30/04/2011

BBQ pelarian?

hahaha. okay saje gelak nak amik mood menulis. assalamualaikum. 


ehem.. actually entry ni sepatutnya aku tulis bulan lepas tapi memandangkan masalah dengan internet, terpaksa ditunda sampai ke saat ni. bukan tanak update pakai henfon cuma entry ni banyak gambar nyah. jenuh ai nak tunggu upload. muehehe~ alasan cover malas.


alkisahnya camni, korang sume mesti dah maklum pasal kepulangan aku ke malaysia baru2 ni kan? ha..! bukan nak cite pasal tu. keh keh. ok serious, sebelom kitorang dibawa kembali ke mesir aritu, my bff(ececey bff tu siut haha) ade buat bbq. aku tau tu sebenarnya bukan idea dye sebab aku kenal ayie bukanlah seorang yang rajin. agak kejam statement aku tu tapi sape kisah? HAHA. ayie bukan boleh buat pape pon kat aku. paling power pon, dye geletek aku sampai aku terpekik melolong menjerit je. err? lalalala~. tu sume idea mak ayie yakni mak kedua bagi aku. bla bla bla. next !


malangnya, bbq ni boleh pulak berlaga(aku tak tahu word mana paling sesuai tuk letak sini) dengan majlis solat hajat kat rumah aku. frust tayah cite la, mak dye buat bbq tu khas tuk kitew, pastu kitew pulak taley pegi. kitew sedey tau? tsk tsk tsk :'( ok izuddin tak tulis mengade pon takpe kan? -_-". nak tinggalkan rumah pulak memang mustahil sebab majlis solat hajat pon tuk kitorang gak. situasi kitorang masa tu, diluah mati mak, ditelan mati bapak, dikemam mati awek. haa?! =P


bla-bla-bla-lepas-solat-hajat-ayie-call-cakap-takde-orang-bla-bla-bla-amik-kunci-kereta-bagi-dekat-izwan-bla-bla-bla-kitorang-pon-pecut-pegi-umah-ayie-bla-bla-bla-sampai-sana-terus-kecoh-umah-ayie-bila-budak-kembar-tolo-dan-kacak-serta-taff-datang. harharhar.


tengok la gambar tu. nak bagitahu ni, gambar seksi sikit tapi aurat still terjaga. kurang sopan jek. hahaha. tanak tengok boleh terus pangkah. pakai macamni sebab majlis tu sume laki. awek2 takde pon. pukul 11 malam derr~ ngahaha !


DSC_0055
kalo nak kenal ni la ayie. anak bongsu, agak pendiam dan pemalu, bff KEMBAR ! haha


DSC_0054
ni pulak amin. anak bongsu jugak, tak manje sangat, dan bff KEMBAR ! haha


DSC_0084
ni ayam last. sebab tu la tinggal kaki, tengkuk, dan sume yg tak best dah. stendek last la kan? 


DSC_0090
masa ni tengah melantak nasi kerabu. "pergghhh ! mabeles la nasi kabu cek mg yie".


DSC_0075
motif?


DSC_0057
"ngahaha cantik tak gambar ai?", getus suara kecil si air batu. -_-"


DSC_0105
ni bapak no 2 baru balik. 


DSC_0115
gambar keluarga. 


DSC_0117
(T.T)


DSC_0134
duit ni tuk ape sbenanye? ce teka ce teka.



lupa nak gtau, selain ayam bakar, kitorang jugak dijamukan dengan nasi kerabu. rajin gilaa mak ayie kan? memalam buta pon sanggup buat nasi kerabu tuk anak2 soleh ni. terbaik wokk ! kalo sesape mengidam nak makan nasi kerabu serious korang kena try yang mak ayie buat. confirm tak menyesal. aku lak dah plan nak bawak 'future wife' aku try. hahaha. ok bai !


p/s - duit tu actually duit zakat. kitorang terima dari amin punye bapak. terima kasih !

p/s/s - gambar lain sila usha facebook eh?


DSC_0123
Enough said, thank you for reading this entry :)

Thank you for reading this entry !

29/04/2011

i'm back !

Hai assalamualaikum ! Selamat hari jumaat yaww ! weh izuddin, behave sikit hari jumaat ni doe ! Ok fine ~ Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Syukur alhamdulillah sebab masih lagi bernafas dengan dua lubang hidung kurniaan Allah ni. Alhamdulillah.


Okay.. Atas dah sopan dah. Kat bawah ni nak buat gila2 sikit boleh tak? dah lama kot tak memekik dekat blog ni. dekat sebulan kot aku rase. hahaha. err.. maksud aku tak menaip guna keyboard la nyah. biase aku update pakai fon je. itu keypad namanya ! nampak tak beza dye? kehkehkeh. gian tu tayah cite la, habis ketaq jari jemari taff aku nak menaip banyak banyak banyak banyak dan banyak ni. hambik ko, terzahir tak keGIANan aku dengan perkataan banyak tu? BHAHAHA !


Buat makluman, aku nak bagitau entry ni memang takde pape. serious takde pape ! takde yang menarik mahupun info berguna. jadi digalakkan agar korang sume klik pangkah dekat bucu sebelah kanan sana. if korang tanak, aku taley paksa sebab takde paksaan dalam agama kan? eh?! ape kaitan dengan agama lak? -.-"


last sekali, motif entry ni just nak bagitau yang internet rumah ai ni dah selamat diwujudkan kembali. setelah sekian lama mengharapkan orang lain, tup2 terhasil dengan usaha diri sendiri dan kenkawan jugak. bak kata pepatah, harapkan pagar, pagar pon taley harap. cenggitu la lebih kurang. harharhar (sila paham dengan sendiri).


kesimpulan, aku bahagia bila internet ada. ibarat diberi nafas baru. ayat tu maksudnya dalam, jadi nak paham kena korek betol2. ngahaha~ ok bai !



DSC_0364
nampak muka bahagia tak? o.0?


*good luck exam besok ^^
Thank you for reading this entry !

28/04/2011

if you know..




love-tile



*P/s - my comment ! HAHA ^^
Thank you for reading this entry !

22/04/2011

pandanglah pada usaha

assalamualaikum. salam jumaat buat kalian. alhamdulillah, Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. 


Cepat betol masa berjalan kan? okay tipu, actually aku tak tahu pon cara  pergerakan masa yang sebenar samada berjalan, berlari, merangkak, mahupon mengengsot. hahaha. jangan cakap korang tahu kerna aku tidak terpedaya dengan tipu daya korang. aku yakin korang pon tak tahu camane masa bergerak. ye dak? xD


Minggu ni kalo tak silap aku minggu otak tepu sedunia kan? serious tepu tak tipu. eh, sedap jugak ayat tepu tak tipu tu. nak ulang lagi sekali lah, otak tepu tak tipu. okay dah, aku pon tak tahu motif aku ulang banyak kali ayat tu. haha. -.-"


Minggu ni berapa entry je aku tulis. Stress gilaa rasa bila nak update tapi takde bahan. Nak cari lam internet pon tak dapat. Kalo tak boleh je godek2 google cari idea. Korang tahu kan cane? Lagi satu, aktiviti BW pon tergendala. Sebab tu r idea tak penah nak lekat. Apelah nasib blogger picisan ni. Hoho.


Salah satu sebab aku kurang update jugak adalah kerana aku sekarang ni aku just update guna henfon. keypad kecik, skrin ciput, haruslah ai  rasa malas kan? setuju? lepas tu nak taruk gambar rumit sangat. Super duper rumit ! TETAPI memandangkan aku seorang yang PENYABAR, maka boleh jugak aku update. walaupun jarang2. wakaka.


Okay dah. niat nak tulis pasal lain tetiba ke laut entry ni. lantaklah ! bukan ade sesape baca pon entry ni. hahaha. nak buat2 tak nampal entry ni keluar kat dashboard pon takpe. aku tak kecik atinye. merajuk lapanpuluhlapan saat jewww~ ok bai !


*otak tepu hati bahagia. Mane korang pilih? Harharhar !


IMG-20110328-00045
henfon cikai(lah sangat) ! boo€€€ !





Thank you for reading this entry !

19/04/2011

mabuk orang

Dalam sebuah rumah sewa di pinggiran bandar, sayup kedengaran perbualan dua beradik.


Si adik : weh, ko rase tak ape yang aku rase?

Si abang : haah ! aku rase ko tak rase pape kan? hahaha.

Si adik : bukan lah ! aku rase aku nak bagi pelempang tepat ke arah pipi kiri ko ! nak?! aku serius memain plak ko eh? arghh !

Si abang : okay2. sorry. ape yang ko rase?

Si adik : aku rase rindu lahh..

Si abang : ko rindu? betol ni? alhamdulillah, reti rindu jugak adik aku eh? haha. rindu sape?

Si adik : dye tu la, sape lagi.. hurmm..

Si abang : dah tau dah ! ko hari2 chatting ngan dye pon rindu lagi? pegi la call.. ape susah..

Si adik : aku nak call tapi takpe ke? kang aku ni buat semak plak nanti. tanak camtu tanak camtu~

Si abang : hahaha. bunguks ! sekarang aku pulak rase nak bagi pelempang kidal kat pipi kanan ko. nak try? haha.

Si adik : ehehe. tanak ! tapi serious aku rindu dye ni. cane eh?

Si abang : hurm.. aku pon tak tahu lah cane. ko pegi chatting jela. abes cite.

Si adik : yela2. ha..! ni pon dye dah online. babai bro ! jangan jeles~

Si abang : ceit ! aku pon ade jugak lahh, nak jeles watpe.. !@#$%

***

Penat jugak melayan kembar yang tengah mabuk orang  ni kan? hahaha. ok bai !


sharing%202gether%204ever%20resize
sharing cerita, bukan sharing awek. paham?! xp



Thank you for reading this entry !

15/04/2011

belom fikir nak taruk tajuk ape.

assalamualaikum. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. bertemu lagi dalam entry baru kembatolo. aku nak korang tahu bila aku buat intro macam ni, sah2 la aku tak tahu nak update ape. perasaan nak update tu membuak2 tapi cerita pulak yang jadi masalah. jadi, jom sama2 kita merapu dalam entry ni. hahaha.


Okay. sekarang ni belom ade topik lagi aku nak cite. haa.. kalo aku cite pasal kehidupan kat mesir ni korang baca tak? lantak korang lah nak baca ke tak, aku tulis je. nak baca ke tanak, tu hal korang. kalo korang tanak baca aku tak pelik pon sebab aku tahu korang tu bukannye rajin sangat. har har har. sekarang mesti nak baca kan? cepat betol berubah jadi rajin. haiyo terbaik lah ! >.<


Sedar atau tidak aku dah tahun last dekat bumi anbiya' ni. rase macam semalam baru jejak kaki sini. ceh ayat nak gempak je kan? klishe tau tak?! haha. okay, blablabla... sepanjang aku dekat sini, aku rase tempat ni banyak ajar aku jadi seorang yang sabar. serious ! bila pikir2 balik, beruntung jugak blaja kat negara susah ni. 


Aku ingat lagi satu peristiwa yang aku tengok dengan mata kepala sendiri. yelah kan, mata mesti la kat kepala. takkan mata duk kat kaki pulak. samdol jugak ayat aku tu. eh balik ke cite. masa tu otw(on the way, saje tulis takut tak paham haha) balik dari kelas. tetiba aku ternampak seorang pakcik ni. keadaan dye masyaAllah, sedih aku menengoknye. dengan baju yang kusam, lagi lah kesian aku tengok.


Keadaan fizikal pakcik tu pulak tak seperti manusia normal. senang aku cakap dye cacat. sebelah kaki dye kudung dan digantikan dengan kayu ko tahu?! huish ! lagi lah kesian. tapi kan, rasa kesian aku tu tetiba bertukar jadi kagum. subhanallah ! ko boleh bayang tak camane seorang pakcik yang kudung sebelah kaki tolak kereta sorong yang dua kali ganda besar dari dye semata-mata nak cari rezeki yang halal? Dengan cara berjalan yang menjengket ! time tu aku rasa macam Ya Allah, sungguh besar kuasaMu. aku touching nyah ! nasib tak nangis je kat situ. eh mengade lak nak nangis2. haha. lepas tu kan, aku terus kaitkan dengan kehidupan di negara kita.


Agak2, ape yang korang pikir? bagi aku lah, if pakcik ni kat mesia, aku yakin seratus peratus bahawa dye akan jadi pengemis dekat kaki lima. macam lah aku tak tahu, rakyat kita lebih rela duduk sambil wat muka kesian lepas tu letak tupperware depan dye. padahal kalo tengok kudrat, masih mampu lagi tuk cari rezeki. setuju tak? ok tu je. bai !


"...kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu dan kepada mereka..." (Surah al-an'am : 151)

"Dan Dia memberi kamu rezeki dari arah yang tidak kamu sangkakan. dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. benar, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (surah at-thalaq : 2)






*entry sebelom ni aku tulis single is the best kan? Nak tukar boleh? Tukar jadi berdua lebih baik. Harharhar xD
Thank you for reading this entry !

13/04/2011

andai aku ada awek

yep ! andai aku ada awek, perkara memula aku buat ialah bersyukur banyak2 sebab ruangan hati aku dah terisi. ruang yang selama ni ade kerusi tapi takde orang duduk  akhirnya mampu diduduki oleh seseorang. Gersang lah bahase mudahnye. hahaha. Eh apesal tetibe eksaited ni? xD


Kedua, aku akan cuba untuk jadi sesetia yang boleh, sejujur yang mungkin, dan seikhlas yang mampu aku lakukan bila bersamanya iaitu awek aku lah. Takkan dengan awek lain pulak, ko nak mampos?!! Belom pape dah gatal ! Grr~ Haha. Aku tahu pompuan skang ni tanak lelaki yang menipu. Dorang lebih suka terima walaupun pahit. dan tugas lelaki mestilah jujur kan? gtau awal2 lagi bahawa kita ni ramai kawan pompuan.  ulang tulis, KAWAN ye, K.A.W.A.N, KAWAN ! Jeles lagi taktahu la mak ! Ngee~ maklumlah, orang kacak(lah sangat v_v), hensem(lah konon), cool(lah perasan). sepak ketiak baru tau ! perasan lelebih.. >.<


Ketiga, aku akan amik hati orang tua dia sampai dorang pikir akulah calon menantu paling sesuai tuk anak dorang. apabila dorang berpikiran sedemikian, peratus untuk kawen awal akan meningkat. Sape tanak kawen awal nyah? Muda2 dah ade bini, whoaa..! silap2 belanja pon dorang support ! gila ah ! nak menantu mithali punye pasal, sume sanggup. ye dak? kuikuikui.


Last skali tak lain tak bukan aku akan cuba ajar yang mana patut kat awek aku tu. Tego yang mane perlu. Amik manfaat la sikit mase berpakwe makwe ni. Jangan ko nak amik kesempatan sudah ! Aku terajang rusuk kiri ko nanti ! Terus terbantut nafsu ko nak amik kesempatan. Sanggup? Hueh3. Sebab masa pakwe makwe ni, ofkos dorang akan dengar. kalo awek tu tak bertudung, nasihat slow2 sambil sindir sipi2 suh dye bertudung. kalo perlu puji, silakan berbuat demikian sekiranya pujian tu mampu berikan semangat tuk dye berubah. mudah mudahan bila sampai masa kawen, dye dah layak digelar isteri solehah. baru best nak bina rumahtangga. hoho. eksaited lagi? o.o


Kesimpulan, semua di atas hanyalah angan2 je. tak mungkin akan jadi kenyataan sebab aku rase single is the best ! Tapi tak mustahil jugak kalo jadi betol2. Dah 21 kan? Woi ! Ape ko merepek ni nyah? =_=". ok abaikan sume. yang penting, mintak doa supaya Allah tentukan yang terbaik tuk diri kita. Allah maha mengetahui kan? itu je update kali ni. jumpa di entry seterusnya. assalamualaikum. terima kasih kerana sudi baca. ok bai !


DSC_0316
sekali gambar tengah lentok aku bagi. ade sesape terpikat tak? gila desperate ko nyahh ! hahaha.


P/s - suruh la update lagi. kan dah jadi entri mengade ! haha







Thank you for reading this entry !

11/04/2011

kenapa mesti begini?

assalamualaikum. salam sejahtera buat semua. kali ni aku nak bawak korang sama2 mengupas satu isu yang sering kali berlaku dalam kehidupan sekarang. anehnya, perkara ni kerap berlaku terhadap kaum hawa yakni dalam golongan perempuan. jarang sangat perkara ni berkaitan dengan lelaki. setakat yang aku perasan la. hihi.


Mengumpat. Mengata. Mengutuk. Menghina. Sume tu membawa satu tujuan iaitu menjatuhkan air muka seseorang. Ye dak? Aku pelik betol jenis orang ceni. Kenapa perlu mengata seseorang? Kenapa harus menghina seseorang? jangan ko cakap hobi sudah ! Aku  terajang kang€~


Firstly, aku nak tanye soklan buat pengata2 ni. apa yang korang dapat bila buat macam tu? ade korang dapat duit? Upah ke? Ade tak? dahla membazir air liur. tak rase rugi ke? baik mengaji la dari duk sebar cite yang belom tahu kesahihannya. walau cite tu betol sekalipon, bukan ke kita disuruh supaya menutup aib orang lain? sepertimana sabda nabi, barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak. tanak? Nak tunggu mati dulu  baru nak nyesal?! haih ! tetibe emo. hahaha.


Kedua, orang2 yang mendengar ni. ape korang pikir bile dapat tau satu2 cite tu? seronok?! Wow?! Superb?! Gosip panas?! Best tengkorak ngko ! sbenanye korang tak kenal pon si pengata ni bercakap pasal sape tapi korang tetap percaya. apsal? ibaratnye ceni ah, korang tak penah jumpa lembu, tapi tetiba ade orang cakap lembu ni boleh panjat pokok. ape korang akan percaya? Tak reti  usaha tuk pegi check betol ke tak. bagai lembu dicucuk hidung jadinya. Sama lah tu.  terbaik kan? haktuih~


Ketiga, buat sesape yang jadi mangsa aku nak pesan satu je. ingat baik2 pesanan aku ni selagi mampu. cuba beramal selagi terdaya. insyaAllah, kita takkan down walaupun orang buat cite yang bukan2 pasal kita. kita takkan dapat buat semua orang redha dengan kita kerana kita tahu manusia berubah. Hari ni dye nak lain, esok pulak lain. nabi sendiri pon tak dapat nak puaskan hati semua pihak sedangkan baginda adalah sebaik-baik manusia. jadi, cukuplah kita hidup dengan keredhaan Allah dan orang2 yang sayang kita redha dengan kita. selagi kita dalam redha Allah insyaAllah sume yang orang cakap pasal kita takkan jadi bebanan bagi kita. right? innallaha ma'ashobirin.


Pesanan untuk you, tetapkan dan gandakanlah kesabaranmu. sesungguhnya kemanisan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang mampu bertahan dengan kesabarannya. teruskan hidup dengan warna. nikmati kehidupan ini dengan redha Allah. nescaya kamu akan rasa kamulah hamba yang paling bertuah. ^^


Ok itu je. je ko cakap? hahaha dah berjela ni nyah. ntah ade orang baca ke tidak. hahaha. Lagi satu, ni entri bukan aku marah eh, aku cuma kesian dengan orang yang tade keje g sebar cite bukan2. Siriyes aku tak paham dengan orang ceni. Nak nilai orang skalipon, paling kurang try la kawan dulu ngan dye. Bak kata pepatah, sedapnya biskut takkan dapat dirasai jika hanya memandang pada tin sahaja. Putar, jilat, celup ! Oreo.. Kahkahkah ! assalamualaikum. bai~


DSC_0935
ni contoh orang yang tetap bersama aku walaupon orang buat macam2 cite. sori amin takde lam gambar. hahaha

















Thank you for reading this entry !

10/04/2011

exam mode(konon)

Assalamualaikum. entri pendek dan singkat je. hanya tuk bagitau yang aku ade exam besok. exam tuk paper yang aku bawak dari tahun lepas punye. ala.. kan ritu aku de gtau yang aku sangkut satu paper manakala izwan lak lepas dengan lenggang kangkung. hahaha okay sebenarnya aku dengki tengok dye tak study n aku lak tercongok depan buku n nota2 ni sume. walaupon aku bukannye study sangat pon, berangan+conteng je lebih. kalo sesape tengok kompem dorang pikir aku khusyuk study. lantak ko lah nyah nak pikir ape. hueh3 ! alamak ! ni cane tetiba leh update ni? bukan aku tengah study ke skang? hahahaha. okay dah. nak sambung study(lah sangat). babai. sebelom terlupa, mintak jasa baik korang yang baik hati, yang kacak, yang cun, yang sopan, dan segala jenis yang lagi (sayang pon boleh.. ngaa~) untuk sama2 doakan kejayaan aku, kita, kami, dan mereka yang tengah exam skang. Allahumma najjahna fil imtihan, waja'alna minannajihin wal faaizin fiddunya wal akhirah. amin. assalamualaikum. 


jadual%20takhalluf
ni la jadual aku. aku nye yang kaler merah je. kol 12 pm mesir/ 6 pm mesia. tak paham jadual tu? lain kali aku terangkan. tengah study ni. sibuk ! mane ley ganggu. fokus2 ! hahaha. ok bai !





Thank you for reading this entry !

09/04/2011

10 perkara rawak tentang diri aku

Assalamualaikum. otak aku dah tepu nak cari idea tuk update. jadi kali ni aku nak bagitau sikit pasal diri aku. HAHA ! tak gedik kan buat ceni? =.=


1.. 2.. 3.. MULA !!!

#1 - tak suka lap rambut lepas mandi. lap gitu2 je. 

#2 - tak suka tido sambil dengar lagu. kena sunyi baru leh tido.

#3 - tak suka tido dalam gelap. paling kurang pon kena ade sikit cahaya. haha bukan penakut ok ! dah biase macam tu. kehkeh !

#4 - suka tengok hindustan.

#5 - kalo tido kena ade benda letak atas dada. tak kesah la bantal or selimut. kalo bini lagi takpe. ngaa~

#6 - suka ratah lauk. 

#7 - suka kacau kawan. Memekak, menjerit or pape je yang boleh buat orang geram dengan aku. hakhak

#8 - cukup tak suka kalo orang tak reti sopan. mau aku bebel kalo buat depan aku. lagi2 kalo tak reti hormat orang tua. sepak kang !~

#9 - suka buat orang gelak. tak suka orang sedih. siriyes !

#10 - suka gurau, suka perli orang, dan sangat suka bercakap. tapi pemalu. 

tambahan : suka awek banyak cakap. pompuan comel kan bila bebel? muahaha.

Okay dah habis. sekian. harharhar !


DSC_0346
lagi satu, suka masuk gambar ! hoho














Thank you for reading this entry !

07/04/2011

entah apa-apa part 2

assalamualaikum. sambungan entri aritu. nasib baik mood nak mengarang datang balik. kalo tak memang tade la sambungan entri tu. Sebelom ni pon dah banyak entri part 2 yang aku tak sambung. hahaha. 


Percaya atau tidak, antara kitorang, izwan yang keluar dulu. tapi aku yang dicop abang. nampak tak nampak tak? aku tak payah nak susah payah keluar awal pon still leh jadi abang. matured aku sudah bermula seawal kelahiran lagi der ! v_v hueh3.


Cite dye ceni.. Masa lahir, aku ngan izwan dah bertengkar dalam perut kerana berebut sape nak keluar dulu. Berlaku sedikit adegan tolak menolak saat tu. pada masa tu jugak, selamber je izwan bagi sepotong ayat. aku ingat lagi dye cakap, ko kan abang. jadi ko kena la bagi aku keluar dulu. aku terus sentap bila dengar ayat tu. dalam sentap aku tu, sempat jugak aku  bagi penendang sebijik sebelom dye diteran keluar. dan disebabkan itu jugak, mase izwan lahir, keadaan dye 50-50 ko tahu ?! muahaha. puas hati aku~


Lepas tu lepas tu, aku skang ni pon masih perpegang dengan ayat tu. setiap kali kitorang berebut nak dapatkan pape, sepintas lalu aku akan teringat ayat tu. jadi, nak tanak aku terpaksa mengalah dengan izwan. sebab ape? sebab aku kan abang ! harharhar.


Akhir kata, korang jangan pelik kalo suatu hari nanti, izwan dan aku berebut seorang awek, pastu aku dengan relanya bagi pada izwan. sebab ape? sebab aku kan abang. muahaha ! apelah sangat sayang awek jika nak dibandingkan dengan sayang adik? hehehe. ok bai ! assalamualaikum.


*apsal aku rase sweet lak entri nie? ngee~

**pasal gaduh tu tipu jek. tapi yang izwan lahir 50-50 tu benarr !

***malas nak upload gambar. update pakai henpon sangat seksa ko tau?! grr !

****internet mungkin masuk rini. dengar boleh, percaya pon boleh tapi jangan bagi harapan. kehkehkeh.

*****entri dah tamat la noks ! >.<




Thank you for reading this entry !

05/04/2011

entah apa-apa

assalamualaikum dan selamat malam. tuk korang jela. aku sini belom malam lagi, masih petang dengan cuaca sejuk hasil hujan malam semalam. seriusly, aku rase nak post something dekat sini tapi aku tak tahu apa yang patut aku tulis. paham tak? ibaratnya macam ni, korang rase lapar tapi korang tak tahu nak makan apa. bukak peti takde pape. selak saji takde pape jugak. last2 korang makan angin je depan kipas. erk ! boleh ke macam tu? hahaha.


Memandangkan aku takde topik khas tuk entri ni, apa kata kalau aku cite pasal perkenalan aku dengan kembar aku. HAH?! apekah? kitorang pon ade detik perkenalan jugak?! HAHAHA. apa gila aku nak tulis pasal tu? kenal masa dalam perut lagi masakan aku dah reti bercakap nak berkenalan2 bagai ! fine ! tukar cite.


Aku ngan izwan beza 8 minit. (eh apsal cite sama je? Lalala~) okay teruskan.. aku tak tahu samada 8 minit tu je, atau whoaa ! yang pasti, umi aku dapat kumpul tenaga tuk teran lagi sorang dalam masa hanya 8 minit ! bagi aku whoaa la sebab main bola pon tak cukup kalo rehat hanya 8 minit. Paling cikai pun 15 minit. Ye dak? keh keh keh.


Buat pengetahuan korang, kitorang sebenarnya lahir tak cukup bulan. 7 bulan kalo tak silap. disebabkan itu, aku dan izwan terpaksa tinggal di dalam bekas kaca(aku lupa nama saintifik benda tu. Incubator eh? Lantak ah!) yang dilengkapi dengan lampu biru serta persekitaran yang sejuk iaitu aircond. nampak tak apa yang aku cuba terangkan? okay, meh aku jelaskan dengan terperinci. maksud aku, kecik2 lagi kitorang dah merase aircond. jadi tak payah lah nak X sangat kalau bilik korang tu ada aircond ! kahkahkah. Kejap, aircond boleh jadi sebab muka kacak tak? Hahaha okay tak lawak -_-"


Lepas tu? hurm.. sambung lain kali jelah. rasa macam dah dapat puaskan nafsu nak tulis something tadi. tulis banyak2 pon tak best jugak. lagipun, entri ni dah jadi macam sejarah kelahiran kembatolo pulak. harharhar. mintak ampun mintak maaf, assalamualaikum. ok bai !


*insyaAllah ada part 2. tak janji eh? ekeke.


DSC_0781
ni rupa budak(lah sangat) tak cukup bulan. kah kah kah !



















Thank you for reading this entry !

04/04/2011

hidup dalam harapan

assalamualaikum. hai ! selamat hari2 buat korang. sekarang aku takde mood nak buat intro. terus masuk isi jelah ye? ehem ! kita sebagai manusia tak boleh dipisahkan dengan harapan kan? orang cakap kita hidup kerana harapan. kita tabah juga kerana harapan. tanpa harapan, tiada siapa tahu apa akan jadi dengan diri manusia ni. hidup tanpa tujuan mungkin? 



Begitu juga dengan aku ketika ini. masih menaruh harapan bahawa masalah internet rumah aku akan berakhir. hari2 penuh dengan harapan ko tahu? minggu lepas dorang cakap suruh tunggu 9 hari. dengan sabar kitorang tunggu 9 hari tanpa mengenal erti jemu dan lelah(lah sangat) tapi, 9 hari telah pun berakhir. hasilnya, tiada apa pun berlaku. internet masih belom dapat, hampa je lebih ! tak cukup dengan itu, kitorang dijanjikan lagi bahawa dorang akan datang selesaikan hal ni hari ni. sejauh mana kesahihan janji mereka, hanya Allah jua yang tahu. kitorang tetap dengan harapan, internet akan okay suatu hari nanti. positif ni wei ! hahaha.



Begitulah hakikatnya bila berjanji dengan manusia. banyak kelemahan dan kekurangan. tapi ketahuilah, sesungguhnya bila kita berharap pada Yang Esa, tidak mungkin kita akan hampa kerana Dia yang maha menepati janji. oleh itu, setiap apa yang kita harapkan padaNya, kita kena yakin. walau camane pon halangan yang datang, kita kena tetapkan di hati bahawa semua itu pasti. Be positif yaar ! Haha. jadi sempena dengan musim exam ni, aku nak pesan walau sebanyak mana pon usaha korang, lebihkan lagi doa dan tawakal korang kepada Allah. usaha kita tidak menjamin kejayaan sebaliknya redha Allah yang membenarkan segalanya. tidak guna kita mempunyai Allah sekiranya kita hanya bergantung pada usaha. tak ubah seperti penganut lain di luar sana. setuju?



Akhir kalam, jangan putus asa dengan rahmat Allah dan ketahuilah bahawa Allah menyayangi hamba yang bergantung padaNya. assalamualaikum^^ !


P/s - aku pon ade exam 10hb ni. doakan aku skali ! xD

DSC_0420
muka bengang, raut sabar, wajah serius. harharhar !
Thank you for reading this entry !

03/04/2011

ciri bini.

asslmualaikum. salam kena bagi dulu sebelom mulakan ceramah. dengan harapan memane manusia yang tak suke ngan blog ni boleh sejuk hati sikit sebab aku dah doakan kesejahteraan beliau. keh keh !


Untuk meneruskan entri ni, aku nak korang hayati perbualan dua makhluk kat bawah ni ;

Si abang : dik, ko nak calon bini yang cane?

Si adik : aku? mudah je weh sebab aku tak memilih. memula skali ofkos la nak bini yang cun. muka nak mengadap hari2 takkan nak amik yang serabai. t kang belom sempat abes malam pertama aku dah bawak diri tido atas sofa. tak tahan muntah. haha. ko lak?

Si abang : sama ! lepas tu ape lagi dik?

Si adik : aku nak yang kaya. aku kan tak memilih. yang kaya pon dah kira syukur la. haha.

Si abang : sama jugak ! haha. last skali?

Si adik : last skali, aku nak yang baik, sopan, caring, dan semua mende yang patut ade pada diri sorang pompuan. itu sebab paling utama dlm cari bini. saje aku taruk last skali. hoho.

Si abang : betol2 ! aku setuju. yang baik dan cun! aku bagi extra sikit.ngaa~

Si adik : tapi kan weh, org pompuan ni pandang serong pada lelaki yang pilih awek ikut cantik ni. tak paham betol aku. ko paham?

Si abang : aku pon tak paham nape. ekseli aku rase orang pompuan ni belom paham prinsip lelaki ni dik.

Si adik : sokong ! orang lelaki ni dye pilih rupa pada awal perkenalan je. lepas kenal lama, tup2 awek cun tu punye perangai langsung tak berkenan di hati. last2, tak jadi jugak nak kat pompuan tu. jadi kesimpulannye, walau cantik mane pon awek tu kalo perangai tak macam pompuan, takde jugak yang nak wat bini. akhlak jugak yang lelaki pilih, bukan rupa.

Si abang : OMG ! macam tak caye ko yang cakap ni. hahaha.

Si adik : ciss ! ko nak siku ke tumit?! kahkahkah.

***

Korang paham tak? xD
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails