28/02/2011

mintak ampun.

Assalamualaikum. Ha..! Ape jeling-jeling? Ingat aku tatau ke maksud korang jeling macam tu? Euw! Hape korang ingat ni entri jiwang lagi eh? Sorry r nyah! Ai tak layan jiwang-jiwang ni semua. Buang masa je. Kahkahkah. *Sesape ringan tulang, boleh rajinkan diri hempuk budak nama izuddin ni. Kalo ade spanar saiz 42, terus guna buat eksperimen. Hempuk kepala kencang-kencang. Saje nak test keras ke tak spanar tu. Eksperimen la lebih kurang. Wakaka.



Okay dah. Tanak main-main. Ekseli entri jiwang tu normal. Bagi aku la sebab kadang-kadang time PMS, time datang bulan memang emosi tak stabil. Betol tak? Kadang-kadang marah, suka, muram, gelak. Ai! Tak paham betoi la. Dan alhamdulillah, skang ni dah stabil balik kot. Harharhar <-- ni perli.



Dalam sedar, korang tahu tak sebenarnya jiwang ade banyak nama lain. Jika disebut jiwang mungkin ramai yang nak "boo.. jambu ah kau nak jiwang-jiwang! Blah r wei!". Tak kurang jugak ade yang cakap "Hekeleh mamat ni, sotong kot nak jiwang-jiwang bagai. Peliss~". Ade kan? Cuba tukar perkataan jiwang kepada romantik. Haa..! Kan dah lain persepsi masyarakat. Semua nak pakwe/bf/suami yang romantik kan? Lebam jugak bijik mata sesape yang cakap tanak! kehkehkeh.



Akhir sekali, lelaki romantik idaman setiap wanita. Sekian <-- ni aku baca dalam buku keluarga. bukan sesaje reka tau! hahaha. Assalamualaikum. Buibui bebeh~



DSC_0143
jiwang itu romantik. lalalala~
Thank you for reading this entry !

27/02/2011

kisah cinta dan kapel.

Cinta dan kapel adalah pasangan kekasih. Setiap hari mereka pasti akan berhubung tidak kira melalui apa cara sekalipun. Nasib baik zaman teknologi sekarang telah memudahkan hubungan dorang. Jika tidak melalui telefon, internet lah yang jadi pilihan.



Pada suatu hari, kapel telah memutuskan hubungan mereka di atas sebab yang tidak mungkin dapat dijelaskan. Alasannya, kapel sendiri tidak tahu apakah yang dia perlukan. Masih meraba-raba mencari sesuatu yang dia sendiri pon tidak pasti. Kosong. Lantas masing-masing membawa haluan sendiri. Cinta membuat keputusan untuk ke timur manakala kapel menapak ke utara. Sejak itu, mereka terus terputus hubungan.



Di sebalik perpisahan mereka, wujud dua perasaan yang dirasakan oleh cinta dan kapel. Perasaan yang lahir tulus dari hati iaitu cinta tetap bahagia walaupun kapel sudah tidak lagi bersamanya. Akan tetapi, kapel mula merana akibat ketiadaan cinta di sisi. Analoginya, cinta tidak memerlukan sesiapa kerana hakikatnya, cinta itu sendiri merupakan kebahagiaan walaupun keseorangan. Dan kapel? Apalah gunanya kapel andai tiada cinta yang menemani. sekian. ^^,



DSC_0698
'you' are stealing my heart away.



Okay, gambar atas ni tak lawa. Tukar yang ni pulak.



DSC_0698
<3





"semoga Allah sembuhkan kamu ^^,"



*ni last entri jiwang a.k.a ROMANTIK.
harharhar!
Thank you for reading this entry !

25/02/2011

aku. kamu. kita.

aku.
Dahulu juga sepertimu. Tercari-cari sesuatu yang tidak pernah aku ketahui. Tergapai-gapai. Lemas mungkin. Lemas dalam kemahuan sendiri yang ternyata kelam, gelap, dan kosong. Akan tetapi, semua pencarianku seakan terhenti tatkala aku bertemu dengan dirimu. Seolah pencarianku selama ini sudah sampai ke penghujungnya. Andai kau baca tulisan ini, selamilah hatiku yang sentiasa berbisik "aku sayang padamu".



kamu.
Perlukan masa untuk menyedari kemahuan sebenar dirimu. Dirimu masih keliru tentang perasaan bukan? Bersabarlah dalam mengenal diri kerana ianya ternyata lebih sukar dari mengenali yang lain. Hadapkan wajah kepada Tuhanmu, mohonlah agar kamu dikurniakan apa yang kamu perlukan. InsyaAllah! Tiada kehampaan jika kamu bertawakal padaNya.Yakinlah !



kita.
Punya nama yang hampir sama. Hanya berbeza pada gandaan huruf sahaja. Berkongsi minat dan kesukaan. Aku tahu ayam masak merah dan epal hijau itu kesukaanmu tapi apa salahku sekiranya aku juga menyukai benda yang sama? Lupakah kamu di saat kita sama-sama ditimpa dugaan dengan selesema, demam, pening? Peliknya, ia berlaku pada waktu dan detik yang sama! Padahal kamu jauh di sana dan aku pula tetap di sini.



Pesanku buatmu.
Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu kerana aku sedar aku masih berdiri tanpa tempat di hatimu. Mungkin berdirinya aku di hatimu hanya sekadar satu persinggahan bagimu. Tetapi ketahuilah bahawa di hatiku, telah aku sediakan singgahsana buatmu. Hanya untukmu selama-lamanya. 143... *senyum*



DSC_0062
143



*apsal skang aku selalu update entri jiwang hah? gedik gilaa..~
macam biasa, entri khayalan. Har har har !
Thank you for reading this entry !

24/02/2011

aku punya kamu.

Di dalam sebuah bas, kedengaran pasangan kekasih sedang berbual. Separuh berbisik.



si dara : betol u sayang i?

si teruna : betol!

si dara : boleh u cakap banyak mana u sayang i?

si teruna : banyak sangaaattt!!! sampai u taley nak bayangkan. *senyum*

si dara : ^^,



sementara di seat belakang, bermonolog seorang jejaka sejurus terdengar perbualan mereka.

"andai dirimu pergi, diri ini takkan mampu untuk berhenti mencintaimu..."

lantas seulas senyuman terukir di bibirnya. (^_^)



DSC_0363
*wink*



p/s - followers dah masuk angka ratus lapan. alhamdulillah~ mekaseh bebanyak! ^^,



*tulis mende khayalan ni best jugak kenkadang.
hekhekhek
Thank you for reading this entry !

22/02/2011

2 in 1.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ingat nak taip entri laju-laju tanak backspace tanak semua. Tapi disebabkan aku seorang yang prihatin dan cakna, maka terpaksa jugak aku taip pastu check satu-satu. Ejaan kena kasi betol noks! Mane tahu kot-kot ade budak prasekolah yang baca blog ni. Kesian pulak tengok dorang tereja-eja setiap suku kata tapi tak paham perkataan tu. Kejap! 'TEREJA' ade tak dalam kamus dewan? Kahkahkah.



Ehem. Entri ni aku nak cerita 2 mende. Tengok tajuk la, 2 in 1 tuu~



Memula, aku nak cerita pasal majlis kesyukuran dan solat hajat pelajar kelantan mesir bersama pimpinan kerajaan negeri kelantan. PERGHHH!! Punye la panjang nama majlis tu. Semput aku. Ikhlas aku cakap, time tulis entri ni baru 1st time aku baca banner tu. Hahaha. Pang sebijik pelisss~



Tanak tulis banyak pasal tu sebab aku sendiri pon tak lama kat sana. Kenapa mengapa tu semua tayah mengedik nak tanye sebab aku takkan jawab. Orait? Nah gambar sebijik!


DSC_0012
dari kiri ; ayie, akie, aniq. caption : bawak kamera gedabak tapi amek sebijik je. eh bukan sebijik, bijik-bijik yang bermaksud 2 bijik. haha. kenapa mengapa tayah menggedik nak tanye eh? sebab aku takkan jawab. <-- ulang balik.=]



kol 1 baru sampai umah. Sekian cerita pertama.



Kedua, aku and the geng yakni para pelarian dari mesir telah selamat berkelah di lata tembakah. Tiap kali balik bercuti memang wajib pegi sane ko tahu?! Kenapa mengapa tayah menggedik nak tanye sebab aku takkan jawab. Orait? Hahaha.



Mesti nak tengok gambar kan? Nah! Tengok la sampai bernanah bijik mata. Sikit je ni aku upload, malas nak tunggu upload banyak-banyak. Kenapa mengapa tayah menggedik nak tanya sebab aku takkan jawab. Orait? (lagi sekali aku ulang ayat ni, boleh tolong pelempang tak budak nama izuddin nie? boleh? ok cun!) hahaha.


lata tembakah sep pelarian
berkumpul kat tempat paling strategik. geologi tempat yang sangat menarik. parking luas, tepi surau, garaj berbumbung tak lain tak bukan di rumah kembatolo. hakhakhak XD *lupa nak taruk watermark kat gambar ni.


Collages
masa ni baru sampai. memasing muka eksaited. kenderaan 2 bijik persona + 1 viva + 1 wira + 1 prado = sokonglah buatan malaysia. kahkahkah.


Collages (2)
jenjalan sebelom sampai kat tingkat teratas air terjun. tempoh perjalanan 60 minit katanya. padahal? hahaha.


Collages (3)
pemandangan sekitar. tak best langsung kan? ngaa~


Collages
hooray~ dapat mandi air terjun. siriyes dalam kali ni. hari tu takde la dalam macam ni. tapi itu semua bukan halangan bagi seseorang yang pandai berenang. betol tak? yang tak reti lain cerita. kehkehkeh.


Collages
gambaran pukal dan rawak.



Okay tamat cerita. Ekseli nak buat panjang lagi entri tapi rase macam malas la pulak. Lagipun nak buat collage bukannye kejap. Nak kena tunggu. Masa ni kalo tak berpegang assobru minal imaan mesti pancit sebelom entri siap. Aku? Entri ni kan dah habes, so paham-paham jela. Takkan semua nak tunggu aku tulis? Takkan nak jadi tukang bace je? Pandai-pandai la buat kesimpulan sendiri. Yang penting, cari maksud tersirat. Setiap entri aku taruk luahan hati. Pandai-pandai lah korang explore kalo nak tahu. Sekali lagi aku ulang, kalo nak tahu. Nak kena bold ke? Okay, lagi sekali, kalo nak tahu. Kenapa mengapa tayah menggedik nak tanya sebab aku takkan jawab. Hah? Erks! Chow duluuu.. Assalamualaikum. Harharhar.



p/s - terima mesej yang cukup mendebarkan. tapi sebagai makhluk, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dari Penciptaku kerna Dialah yang maha mengetahui.(^^,)
Thank you for reading this entry !

20/02/2011

tandas.

Dua beradik baru selesai makan tengah hari.

si abang : lauk tadi kalo masin sikit lagi best kan?

si adik : hekeleh ko ni, nak komplen-komplen pulak. nasib baik ayie rajin masak, kalo tak makan garam jela ko rini. syukur la sikit! huh~

si abang : aku cakap jela, bukan komplen. ni bersyukur la ni. dengar ni, ALHAMDULILLAHHH!!! puas hati? kehkehkeh.



Selang beberapa ketika,

si abang : alamak, perut aku rasa lain macam ah!

si adik : pegi jela jamban, tu pon nak kecoh. hish!



Sedang si abang sibuk mengerah tenaga di dalam tandas, tiba-tiba ;

si adik : woi! cepat la sikit! aku nak masuk pulak nie.

si abang : hahahahahahaha.

***



kalau dah namanye kembar, berak pon kena sama timing jugak eh? harharhar.



DSC_0985
buat je caption sendiri. ok? (v_v)
Thank you for reading this entry !

ehem ehem.


DSC_0175


"Sometimes what you're looking for, comes when you're not looking at all."


DSC_0766
 
 "If nothing last forever, will you be my nothing?"



p/s - tatau nak update hape, tayang gambar jela. orait tak? Keh keh keh XD



*bila update ceni, paham-paham lah kan?
hikhik. (^^,)
Thank you for reading this entry !

18/02/2011

Pelik sangat ke?

Assalamualaikum. Salam baru bangun. Saat entri ni ditulis, jam sudah pukul 12.39 malam. Aku pulak baru bangun tuk solat isyak setelah tewas kepada katil lepas maghrib tadi. Hehe. 



Semalam penat gilaa ko tahu? Ce citer ce citer! Okay ceni. Memula kitorang g majllis selawat dekat umah ayie. Dye ade buat makan-makan sikit sempena maulidurrasul. Lepas majlis, kitorang main futsal pulak sampai lewat malam. Sepak sane tendang sini, kol 1 baru habis main. Tak cukup dengan tu, berjaga pulak sampai kol 3.30 pagi semata-mata nak tengok match arsenal lawan barca. Berjaga dah cun dah, dapat tahan hingga match start, tapi last-last, belom sempat abis half time aku dah kiok. Ngantuk sangat  la nyah, tak tahan ai! Haha.



Gerak balik umah lepas subuh. Sampai je kat umah, abah pulak suruh hantar nenek g klinik sebab nenek tak bape sihat. Argh! Baru plan nak qadha tidur, terbantut segala rancangan nak mimpi indah. Ingat nak pass je tugas ni dekat izwan. Tuptup dye dah selamat dikebumikan di alam mimpi. (T_T) Attoiii! Takpelah, anak soleh selalu ikut ape yang disuruh. Taat kepada orang tua, memang itu kewajipan kan? Jadi pegi jela klinik dekat pasir puteh sane. (v_v)



Memandangkan aku baru sampai umah, aku pon cakap nak pegi macam ni je. Maksud aku macam ni tu dengan kain pelikat je. Siap pesan lagi tanak turun nak duk dalam kete jek. Sampai je kat klinik, dandan abah cakap suruh cari parking pastu masuk dalam klinik. Aku ni dengan tak mandinye, dengan kain pelikatnye, serius rasa macam "aish! nak keluar macam ni ke?". Spontanly, tetibe rase ni salah satu jangkitan dari cinta hati si gadis bertudung merah yang selalu kuar umah dengan tak mandi. Ye dak? Kahkahkah.



Yang aku herannye, pelik sangat ke anak teruna pakai kain pelikat dengan muka tak mandi jalan-jalan dalam bandar sambil pakai kain pelikat pada waktu bekerja? Bukan tak pakai baju pon. Grr~ Tauke kedai letrik tu siap tego lagi. Selamber je tanye pakai kain je dik? Hahaha. Sang awek pulak asek pandang-pandang. Aku tahu dorang ngendap aku tapi aku sesaje buat tak perasan tanak bagi dorang malu kantoi ngendap aku. Harharhar.



Kesimpulannye, korang tayah r pakai kain pelikat bila masuk bandar. Nanti korang jugak akan jadi mangsa usyar awek-awek. Dorang tu bukanmain suke tengok laki pakai kain. Aku rase la. Hahaha. Okay dah, itu je aku nak tulis. Ni pon dah panjang sangat da. Sebelom berundur, terima kasih buat yu sebab sudi wc. 1st time wc ngan cinta hati tadi. Teruja, gelabah, segan, malu, semuanya tak terkata sebab mende tu semua takde mulut. Opkos la tak terkata kan? Suwel jugak sape buat perkataan tu. Kehkehkeh.*sila percaya* XD



Akhir kata, Assalamualaikum. 



DSC_0108 (2)
ni pon tengah pakai kain pelikat, tapi tak nampak r sebab gambar separuh je. hikhikhik



*nak cakap comel cute lawa cun dekat yu boleh tak? hakhakhak ^^,
Thank you for reading this entry !

16/02/2011

bila dah kahwin

Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat semua. Memandangkan mood nak menaip tetiba menjengah, makanya akunya dengannya sukacitanya menulisnya entrinya ininya.  Ah sudah!  Ni dah mula nak merapu la ni. Wakaka. Abaikan~



Okay serius sikit nyah. Ehem ehem! Bila dah kahwin, memasing mesti berubah kan? Bukan nak cakap kat sesape, diri aku sendiri pon dah berubah sejak kahwin ni. Setiap hari tatap muka bini, semakin hari semakin sayang.  Itu yang paling utama. Kehkehkeh ! Baru aku paham nape orang tua boleh kekal bahagia walaupun usia dah lanjut. Hahaha.



Ekseli bukan pasal tu aku nak gtau. Ni ha! Bila dah kahwin nie, setiap masa kena fikir pasal bini dan anak-anak. Anak pulak semua kembar. Aiyoyo~ Kuat betol genetik kembar aku nie. Muahaha. Keluarga kena didahulukan dari semua dalam setiap aspek. Nak bagi dorang makan ape, pakai mende, hubungan camane, semua sekali kena amek kira. Sebab? Bila dah kahwin, itu semua dah jadi tanggung jawab. Dan jika korang seorang yang beriman,  aku yakin korang takkan amek mudah pasal tu. Ye dak?



Itu yang basic je. Yang penting skali, mak bapak korang dah bertambah jadi 4 orang. If semua masih hidup la. Mak bapak bini korang pon dah jadi tanggung jawab korang. Jadi, setiap perkara yang korang lakukan mesti menjaga hati kedua-dua belah pihak. Belah korang dan jugak bini korang. Masa nilah kesopanan, kebijakan, kepandaian, kekacakan korang akan diuji. Seterusnya, 100% sifat pentingkan diri sendiri korang kena buang. Bukan kena, TERPAKSA buang. Tayah menggedik mengada nak simpan walaupun sebesar zarah! Ececey, gune ayat zarah pulak daa..~ Kihkih. Lambat laun, korang jugak yang akan menyesal. Cayelah, aku dah ade pengalaman. =P



Okay dah. Cukup jela berangan aku setakat ni. Sesekali imagine pasal kehidupan lepas kahwin ni syok jugak. Nanti boleh terus praktis bila sampai masa. Tak gitu? Keh keh keh. Akhir skali, tataplah gambar aku ngan izwan bila dah kahwin nanti. Sebagai contoh la konon. Harharhar. Assalamualaikum.



DSC_0138
dukung anak masing-masing. tapi tetap mengekalkan kekacakan walaupon lepas kahwin. anak tak sama sebab bini bukan kembar. kahkahkah. =P



p/s - banyak kali jugak terpikir cane hubungan aku ngan izwan lepas kahwin nanti. korang rase cane? ekeke XD
Thank you for reading this entry !

15/02/2011

12 rabiul awal

Arahan : Sila baca ikut turutan nombor.



1. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.


2. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.

3. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad, wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam.

4. Ulang nombor 1, 2, 3 seberapa banyak yang mampu. ^^,







p/s - pendek je update kan? saje buat ceni sebab aku tau walaupon maulidur rasul, masih ramai yang berat mulut nak ucap selawat. apekes ni? hape korang ingat dapat masuk syurga ke tanpa syafaat dari nabi? piiraahhh..!~ berangan jelaa. nah! picit nie.
Thank you for reading this entry !

14/02/2011

nafsu internet.

Assalamualaikum. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.



Okay. Pertama sekali, aku nak mintak maaf sebab skang ni nafsu aku kepada blog dah makin berkurang. Biase la bila iman dah makin mantap, perkara lagha pon dah tak amek port sangat. Ye dak? Kahkahkah. =P



Ekseli, sebab utama nafsu serakah kat internet aku mula bermasalah bile internet kat egypt wat hal hari tu. Sumpah aku stress giler! Dal-yak-mim!! Nak online gune henfon pon taley, ngan laptop lagi la. Last-last aku terpaksa pasrah. Diulangi, TERPAKSA pasrah. Nak chat ngan buah hati tak dapat, nak update blog taley, nak usyar awek facebook pon terbantut. Gersang tahu tak? Hahaha. 



Walau bagaimanapun, alhamdulillah syukur pada Allah. Setiap yang berlaku bukan sia-sia. Semuanya ade maksud tersirat yang tersendiri. Dan bagi aku, gian terhadap internet dah berjaya dikurangkan. Kalo dulu kemain lagi addict ngan internet. Sepenuh masa asyik meligat pikir pasal internet je. Facebook, blog, tumblr, semua sekali bungkus dalam satu otak. Sampaikan tengok paip air dalam jamban pon leh terbayang logo facebook. Gila? Ke geli? Hahaha.



Dahh.. Itu je aku nak tulis. Motif entri ni pulak aku tak sure kenapa aku buat. Rindu nak merapu meraban mungkin. Yela kan, entri sebelom ni pon sejengkal nyamuk je. Yang sebelom tu penuh ngan gambar. Jadi entri ni aku nak taip panjang-panjang la. Harap takde yang muntah kaler pelangi bila baca entri ni. Harharhar.



Sebelom berundur, aku nak ucap mekaseh banyak-banyak kepada semua readers yang sudi bace, sudi komen, sudi bukak blog ni. Mekaseh banyak-banyak sebab kalian sudi luangkan masa menatap blog sememeh serabai sekacak ni. Tanpa korang, blog ni takde pape. Siriyes! Kalo takde aku pulak, lagi la takde pape. Nampak tak sape lagi penting? Hekhekhek. Gurau jek. Sebetulnye, Korang lah yang memeriahkan kembatolo ni. Mekaseh banyak-banyak tau! Tsk tsk tsk <-- tangisan terharu. ^^,



Assalamualaikum, sekian. Selawat banyak-banyak eh! Hihi



DSC_0568
aku tak pasti mamat ni buat ape. berdoa ke buat klip hindustan? haha


p/s - rindu suara kecik la pulak. hehe ^^,
Thank you for reading this entry !

13/02/2011

celupar.

Dua beradik sedang khusyuk berborak di dalam bilik salah seorang dari mereka.



si abang : nanti kita nak pegi jenjalan kan?

si adik : hekeleh! dah tahu nak tanya lagi. piirahh~

si abang : ala weh, saje aku bukak topik. bosan giler kot asyik mengadap muka ko je. HAHAHA.

si adik : amboi amboi! ko ingat ko je reti bosan? aku lagi la, siap menyampah lagi tengok ko. dah la muka sama ngan aku. copy paste betol!

si abang : ko nampak tak penyiku aku ni? kena skali pon dah cukup tuk buat ko makan guna tiub tahu?! grr~

si adik : oit! reti marah jugak! kate cool. hakhakhak.
***



Kalau korang ade kembar yang celupar macam tu, agak-agak korang buat ape? bagi penyiku macam tak cukup jek. harharhar.


DSC_0196
buat ceni pon kire ok la kan? hahaha
Thank you for reading this entry !

10/02/2011

Bahariya oasis

Assalamualaikum. Hurm, kali ni aku nak citer pasal percutian. Ekseli, kitorang bercuti dah lama iaitu pada 26 januari lagi. Tetapi disebabkan rusuhan dan masalah teknikal yang berlaku di Mesir telah menyebabkan entri ni lambat dipublishkan. Dengan itu, aku terpaksa buat entri ni di malaysia. Hahaha. Cakap banyak pon tak guna kan? Tengok je gambar kat bawah ni. =P


DSC_0514
dalam land cruiser 4x4 nak pegi padang pasir.



DSC_0270
try angkat gergasi. hekhek



DSC_0301
ape tah name tempat ni.. aku tak amek port pon mase guide tu eksplen.. amek gambar lagi bagos.. haha



DSC_0384
untuk you~ haha



DSC_0555
yang ni aku tahu kat mane. tapi dah lupe la. hahahaha =P



DSC_0585
Malaysia oh tanah airku~



DSC_0740
group 4



DSC_0818
bukit kristal. kitorang tengah pegang kristal la tuu.. bukan sesaje pose cenggitu.. hakhakhak



DSC_0864
naughtytwin.blogspot.com



DSC_0920
dorang cakap tempat ni dulu sbenanye laut. wallahu a'lam.



DSC_0966
ngaa~



DSC_0974
macho tapi hancur



DSC_1018
1 2 3,.. LOMPATTT!!!



DSC_0033



DSC_0060
twinkle twinkle little star~ lalalalala~



DSC_0084 (2)
makan malam



DSC_0391 (2)
time ni tengah tunggu driver tukar tayar 4x4 yang pancit. Apelagi, tempat dah cantik, snap jelaa.. haha



DSC_0005 (2)
nampak lain tak? kikiki =P



DSC_0567
tu diaaa...



DSC_0143 (2)
berkhemah di padang pasir.


Nak tengok lebih, sila bukak facebook okay?! Bye.. Assalmualaikum =)
Thank you for reading this entry !

09/02/2011

cairo-jeddah-kuala lumpur-kelantan

Assalamualaikum. Rentetan peristiwa Ops Piramid.


06 Feb 2011/Rumah - DMAK.
Lebih kurang pukul 10 pagi, kami terima panggilan dari wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) Shoubra supaya berkumpul. Sepantas mungkin kami bersiap dan bergerak ke sana. Malangnya, belom kitorang sempat sampai, kami difahamkan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke DMAK. Tanpa banyak cakap terus turun bas, amek teksi dan menuju ke DMAK. Sampai je sana, ramai yang dah berkumpul. Beratus pelajar dari Tanta dan Zagziq sudah berkumpul 2 hari lebih awal dan masih menunggu giliran untuk dibawa ke epot.



Sebaik mendaftar, kami ditempatkan dalam dewan. Semua skali lebih kurang 147 orang. Nasib baik ramai, takde la boring sangat duduk kat situ. Siap layan raja lawak lagi. Nampak tak kecoolan kami? Makanan pon disediakan. Jadi bila perut kenyang, masalah semua boleh settle. Tak gitu? Hahaha. Berbekalkan tilam dan selimut, kami berehat di dalam dewan tersebut dan bermalam di sana. Perpindahan kami akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan perpindahan pelajar tanta dan zagziq selesai.


DSC_0004
selesa. hahaha XD


DSC_0014
5 bintang ni weh! haha


07 Feb 2011/DMAK
Diarah berkumpul seawal jam 5 pagi. Subuh pon belom masuk lagi time ni, dah terpaksa menunggu dalam suasana gelap dan sejuk gilaa. Tunggu perpindahan budak Tanta lama weh! Tunggu, tunggu dan terus tunggu. Mata pulak makin berat.. 



Setelah hampir 7 jam menunggu, barulah tiba giliran pelajar shoubra untuk ke epot.  Nasib baik lah ade surau, boleh jugak tunggu situ. Siap tertido lagi, memang syok habis r proses menunggu tu. Hekhekhek. Perasaan? Gembira, sedih, geram, penat semua digaul sebati. (v_v)


DSC_0025
DMAK


DSC_0022
dari gelap sampai terang duk berkumpul. pfft!


Bertolak ke epot dengan bas. Ingatkan kat epot boleh terus naik flight, tapi hampeh! Kat situ dah ade lebih 200 orang tengah menunggu. Nak tak nak kitorang pon terpaksa tunggu jugak. Sejak dari kol 12 sampai kol 5 kena tunggu. Yang geramnye, takde satupun nama pelajar shoubra dipanggil. Kitorang kat situ macam tunggul je. Tapi tunggul yang ade perut la sebab mase sampai tu kitorang terus pegi amek makanan. Lapar. Hakhakhak.



Last skali, bila semua pelajar lain dah masuk, student shoubra masih belom dipanggil. Mulut masing-masing dah mula bising. Sorang-sorang membebel tanda tak puas hati. Aku? Macam biase la, aku kan pendiam. So, mulut diam je. HAHA !



Sampai la last skali, dye pilih macam tu je. Sape berjaya buat muka paling kesian, dye boleh naik flight. Ade r separuh yang berjaya lepas termasuk aku, izwan, ayie, amin, dan amiyo. Ke lebih eh? Aku tak sure berapa. Syukur banyak-banyak. Dalam kol 5.15 petang, flight berlepas ke jeddah.



7.00 malam/Jeddah
Pesawat air asia yang kitorang naik mendarat di Lapangan terbang Jeddah. Kitorang cuma transit tuk isi minyak ngan refill makanan je. Benti pon dalam sejam je. Lepas tu terus gerak ke Kuala Lumpur International Airport. Tu pon sebab flight kitorang skali dengan para wartawan dan menteri. ^^,



08 Feb 2011/KLIA
Jam 10.30 pagi waktu tempatan, kitorang selamat sampai di KLIA. Tanpa diduga, ade majlis yang dilangsungkan sempena dengan ketibaan rombongan pertama ke malaysia dalam ops piramid tu. Teruja jugak la. Hahaha.



1.30 tengah hari/KLIA
Kami dibawa pulang ke kelantan dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kelantan. Terima kasih banyak-banyak. =)



11.30 malam/Pejabat YIK
Kami selamat sampai di kelantan. Lama sangat? Biase la tu, pandu cermat jiwa selamat! Ingatlah 'orang' tersayang. Ehem ehem! Harharhar.



Sekian. Dah tahu entri ni boring dan berjela. Nak yang menarik? Nantikan update lepas ni. Gambar bawah ni jadi iklan. Hahaha. =P Assalamualaikum.


bahriya
iklan



p/s - selsema masih belom pulih. batuk pulak makin menjadi-jadi. takmo g klinik, makan ubat je. boleh? hahaha
Thank you for reading this entry !

08/02/2011

update 3 patah

perhatian : aku buat entri baru sebab malas dah nak edit balik entri 3 patah tu. hekhekhek.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam pengikat kasih buat semua pembaca blog ni. Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update serius, akhirnya hari ni kegersangan blog ni berjaya ditamatkan.



Buat pengetahuan semua, kitorang telah selamat sampai di Malaysia pada jam 10.30 pagi 7 feb 2011 iaitu semalam dengan selamatnye menggunakan pesawat air asia. Lepas tu, sampai-sampai je terus disambut oleh perdana menteri kat kompleks bunga raya di KLIA. Wartawan tayah cakap r, ramai gilaaa. Kamera pulak kiri kanan duk tangkap gambar. Shoot sane, snap sini! Ke hulu ke hilir tak benti-benti.



Aku punye feeling pon tetiba jadi macam artis. Menyesal tak berubah jadi SRK ke, hritik ke, kalo tak senang sikit orang nak cam kan? Kamera pon terus zoom dekat aku. Wakaka perasan artis kejap. Hahaha. =P



Menariknya, kitorang dah cantik set dalam kepala hotak ingat dapat masuk tv tapi apakan daya,  kitorang penumpang pesawat air asia mane la buat banner "terima kasih PM kerana selamatkan saya" tu. Hape punye samdol r kameraman. Seramai 700 lebih pelajar yang balik semalam, dye pegi shoot bebudak same je. Lagi parah bila asek tunjuk video sama je kat tv. Mane pegi video kitorang? Mane pegi video-video lain? Lagi jujur, mane pegi video yang ade muka aku?! Arghh!~ Naik geram jugak aku. Hahahaha. Dorang tak tahu ke aku punye gelora jiwa nak masuk tv lebih menggelegak dari gelora nak balik mesia? Opkos tak tahu! Kalo tahu dah lama dorang masukkan kot. Pfft.



Habis pasal tv, aku tak kisah sangat pon sbenanye. Setakat tv, tak masuk pon takpe. Aku punye drama dah belambak dah. Bukan kempunan sangat nak masuk la. PUII!!~ Kahkahkah. (v_v)



Ok dah la, panjang sangat aku wat ulasan ni. Padahal isi sikit jee. Papepon, aku ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi membawa pulang pelajar malaysia ni. Nak tulis satu-satu memang tak laa.. Ramai sangat yang terlibat dalam misi ni. Jadi, lebih adil jika aku buat ucapan terima kasih secara pukal sahaja. Betol tak? Harharhar.



Akhir kata, kos aku balik mesia ni hanya memakan belanja LE14 je iaitu belanja tambang teksi dari umah ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK). Korang boleh buat macam tu? Dengan LE14 boleh sampai mesia? Hekhekhek. Okay dah, banyak sangat dah bongkak ni. Mintak diri dulu, assalamualaikum. Nanti aku update pasal perjalanan pulak. =)



DSC_0042
suasana di luar komplek bunga raya KLIA.



p/s - mekaseh call. nak terharu boleh? hihi (^^,)
Thank you for reading this entry !

3 patah.

Selamat. Penat. Rehat.


DSC_0032
KLIA



p/s - esok baru aku update balik entri ni. selamat malam. HAHA !
=P
Thank you for reading this entry !

03/02/2011

alhamdulillah

Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Ni cuma update ringkas. Paling pendek insyaAllah. Cuma nak cakap, pemilik blog ni masih bernyawa. Itu je. Syukur alhamdulillah. Tayah risau-risau okey?! Terima kasih kepada mereka yang merisaukan diri ini. =P hahahaha.



p/s - tengah kelam kabut sempat lagi rindu someone. mengade tak? harharhar.
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails