjanji untuk membuatkan mereka kaya dengan pernikahan!" -Khalifah Umar Al-Khattab-
Thank you for reading this entry !

26/09/2011

Perangai Budak-Budak Ni Comel Kan?

Assalamualaikum.



Stendek budak-budak, bila dah suka dengan someone, dorang akan cuba rapat dengan orang tu. Mereka akan bergurau semaksima mungkin tak kira masa. Baik pagi, tengah hari, petang, siang, or malam. Pendek kata, bergurau all the time. Eceh, speaking ke? Kelas kau jahh. hahaha.



Nak dijadikan cerita, kazen aku yang masih lagi bebudak ada datang rumah. Minggu lepas kalau tak silap. Dorang sebenarnya tinggal kat kolumpo and balik ni pun sebab atuk aku tak bape sihat. Alang-alang balik kampung, dorang singgah kejap rumah aku. Kebetulan masa dorang datang, aku takde kat rumah. Izwan pun sama. Jadi, tak sempat lah dorang nak bergurau dengan teruna kacak, taff, lagi sopan. HAHA. Tak abis-abis dengan poyo kan? Terajang baru tahu.



Lepas tu, masa kitorang balik, masing-masing dah terbungkang. Sorang atas sofa, sorang atas tilam, dua lagi lantak ah celah mana pun. Yang penting, dorang dah selamat melayari bahtera mimpi. Aku macam biasa, sampai rumah terus layan bola. Masa tu MAN U lawan Chelsea kot. Eh perlu ke aku cite pasal ni? Skip..



Keesokan harinya, masa tengah kemas umah, aku terjumpa la secebis note yang tulisan tak bape nak lawa. Nasib baik masih boleh dibaca. Jemput la tengok.



boleh baca kan?


Ni lagi satu ;



banyak conteng pun takpe lah. terharu mak uolls. haha



Kan dah cakap perangai budak-budak ni comel. Kau orang ada? Kehkehkeh.
Thank you for reading this entry !

24/09/2011

Senaman Mudah #3 : Push-up

Assalamualaikum readers taff semua. 



Senaman mudah #1[link] dan #2[link] aku dah selamat dipublish serta dibaca oleh kau orang semua(if baca la). Harap ada yang buat. Tak baca pun takpe asalkan kau boleh buat. Eh camane nak buat kalau tak baca? 0.o?


Okay. Untuk kali ni aku nak cite pasal push-up ataupun tolak atas. Gila pelik nama tolak atas kan? FINE. Kita tukar nama yang lebih friendly dan familiar bagi ibu-ibu mengandung serta bapak-bapak yang menyebabkan ibu tersebut mengandung. Ok? Tekan tubi. Familiar tak? Ye, family yang liar pun boleh. Ufhh!



Push-up.
Sebenarnya senaman ni lebih senang dan mudah dari 2 senaman yang terdahulu. Sasarannya ialah sesiapa sahaja yang mahukan dada yang bidang, sasa, serta lengan yang perghh kata ko. Betul jah, mak tak tipu pun. Kalau nak lengan banyak urat pun boleh turut sama buat senaman ni. Lepas kau buat senaman ni dalam 30-50 kali, ce try kau jalan. Otomatik masa jalan tu dada kau akan menunjukkan ke'sasa'an yang nyata. Tak percaya? Cubalah sendiri.. GAHAHA.



Nak gambaran? Kejap.



ilustrasi penulis(lah sangat)



senang kan?


Hoi! Nampak macam senang, ce try buat tengok. Mau terkucil tempek-tempek tahi unta(baca : ente) nak genapkan 30 jika tak biasa buat. Kalau dah jadi rutin macam aku ni, 100 tu celah gigi je. Celah gigi? Hurm.. Okay celah gigi(lah sangat). keh keh keh.



Selain itu, pompuan pun boleh try buat untuk mendapatkan buah yang ada di dada yang cemerlang, subur, mekar, dan sempurna. Err.. Belum 18 sx lagi kan? Okbaii~






Random.
#Nak tengok senaman yang lebih menggerunkan, klik sini [link]
#Sekarang duk ulang alik kuantan specialist hospital. Doakan kesihatan abah kitorang. Thanks!
Thank you for reading this entry !

22/09/2011

Kau Risau Macam Aku Tak?

Assalamualaikum.
  


Kau tahu nak positifkan otak ni suatu yang susah? Hurm..



Serius. Bila kau tengah risau or resah, kau akan cuba fikir something untuk sedapkan hati. Tak kira lah berkaitan dengan apa sekalipun samada ia melibatkan orang yang kau sayang, perkara yang kau mintak simpang, atau benda yang kau takut. Dan demi mengelakkan kegalauan hati, inisiatif terbaik ialah kau kena tenangkan fikiran dengan mem'positif'kan otak. Eh ada ke imbuhan untuk positif hah? 



Jadi, aku ada satu perkara yang selalu aku risau. Bila aku risau, aku akan cuba positifkan otak dengan fikir benda yang mampu buat  aku jadi tenang. Nak tahu pasal apa? 



Ehem ehem. Segan pulak nak tulis sini. Nanti bila aku dah tulis kau buat-buat tak nampak boleh tak? haha. Tentang jodoh, buah hati, kekasih hati, dan segala macam hati lagi. Inilah perkara yang buat aku risau dan resah lebih-lebih lagi bila kau takde seseorang yang special dalam hidup kau. Dengan kata lain, kau akan anggap diri kau tak laku? Fine izuddin finee. Kau memang tak laku. -.-"



Berhubung dengan ini, aku nak tanya sape cakap single ni senang? Meh sini aku bagi lutut buy 1 free 2 kat perut boroi tu. Perut ada 6 pacs pun boleh. Sebenarnya, single ni lagi susah dari kapel. Tetapi tetapi tetapi, nak KEKALKAN ke'single'an tu lagi payah kau tahu? Nak-nak bila orang sekeliling asyik main berkepit sana sini. Pedih mata mak ni jah oi.. Pedih mata, pedih lagi hati yang menanggung. Eh? 



So, timbul persoalan bagaimana aku positifkan fikiran dan hati aku? Eceh cam gempak lak bunyi. Gempak hotak hang! Lempang baru tahu. Ce tengok bawah. Lepas kau tengok, otomatik entry ni abis. Tak menahan aku nak taip meleret pasal ni. Mak segan jahh.. kikiki. #kbai



harap gambar ni dapat bagi jawapan. keh keh keh.



Thank you for reading this entry !

20/09/2011

Senaman Mudah #2 : Pull-up

Assalamualaikum.



Hai pemilik abdomen 6 pacs sekalian. Wahaa.. Terus ada 6 pacs kau nyah. Ni mesti kuat work out dengan senaman aku bagi kan? Hah?! Ada yang tak baca lagi.. Ehhh jangan macam tu. Kena baca, barulah hidup dilengkapi dengan pakej seorang jejaka taff. HAHAHA. Klik link kalau nak baca. [link]



Okay. Hari ni aku ajar pulak senaman kedua yang memang tiap-tiap hari aku dan izwan buat. Bukan nak action tapi nak menunjuk. Eh salah. Bukan nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi. Nak taff bukan mudah, tapi nak kekalkan ke'taff'an tu lagi susah. Pendek kata, dua-dua payah. pfft~



Baik. Pull-up atau bahasa melayunya tarik atas. Terus paham bila dalam BM kan? Mabeles sungguh bahasa melayu aku ni. hoho. 



Pull-up.
Kau kena ada suatu tempat tuk kau bergantung. Tak kisah lah apa benda sekalipun, asalkan benda tu tahan untuk menampung berat kau. Dulu sebelum beli hangging bar, aku bergayut dekat frame pintu je. Buat lah berapa kali pun asalkan pintu tak roboh. Pastu bila dah kaya sikit baru boleh beli hangging bar. Nampak stail sikit nak pull-up. hikhikhik



lebih kurang camni la cara dia.


Cara dia macam gambar di atas. Actually cara dia banyak. Tu cuma salah satu. Kau boleh pilih samada nak luaskan atau sempitkan jarak antara dua tangan. Pastu boleh pilih jugak samada nak buat tapak tangan mengadap ke dalam ataupun ke luar. Akan tetapi, setiap cara menjanjikan kepayahan yang hakiki. Kesusahan nak pull-up tu berbeza. Paham tak aku tulis ni? -.-"



Natijahnya, bila kau dah berjaya buat, alhamdulillah. Maknanya kau sudah hampir untuk memiliki belakang yang ketak-ketak ataupun lebih komersil dengan nama muscular back.



contoh. tapi ni tak muscular sangat. izwan punye lagi muscular. aku pun.


Sekian dan babai.
Thank you for reading this entry !

18/09/2011

Tak Suka Tengok TV

Assalamualaikum.



Ade gua tanya lu suka tengok tv ke tak? PIRAHHH! Title cenggitu ingat dapat tarik readers eh? #beranganlakau



Serius. Aku ni jenis tak suka tengok tv. Ok tipu. Actually aku suka(lah jugak) tengok tv. Akan tetapi, disebabkan ke'busy'an hakiki yang tak dapat disangkal lagi, aku terpaksa menghapuskan kesukaan aku terhadap tv tu. Kau tahu kenapa?



Baik. Aku mulakan dengan sebab pertama kenapa aku tak suka tengok tv.



Pertama, masa aku sekolah menengah dulu, aku cuba kawal nafsu tanak bagi mata ni tengok tv. Skema kan? Hahaha. Biasa lah der. Masa tu gua baru nak 'up' dalam bab hafal-hafal quran ni. Haruslah kena jaga pandangan. =P #baiknyeaku



Kedua, rumah aku ni boleh dikatakan tv sumpahan. Entah kenapa hayat tv kat rumah ni tak pernah nak lama. Beli lain, rosak. Rosak, beli lain. Begitulah ulang-ulang sampai satu tahap stok tv kat rumah dah macam kedai tv terpakai. Hampeh betei!



Ketiga ialah kerana adanya internet, tv terpaksa diabaikan. Memang terpaksa pilih. Jadi, aku dengan pejam matanya memilih internet kerana internet ada fesbuk yang rata-rata aweknya cun berdahi licin bertudung urban berkening mascara bermulut muncung dan ber-ber-ber ape lagi ha? Hahaha. Dan yang paling tak menahan, ade awek berbaju kurung. AUWW~



Ok itu je sebabnya. Nampak macam entry takde motif kan? Sape cakap takde? Motif entry ni ialah aku baru je pasang astro kat rumah. Baru nak genap sebulan. Tapi bila tv jarang tengok, rasa rugi pulak nak bayar bil. Adakah aku termasuk dalam golongan yang membazir? Tolong katakan ini semua tidak benar. Peliss.. okbai~ harharhar.



gambar tv takde. kira ganti dengan yang ni boleh? keh keh keh

Thank you for reading this entry !

17/09/2011

Cerita Kembar #2 : Jodoh

Dua beradik sedang bersantai di atas tilam empuk bercadar purple dan biru muda sambil ditemani angin sepoi penghawa dingin. Secara tiba-tiba, si abang bersuara memecah kesunyian malam jam 12.



Si abang : wehh.. Kalau aku tanya ko pasal jodoh, ko ada jawapan tak?

Si adik : entah. cite pasal jodoh ni aku terus blur ko tahu..

Si abang : kenapa cenggitu? ko tak yakin ke dengan apa yang ko ada sekarang?

Si adik : haish! sape cakap aku tak yakin? aku yakin lah! cuma..

Si abang : cuma kemendenye lagi? banyak songeh la ko ni..

Si adik : ko tayah nyampuk bole tak? nampak siku aku ni? siku ni tak berkhidmat lagi tuk aku hari ni. nak jadi orang 1st? sabarlah, aku belum abes cite lagi ni derr.. -.-"

Si abang : err.. maafkan saya! ok teruskan..

Si adik : jodoh ni benda yang kita tak tahu. benda masa depan. selagi tak terjadi, selagi tu r kita takkan tahu.

Si abang : yelah! dah nama pun jodoh kan.

Si adik : paham pun. sebab tu r aku sekarang macam keliru gitu. nak kata tak suka memang dah suka. tapi aku tak berani. takut nanti bila kita serius, benda yang kita nak tu tak jadi. frust weii~

Si abang : haah. aku pun sama. sebab tu r aku tanak terikat dengan sape2. hidup solo lagi selamat. takde risiko kecewa kata ko. HAHAHA.

Si adik : cehh alasan.. dahh, aku nak tido. baii!

Si abang : nak tdo ke nak bbm? bbm lettew. KAHKAHKAH



wehee ade munge la belakang we olls.. harharhar

Thank you for reading this entry !

16/09/2011

Thinking : Allah Maha Mengetahui

Assalamualaikum.



Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bersua dengan hari jumaat, penghulu sekalian hari. Mulakan harimu dengan memuji Allah SWT. Kemudian, ringankan lidahmu untuk menyebut salam sayang dan cinta buat nabi ikutan, Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Mudah-mudahan berkat dan rahmat mengiringimu sepanjang hari. =)






Kau ada masalah? Siapa tahu masalah kau? Tiada siapa tahu bukan? Sedarlah bahawa setiap masalah yang kau dapat, setiap dugaan yang kau terima, setiap ujian yang kau hadapi, hanya kau seorang yang tahu. Dan tahu kau hanyalah terbatas untuk diri kau sahaja. Kau tidak berkuasa untuk mengetahui masalah orang lain.



Sejenak, cuba pandang orang di sebelah kau. Pandang dan amati betul-betul. Cuba untuk memahami. Akan tetapi, adakah dengan berbuat demikian akan membuatkan kau tahu apa yang terbuku di hati dia? Tidak? Ya, walau setajam mana pun kau renung padanya, kau takkan tahu apa yang terkandung dalam fikiran dan hati dia. Mengenai apa masalah yang dia ada, apa rasa yang dia pendam, kau takkan dapat tahu. Melainkan dia cerita pada kau. Betul?



Begitulah sifat tahu manusia. Sifat yang hanya terbatas untuk diri sendiri.



Tapi sifat itu langsung berbeza dengan Allah. Allah tidak perlu kau ceritakan semuanya kerana Dia sendiri sedia tahu apa masalah yang kau ada, apa derita yang kau tanggung, apa rasa yang kau alami, apa benda yang kau mahu. Everything! Takkan ada walau satupun keinginan kau yang terlepas dari pengetahuan Allah.



In fact, sifat Maha Tahu Allah itu bukan tertentu kepada kau seorang, bahkan kepada semua makhluk. Tidak kiralah dari golongan manusia, haiwan, tumbuhan, atau makhluk-makhluk lain. Kau boleh bayang betapa ramai manusia di muka bumi ni? Sejak dari permulaan penciptaan nabi adam sehingga ke saat ini? Kau tahu bilangannya? Tak kan? Tapi Allah tahu bukan sahaja bilangan, bahkan perangai, tingkah laku, perbuatan, malah setiap yang akan terjadi juga di dalam pengetahuan Allah Taala.



Subhanallah!






Jadi kau sebagai manusia yang terbatas pengetahuannya, layakkah kau untuk bermegah di muka bumi dengan sedikit pengetahuan yang hanya dipinjamkan Allah. Layak?



Sekian.
Thank you for reading this entry !

15/09/2011

Perlu Ke Buang Semua?

Assalamualaikum.






Ironi remaja zaman sekarang, masing-masing sibuk berkapel. Lepas kapel dua tiga bulan, rasa macam tak sehaluan, kembali pulak kepada status single. Paling annoying bila dalam keadaan yang masih 'dalam pantang' single, ingatkan nak amik iktibar dari pengalaman lepas, tapi sebaliknya. Sempat lagi ushar calon tuk dibuat kapel seterusnya. Cehh -.-"



Ehem.. Bukan benda tu aku nak kupas. Sebenarnya aku hairan dengan orang-orang (especially pompuan) yang baru clash ni. Hairan kenapa? Yelah.. Asal clash je, setiap benda pasal lelaki tu semua nak buang. Baik memori, kenangan, hadiah, semua sekali lah senang!  Nak buang pesal? Sebab dia tu dah tak suka kau? Nahh..



Bagi aku tak rasional kot buat macam tu. Serius.



Aku pun pernah kapel la weii. Pernah ditinggalkan dan pernah meninggalkan. Tapi bila dah berpisah, tak bermakna kau kena lupakan semua pasal dia tu. Kau cuma berpisah dengan dia sebagai seorang kekasih, tapi title kawan masih lagi jadi pengikat. Then, if sebelum ni kau dah kenal family dia, kau dikira dah ada hubungan kekeluargaan dengan dia. Tahu? Takkanlah sebab korang dah tak jadi pasangan kekasih, hubungan kau dengan keluarga dia pun kau nak putuskan macam tu je? Siap nak lupa bagai. Tak rasa diri tu kejam ke?



Glowing Hearts



Seriously aku cakap, walaupun kau bukan pasangan kekasih lagi, kau kena jaga silaturrahim kau dengan keluarga dia, adik-adik dia, mak bapak dia. Jangan nak main lupa macam tu je. Kalau dah niat berkawan kerana Allah, takde sebab untuk kau lupakan dia tu. Melainkan dia tu seorang yang kaki maksiat, na'uzubillah. Sekian.



"Tak salah untuk terus mengenang seseorang sebagai seorang insan yang pernah mengetuk pintu hati. Hanya sebagai kenangan. kan? =) " -izuddinrahim-
Thank you for reading this entry !

14/09/2011

Wordless Wednesday #16








Thank you for reading this entry !

Ragam Anak Buah #2




ahmad yusuf fahmi bin faizal



danish hakimi bin khairani



"lu pehal jeling gua cenggitu?" >.<

Thank you for reading this entry !

13/09/2011

Ragam Anak Buah #1

Assalamualaikum.



Salam tengah panas buat semua buruh kasar yang sedang buat umah, turap tar, petani serta semua jenis manusia yang bekerja di bawah terik panas matahari. Yang duk dalam econ tayah la nak mengeluh bagai kalau econ tu slow sikit dari biasa. Ce try duduk bawah matahari tanpa ada pape yang meneduh. Baru kau tahu apa erti syukur. Ye dak? Hahaha.



Masuk entry dah membebel kau jah! Tenang boleh? hahaha.



Kau tahu tak ada anak buah ni best. Best sangat. Kau yang tak pernah merase ada anak buah, meh sini jemput datang umah aku. Cuba nikmati kehidupan orang yang dah memiliki lebih dari 10 orang anak buah ni. Tahap best dia tu sampai kau nak terajang sorang-sorang bila dorang ramai-ramai ajak bergurau dengan kau seorang. Mampus nak melayan.



Kalau datang bergurau geletek-geletek tu takpe ah. Aku boleh maintain cool. Tapi bila dorang start angkut puak ajak gurau main ketuk-ketuk dada masa kau tengah baring, tak ke naye? Dada bidang lagi sasa sekalipun reti sesak nafas jugak bila masing-masing sibuk main kau-ketuk-aku-tumbuk-kau-sepak-aku-terajang. hahaha. Seorang 3 kali ketuk. Kalau 10 orang berapa kali ketuk? Semput jugak nak tahan weii. hahaha



Paling tak menahan bila kau baru lepas mandi. Masa tu kau tengah bertuala menampakkan 6 pacs sambil berjalan sopan santun konon lalu depan mertua. Tanpa disangka-sangka, datang segerombolan anak buah kau sibuk duk mengekor kau dari belakang. Sebijik macam anak itik pulang petang dan kau secara otomatik akan jadi ibu itik. Pastu pastu.. Tang tarik tuala tu tayah cite sini la kan? lalalala~



Tapi yang paling seronok, kau dah tak pikir pasal tu semua bila dorang salam dengan kau cium tangan. Pastu cium pipi kiri kanan kau. Bila dorang hulur tangan mintak nak dukung sambil buat muka comel. Sanggup kau nak tolak? Aku lebih rela dukung 10 sekaligus dari tolak permintaan dorang. Senang cakap, kau akan gembira bila tengok dorang gembira. Serius!



Apa yang aku cuba sampaikan ialah, kau kena tahu satu benda tentang dorang. Bila anak buah kau suka bergurau dengan kau, maknanya dorang senang, dorang suka, dorang seronok dengan kau. Jadi tak perlu lah nak emosional marah-marah dorang bila datang nak bergurau. Nama lagi budak-budak. Okbai~



contoh muka comel yang dorang berjaya buat aku tak sampai hati nak tolak. hahaha.



*ni baru anak buah, belum anak sendiri lagi. harharhar
**gambar lain menyusul lepas ni. ;)

Thank you for reading this entry !

12/09/2011

Kau Sedar Tak?

Kau sedar tak dalam hidup sekarang kita lebih kerap melalaikan diri kita? Blog, facebook, twitter, dan macam-macam jenis social network yang sedikit sebanyak telah membuatkan kita terlalu leka dengan arus dunia? Kau sedar tak?






Aku bagi contoh ;



Blog.
Kau cerita macam-macam dalam tu. Pasal makanan, pakaian, perbuatan, aktiviti, perasan, semua kau luah dalam blog. Bukan semua tapi ada. Tak cukup dengan tulisan, siap gambar kau tonjol. Ye dak? Dalam kejujuran kau berblog, pernah tak kau pikir soal penyakit hati yang akan wujud? Penyakit riak, takbur, ujub, bangga, dan seumpamanya. Tak pernah kan?



Facebook.
Asal ada orang upload gambar, laju je kau klik sebab nak tengok. If tengok gambar yang sopan tu takpe ah. Takde masalah sangat, tapi bila gambar yang kau tengok tu terdedah sana sini, tak ke free je dapat dosa. Dosa orang yang upload satu hal, yang tengok pulak tak terlepas weii. Duduk la kau depan laptop tengok gambar sambil buat peraduan siapa kumpul dosa paling banyak dengan tuan gambar. Masak la kau!



Twitter.
Kau seorang yang ligat di twitter. Asal kau tweet sikit, mesti wujud insan-insan yang akan retweet status kau tu. Takde orang tweet pun, at least dorang akan reply sebab nak tunjuk caring(lah konon hahaha). Tapi pernah tak kau fikir, alangkah bagus kalau kau mengadu pada Allah sama macam kau tweet kat twitter. Tiap masa kau mengadu. Kan? =D






 *jangan sesape nak sentap. ni entry mengingatkan diri sendiri. cool bebeh! harharhar
Thank you for reading this entry !

11/09/2011

Kejutan Untuk Insan Tersayang #2

Assalamualaikum gojes girl and kacak boy sekalian.



Okay adik-adik. Tahu tak hari ni dah masuk 13 syawal? Tak tahu kan? Cool derr.. Tu benda biasa sebab aku sendiri pun baru tahu hari ni dah 13 syawal. Itu pun nasib baik tertengok tarikh bulan islam kat henfon, kalau tak nescaya aku akan terus anggap hari ni adalah 1 syawal. 1 syawal kejadah kau!! HAHAHA.



Berkaitan dengan 1 syawal jugak, aku ada satu cite yang belum aku paparkan dalam blog ni. Dah ready ke nak baca ni?



Orait! Sebelum ni kau dah baca pasal Kejutan Untuk Insan Tersayang kan? Sesape belum baca lagi sila klik dan mulakan pembacaan anda. Entry tersebut mengisahkan tentang sepasang kembar yang cuba memberikan kejutan kepada ummi mereka dengan menghadiahkan si ummi beberapa set perabot. Kejutan yang tidak lah seberapa tetapi sudah cukup untuk menggembirakan hati si ibu yang selama ini sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki perabot baru. Cewahh! Macam sinopsis la pulak kata ko!! =P



Sehubungan dengan itu, entry ni pula boleh dikatakan sekuel dari entry tersebut. Kalau dulu kejutan untuk si ibu, kali ini pula kejutan khas buat si bapa. Tak adil pulak kalau ada kejutan tuk ummi tapi tuk abah takde pape. Apa kau ingat kitorang ni berat sebelah? Sorry la nyah, we all sayang dua-dua. Haruslah ada kejutan tuk dua-dua. Nampak tak ciri-ciri seorang yang adil dalam diri kitorang? Ehem.. Boleh kawen ramai nih. KAHKAHKAH



Ikutilah kisah di bawah ;



ummi tengah pegang hadiah. fresh dari pembalut.



upacara pemakaian. ce teka tangan sape yang bersepah urat tu? lalala



Hasilnya.. Jeng jeng jenggg..



menahan air mata terharu mungkin? hehe >.<



Sekian. Begitulah sedikit sebanyak kejutan yang diberikan buat abah tersayang pada pagi satu syawal yang lepas. Sebak dia tu boleh tahan jugak la, sampai kembar yang kebal tu pun hampir tewas dengan airmata. Hampir ok, hampir. Belum tewas lagi. GAHAHA.






Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



"Apa guna sanggup habis wang beribu untuk awek andai ibu bapa tidak dihiraukan? Tumbuk dada tanya iman. Ingat, redha Allah bersama mereka."



*boleh tahan skema ayat aku dalam ni kan? harharhar
Thank you for reading this entry !

Tak Reti Bersyukur Lagi?

 



"pandanglah mereka yang berada di bawahmu, nescaya kau akan kenal apakah erti bersyukur"
Thank you for reading this entry !

10/09/2011

Top 10

Hoi hoi orang kampung!! Assalamualaikum.



Meh nak story sikit. Tapi sebelum tu aku nasihatkan agar kau semua percaya. Jangan try nak sangkal kenyataan yang memang dah tertulis pada takdir aku. Hahaha. If tak caye jugak, bawak mengucap banyak-banyak. Selawat sampai berbuih mulut. Aku tahu kenyataan cenggini memang payah nak diterima oleh insan yang punya penyakit di hati. kahkahkah.



Kau ingat lagi tak entry contest yang aku join tak lama dulu? Entry ni haa(saya segak berbaju melayu). Harap ingatan kau masih lagi kukuh. Itulah kau, aku suruh makan kismis ismail kamus banyak-banyak kau tanak. Degil. Tapikan, kismis ismail kamus susah tau nak dapat. Kismis tok guru lagi senang nak cari. Kalau dua-dua takde kat tempat kau, aku cadangkan kau telan je asam keping. Sehari 2 keping. Sekeping siang, sekeping malam. Gerenti dalam masa tak sampai seminggu, kau terlantar tenang di hospital akibat diserang kencing masam. Nasib tak baik, terus daftar kat wad psikiatri. Harharhar.



Okay.. Berkenaan dengan contest tu, pihak penganjur iaitu kucings baru je update pasal contest tu. Senarai top 10 dah keluar. Menariknya, AKU TERMASUK DALAM TOP 10 WEHH!(link) Aku yakin bahawa aku memang TERmasuk dalam contest tu. TERmasuk bukan TERpilih. Mungkin masa dia tengah buat pilihan top 10 tu dia diserang mengantuk. Sebab tu ah aku termasuk sekali. Kalau ikut kelayakan, aku takde harapan kot. Hahaha. Humble kan? ;)



Alang-alang dah masuk top 10, kenapa tak terus isytihar aku pemenang terus? Lagi afdhal macam tu. Ye dak? Masalahnya, si budak lelaki sebelah pintu ngan si budak adie ni pun turut sama tersenarai dalam top 10 tu. Mati aku! Kompem takde harapan lah nak menang. -.-"



Kepada Hizami dan Adie, aku ni adik korang. Apa kata korang mengalah je dengan aku? Stendek abang lah kena mengalah bagi adik menang. Boleh tak boleh tak? *gosok2 dada* hahahha. okbai~



baju sama dalam contest tu. keh keh keh

Thank you for reading this entry !

09/09/2011

Cerita Raya : Kambing Barbeku

Assalamualaikum.



Hello bakal pembayar cukai 6% dari reload topup dan sim permulaan.



gambar 1st haruslah menggugat keimanan si selera dan konco-konconya



Entri ketot. Tak bercadang nak tulis panjang cuma nak share gambar. Macam biasa, kau sudi tengok silakan tonton beramai-ramai seisi keluarga. Ajak makcik sebelah rumah sekali. Nak tonton bersama roomate pun boleh sebab kau kat uni kan? haha. If tak sudi, pangkah sudah tersedia di bucu atas sebelah kanan. Aku tak kisah sebab masing-masing boleh buat pilihan sendiri. Dahla pasni topup kena cukai, kau pulak layan aku macam aku ni bukan rakyat malaysia. Pilu hati mak ni tau tak? Terdesak sangat eh sampai nak kena amik duit dari reload topup? Ke nak beli cincin nak penuhkan sepuluh jari plus sepuluh jari kaki? #taksetujutopupkenacukai



Okay. Rasa macam nak batalkan balik niat nak buat entry ketot. Tak feel ah tulis entry pendek. Baka banyak mulut ni kalau duduk diam boleh demam kau tahu? Bagi mengelakkan perkara demikian dari berlaku, maka langkah efektif telah diambil dengan menaip panjang sepanjang panjangnya sampai takde satu manusia pun sanggup baca entry kau hahaha padan muka sape suruh taip berjela-jela.



Tengok! Aku melalut main sembur je kan? Err.. tayah peduli! Perenggan atas tak penting. Bawah ni baru mustahak. Silakan baca wahai manusia yang reti membaca serta dikurniakan akal untuk memilih pemimpin yang tidak zalim serta mengutamakan kebajikan rakyat. Rakyat diBAHLULkan, pencapaian mengUNTUNGkan. PERGHH!! #1malaysia



Hoi hoi!!! Tetiba jadi agresif ni pesal?! RAWR!!



Tenang izuddin tenang. Kau kena berlagak cool. Ingat tak ayat kau, "seorang yang gelabah yang cuba berlagak cool. suka pakai jeans dan kain pelikat. suka awek pakai baju kurung". Lagi satu, awek baju kurung tak suka kau agresif cenggini. Tak kacak kata ko. Ingat tak? Ehem ehem astaghfirullah al-'azim. =P



Teruskan..



Tersebut alkisah malam raya ketiga yang lepas(cerita basi lagi ye dak?), kitorang anak-beranak, sedara-mara, sepupu-sepapat, telah buat satu aktiviti bbq kambing. Lebih kurang gathering family la. Makan beramai-ramai tapi tukang buat keje berapa kerat je. Kahkahkah. Tapi takpe, amalan dapat pahala, watpe nak mengeluh kan? Semoga dapat balasan di akhirat kelak. hihi #baiknyeaku



Tanpa membajetkan diri untuk berleter panjang, dipersilakan tuan puan saudara saudari untuk melihat gambar pada malam tersebut. Diharap kesudian kau semua dapat mengurangkan beban cukai 6% reload aku tuh. Keh keh keh.



abang aku. semangat turun siap dengan baju melayu lagi.



abang ipar kelihatan expert. padahal? kahkahkah




pantang tengok kamera terus posing kau nyah



abang sulung bersama abang ipar sulung



ni baru sepupu sepapat



ayam tak sempat nak rembat. tukang bakar berjaya habiskan tanpa bantuan orang ramai -.-"



kesungguhan bersama usaha pasti berjaya. hooyeahh!!



budak2 macam bese ah. muka eksaited nak makan tu melampau-lampau. hahaha



jemaah surau pun turut diundang. amik berkat kot. =D



bakal cikgu. tapi tak sekacak abang beliau. LALALALA~



kembatolo versi junior boleh? haha



belum kaji lagi gambar ni pasal apa. meneran mungkin? kehkehkeh



Amacam? Cukup panjang tak entry aku? Ketot(lah sangat) kan? hahaha. Setakat ni dulu update kali ni. Kepada sesiapa yang memiliki internet connection selembap kura-kura kudung kaki kiri kaki kanan pulak diserang gout, selamat hari raya maaf zahir batin kalau tak dapat loading gambar sampai habis. Salam topup kena cukai, haktuih~ hahaha.



Babai dan assalamualaikum.


Thank you for reading this entry !

Cerita Raya : Pagi Raya

Assalamualaikum.



Orait. Kali ni nak story pasal pagi raya pulak. Bla.. bla.. bla.. Next!



Ehem. Tak rasa macam terlambat ke aku update pasal raya ni? Raya ke-berapa-ntah baru nak story pasal pagi 1 syawal. Perghh..! Kalau cerita ni spesis biskut raya yang guna santan, dah lama basi kot. Pastu siap dihurung segala jenis serangga baik lalat, lipas, kumbang, tikus(serangga ke? haha) dan sebagainya sila-tambah-sendiri-la-nyah-kalau-kau-rasa-tak-cukup-ingat-aku-kuli-kau-ke-nyah? Tapi masalahnya, ada ke biskut raya yang guna santan? HAHAHA.



*****



Kita cerita ikut gambar boleh?



menu pagi raya



lebih kurang macam kat atas. eksesori (sori kalau salah eja)



Aku tak kena bakar benda atas sana pun sebab aku kena prepare something yang lagi penting. Nak cakap syukur pun boleh jugak lah sebab tayah bersengkang mata depan arang ngan api serta asap yang berkumandang di sekeliling. Aku tahu istilah 'berkumandang' tak sesuai tapi ni kan blog ai. Suka hati ai la nak guna ayat apa pun nyah oi..! Baca senyap-senyap boleh? hahaha.



khatib semayang raya tengah praktik. >.<



Bla..bla..bla.. Semayang raya, baca khutbah.. yadaa yadaa(gila senang update cenggini kan?) hahaha. Lepas settle semua, kitorang buat la photoshoot(lah konon). Setakat amik kenangan sebab tahun ni semua beraya dekat rumah aku yakni rumah ummi aku.



bapak meriah raya tahun ni. nasib baik muat. kalau tak terbang lagi duit beli wide lens. kahkahkah.
apsal raya pun muram? lepas nangis lettew~ hik3



Gambar seluruh keluarga dah ada. Ce tengok lak gambar abang-abang dan akak-akak aku yang dah berkeluarga dan beranak. Ada yang dah beranak-pinak, ada yang baru beranak. Pinak masih dalam penggambaran. hahaha.


abang sulung
akak sulung(kembar dengan abang sulung)
abang no 2
akak no 2
akak no 3



Okay. Yang dah berkeluarga abis. Sekarang aku tunjuk lak yang masih berstatus bujang. Available ke tak aku tak tahu, pandai-pandai ah teka. Boleh?


akak no 4, adik, dan adik
yang ni kompem available. tapi yang kanan ni macam takkk je. kehkehkeh



Cukup tak? Rasa macam dah berlambak dah gambar aku tempek sini. Sudi tengok, silakan. If tanak, jangan segan nak pangkah. Ok? Babai~



*ni entry 1st yang ada gambar seluruh adik-beradik. =P
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails