29/07/2011

Brader Perfume

Dua tiga hari lepas punya cerita. Takde la lama sangat untuk aku cerita balik dekat sini. Kalau ada tarikh luput sekalipun pada cerita ni, aku yakin seratus peratus ia belum lagi mencapai tahap yang boleh diiktiraf sebagai status basi. Sedangkan makanan boleh kekal sedap jika disimpan dalam freezer, inikan pula cerita. Kau anggap je aku simpan cerita kat kutub utara. Suhu paras takat beku, insyaAllah tak basi.


*****


Aku sambung cerita. Masa tu aku terdesak nak cari perfume. Terdesak sangat sampai jika nak disamakan terdesak aku dengan terdesak nak kahwin, aku rasa terdesak aku ni lagi power. Puasa pun belum tentu dapat kekang nafsu dari nak cari perfume tu. Serius.


Tanpa banyak soal, aku ajak dua orang member sebagai teman. Kejap, perlu ke aku bagitahu aku terdesak sebab apa? Tak perlu kot.


Sambung cerita lagi. Member aku sorang tu baru je balik dari beli perfume jugak. Amiyo nama beliau. Baru semalam. Dan bila aku ajak dia pergi lagi sekali hari ni, laju je dia angguk. Hampir pecah dada beliau akibat kelajuan anggukan dan pelanggaran antara dagu dengan dada. Aku tahu dia terpaksa tapi apakan daya? Kuasa beto aku lebih gagah dan kuat berbanding dia. Persis budak-budak baru lepas makan biskut tiger. Nak tanak, dia kena temankan sebab masa aku suruh tu, aku bagi ayat pakej sekali dengan perkataan ni ;


"weh, boleh TOLONG temankan aku g cari perfume tak?"


Nampak tak tolong tu? Harus dia tak sampai hati nak tolak. keh keh keh.


Sorang lagi member aku tu macam biasa. Akiey nama diberi. Tak perlu letak ayat tolong mintak simpati pun dia boleh ikut. Jenis tak tetap pendirian. Aku kalau dengan dia, aku tak mintak tolong. Aku cuma perlu bagi arahan. Confirm dia patuh. hahaha.


*****


Sampai je kat tempat perfume, sepantas kilat amiyo tunjukkan aku kedai sorang brader. Kedai gaya tak macam kedai. Cuma ada sebijik meja yang sepenuhnya dari kaca. Meja atau rak eh? Maaf. Aku gagal mengenalpasti identiti barang tersebut secara tepat.


"bang, nak botol baru ada tak?"

"botol baru, macho, tak calar, dan murah. yang penting botol tu kacak"


Bertalu-talu aku tanya brader tu. Tanpa wujud wakaf dalam pertanyaan. Peseng tamak!


Seusai proses pemilihan botol perfume yang kacak serta bebas dari kesan calar, aku rasa ada benda menyala dalam poket jeans belah kanan. Lupa bagitahu, mata aku ni lutcahaya. Boleh tembus walaupun dari dalam poket. Konon jelah tapi. harharhar.


Lantas aku keluarkan bb (baca : blackberry) dari poket seluar.


"oh, ade notification rupanya" - bisik aku dalam hati.


Pada masa yang sama, tercetus secebis niat di hati suciku ini untuk menunjuk-nunjuk di depan brader tu. Konon nak ex lah sebab ada bb. Sengaja aku tayang betul-betul depan dia. Kejap angkat kejap turun. Berulang kali aku buat tanpa rasa jemu.


Dalam beberapa minit lepas tu, aku rasa puas hati. Masa berlagak dah habis. Tayang tak boleh lama-lama, nanti jadi tak profesional. Ye dak? Sebelum aku blah, brader tu ada keluarkan sesuatu dari beg sendeng dia. Agak lama aku tenung benda tu barulah aku perasan...


"cilake! dia guna GALAXY TAB lah gila!!!"


Dengan rasa malu yang menebal dalam diri, aku menapak tanpa menoleh ke belakang lagi.


Thank you for reading this entry !

Fuddruckers

Assalamualaikum.


Aku rasa malam ni paling best! Sebab apa, sebab aku agak malam ni malam last aku outing dengan bff sebelum berangkat pulang ke bumi malaysia yang mempunyai kapasiti awek berbaju kurung yang paling ramai. Tapi sayang, dalam keayuan si pemakai baju kurung, masih ramai yang tidak menyedari hakikat tersebut. Mereka lebih gemar berbaju sendat dan berseluar skinny. Cantik sangat ke pakai macam tu? Eh, aku tak suruh geleng kepala pun. HAHAHA.


Nak dijadikan cerita, masa aku keluar tadi aku terserempak dengan ramai awek melayu. Jangan sibuk nak tanya ramai tu berapa orang sebab tak terdetik pun dalam hati aku secebis hasrat untuk membilangnya. Sesiapa nak try rasa penangan lutut kidal aku, silalah ajukan soalan tersebut tanpa rasa bersalah dan was-was. Nescaya aku takkan ragu-ragu untuk menghadiahkan tujahan lutut kidal ni kepada kau. Mahu?


Ok. Bukan lutut yang jadi motif entry ni. Cuma aku ingin ketengahkan bahawa tak sia-sia aku keluar malam ni sebab aku dapat tengok awek melayu berbaju kurung. Whoaa.. Excited tahu tak? Serious teruja bila dapat jumpa awek pakai baju kurung kat sini. Lebih-lebih lagi bila awek tu pakai baju kurung pergi supermarket. Bersiar-siar dan bershopping sakan sambil memakai baju kurung. Susah nak jumpa tahu? Susah ok, susah! Kadang-kadang pun belum tentu jumpa apatah lagi jarang-jarang. lagipun, kau bukan tak tahu aku suka awek berbaju kurung. Jadi, tolong pakai baju kurung boleh? gahaha


Baik. Aku rasa entry ni tak bermotif. Adalah lebih baik jika aku berhenti sekarang. Mudah-mudahan, kau akan terselamat dari terbaca entry gedik aku ni. hahaha. Kaitan dengan tajuk? Kitorang just makan kat tempat tu. Itu je kaitannya. kehkehkeh. Mintak diri dulu, assalamualaikum.


crispy chicken sandwich
crispy chicken sandwich. makan best, harga pun best. =P


*buat awek baju kurung hijau ngan baju kurung merah+pink+hitam(confuse sebab tak tengok betul2) tadi, teruskan pakai baju kurung ok? hehehe. okbai~
Thank you for reading this entry !

28/07/2011

Dulu & kini

Assalamualaikum.


Dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku sudah tamat pengajian di Maahad Qiraat Shoubra. HAHA. Sebenarnya aku dah lama habis. Bermula pada hari keluar result final hari tu lebih kurang seminggu yang lepas. Dan alhamdulillah, aku dah berjaya meluluskan diri dengan selamatnya manakala Izwan pulak dah berjaya lulus dengan cemerlangnya. Sila paham betul-betul ayat tu. =P


Oleh yang demikian, aku tanpa segan silunya mengumumkan bahawa kitorang akan pulang ke negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju rahmat bahagia Tuhan kurniakan raja kita selamat bertakhta(seriously aku search google cari lirik lagu negaraku HAHA) pada 30hb ni. InsyaAllah.


Dalam sedar tak sedar, dah 3 tahun aku berada dibumi yang jarang hujan ni. Kejap? Ke lama? Nak cakap kejap tipu sangat sebab aku sendiri rasa 3 tahun satu tempoh yang lama. Dari takde janggut sampailah berjanggut dan sekarang tunggu masa berjambang pulak. kehkehkeh. Akan tetapi, memandangkan aku ingin menghasilkan ayat cliche, maka aku akan cakap seperti yang berikut ;


"3 tahun berada kat sini rasa macam kejap je. Rasa macam baru semalam 1st time sampai sini tapi hari ni dah abis belajar dah. sedihnye :'( "


atau


"pejam celik pejam celik dah abis study dah. Rasa belum puas lagi duk kat sini. Alangkah best kalau dapat undur masa =( "


Nampak tak ke'cliche'an ayat aku? Nampak tak nampak tak? Oleh kerana kau nampak(motif sebenar nak cakap kau tak buta) aku akan tunjuk gambar sikit. Kalau kau spesis makhluk yang tak CACAT PENGLIHATAN rabun, sila cari perbezaan antara gambar di bawah. Boleh?


DSC02048
gambar 1


DSC_0203
gambar 2


DSC_0211
gambar 3



Camane? Dapat cari ke tidak? Sila jangan buat muka sedih konon nak suruh aku bagitahu jawapan. Aku takkan bagi. Never say never! Dan mintak tolong jangan bagi jawapan bodoh seperti gambar satu baju lain gambar dua dan tiga baju lain. Jawapan tu langsung tak kelakar ok! If ada yang bagi jugak jawapan macam tu, insyaAllah aku akan buat-buat gelak demi menjaga hati si pengomen. HAHAHAHA


Tak dapat jawab lagi? Ok sekarang boleh tengok kat random. Situ ada jawapan. Okbai~


Random.
#gambar 1st ialah gambar tahun 1, masa memula sampai sini.
#gambar 2 & 3 gambar tahun 3(tahun akhir). insyaAllah akan jadi gambar terakhir.
#orang yang sama, tempat yang serupa cuma masa yang berbeza.
Thank you for reading this entry !

26/07/2011

Summer Trip : Hurghada part #2

Mintak maaf sebab terpaksa buat dua bahagian. Demi menjaga kebaikan semua pihak, ini adalah yang terbaik. Sila terima dengan hati yang redha dan pasrah. Jangan tahu salahkan takdir sahaja. Belajarlah untuk menerima dengan dada yang lapang dan jiwa yang beriman. Cewahh! praktis tazkirah nampak? kehkehkeh.


Aku bukan apa, tujuan aku buat dua bahagian sebab aku sendiri tahu tahap ke'laju'an internet connection korang. Saling tak tumpah macam siput vavi main polis entri dengan kura-kura. Ye dak? HAHAHA. Jadi ini adalah satu langkah yang efektif. (sila puji kebijaksaan penulis) xD


Teruskan membaca..


Day #2


Pagi-pagi dah bangun sebab bas bertolak jam 8 pagi. Actually bangun awal lagi sebab subuh pukul 3 lebih. Tapi takkanlah tu pun nak tulis kat sini jugak kan? Tulis detail satu-satu. Ingat nak buat repot mangsa ragut ke hape? Nanti apa pulak orang kata. Mau bernanah telinga kena tocer. hehe


Lebih kurang jam 8, kitorang bertolak ke Giftun island.


DSC_0500
ni masa menunggu dekat lobi hotel. boleh tahan jugak waktu menunggu tu. mau kematu bontot aku.


DSC_0506
ni pulak hero hindustan


DSC_0543
dah naik atas bot, haruslah posing reramai. ye dak?


DSC_0585
aku rasa kacak lah gambar ni. kau rasa tak? haha


DSC_0589
harap gambar ni tak seksi


DSC_0620
kiri dari nepal, tengah dari indon, kanan dari malaysia


DSC_0603
>.<


DSC_0618
sume spek ray ban kot~


DSC_0664
kameraman kedua


DSC_0714
bersantai (lah konon)


DSC_0767
ni la bot kitorang. (bot ke?) lalala


Kitorang kat Giftun Island ni kejap je. Dalam sejam lebih-lebih sikit. Kejap pun takpe ah sebab kitorang just mandi pantai je pun kat sana. Nak mandi lama-lama pun takde feel jugak. Air masin sangat weyy! Tertelan seteguk dah rasa macam makan sekilo garam. Terus kemut muka aku kau tahu? hehe. Lagi satu, cuaca panas gila. Tak sanggup aku nak menahan tubuhku yang gebu lagi suci serta mulus ni untuk mengadap cahaya matahari bersuhu 40 celcius(atau lebih) lama-lama. Faham?


Dengan sebab itulah aku tak berapa suka mandi pantai. Aku lebih minat mandi sungai or air terjun. Senang cerita, aku lebih suka mandi air tawar dari air masin. Tapi, kalau nak ajak pergi lepak kat pantai, aku memang suka. Hanya lepak oke! Mandi tamau~ kih3


DSC_0783
sebelum menghitamkan kulit

DSC_0849
lepas mandi pantai

DSC_0800
u.s. polo assn & rayban


Lepas siap mandi pantai, kitorang naik bot balik untuk aktiviti snorkeling. Kalau ikut tentatif asal, memang snorkeling tapi bila dah tak cukup alat untuk snorkeling, masing-masing buat hal sendiri. Hal yang camane? Mandi laut tanpa jaket keselamatan! Gila tak? Tapi keje ni khas untuk mereka yang dah mahir berenang lah. Setakat baru belajar nak mengapungkan diri tu, awal-awal lagi dah kena sekat dari terjun. hahaha.


DSC_0956
sumpah dalam gila masa ni (motif nak bagitahu terer berenang! HAHA)


DSC_0977
sekali mat saleh pun join kitorang. matsaleh (lah sangat)


DSC_0927
peace yaw!


DSC_1021
ni dah nak balik. lepak belakang bot. syok sungguh!


DSC_0039
jumpa lagi. babai~


Sebelum aku mengakhiri penulisan, sedikit pesanan kepada sesape yang berniat nak baca entry ni tetapi mempunyai masalah internet yang sungguh sial, aku sarankan agar kau tengok gambar kat fb aku. InsyaAllah aku akan upload kat situ. Ok itu je. Assalamualaikum.
Thank you for reading this entry !

25/07/2011

Summer Trip : Hurghada

Assalamualaikum.


Pada suatu hari yang damai... Weyy! Tayah menggedik konon nak buat entry cerpen LAH SANGAT! Cepuk nak? arghh


Fine fine. *sentap*


Tanak cakap banyak, terus ke isi ok? Ehem.. Seperti yang aku dah janji, aku akan buat entry pasal percutian tu. Lantak kau la nak baca ke tidak. Tanak baca pun takpe sebab takde isi penting dalam ni. Mamat hensem pun takde. Cuma cerita pasal dua tiga ketul makhluk. Lebih tepat lagi segerombolan TERUNA perasan kacak. Kenapa teruna di 'caps lock'? Haruslah capslock sebab hampir kesemua belum berpunya. Jadi tunggu apa lagi? sila pilih yang mana berkenan di hati sanubari. Sila klik pangkah di bucu kanan screen masing-masing jika tanak baca. Tak susah kan?


Eh? Tak klik lagi? 


Kalau tak klik tu maknanya kau nak baca lah kan? Pelis jangan annoying dengan entry ni sebab kau sendiri dah rela. Deal? hahaha


Well, percutian kali ni ialah untuk kali ke.. Err, aku sendiri dah lupa. Bagi aku, mungkin ni percutian kali terakhir untuk aku ngan izwan di negara ni. Sebab apa? Nanti aku story di entry lain. Entry lain lagi? Nampak sangat saje nak pancing readers kan? Ohmai! Keji sungguh perilaku kamu wahai penulis. wakaka #adeakukisah


Percutian ni memakan masa selama 2 hari 1 malam. Kejap kan? Kejap atuk hang! Hang tau dak sekarang ni musim panas? Jadi suhu dia tak kurang dari 35 celcius. Kau boleh bayang tak betapa 'sejuk'nya cuaca kat sana? Tu baru cuaca, belum campur lagi dengan orang sekeliling. Sumpah hot lah aku cakap. Eh tak cukup! Hot sangat dan sangat dan sangat lagi dan tambah lagi hot satu lagi dan tambah dan terus tambah sampai kau tak larat nak baca tahap hot sangat ni. hahaha. Harap kau faham maksud hot aku tu. >.<


Tapi kau jangan risau pasal aku. Aku masih boleh maintain cool walaupun keadaan sekeliling dah hot kuasa kuda kali kambing kali zirafah kali seladang milik nenek angkat jiran sebelah umah adik ipar isteri kau. ngee


Nak gambar? Kejap, aku tengah pilih ni. Banyak gila gambar sampai aku pun keliru nak letak mana satu. yang sensor, yang sopan, semua ada. Kau cakap je nak yang mana. Sebelum kau cakap, terlebih dahulu aku bagitahu aku akan letak gambar yang sopan je. Ok boleh pilih sekarang. AHAHA


Day #1


DSC_0019
ni masa bas benti kejap untuk solat subuh. muka baru bangun tido kan?


DSC_0009
eh eh baru bangun tido pun masih taff? fuiyoh2, kagum mak! haha


Sampai sana lebih kurang jam 8 pagi setelah hampir 7 jam perjalanan. Lepastu rehat secukupnya hingga petang. Masuk jam 2, terus pergi bersantai kat pantai. Nak sunbathing (lah konon).


DSC_0134
main air paras paha je.


DSC_0141
posing kemain


DSC_0097
ni pulak memang bajet jadi model mangga


Bila dah puas main air, bersunbathing bagai sambil menggelapkan kulit yang dah sedia gelap lagi kelam, kitorang pun lepak-lepak sambil cuci mata. Masalahnya, bukan setakat mata je yang cuci bahkan hati pun turut sama tercuci. harharhar. Ingat nak blah awal tapi tetiba rasa rugi kalau buat macam tu sebab nak masuk tempat ni dah berbayar. So layan jela apa yang ada depan mata. kehkehkeh.


DSC_0263
nampak tak hasil main panas? memang gelap kan? pfft~


DSC_0249
makan eskrem memang syok woo


DSC_0313
auw auw~


DSC_0329
hambik kau! sekali pose tanak kalah!


DSC_0300
"hai saya fikri"


DSC_0299
"saya pulak zuhdi"


Day #1 Night


Tentatif program kitorang takde la strict sangat. Senang aku cakap, percutian kali ni ala-ala santai gitu. Rilek je. Tayah nak bertungkus-lumus kejar masa. Mungkin sebab kitorang ikut travel indon kot. Sebab tu ah jadi rilek semacam. Jalan pun siap lenggang kangkung, lengkuas, kunyit, dan bermacam jenis rempah ratus lagi. hahaha.


Pada sebelah malam, kitorang dibawa ke pasar saqalah(if tak silap). Masa kat sini lah aktiviti meng'ushar' paling kebabom. Memang betul-betul punya ushar lah aku cakap. Dengan awek russia yang berdahi licin, flawless lagi. PERGHH! Santapan mata betul! Tu belum masuk lagi bab hidung. Masing-masing stok boleh luka woo kalau kena. Yang confirm luka of course la hati beb! Hati mana tak luka tengok awek secun awek russia? Menusuk kalbu, meruntun jiwa. Haihh~ kena puasa gamaknye aku ni. hehe



Tambahan, awek russia ni bukan sahaja cun malahan mereka juga termasuk dalam golongan kaum hawa yang hot. Berpeluh aku menengoknye. keh keh keh. 


Sedikit info, 80 peratus pelancong yang datang ke sini ialah dari russia. Jadi tak pelik lah kebanyakkan signboard or label banyak yang ditulis dalam bahasa russia daripada BI. Kredit untuk arab yang bagitau. Kalau dia tipu, maka tipulah aku. got it? ;)


DSC_0379
naik bas before keluar shopping (lah sangat)


DSC_0384
pasar amende ntah. lupa nama. haha


Setelah hampir 3 jam meronda, perut pulak meronta mintak diisi. Memula plan nak masuk mekdi tapi selepas proses pemantauan dan kunci kira-kira dilakukan, terus tak jadi nak melantak dekat situ. Salah satu sebab tak jadi sebab mahal sangat. Sebab kedua ialah bajet dah makin menipis. Sekepala LE30. Kalau 10 orang dah LE300. Kitorang semua 15 orang. Kau kira sendiri lah berapa modal perlu dikeluarkan. Terus kopak sponsor. tehee


Tukar plan, sponsor ajak g kepsi. Lebih jimat sehingga menjilat dompet sendiri. =D


DSC_0402
adakah teruna berbaju oren ni tukang sponsor? wallahu a'lam! HAHA


DSC_0409
masa mencekik dekat kepsi jumpa pulak spesis ni. masing-masing sibuk nak bergambar. nampak tak sape paling eksaited? siap pegang tangan lagi. haha


DSC_0406
tatau motif apa. licin jugak wajah aku ni. cun jugak lah kepsi kat sini. kan?


Siap makan, lepak kat luar kepsi sebab nak tunggu member yang bernafsu besar yang masih tengah makan. Eh, apesal detail sangat aku cerita neh? Kau baca tak? hahaha


DSC_0444
geng bangsawan? mungkin. HAHA


DSC_0487
ni la makhluk bernafsu makan besar. makhluk #1


DSC_0488
ni makhluk #2


DSC_0481
yang ni bukan sebab asal usul kejadian dari besi iaitu robot. keh3 ai gurau oke!


Setakat ni dulu. Tapi entry ni belum habis lagi tau. Aku terpaksa stop sebab dah panjang sangat. Kepada sesiapa yang dah baca sampai ke ayat ni, tahniah dan terima kasih aku ucapkan. Kau memang readers sejati aku. Kalau aku cakap aku sayang kau, agak-agak tu dikira gedik tak? hahaha. Nanti aku buat sambungan dengan part #2. Ok? babai~
Thank you for reading this entry !

23/07/2011

Bermusafir Lagi

Assalamualaikum.


First of all aku nak mintak maaf bebanyak sebab dah lama tak update. last skali hari rabu kan? tu pun update gambar sekeping je. dah la sekeping, gambar pulak asyik muka sama. semua gambar bajet hensem lah, bajet macho lah, tapi kacak tak bajet sebab dah memang kacak. HAHAHA ! #mamatperasan


DSC_0174
sape cakap aku tak pakai pink?


Sempena dengan ketidakupdatekan aku tu, aku susun dua puluh jari(pinjam jari izwan nak cukupkan 20) memohon kemaafan kepada pembaca yang setia bukak blog ni hari-hari dengan harapan aku akan update tapi pada hakikatnya aku tak update pun. ehem.. ada rasa kecewa tak? hahahaha padan muka!


Tapi tapi tapi..


Jangan nak salahkan aku pasal ni. semua tu bukan sengaja dan bukan kehendak aku sendiri. aku pun tatau kenapa sejak akhir-akhir ni, nafsu aku terhadap blog dah makin kurang. sungguh tak tipu! kalau dulu blogwalking tu kemain laju kau tahu? asal ada awek cun update, otomatik jari akan klik. tahap kelajuan otomatik tu slow sikit dari kelajuan cahaya. kadang-kadang sama dan boleh menyebabkan cahaya dengki dengan aku. dengki(lah sangat) wekk!


Tapi sekarang? hurm.. aku agak suster ngengsot belakang kau tu lagi laju kot.


Mengikut pengamatan aku, mungkin ni kesan dari bulan syaaban bulan untuk beribadah, jadi segala aktiviti yang berunsurkan nafsu ni turut berkurangan. lepas ni bulan ramadhan. agak-agak aku tak update langsung kot? cewahh! ayat mintak lutut kan? silakan, jangan malu jangan segan nak kasi. lalalala~


Ok dah cukup merapu ni. actually aku nak cite pasal percutian aku. hah? percutian? bila aku pegi? hello.. kan aku dah gtau aku pegi bercuti nun atas sana. SILA SCROLL BALIK TETIKUS TU. tak jumpa? fine fine, aku tak tulis pergi bercuti cuma tulis bermusafir je. sorry, my mistake. hahaha


Malangnya, secara tiba-tiba aku rasa tanak cite lagi dekat sini. apa kata kau tunggu aku update lepas ni. orait? insyaAllah aku cite. entry lain lah tapi. pastu, boleh tak kau anggap entry ni entry rehearsal? tanak rehearsal, teaser pun boleh. okbai~


DSC_0338
ni sebagai pendahuluan. >.<


Tak cukup hot? baiklah. kau tatap gambar ni pulak. tapi pelis jangan komen apa-apa pasal ni. mintak tolong ni. lagi baik kalau kau buat tak nampak je gambar ni. boleh?


DSC_0169
sila tutup mata. okbai~
Thank you for reading this entry !

17/07/2011

Dugaan Bagi Seorang Blogger

Assalamualaikum adik kakak abang makcik atuk nenek dan keluarga ipar sekalian. selamat sejahtera saya ucapkan buat pengerusi majlis, para hakim yang memang takde kat sini, juga pembaca-pembaca semua. sebelum saya meneruskan penulisan saya, izinkan saya menukar kata ganti diri saya dahulu. saya rasa sangat janggal apabila menggunakan kata ganti diri ni. kekok pun ada. sebetulnya, saya merasakan diri saya gedik apabila saya gunakan lafaz "saya". KAH KAH KAH.


Ok dah. aku tahu intro macam orang terencat. tapi takpe je kot kalau buat intro terencat untuk pembaca yang tidak siuman. matching kan? gahaha. ok sorry, aku gurau. terus masuk isi boleh?


Seperti yang korang semua baca dekat tajuk, dugaan bagi seorang blogger tu banyak. paham banyak kan? bila sebut banyak, semestinya ia bukan sikit. setuju? jadi, bila bukan sikit maknanya of course la banyak kan? eh, apehal bangang semacam ayat aku ni? ehem.. ada sesape rajin tak? mintak tolong pelempang kepala aku boleh? aku rasa ada something wrong ah dalam otak ni. fius terbakar kot. =P


Ok serious. Salah satu dugaan blogger ialah apabila kau nak update, kau tak tahu apa yang perlu kau ceritakan. tanak update, dia punya gelodak jiwa nak update tu melonjak-lonjak seperti lembu mengidam nak makan rumput kat padang EPL. nak update pulak tatau nak tulis apa. situasi kau ketika ni ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati bini. jadi memandangkan aku ni takde bini lagi, aku telah memutuskan untuk membuat satu keputusan yang bijak iaitu kemam je. dengan ini, mak ngan bapak aku terselamat cuma bini je yang innalillah. sorry yang, abang kena utamakan orang tua dulu. syurga abang kat tapak kaki mak. sayang tahu kan? HAHAHA !


Well, sekarang dah paham tak apa aku cuba sampaikan? dah dapat motif aku? ececey.. diam tu nak tunjuk tahu ke? pelis jangan tipu. tak baik menipu bulan syaaban ni. bulan ramadhan pun tak baik jugak. senang cakap, semua bulan tak baik menipu. aku tahu kau tak tahu. jadi baik aku terus terang je eh? motif aku kat sini ialah, bila kau tak tahu nak update apa, kau merapu je. tulis apa yang kau rasa nak tulis. tayah pikir sangat ada isi ke takde. yang penting, hasrat hati kau tercapai. kau tak dilema dengan gelora nafsu nak update tu. kan tu lebih baik. auww~


Pasal readers? tak payah kisah sangat. bukan ke dorang sendiri bukak blog kau? dorang klik pun dengan kerelaan hati. mengikut kehendak nafsu dan naluri dorang sendiri. takde sape-sape paksa. jadi bila dorang dah rela bukak, entry macam mana pun dorang tak boleh marah. entry mengomel merapu membebel pun dorang kena redha. terima dengan dada yang lapang, jiwa yang tenang, hati yang sejahtera. ye dak? harharhar. okbai!


*mintak maaf eh entry cenggini. peace yo! keh3.


DSC_0232
jangan percaya sangat gambar mamat ni. gambar putih kemain, padahal sepesen dengan bangla. >.<

Thank you for reading this entry !

15/07/2011

Pandangan Yang Menyejukkan Mata.

Kau pernah rasa macam ni tak?


Kenapa tiap kali aku tengok dia, aku tak pernah puas? makin lama aku tengok, makin sejuk hati aku? makin lama aku pandang, makin tertarik aku rasa? kalau boleh, aku taknak alihkan mata ni dari tatap muka dia. kenapa aku rasa macam ni hah?


"...Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)..." (al-fath : 29)


Kerana setiap amalan yang kamu kerjakan terpancar dari wajahmu. jika baik amalanmu, maka jernihlah wajahmu. jika buruk amalanmu, maka keruhlah wajahmu. ketahuilah bahawa nur(cahaya) pada wajah adalah anugerah dari Allah kepada hamba yang taat dan ikhlas mentaatiNya. =)




*entry hari jumaat.


faith in Allah
-gambar hiasan-
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails