31/05/2011

SMS

Alahai.. ber'sms' dengan orang jauh ni leceh kan? obesea pulak tu. satu sms kena caj 80 sen. 2 sms dah jadi singgit 60 sen. kalo 3 sms dah jadi bape hah? aku malas nak kira. nak congak pon dah terer sangat ni ha. henfon pulak macam dah senyap je. abes bateri lettew~ kalo tak dah boleh tekan calculator. keh keh.


Itu caj yang aku kena, orang sana nak reply balik pulak 50 sen per sms. 2 sms dah singgit, 3 sms jadi singgit setengah. wahaha. bangga kejap dapat jawab sampai 3 kali. kalo ko nak tahu, aku ni terlebih terer dalam sifir 5. sifir lain ntah ke mane peginya. oh ye, sifir satu pon tak kurang hebatnye! xD


Papepun, nak tanak kena redha. sape suruh ber'sms' bagai? sedangkan cara berhubung yang free belambak, nak jugak sms. macam lah ko tak tahu sms mahal sebab msg tu nak kena naik flight, pastu kapal selam, n then naik teksi sebelom sampai kat henfon ko. logik ah mahal kan? hahaha.


Okay dah. memang entri ni takde motif. saje gedik nak post kat blog. tapi sebelom aku blah, aku nak cakap duit sini lebih murah dari mesia. jadi, 80 sen ai lebih murah dari 50 sen yu tu! BHAHAHA. ok tu je. babai~


DSC_0011
rilek der. 80 sen sikit jelahh. tayah nak buat muka bengang pon takpe kot.

Random.
#sepatutnya publish semalam.
#thanks sebab reply sms. HAHA XD
Thank you for reading this entry !

30/05/2011

perihal blog #komen

Okay hai! assalamualaikum.


Boleh aku teruskan pasal tajuk ni? rasa tak perlu kot nak buat intro sebab dekat sini dah ada intro. ni sambungan kan? gahaha.


Okay proceed.


Komen. tu dalam bahasa melayu. dalam BI eja COMMENT. hoi! tak payah nak tunjuk pandai pun takpe kot izuddin? (v_v)


Kalau kau seorang blogger, kau mesti mahu entry kau dapat banyak komen. setiap entry. tak kira lah orang puji cakap best, masyuk, nice, terbaik, ataupun blablabla, benda tu akan buat kau jadi gembira. setuju? bagi aku, kadang-kadang komen ni boleh mengubah niat kita. tambah-tambah lagi bila kau buat entry pasal teguran, tazkirah, dan seumpama dengannya. niat kau yang pada awalnya suci bersih boleh berubah jadi keruh kotor.


Contoh, kau buat satu entry pasal isu tudung. niat kau cuma satu iaitu nak sedarkan orang-orang yang sememangnya sukar untuk bangkit dari mimpi. kalau mimpi ketika fantasi tu senang tapi ni mimpi di alam realiti. Macam mana kau nak sedarkan orang macam ni? kau pun taip-apa-jenis-entry-dengan-point-yang-berbaur-sindir-apa-apa-jelah. and guess what? entry kau kena dengan selera dorang, dorang tak melenting, dan dorang pon setuju dengan kau. lepas tu? dorang pon tulis komen.


"cara teguran yang baik"

"nice try"

"terkesan di hati"


DING!!~(email received). 
kau pun buka. baca. senyum.


Heyy! kau kena hati-hati sebab masa ni setan dah mula main peranan. terdetik dalam hati kau sedikit perasaan bangga sebab dapat sedarkan orang-orang yang baca entry kau. persoalannya, kau perasan tak itu adalah satu penyakit yang dapat merosakkan tujuan kau. yep, itu riak. penyakit hati yang boleh membuatkan niat asal kau berubah. boleh mengosongkan pahala kau. sedar tak?


Jadi, apa yang aku cuba sampaikan disini bahawa komen beri kegembiraan pada kau tapi kau juga harus ingat kadang-kadang komen ni boleh memesongkan niat kau yang pada awalnya ikhlas berubah menjadi riak. benda kecik pada pandangan tapi memberi impak yang besar dalam hati. boleh menggelapkan hati kan? hish~


Kesimpulannya, hati-hati dalam memberi dan menerima komen. setiap benda ada baik dan buruk. terpulang pada kau bagaimana cara untuk kau mengatasi keburukan tu. till then, assalamualaikum =D.

 


Random.
#rajin pulak aku update skang nih.
#final makin dekat, masih lagi cool. gila. harharhar xD
Thank you for reading this entry !

cucuk duit

Seperti biasa, apabila tiba hujung bulan, dua beradik macho(lah sangat) akan berbincang mengenai duit poket mereka.


si abang : weh dik, ko nak g cucuk duit bile?

si adik : entah lah. apesal? duit ko dah kering ke?

si abang : takdela kering sangat. gersang je. setakat nak beli gula-gula tu boleh lagi kot. hahaha

si adik : nanti ah aku kuar petang ni. kita pegi skali ok?

si abang : bagus. nanti cucuk banyak-banyak. aku nak beli downy, biskut, coklat, bla bla bla.

si adik : ko gtau aku watpe? bukan kita g sama-sama ke nanti?

si abang : err?! aku masak la weh. turn aku malam ni. tehee~

si adik : ceit! selalu amik kesempatan. memang selalu aku je kena. pfft~

si abang : nasib ah! sape suh ko pegang kad. lagipun, bukan sengaja la weh, masak tu tanggungjawab kot. kahkahkah =P

si adik : !@#$%!!


Kadang-kadang untung ada adik baik camni. ko boleh suruh je apa yang ko nak. asalkan pandai cari alasan, sampai bila-bila ko akan selamat. harharhar. xD


DSC_0227m
ni pulak contoh abang yang baik. gahaha!


Random.
#tatau nape rasa nak update 2 kali hari nie.
#aku harap nasi aku tak hangit sebab tulis entry nie. kehkeh xD
Thank you for reading this entry !

29/05/2011

perihal blog #follower

Assalamualaikum. apa khabar? harap kau sihat disamping amal ibadah kau terjaga. kalau badan sihat tapi amalan entah ke mana, apa guna nikmat sihat yang kau ada kan? jawab sendiri..


Hahaha. apa motif aku buat intro macam nak telan orang. tenang ye, aku bukan macam tu. saje try tulis entry dengan mood marah dan macam tu lah jadinye. jadi kesimpulan, menulis bila marah akan mempengaruhi penulisan kau. kan kan? xD


Okay kali ni aku nak cakap pasal blog. mungkin entry ni berbaur sinis tapi macam biasalah. sindir sipi-sipi harus ada. baru syok bila baca. ye dak? hoho.


Follower. widget yang sering digila-gilakan oleh sebahagian orang yang bergelar blogger. perhatikan betul2, aku tulis sebahagian bukan semua. jadi sesiapa yang tak pandang benda tu jangan nak terasa. kau termasuk dalam sebahagian yang lain ok! bila kau masuk satu blog, benda pertama kau tengok ialah follower. jangan tipu sebab aku sendiri pun terikut-ikut dengan ukuran tu. ukuran bila follower blog tu ramai, maka blog tu famous. padahal..? (jawab sendiri)


Tak dinafikan bahawa bilangan follower menggambarkan tahap sesuatu blog. banyak blog yang ramai follower dan mutu entrynya sangat memberangsangkan. maksud aku entry yang ada motif, nasihat, dan cadangan. kalau blog ni memenuhi ciri-ciri tersebut, aku langsung tak hairan dengan jumlah followernya. sesuai!


Tapi bila aku masuk satu blog yang jumlah follower ramai tapi bila aku teliti entrynya, aku langsung tidak dapat sesuatu dari blog tu. kosong. tiada input mahupun output yang aku peroleh melainkan tulisan yang berbagai jenis font. reaksi aku? tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa. sebab bila kau masuk, kau harapkan sesuatu yang boleh kau ambil. walaupun satu! betul tak?


Entry ni aku tak nak salahkan sesiapa sebab blog tu blog kau. kau yang buat, kau yang taip, kau yang punya. tapi jangan kau salahkan orang lain bila nanti hanya kau sendiri yang baca. bagi aku, tak salah kalau kau tulis sesuatu yang boleh bagi manfaat pada orang lain. sebab bila macam tu, pahala orang tu pun kau turut dapat sama. tak rugi bukan?  


Sekian. terima kasih sudi baca entry ni. =)




Random.
#aku tengah usaha nak hasilkan entry bermutu(lah sangat).
#takde tuju kat sesape, sekadar muhasabah blog. harharhar xD
Thank you for reading this entry !

28/05/2011

Random Talk : Nestum.

Assalamualaikum.


Hari ni aku rasa bosan sangat. tak tahu kenapa. bila dah rasa macam ni serious aku kena buat something. yep, aku rasa nak menulis. walaupun aku tahu takde benda untuk aku ceritakan. aku tak tahu sejak bila menulis ni jadi hobi aku. mungkin sejak aku berkecimpung dalam arena blog ni. hehe.


Aku cerita pasal kisah kecik aku boleh?


Dulu, aku ingat lagi aku bukan dari keluarga yang senang. maksud aku bukan semewah sekarang. kalau sekarang aku boleh dapat apa yang aku nak, tapi dulu bukan macam tu. 


Aku ingat lagi zaman aku dalam 1-3 tahun. masih budak-budak ok, jadi tak perlu lah kau imaginekan aku kacak sangat sebab masa tu aku masih lagi comel. belum transform ke arah kacak lagi. gahaha. okay bukan itu aku nak story kat sini. masa tu keperluan bagi seorang budak ialah nestum. malangnya, keadaan kewangan keluarga aku tidaklah dalam keadaan yang mengizinkan untuk aku menikmati makanan yang bernama nestum tersebut. nestum pada masa tu aku agak mungkin mahal jika nak dibandingkan dengan pendapatan abah aku. itu aku rasa, yang betul-betul aku tak pasti sebab pada umur tu aku tak reti lagi nak becok macam sekarang ni. ha ha ha.


Jadi korang tahu tak alternatif apa yang umi aku buat untuk menggantikan nestum? aku pasti korang tak tahu! umi aku masak nasi n then dia penyetkan gula dengan nasi tadi. aku sendiri tak tahu apa nama komersil bagi makanan tersebut tapi aku dan izwan lebih suka panggil 'nasi gula penyet'. kelakar kan? haha. rasa dia pon enak tahu?(mungkin hanya enak bagi budak berumur 1-3 tahun -.-").


Ehem. itu salah satu memori budak-budak yang aku ingat sampai hari ni. masa sekolah rendah, aku sempat tengok lesung kayu yang umi aku guna untuk penyet gula dengan nasi tu. tapi sekarang aku rasa benda tu mungkin lupus dimakan zaman. hahaha tak payah analogi sangat izuddin, benda tu mungkin dah dibuang. aku cuba cari balik masa balik baru ni tapi tak jumpa. tinggi kot nilai sentimental lesung tu bagi aku. sob sob sob T_T.
 
 
Aku rasa budak-budak sekarang dah tak merasa makan makanan macam tu. sebab sekarang ni dah macam-macam makanan budak yang wujud. nak bagi contoh pun aku sendiri tak tahu contoh lain selain nestum. lagipun, aku tak amik kisah sangat pasal makanan budak-budak ni. tak berminat. dan mungkin minat aku akan berubah bila aku dah ada anak nanti. kehkehkeh. ok bai~


memang tuk baby kan?


Thank you for reading this entry !

26/05/2011

penunggu cinta.

Cakap pasal cinta ni takkan ada penghujung. sungguh. bila kau tanya apa yang dimaksudkan dengan cinta, kau akan peroleh seribu satu jawapan. lain orang lain jawapan. ya, jawapan tentang cinta. makin kau fikir, makin semak dalam otak. tak caye? kau try la. hanya kamus dewan yang kekal dengan definisi cinta. itu pun tetap berubah bila edisinya diperbaharui.


Bagi aku, pendapat orang tentang cinta ni berdasarkan hidup mereka. mereka akan faham erti cinta mengikut kehendak mereka. dengan garis hidup mereka sendiri. dengan apa yang mereka lalui.


Sebagai contoh, orang yang tidak pernah putus cinta pasti akan mengatakan bahawa cinta mereka sepenuh hati. tapi tidak bagi mereka yang selalu kecundang dalam cinta. mereka hanya bercinta dengan sebahagian perasaan mereka. sebab? sudah pasti mereka tak mahu rasa yang pernah mereka alami itu berulang. seandainya ia masih berlaku, sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai ruang untuk mengisi 'cinta baru' bukan? ehem.


Kisah cinta aku? HAHA. jujur aku cakap, aku pernah mencintai tapi tak pernah bercinta kerana setiap cinta memerlukan 2 perkara. satu, mencintai. dua, dicintai. baru lengkap cinta tu. ye dak? senangnya, aku ni takde pengalaman bercinta. kehkehkeh.




Arghh..! mahu sewel bila cakap pasal cinta ni. macam aku cakap tadi, makin kau fikir, makin semak otak kau. jalan terbaik, just let it be. cinta pasti hadir bila tiba masanya. tugas kau hanya perlu tunggu. tunggu, tunggu, dan tunggu. usah pertikaikan soal tempoh sebab menunggu tu jugak salah satu usaha. hahaha. setuju?


Aku? aku seorang penunggu cinta. ia akan berakhir pabila aku punyai seseorang(atau lebih) yang bernama isteri. hakikatnya, cinta hanya layak bagi yang halal untukmu. simple right? *senyum*


sekian.


"sekiranya cinta 'singgah' dalam hatimu, itu bukanlah cinta kerana cinta itu 'hadir' dan ia 'kekal' di tempatnya. =)"


entri ni wujud sebab benda ni. kehkehkeh.


Random.
#cinta monyet tak termasuk dalam ni.
#couple masa alam sekolah pun sama. kehkehkeh
#dah potong rambut. sekarang ni style mawi. haha
Thank you for reading this entry !

23/05/2011

tentang wanita.

Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.


Dia menjawab ;


Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang 1 tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali 0.


(-.-")


"bila kau sanggup berubah demi seseorang, dan perubahanmu itu mendatangkan kebaikan buatmu, ketahuilah bahawa itu adalah cinta. =D"


*simple tapi mendalam kan? kehkehkeh.


Random.
#kredit kepada ahmad nidzamuddin bin zaini.
#takde dah.


DSC_0256
dah takde gambar awek nak taruk, haruslah gebang gambar sendiri kan? gahahaha
Thank you for reading this entry !

22/05/2011

mintak maaf.

Hai. assalamualaikum.


Aku terdetik nak buat entry pasal ni. sedang duk baca2 blog orang tadi, tetibe muncul idea. actually bukan idea sangat pon sebab aku rase ini mungkin lebih kepada menegur diri sendiri. tapi kalau tegur diri sendiri tayah tulis sini pon takpe kan? -.-" fine! terus-terang aku cakap, aku nak tegur diri sendiri dan orang2 di sekeliling aku. ngerti?


Pernah tak kau pikir, kenapa setiap kali kau buat salah dengan manusia kau akan jadi tak senang duduk. maksud aku, duduk pun tak senang, berdiri pun sama. kau akan jadi serba salah, buat ni tak kena, buat tu tak kena. selagi kau tak mintak maaf, kau akan terus rasa macam tu. ye dak? kalau kau tak rase macam tu kau harus risau sebab hati kau mungkin dah banyak kudis. serious!


Bagi aku, setiap kali aku buat salah dengan orang, otomatik aku akan jadi gelabah. kalut. rase macam something wrong somewhere. hambik kau, kan dah keluar omputih. walaupun aku tak reti, aku berani mencuba. haruslah aku seorang yang berani kan? kehkehkeh. ok kembali kepada tajuk, dan aku akan terus rasa bersalah selagi tak mintak maaf. tapi style aku bukan terus mintak maaf. aku amik masa sikit sebab aku tanak mintak maaf mase dia tengah menggelegak tu. mau pelempang free? takpun aku akan mintak maaf 2 kali. satu masa aku buat salah, satu lagi bila dia dah sejuk. #bukantipu


Persoalannya, kenapa bila kita(aku) buat salah dengan orang, kita(aku) terus rasa tak senang duduk sedangkan bila kita(aku) buat salah dengan Allah, kita(aku) langsung tak rasa apa2. diulangi, LANGSUNG! padahal, aku yakin kita(aku) lebih banyak buat salah dengan Allah berbanding dengan manusia. ye dak? dan aku rasa, mungkin sebab kita(aku) dah TERLALU banyak buat salah dengan Allah yang menjadikan kita tak rasa apa2. setuju? ce bilang bape kali 'rasa' aku tulis? gahaha.


Lastly, aku harap kau boleh pikir sama macam aku sebab kau dah tahu bahawa dunia sekarang manusia sudah terlalu angkuh, riak, dan takbur. hukum sudah boleh dijadikan mainan. pada siapa lagi kau nak mintak tolong andai hubungan kau dengan Tuhan kau masih lagi jauh? aku tujukan entry ni khas buat diri sendiri. ok bai!
Thank you for reading this entry !

21/05/2011

keTERUJAan.

Assalamualaikum. hai dan bai! ok boleh pangkah sekarang sebab aku tatau ape pon nak tulis kat sini. HAHA<--gelaktakikhlas.


Oit tunggu!! aku adeapehal buat entry sengal macam ni? dan kau pulak baru intro takkan dah nak pangkah kot? tak berbaloi tenaga yang kau guna pada jari telunjuk untuk tekan mouse semata-mata nak bukak blog aku. tuptup terus kau nak pangkah tanpa baca? membazir tenaga kau tahu? ok fine, perenggan kedua masih belom masuk isi. -.-"


Ni perenggan ketiga. aku harap aku dapat tulis motif entry ni kat sini. hurm.. honestly, aku nak tau kau sume perasan something tak dekat blog aku ni? sikit klu aku bagi, aku tak cakap pasal thema, bukan pasal header, bukan pasal background, jadi ape yang tinggal? dapat jawab tak? 3 saat aku bagi. satu.. dua.. tiga.. ok dah!


See! perenggan ketiga pon belom masuk jugak pasal motif. memang #janjipalsu lah kau jantan! gahaha. actually aku cakap pasal follower. cuba kau tengok angka dye bape? dah empat angka kan? ke aku je yang nampak 4 tapi kau still nampak 3? aku nasihatkan kau pegi check mata kau sekarang jugak. dah nazak tu. kalo nak tempah kain kapan pon sangat dialu-alukan sebab salah satu pancaindera yang memula ditarik sebelom kau #innalillahiwainnailaihiraji'uun adalah penglihatan. tu pon kalo tak silap. hehe.


Dah. ni perenggan last aku nak taip. buat entry takde motif pon tak guna taip panjang2. lepas habis baca, kau sumpah aku balik. paling cikai pon mesti terdetik dalam hati "hekeleh ini pon nak cite, riak lettew~". jadi dengan ni aku bukan nak riak ke ujub ke hape, cuma nak ucap terima kasih banyak2 kepada pembaca, pengikut(follower), dan pen'stalker'(lah sangat) yang sudi bukak, baca, dan support blog ni. serious aku terharu. terharu tu ayat cliche yang aku sengaja tulis sebab aku tau kalo tak tulis terharu macam takde feel pulak entry ni. setuju? gahaha. ok mintak diri dulu. assalamualaikum. terima kasih banyak2. ^^,


DSC_0149 e
ni salah satu hobi aku ngan izwan. try baju, amik gambar, pastu blah. beli ke tidak tak perlu kot nak gtau sini. ha ha ha.

Thank you for reading this entry !

20/05/2011

4x4 bahariya.

Assalamualaikum. okay tanak cakap banyak. korang boleh paham sendiri dengan tekan play kat video bawah ni. actually video ni dah lama cuma sekarang baru diupload. tayah tanye kenape sebab aku takkan layan soalan2 sebegitu. buang masa tahu? ehem.. aku dah berubah jadi matured(lah sangat). baru tadi. takmo gedik dah. umur 21 bukan masa tuk jadi gedik. paham?! kehkehkeh. lagi satu, kalo nak tengok gambar berkaitan dengan kejadian seperti dalam video, boleh try klik sini. tak rugi pon kalo bukak. serious tak rugi, tapi mungkin dengki. T.T


amaran : loghat klate dikesan dalam ni. slang klate bila berbahasa bm universal jugak wujud. jadi, harap waspada sekiranya tak paham. hahaha. ok bai~



Thank you for reading this entry !

19/05/2011

semalam gila.

Hai assalamualaikum. selamat hari khamis. ok intro tamat. 


Korang tau tak semalam memang gila? okay korang tak tahu sebab aku belom bagitahu lagi. HAHA. macam ni, semalam aku rase memang aku bantai gelak gila-gila punya. sebelom ni tak pernah kot. aku kan sopan(lah sangat). bukan aku sorang tapi sume yang ade sekali ngan aku pon bantai gelak. pecah perut! serious aku cakap memang habis power ah aku gelak semalam. eh berapa kali aku nak ulang ayat ni hah? citenya mana? -.-"


Fine. ni nak start la woi, cuba blaja sabar sikit. grr. semalam kitorang ade layan movie. i'm number 4 tajuk dye. ye, aku tau aku ketinggalan sebab cite tu dah lama dan kitorang baru je tengok. tapi ade aku kisah? aku punye la sabar tunggu download bluray citer tu. memang berbaloi ah. dye punye sound, punye gambar.. PERGHHH! menangis!!(terlalu excited)


Lepas tengok cite tu lebih kurang dalam pukul 1. orang lain dah tido kecuali kitorang. lepas tu kau tahu ape kitorang buat? mesti tatau kan? kitorang goreng daging burger. yep! goreng daging burger pada jam 1 pagi. ok tipu sikit, actually bukan aku yang goreng, kawan aku. tehee~


Masa dalam proses menunggu tu macam biase lah, orang malas seperti aku ni memang takde keje. nak tolong goreng tu memang tak la sebab dah ade yang buat. jadi, nak tanak aku terpaksa la memekak sikit. niat bukan nak memekak sangat pon cuma nak bagi hiburan tuk kawan-kawan. aku tak suka sunyi ok! (v.v) . murni kan niat aku? gahaha. izwan? layan bbm lettew, buat mende lagi. haha


Jadi, korang boleh imagine tak situasi dye? memekak-konon-tengah-karaoke-sambil-goreng-daging-burger-sambil-buat-lawak-buduh-pada-jam-satu-pagi? boleh imagine tak? tak? okay nampak macam aku sorang je yang excited. T.T


Lupa nak tanya, kau boleh bayang tak jejaka-jejaka macho(perasan), taff(konon), gedik(memang) yang berumur 21 main rebut daging burger? hanya kerana daging tu daging last? suka hati kaulah nak bayang camane pon, yang penting kitorang memang main rebut-rebut daging burger semalam. serious tak tipu. ok bai!


DSC_0075
gambar recycle. semalam tak amik gambar pon. tapi watak2 semalam sama dengan yang wujud kat sini. cuma lain tempat, kurang 3 watak, tambah 1 watak lain. ok bai~


Random.
#semalam ade budak terhantuk dinding sampai orang tingkat 5 pon boleh dengar bunyi hantukan tu.
#semalam jugak ade budak tumpahkan air atas karpet. budak sama.
#budak tu ialah aku. harharhar. -.-"
Thank you for reading this entry !

18/05/2011

assignment.

Assalamualaikum kalam pemanis bicara aku hulur buat kalian. semoga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. *senyum*. Alhamdulillah atas segala nikmat, serta tak lupa selawat ke atas junjungan pemberi syafaat di akhirat kelak, Muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Assignment. satu perkataan yang cukup sinonim dengan kehidupan seorang pelajar bukan? mustahil bagi kalian jika ada yang tidak memahami akan maksud perkataan tersebut. ibarat dekatnya hati dengan cinta, begitu jugalah dekatnya assignment dengan pelajar. *senyum*


Tidak terkecuali dengan diri ini. insan kerdil yang masih tergapai-gapai mencari haluan hidup, sering tersasar dalam perjalanan. kadang-kadang terleka dalam jaga. juga terlalai dalam sedar. Allah. sungguh besar dugaan dalam duniaMu. tapi jangan khuatir kerana jika tiada kealpaan sendiri, masakan wujud muhasabah diri. manusia berubah. kan?


Bagi aku, assignment yang menghantui pelajar tidak pernah aku rasakan. sebab, diri ini tidak pernah dibebani dengan suatu kerja bernama assignment. sungguh. aku tidak malu untuk mengatakan bahawa aku tidak pandai membuat assignment. apatah lagi untuk menyiapkannya. *senyum*


Tetapi, ingin aku kongsikan di sini, walaupun aku tidak pernah dibebani dengan assignment seperti itu, tidak bermakna aku tidak punya assignment lain. ya, aku bercakap tentang assignment terbesar dalam hidupku. assignment yang terpaksa aku tanggung seumur hidupku. bermula dari detik pertama aku sanggup menerimanya sehinggalah roh bercerai dari badan, aku akan terus menggalasnya. takkan pernah rengang dariku walau sesaat. takkan pernah siap walaupun seluruh kudrat aku kerah. dan takkan pernah jauh walau sepantas manapun aku lari.


Walaupun demikian, assignment ini mengajar aku untuk tenang dalam menghadapi setiap masalah, berani berdiri jika benar, tidak malu apabila salah, dan tidak gentar andai digertak. sungguh. assignment yang memberi seribu satu ilmu walau aku tidak pernah menyiapkannya. cukup dengan hanya membacanya. ajaib bukan?


Pasti antara kalian tertanya-tanya apakah assignment yang aku maksudkan. kalian sudah tahu tetapi kalian tidak terpandang akannya. mungkin kerana kalian sudah terlalu lama meninggalkannya, atau mungkin kalian dipukau oleh keadaan sekeliling yang melalaikan kerana jawapannya cukup mudah, hanya satu perkataan.


"cukuplah alquran sebagai assignmentku. seumur hidup".


***


Jangan salah tafsir entry ini. ia bukanlah satu keluhan. anggaplah sebagai satu luahan hati seorang yang bernama penjaga al quran(hafizul quran) yang sentiasa berusaha untuk menjaga jagaannya dari segala dugaan yang bernama dunia dan nafsu. sehabis kudrat. sekian.


*pelik tak entri ni? sopan kan? hihi


Random.
#bila kali terakhir kau pegang quran?
#bacalah ia tatkala kau 'down/lost/frust'. sesungguhnya ia sebaik-baik pengubat hati.
#bacalah ia ketika kau 'up/found/happy'. sesungguhnya ia ibarat kau bersyukur dengan pemberianNya.
#takde gambar sebab nanti terus keluar dashboard gambar tu. tak suspen jadinya. kehkehkeh.
Thank you for reading this entry !

ye, memang aku keling.

HAHAHAHAHHAHA.. Ha..! gelak la kuat2. sila lah gelak dengan seluruh tenaga. kalo boleh sila guling2 dan golek2 skali, biar puas hati. kuat lagi! kuat lagi! eh kejap, tak rase macam setan ke gelak macam tu? gahaha. padan muka!


Assalamualaikum. yelaa.. aku tahu tajuk aku tu tak patut sebab aku putih kan? ok fine! aku tak putih dan tak hitam, cuma malap sikit je. lampu minyak tanah biase la ceni. wakaka. okay proceed, tujuan aku buat entry ni sebab ade sorang ni yang sangat sengal duk panggil2 aku keling. jadi, hang duk kata aku keling tu, meh aku story sikit zaman bebudak aku.


Seperti yang korang sume tahu(sape yang tahu lah kan), aku ni duk kampung. jadi bila dah duk kampung, keje masuk semak terjun parit tu dah sinonim dengan hidup aku. tak lekang jugak dengan main pasir. pendek kata, zaman bebudak aku tu lebih ke arah berjemur di bawah sinaran matahari demi mendapatkan vitamin E. err, ayat kalo tak skema boleh tak izuddin? kehkehkeh.


Disebabkan itu, zaman budak2 aku lebih dikenali dengan zaman kegelapan. paham tak maksud aku? kegelapan tu bukan dengan dosa tapi kegelapan warna kulit. tak caye? hahaha. ce tengok gambar bawah.


budak kampung
nampak tak? terserlah kegelapan aku. T.T


Amacam? keling kan? gahaha. biar aku cite sikit pasal gambar ni. gambar ni kat dalam bot nak g langkawi, mase lawatan sambil belajar. sebelah aku tu ticer yang sangat baik dan penyayang, tengok lah camane penyayangnye dye sampai pegang tangan aku. aww aww~ malu ai ticer. harharhar.


Tak cukup keling? ok, lagi aku bagi. tatap bebaik..


budak kampung 3
tengok sudah, jangan nak gelak pulak. paham?


budak kampung 2
ni mase akhir tahun ade nasyid ape ntah. lupa.


budak kampung 4
ni pulak jamuan akhir tahun. pandai2 la cari aku katne.

Amacam? memang keling kan? tapi tu sume dulu, zaman bebudak berhingus lagi. sekarang dah terang sikit aku rase. -.-". jadi, nak aku jelaskan kat sini aku bukan lagi keling ok! jangan duk memandai panggil aku keling. bab cakap tu nak buat camane, memang aku suka auta. hobi kot. kehkehkeh.


Ok dah panjang entry ni. padahal takde pape pon. ke laut lagi entry aku. harharhar. ok bai !


DSC_0163bw
see! kan putih tu. hahaha


Random.
#selamathariguru tuk ticer.
#semua gambar diciplak dari fb ticer aku.
#ni 1st time aku tunjuk gambar bebudak aku. segan seyhh~ haha
#aku memang takde gambar time kecik dalam simpanan. serious!
Thank you for reading this entry !

16/05/2011

entry lepak-lepak je.

Assalamualaikum. hai! bertemu lagi dalam segmen mari menggedik bersama kembatolo. ok tak lawak (-.-'). jadi kali ni aku dah pasang niat tanak bebel banyak. sebabnye, aku nak tunjuk banyak gambar kat sini. banyak tu takdelah sampai beratus keping, just a few. kehkeh. OMG!! kau speaking ye izuddin? hueh3.


Memandangkan kitorang(aku, izwan, ayie, dan amin) dah lama tak keluar jenjalan cuci mata, maka malam semalam dengan penuh sukacitanya kitorang keluar membawa diri. tempat tujuan macam biase, tayah gtau la kan? (v.v)


Nak dijadikan cite, masa memula tu aku je yang excited nak keluar. dorang ni tanak keluar pon. nak aku keluar sorang2? jangan harap!!! nanti kalo ade sesape culik cane? kalo ade sesape simbah asid cane? ok fine! imaginasi melampau haha. lepas tu ape lagi, aku pon main peranan lah dalam menghasut dorang supaya keluar jugak. secara tak langsung, habis segala skill memujuk mengayat yang pernah wujud dalam diri ni dipraktikkan semata-mata nak pujuk dorang. tak kira lah skill lembut gigi dari lidah, skill menanam tebu di tepi bibir, ataupun skill melukut di tepi gantang, semua aku try tapi dorang tetap tanak pegi. last2 korang tau ape aku buat? cer teka cer teka!!


Ha..! actually aku tak buat pape pon, dorang tetibe cakap nak pegi. harharhar. gedik kan? xD . dah! panjang jugak entry aku ni nanti. layan gambar la pulakkk~


amaran : gambar kat bawah lebih kepada tayang muka. dinasihatkan agar sediakan bekas tuk muntah. pastu taruk surat khabar sikit dalam bekas tu eh. takde surat khabar, tisu pon takpe. wakaka.


Kita start dengan tepi jalan dulu lah. sesape yang tanak tengok boleh terus pangkah. orait?


DSC_0131
tengah tahan teksi. pehal muncung? haha

DSC_0137
ade macam scene KCB tak? gahaha~


Ni gambar ala2 family gitu. family potret? kahkahkah


DSC_0166
tangga bergerak menaik. =P


DSC_0177
tengok macam nak gado je pehal? grr!


DSC_0156
ukur tinggi di badan orang lain? hahaha


DSC_0311
motif? (T.T)


Seterusnya gambar single(lah sangat!).


DSC_0186
izwan rahim


DSC_0196
tuan azrie


DSC_0175
amin siddik


DSC_0170
izuddin rahim


Last skali pose dengan henfon. (n_n)


DSC_0248
bukan mesej awek


DSC_0281
of course tengah bergayut dengan ehem2. lalala~


DSC_0206
ym via henfon


Kan dah cakap, gambar banyak tayang muka je. bukan sengaja pon sebab masa ni bawak lens potret je. nak skodeng pon tak best. jadi, gambar sendiri pon jadik lah kan? hahaha.


Lastly, mintak maaf kalo ade sesape yang muntah. dan selamat hari guru. ok bai! =P
Thank you for reading this entry !

15/05/2011

kenangan sekolah #part 2.

sambungan dari #part 1.


Guwa masa tu cool lagi, tapi izwan punye cool dah jadi hot. dia bengang la maksud guwa. suka hati je tuduh curi2 makanan nih sume. lepas tu, izwan tarik telinga budak tu, heret sampai kaki lima. tempat geng2 guwa kumpul. sampai je sane, dia laung kuat2 suruh budak2 asrama keluar kat beranda. suruh sama2 tonton. lu tau izwan cakap apa?


"woi!!! lain kali kalo tak tahu jangan tuduh! ko ingat aku lapar sangat ke sampai nak curi nasi ayam ko tuh? aku tak kebulur tahap tu la bangang!!"(lepas diterjemah dalam stendek BM)


Lepas je abis ayat tu, izwan pon amik note RM100, dia baling atas muka budak tu. PELEPAP!! betol2 atas dahi. tak cukup dengan tu, izwan pekik lagi.


"nah amik duit nih! ganti tuk nasi ayam yang ko cakap aku curi tu. walaupon aku tak amik, tapi aku kesian kat ko sebab desperate sangat sampai tuduh2 orang. pegi lah beli nasi ape yang ko nak. nasi itik ke, nasi lembu ke, sukahati mak kau lah!!"


Masa tu muka budak tu dah lain macam. cuak, takut, malu, sumenye digaul sebati mengikut adunan. mungkin jugak dia takut kalo tiba2 penumbuk si izwan hinggap kat muka dia. mungkin je. gahaha.


Asek watak izwan je, guwa punye mana? ok, ni pulak turn guwa nak beraksi. lepas izwan lempar note tu, guwa dah cuak dah. gila kau! duit tu abah guwa kasi tuk belanja seminggu kitorang, dia pulak senang2 je kasi dekat budak tu. tak boleh jadi ni. guwa mesti bertindak!


lantas guwa pon meluncur laju mencapai balik note tu, guwa isi dalam poket guwa sambil guwa berdialog ;


"ko ingat aku baik hati sangat nak sedekah duit ni kat ko? waklu..~ HAHAHA !"


lepas beberapa ketika, kitorang pon blah. buat ape lagi layan budak macam tu, tambah sakit hati ade lah. kan kan? hahaha. budak tu pulak terkebil-kebil menahan kemaluan akibat diperlakukan sedemikian rupa. depan orang ramai kot! kesian kau budak. harharhar.


kesimpulan, kalo budak tu tetibe terbaca entri ni, guwa dan izwan mintak maaf pasal tu. kitorang memang tak amik pon nasi ayam lu. serious! sebab kenape kitorang buat macam tu, biaselah, nama lagi senior, mesti nak tunjuk power kan? harharhar. ok bai!~


IMG_1743
ni la geng sekepala buat nakal dulu. skrg sume dah jadi sopan dah. calon pilihan mertua abad ini. kehkehkeh.
Thank you for reading this entry !

14/05/2011

kenangan sekolah.

Okay assalamualaikum. tamat perenggan pertama.


Pertama skali guwa nak bagitahu guwa baru je lepas baca blog adik guwa. bukan izwan yang guwa maksudkan sebab izwan takde blog. ni adik bongsu guwa yang masih lagi bersekolah. sekolah dia sama dengan sekolah guwa dulu. kalo korang nak tahu sekolah ape, lu boleh klik sini.


Ok. dalam entri adik guwa tu dia cite pasal hari last dia kat sekolah. habis duk cite sedih lah, sebak lah, nak menangis lah, naik loya guwa baca entri dia. agak2 lah nak nangis pon, kita ni lelaki dik. tayah nak gedik sangat pon takpe kan? nak sebak segala bagai. puh liss~ hahaha. lagi satu, tukar font blog kau dik, juling mata aku nengoknye. haish!


Sehubungan dengan entri beliau, sedikit sebanyak berjaya mengetuk memori manis guwa semasa guwa bergelar pelajar dekat situ. nak kata manis pon takde lah sangat sebab sekolah tu manis sebab ade guwa. jadi, secara tak langsung guwa dan kembar guwa jadi faktor kemanisan memori tu. cuba kalo guwa takde, ataupun kembar guwa takde, guwa pasti kalo tak pahit mesti kelat kenangan2 tu sume. kehkeh.


Hurm.. guwa masa kat sekolah guwalah gengster. gengster yang sopan maksud guwa di sini. keje buli, tengking, denda budak tu makanan guwa jelah. tapi guwa jarang pukul budak. kalo izwan pulak pukul budak tu memang feveret dia. sentiasa di hati bak kata tv9 saluran ceria anda. sebab itulah badan dia lebih ketol2 dari guwa hasil dari latihan pukul budak tersebut. jadi lepas ni lu jangan nak berani tanye soklan kenapa izwan lagi taff dari guwa. jawapan dah ade kat atas tu. paham?


Ade satu malam, junior guwa, muda 3 tahun tuduh guwa ngan izwan poww nasi ayam dia. hello brader, gengster2 guwa pon guwa tahu halal haram. sampai nak curik nasi tu guwa tak hingin lah. bab jadi darah daging ni guwa tak bape nak layan sebab nanti kalo guwa ade bini, anak guwa terbentuk dari darah(lah sangat) guwa. takkanlah guwa nak anak guwa ade unsur2 haram? cuba lu jawab sikit budak?!


*Eh! guwa rasa macam perlu sambungan lah cerita ni. panjang sangat ni. okbai! #bersambung... kehkehkeh.


IMG_1749
zaman comot dedulu. jangan ko komen pasal ni sudah! haha


Random ;
#1. nak tips kembalikan entri yang hilang? klik sini.
Thank you for reading this entry !

11/05/2011

gedik dan lembut.

Ok hai assalamualaikum. tulis entri dengan cepat sebab masa tengah taip ni orang tengah azan. jadi, nak tanak kena siapkan laju2 nanti tak sempat nak semayang jemaah dekat masjid yang terletak kira2 3 langkah kaki orang dewasa, ataupon 6 langkah kaki bagi kanak2 dari rumah aku ni. hahaha. soleh tak aku? sangat?! mekasehh~


ehem.. jadi kali ni aku terpaksa taip entri yang berkisah tentang gedik dan lembut. seriously aku tak tahu ape beza antara dua mende tu sebab aku ni bukanlah bersifat demikian. tapi terpaksa tulis jugak sebab ade makhluk yang suka potpetpotpet(tapi cun haha) suruh aku buat entry ni. bila aku cakap takde idea, selamber boleh cakap "amik diri sendiri sebagai contoh". apekah?! ni nak tanye, aku gedik ke hah? sila jujur dalam memberikan jawapan anda. kehkehkeh.


kalo cakap pasal lembut tu aku taulah sikit. sikit sangat. lembut tu yang cakap ade auw auw, pastu jalan kepit2. lebih parah yang jalan pon nak kasi lenggang-lenggok kan? sebelom imaginasi korang pergi lebih jauh, aku tegaskan di sini bahawa kita bercakap pasal lelaki ok! jadi sesape yang dah bayangkan pompuan dalam otak harap2 boleh tukar jantina tu. boleh? xD


gedik pulak macam... urm.. err.. hurm.. haish..


see..! kan aku dah cakap aku takde idea pasal gedik ni. gedik pompuan aku taulah camane tapi yang lelaki punye serious aku blurr.. lain jantina lain gediknya kan? ade sesape boleh tolong jelaskan? sila bagi komen k! ok bai.. (dah qomat bebeh, ai pegi dulu. auw auw~)


*tanak letak gambar. nanti korang cakap aku gedik. haha.
Thank you for reading this entry !

10/05/2011

i'll be cool.

Assalamualaikum. hai! salam sejahtera buat semua kawan2 readers yang sudi bukak, baca, dan sudi komen blog ni. mekaseh banyak2. hehe. kalau korang perasan dah 2 hari aku tak update kan? ke 3 hari? o.0?


Memandangkan 2 hari tu lama(bagi aku), macam2 boleh berlaku. setiap yang kita nak dan yang kita tanak tetap akan berlaku walaupun kita sendiri pun tak jangka perkara tu akan berlaku. err, dah nak start tulis ayat keling dahh~ ok, contoh perkara yang kita nak ia berlaku dan sudahpun berlaku ialah batuk aku dah baik sepenuhnya. eh kejap, batuk ke tekak yang baik nih? hahaha. lantak lah kan, sebab dua2 tu buat aku gembira sebab time sakit tekak tu sangatlah rimas kau tahu? nak abiskan baca quran 1 juzuk pon dah rase terkial-kial. baca sikit je tapi duk uhuk uhuk uhuk yang lebih. tension lah lebih tepat aku cakap. last2, tutup quran naik borak dengan ayie. kehkehkeh. setan menang kot time tu. -.-"


Hurm.. pasal apa yang kita tanak dan ia tetap jugak berlaku tu tak perlulah aku bagitau sebijik2 dekat sini. rasa macam hyper gedik pulak bila aku luahkan semua dekat sini. aku bukan gedik tahap tu, gedik biase2 dah ler. ye dak? lalala~ cukup je aku cakap, benda tu sesuatu yang aku nak tapi tak jadi seperti yang aku harapkan. paham? harap2 kau tak paham lah ye, naye aku nanti kena bahan! dan tolong tolong tolong jangan cakap kau paham sebab kau sebenarnya takkan paham. hahahaha ayat keling lagi aiyookk! =P


Jadi, bila sesuatu yang kau nak tak jadi macam apa yang kau harap, kau jangan nak cepat melatah nyah. jangan nak melenting, dan jangan nak pikir yang bukan2. just be cool yaar! fikir baik2 sebab kau tu makhluk dan bila kau makhluk, kau tu ade pencipta. pencipta kau pulak dah cakap lama dah pasal ni. kau tau tak pasal ape? ha..! bace ni ;


"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia memberi mudarat kepadamu. dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-baqarah : 216)


Paham? apabila perkara demikian berlaku ko kena percaya lah kan? tu kalam Yang Maha Menepati Janji. bahasa mudah, ko kena redha, pasrah, dan serahkan semuanya pada Allah. nak lagi mudah, kau kena tenang. YEPP! I'LL BE COOL. aku kan seorang yang cool(lah sangat!). kehkehkeh. ok tu je, bai~


DSC_0087
mata berkaca? waklu berkaca! mata aku mmg macam tu. shining eyes lah katakan.. lol xD

Random ;
#perempuansexybila pakai kain batik dengan t-shirt. macam @maya karin dalam cite #cun.
#vampirediaries2 damon sangat macho kau tahu? baru habis tengok episod 21. serious kagum dengan watak damon. tetibe rase @izuddin jadi #damon, @izwan jadi #stefan, and @??? tuk jadi #elena? kehkehkeh xD.
Thank you for reading this entry !

07/05/2011

hari ibu bila hah?

okay fine! aku tau yang aku tatau bila tarikh sebenar hari ibu. bab2 nak ingat tarikh ceni memang aku failed. susah ko tahu? actually aku boleh je hafal tapi disebabkan tarikh itu ialah nombor, otomatik otak aku akan jadi stuck. try buat tarikh macam lirik lagu tengok cane. kehkeh. otak aku ni laju jugak RAMnye, cuma dengan spesis nombor je ade masalah. allergic kot! sebab tu jugakla math aku takde cemerlang sangat. tapi bab sindir-menyindir, cepat je pick-up. HAHA!


assalamualaikum. bagi salam perenggan kedua pon jadi lah ye? asalkan ade. pastu pastu, aku masih lagi tatau bila tarikh hari ibu ni. lantaklah tarikh bebila pon sebab bagi aku hari ibu ni setiap hari. ye dak? pastu pastu, aku try la nak buat sedikit dedikasi sempena dengan bulan hari ibu ni. aik? tadi cakap hari2 ialah hari ibu? yelah! hari ni pon hari2 jugak kan? ngahaha~


sebelom aku start, saje nak bagitau aku takde ibu. aku just ade umi. err? umi ngan ibu tak same ke nyah? ade jugak yang merase back kick aku karang. hahaha. okay proceed..


buat umi, terima kasih untuk segalanya. i love you, eh tak, we love you~~(izwan nak join jugak haha)


done! nampak pendek kan? yang tersurat memang nampak pendek, tapi yang tersirat punye, perghhhh!!! 7 hari 7 malam pon takkan abis korang bace. start dari beranakkan aku sampailah umo aku 21 sekarang. ehem, dah boleh kawin kan? gahaha. dahla, mintak diri dulu, semoga umi terus tabah dengan karenah anak2. pastu bersiap sedia dengan karenah menantu lak. hueh3. ok bai! ^^


DSC_0169
izwan tengah tsk tsk tsk (T.T)


DSC_0178
cool kan mamat nie? harharhar o.0?
Thank you for reading this entry !

05/05/2011

obses dengan kamera.

Assalamualaikum. skip the intro, terus ke isi boleh? aku rase sekarang aku lebih suka takde intro kot. alasannya mudah, semakin hari semakin malas. orait, nak amik buat hipotesis pon boleh ayat tu. sekian.


kebanyakan mereka yang ade blog ni ade kamera kan? tak semua tapi hampir kesemua. ewah2, ayat memang stok keling. takpe, pasrah jelah sebab kulit ai memang malap ibarat lampu minyak tanah yang hampir kekeringan minyaknya? err.. takde kaitan, abaikan..


okay, memiliki kamera tidak salah. cuma ianya menjadi masalah apabila tuan kamera yang lebih banyak pegang kamera. kenapa? ehem.. apabila hal demikian berlaku, ofkos beliau akan snap gambar dan secara tak langsung beliau akan lebih banyak amik gambar orang lain daripada diri beliau sendiri. masalahnya, gambar tuan kamera lagi sikit dari orang lain. ko tak rase rugi ke? HAHA! kalo aku memang terus aku pass dekat sesape yang berdekatan seraya berkata "woii, aku pon reti posing jugak apekata ko cuba pegang mende ni, pastu ko tekan sini. saje nak check bende ni berfungsi ke tak. hahaha". okay done!


lagi satu cara untuk menjadikan tuan gambar memiliki banyak gambarnya sendiri, tak lain tak bukan ko kena guna deria penglihatan dengan sebaik mungkin. perhatikan kawasan sekeliling, cuba peka terhadap benda2 yang ade kat dinding yang boleh memantulkan cahaya. ye, aku tau aku cuba membelitkan ayat, bahasa mudahnya ko cari cermin la nyah. kenal cermin kan? tak? ok, lempang kenal? grr~


lagi satu, apabila ko berdepan face-to-face di hadapan cermin bersama kamera gedabak ko tu, ko akan hadapi satu masalah lagi. oleh itu, ko dinasihatkan agar banyakkan bersabar. jangan hanya kerana masalah tu, ko terus putus asa. kecut tau? =P


me, mirror & camera
ni la masalahnya, amik sekali mmg TAKKAN jadi. sengetlah, sipilah, separuhlah. jadi tolong jangan mudah melenting. harap bersabar, ingatlah! usaha tangga kejayaan. kahkahkah!


sekiranya korang berani berposing di depan cermin seperti contoh di atas, korang pulak akan berdepan dengan risiko yang mana memerlukan korang untuk MEMEKAKKAN TELINGA kerana sudah pasti suara2 sumbang akan mula membisikkan kata2 DENGKI kepada anda. kalo telinga anda mempunyai butang mute, itu lebih efektif untuk mengelakkan hati anda terluka. kehkehleh. jadi, ingat pesan aku, pekakkan telinga, tabahkan hati, insyaAllah korang akan selamat. ok bai! harharhar.

*serious entri ni takde motif. bhahaha~
Thank you for reading this entry !

03/05/2011

hindi movie.

hai ! bertemu kembali..~


okay, kali ni aku nak cakap pasal cite hindustan. ade tak sesape yang bace blog ni minat hindustan? ade? takde? rugi woo kalo tak minat.




kenape aku cakap rugi? hurmmm.. banyak sebab lah. pertama, heroin cite hindustan cun2 doe! serious cun. lepas tu kan, ko tengok pulak time dye senyum. perghhh ! memang boleh buat hati korang cair. dahla cair, pastu terus mengalir pulak. pastuterus hilang hati ko! haha joking~. heroin hindustan ni tak macam heroin korea. heroin korea tu cute, comel, tapi heroin hindustan ni cantik, cun. heroin melayu pulak ape? haha heroin melayu ofkos la ayu. nampak tak keadilan aku dalam memberi gelaran kepada heroin2 seluruh dunia? ngeh3.


kedua, cite hindustan ni banyak ayat power2. ko nak ayat jiwang? belambak kot dalam cite hindustan tu. ko tengok, paham, pastu otomatik ko akan dapat menyelami kisah cite tu. kena pulak cite tu ade sangkut paut dengan kisah cinta korang, memang boleh buat stok modal berangan laa.. hahaha




ketiga, lagu cite hindustan ni pulak memainkan peranan penting dalam sesuatu movie. bagi sesape yang tengok cite hindi tapi skip part nyanyi2 tu, aku rasa sangat rugi kot. sebab lagu tu akan membantu korang untuk lebih menghayati cite tu. serious weh ! kadang2 dalam lagu pon dah ade cite. bab menari lak fuyohh!! lemah gemalai romantik habess! kalo tarian korea tu cute, tarian hindustan pulak romantik. deal?


keempat, plot dan jalan cite hindi ni mungkin sama je. tak lari jauh sangat pon. alaa.. stendek movie la. memane movie pon mesti ade yang cliche punye. cite korea heroin perangai gila2, hero pulak kontrol. cite hindustan pulak kebanyakannya hero yang perangai gila2 tapi heroin selamber. bagi aku la, kalo korang lelaki, baik korang tengok cite hindustan. HAHAHA !


lastly, bila korang tengok cite hindustan ni, sedikit sebanyak korang boleh tiru stail pemakaian dorang sebab stail dorang takde la pelik2 macam cite korea kan? lepas tu latar belakang cite yang colourful tu memang tiptop ah! nak nampak kacak? tengok la cite hindustan pastu pandai2 la tengok baju2 dorang. matching kot! kaler dan stail. sesuai dengan cuaca di malaysia. tapi ni tips tuk lelaki jelah sebab pakaian heroin hindustan pon tanak kalah jugak seksinya. kehkehkeh.




banyak pulak point aku kali ni. oh lupa nak cakap, i'm the biggest fan of hindi movie. lagu pon aku minat. kadang2 bila tengok video klip tu serious aku memang khusyuk gilaaa. orang cakap dengan aku pon aku boleh buat tak layan je. kadang2 boleh buat aku senyum sorang2. eh eh, bukan kadang2 lah, tiap kali tengok kot jadi macam tu. harharhar.


actually, motif aku tulis entri ni sebab nak cover entry sebelom ni. sebab entri tu macam cliche cite hindustan kan? hahaha. ade aku kisah? dah aku minat, nak buat camane. BHAHAHA~ ok bai!


p/s - baru habes tengok cite "I HATE LUV STORY" and "ANJAANA ANJAANI". tengs buat 'adik' sebab promote cite ni kat kitorang. haha(^.^)v


sonam kapoor sweet ohh~
priyanka kureng minat. tp bole je layan. hehhe

Thank you for reading this entry !

02/05/2011

ciri-ciri wanita idaman saya.

err? biar betol tajuk aku tu? haha aku sendiri pon tak caye aku boleh buat entry macam ni. tapi takpelah sebab umur pon dah masuk 21, jadi tak salah untuk aku bercakap pasal ciri-ciri wanita idaman kan? hehehe.


eh kejap, salam belom bagi lagi kan? assalamualaikum. sila jawab ! tak kisah la jawab dalam hati pon sebab aku pon bagi salam dalam hati jugak tu. kehkehkeh. bercakap pasal ciri-ciri wanita idaman ni, ade banyak benda yang aku nak bagitau. hahaha nak cakap aku memilih lah tu? silakan, i don't care sebab nama pon wanita idaman. mesti la banyak ciri. ye dak? 


senyum
kat sini separuh.


senyum 2
sini pulak separuh. HAHA


amacam? banyak tak? muehehe. kan aku dah cakap tadi, memang banyak ! tapi korang nak tahu satu berita tak? ehem.. aku rasa aku dah jumpa someone yang mempunyai ciri-ciri di atas. bukan semua tapi hampir kesemua ciri tu ade pada dia. and i think that i'm in love with her. HAHAHA. ok bai !


p/s- 1st time taip entri sambil blushing(lah sangat). harharhar.


p/s/s - kalau aku cakap aku sayang dia kat sini boleh tak? kuikuikui.


p/s/s/s - gedik ke buat entry macam ni eh?

"if nothing last forever, will you be my nothing?"
Thank you for reading this entry !

01/05/2011

lambang panggilan.

paham tak tajuk tu? okay, kalo tak paham meh sama2 kita 'kecek' pasal ni kat perenggan bawah. perenggan ni just nak bagi salam. haha. assalamualaikum.


panggilan kat sini bermaksud cara kita nak memanggil seseorang. ye izuddin, pasal tu ai dah tahu lah nyah. cakap mende yang ai belom tahu boleh? err? okay, maksud aku kat sini ialah bagaimana cara untuk kita panggil seseorang? (aik? tak sama ke ngan memula tadi? -.-") ha..! bende ni nampak je remeh tapi sebenarnya memberi impak yang sangat besar terhadap individu. setuju? (apehal skema sangat ayat aku ni o.0?) gulp~


bagi aku, ia suatu kepentingan kerana cara kita memanggil seseorang akan menzahirkan adab, akhlak, dan perangai kita. whoaa.. tengok cara bercakap pon dah boleh tahu perangai cane. hebat la yu ni izuddin. bhahaha.


okay, kita khususkan panggilan dalam family eh? ehem.. nak tanya sikit, kenapa perlu ada peringkat panggilan seperti abang, kakak, adik, dan sebagainya? adakah ia sekadar suka2? suka2? wakluu ! tu sume untuk melambangkan kehormatan kita pada seseorang. mana mungkin seorang adik boleh memanggil kakaknya dengan nama sahaja tanpa ada gelaran yang menghormati. paling tidak pon panggil "kak ngah" ataupun "kak zatie"(contoh). ye dak? haha.


lepas tu lepas tu, if korang panggil kakak/abang korang dengan nama dye padahal beza umur 3 or 4 tahun atau lebih, korang tak rase pelik ke? tak rase janggal? tak rase kekok? yang dah biase tu aku tatau la cane tapi yang memang tak biase, belom sempat korang kelip mata, confirm pelempang kiri hinggap kemas di pipi korang kan? tu pon kalo kakak/abang korang kidal la. kehkehkeh. sebaliknya, kalo akak/abang panggil adik dengan nama tu dah biase, no hal lah kan. risiko nak dapat pelempang tu bawah takat beku. gila lah kalo ko boleh pelempang abang/kakak ko ! kurang ajar tahap tertinggi kot, bawah sikit dari level kurang ajar kat mak bapak. harharhar.


dalam family aku lak, memang kitorang panggil simple je. sebab ape? adik beradik 10 nyah, mati akal nak cari kasi cukup 10 gelaran macam abang long, kak ngah, kak chik, lepas tu apa lepas tu apa? ha.. kan dah cakap, belom cukup 5 dah terkial-kial. camane nak cukupkan 10? ce cite ce cite.. kitorang just tambah 'kak/abe' kat depan pastu diikuti dengan nama. contohnya nama akak aku fazliana, just panggil "kak na". simple right?


lastly, kalo aku ngan izwan kitorang tak panggil adik abang, aku kau, saya awak euww~. kitorang bahasakan diri dengan nama. hanya dengan nama. nak contoh?


"we, we tau dok we sbenanyo tolo? tolo lajok eh. dohla tolo, bobok koksey, prasey taff pah semo2 la. tau dok?", tanya izuddin dengan memandang izwan sambil menjelirkan lidahnya macam ni =P.


paham tak? ok bai ! harharhar.


DSC_0492
pilih2 !! kahkahkah.


Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails