30/11/2010

tag omputeh.

Assalamualaikum. Hai! Asek muka sama je yang kuar dashboard. Dah tu, terpacak dua ketul kembar pakai baju merah kat header. Ai tengok pon meluat. Lu tak rase pape ke nyah? Haha. Pastu pulak, entri pon sama jek. Tag! Tag! Tag! -_-" Sabar..~ Buat senyap senyap boleh tak? Mulut ngan tangan sama laju je. Buat pakai tangan ke mulut? Hish! Tak reti mintak mende laen kan? Hari hari mintak kaki. Grr~

Bila ade orang tag, opkos kita kena buat. Cepat or lambat tu tayah peduli. Kalo busy, lambat sikit buat. Bila dah tade mende nak buat, godek balik entri yang manusia baek hati tag, then buat. Takde paksaan. Baru hidup ni aman. Tak gitu? =D

Tapi tak rugi kot baca entri ni sebab tag kali ni dalam bahasa mat saleh ko tahu?! Time buat entri ni, ekamus wajib bukak yep. Maklum jela, ai ni bukan reti sangat bahasa bahasa asing ni nyah. Setakat love ngan miss tu reti la. Ape motif tulis love ngan miss? Nak kaki lagi skali? Gersang~ Kahkahkah.

Tengs kepada sarah sebab sudi tag.  


-Arahan Tag-
Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your notes.


1.If someone says, “Is this okay?” you say
like a song by lenka

2. How would you describe yourself?
waiting for yesterday by david archuletta

3. What do you like in a girl?
runaway by the corrs

4. How do you feel today?
u smile by justin bieber

5. What is your life’s purpose?
dangerous and sweet by lenka

6. What's your motto?
dewi by alexa

7. What do your friends think of you?
irresistible by the corrs

8. What do you think of your parents?
radio by the corrs

9. What do you think about very often?
running by david archuletta

10. What is 2 + 2?
boy like you by cheryl cole

11. What do you think of your best friend(s)?
eenie meenie by justin bieber

12. What do you think of the person you like?
muak by andra and the backbone

13. What is your life story?
zero gravity by david archuletta

14. What do you want to be when you grow up?
titik ajaib by saujana

15. What do you think of when you see the person you like?
runaway love by justin bieber

16. What will you dance to at your wedding?
heaven by cheryl cole

17. What will they play at your funeral?
get away by iyaz

18. What is your biggest fear?
lifting me by the corrs

19. What is your biggest secret?
hingga saatnya kan tiba by alexa

20. What will you post this as?
Allah kiya karo by maher zain

Okay! Habes sudaa.. Nak tag 20 orang? Ingat aku ni spesis makhluk rajin sangat ke? Nak tag sorang pon berhempas pulas, ni pulak doploh?! Kirim salam jela eh! Haha. Sape yang rase nak buat tag nie, dipersilakan tanpa rasa segan dan silu atau malu. Buat je. Pastu cakap aku tag. Orait tak style ceni? Wakaka~

Asslamualaikum. Bye!


Photobucket
tanpa segan dan silu atau malu. contoh terdekat. hakhak~
Thank you for reading this entry !

29/11/2010

berani mati : blog aku best!!


First of all, wajib bagi salam lah kan. Takkan nak hey yo! wat's up segala bagai pulak. Tak islamik kot macam tu. Hehe. Assalamualaikum.

Pastu, kena cerita pasal blog ni dengan penuh rasa bangga dan tak kurang dari 100 patah perkataan. Mula mula baca syarat ni, fuyooh!! Terbeliak bijik mata ai nyah. Korang bukan tak tahu yang ai ni jenis yang memang cepat perasan. Bila dah orang suruh citer pasal blog dengan penuh rasa bangga ni, melompat terus! Tak susah pon nak cerita. Dah nama pon cerita, taip je pape ikut terlintas lam kepala hotak ni. Nak cakap blog-ni-best-sebab-boleh-makan pon takde hal la. Takde sesape nak marah. Kan?

Okay! Siriyes. Aku rasa blog ni best sebab aku citer pasal sumer mende dalam ni. Bila sebut "aku rasa blog ni best" secara otomatiknya ia terus masuk ke alam khayalan dan fantasi kan? Jadi, jangan ade sesape nak cakap aku poyo ke hape. Aku cuma berfantasi ni. Takkan nak berfantasi dalam dunia khayalan pon tak boleh? Tak sportim ah lu der. Hahaha =P. Back to topic, tazkirah pon ade, lawak pon ade, jiwang pon ade. Dan yang paling penting, blog ni memaparkan pasal dua ketul kembar. Tak tahu la korang nak describe kembar ni jenis yang cane. Asalkan, bagi aku, ade kembar merupakan sesuatu yang amat bessttt!!*tarik panjang panjang. lagi panjang, lagi best kot* wakaka.

Usia blog? Hurm.. Tak la tua sangat. Amat sesuai tuk golongan belia remaja yang tengah jinak jinak merpati dengan alam maya. Hakhakhak. Aku buat buat blog ni bulan 3 aritu, skang dah bulan 11. Kira ah bape bulan. Nak senang, baru boleh merangkak la gamaknye. =D

Tujuan buat blog? Soalan yang simple, opkos jawapan pon simple jugak. Suka suka. Nak berkongsi. Suka merepek dan merapu. Last skali, buat je blog. Amacam? Simple kan? Wekk!~

Apa yang best tu korang boleh nilai sendiri. Rase macam dah banyak sangat ke'terperasan'an syok sendirik nun di atas sana. Dah tak sanggup da nak lambung diri ni tinggi tinggi. Takut penyakit hati. Kuang3.

Sasaran trafik? Tak kesah sangat bape orang. Yang penting, readers boleh amik manfaat dari apa yang ade kat blog ni. Itu lebih berharga dari trafik yang beribu riban tigakalilemon kan? wee~

Dah. Semua syarat sudah aku tunaikan. Apalagi, blah r! Tade mende da nak kongsi nie. Syuh syuh! Hahaha.

Kejappp..!! Sebelom blah tu, bawak balik ucapan terima kasih aku nie taw. Terima kasih sebab sudi baca blog ni, terima kasih sebab sudi follow blog ni, terima kasih sebab sudi komen blog ni. Terima kasih untuk semua kesudian korang. Semua yang baek datangnya dari Allah, semua yang buruk hadirnya dari kelemahan diri ini. Kita sebagai hamba, harus terima dengan hati yang tenang dan jiwa yang lapang. 

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"
-Al-Rahman-

Alhamdulillah, thank you Allah.
=)

Sape sape yang nak join, klik nie. Okay! Assalamualaikum.
Bai!~



Thank you for reading this entry !

tag pulak dah.

Hello! Hai!
Ish! Suka sangat ikut budaya mat saleh tu. Kita ade agama, so, ASSALAMUALAIKUM. Kan bagos ceni? Salam kan penghubung silaturrahim dan penguat rasa SAYANG. Hambek kau! Aku CAPS LOCK skali tang sayang uh. Nampak sangat gersang. Wakaka.

Hurm.. Memandangkan aku dah lama tak buat tag, tetebe tergerak hati nan single tuk buat tag. Kejap kejap! Perlu ke kau mention 'single' tu nyah? Saje mintak kaki kan? Aigo~ =P

Tag kali ni dari senior aku. Dye baru je buat blog. Aku pon pelik apsal mamat ni buat blog. Niat di hati nak je tanye kenapa tapi kena paham paham ah. Dye senior, aku junior. Tak takot kena ragging? Hoomak aih! Sape yang tak takot kne ragging. Kena masuk lam tong sampah, kena baca ABC start dari belakang, kena tiup lampu sampai padam, kena minum air biar kering satu kolah. Sanggup tak? Amponn!! Ai tanak nyah! Hakhakhak.

Nak kenal senior aku tu? Tunggu dulu.. Last skali baru aku dedah identiti dye. Hoho.

Soalan tag bermula..

1. Ape yang penting dalam hidup korang?
meh nak jawab.. Satu satu, saya sayang Allah.. Dua dua, saya sayang nabi.. Tiga tiga, saya sayang ummi.. Empat empat, saya sayang abah.. Lima lima, saya sayang kuarga.. Enam enam, saya sayang saya.. Eh! boleh ke ceni? haha.. Pastu korang boleh tambah sendiri ikut suka hati adik atuk bini angkat belah apek tepi umah korang.. Nak wat sampai lapanratustigapuluhtiga kali pon tak kesah! Wee~ 

2. Benda terakhir korang beli guna duit sendiri.
Gula LE6. demm! mahal siot! pastu, bateri kamera cikai aku, rm180.. 

3. Dimanakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti ?
kat umah bini aku ah.. tema? hurm.. kaler pink boleh? euw!! yerk!! geli empatratuskalidua. aku tak pakai kaler pink. wakaka. tak kesah, asal bukan kaler pink.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang ?
cinta tu mende? makanan ke? haah. tengah bercinta la nie.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
kekasih takde lagi. next!!

6. Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang ?
ni yang buat aku tension nie. dah takde, cane nak jumpe? cube jawab sket!! hish!!!

7. Novel / Buku / Majalah terakhir yang korang beli ?
dara.com. amacam? maskulin tak aku? hakhak.
aku tak minat/suka beli majalah/novel/buku. Teett!!

8. Apakah nama penuh korang?
dalam ic dye tulis ceni - mohamad izuddin bin rahim. no ic tanak skali ke? T_T

9. Antara mak dengan ayah, mana korang lebih mesra?
dua dua. Aku tak pilih kasih. kahkahkah!

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang ?
nak jumpa Nabi Muhammad SAW. Kat dalam mimpi pon takpe. tapi aku tahu aku tak layak. Tsk tsk tsk!

11. Adakah korang basuh baju sendiri?
depends. Kalo baju tu kotor sangat, means kena guna teknik berus tujuh petala langit, aku akan basuh sendiri. Handwash lagi kau tahu?! kalo tak, bagi mesin je basuh. kesian pulak beli mahal mahal tade keje nak buat ingat duk free ke kat umah nie!! grr~

12. Pilih salah satu, peluk or cium?
aku tamak! nak dua dua lah! haha. (dye pilih klcc dowh)

13. 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang.
Fuh! nasib baek benda.
1. kamera
2. laptop
3. henfon
4. jam
5. cincin

14. Lagu yang korang suka dan selalu dengar?
sumer lagu aku layan kacawali lagu yang heavy macam rock kapak dan seantero dengannya. titik!

15. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas ?
nak tahu sangat? baca nie --> klikkalotakmalu

16. 6 blogger yang mahu ditag.
iii-intan
iv-chentamaya (taktahu nama sbena dye)
v-mia
iv-innz


sekuk tawa. ni dye senior aku tu. rajin rajin ah pegi blog dye. boleh tahan jugak loyar mamat nie. k babai. Assalamualaikum..

DSC_0064
gambar takde ketan ngan entri. HAHA !

p/s - entri ni baru di'publish' ekoran dari tenet yang memang kurang ajar.. grr~
Thank you for reading this entry !

26/11/2010

terpacak kat hidung sendiri


Assalamualaikum. Sempena dengan hari jumaat, terima la tazkirah berbentuk gambar buat tatapan korang semua. Masing masing boleh pikir, tadi masa semayang jumaat, berapa sangat yang korang derma kat masjid? Jangan persoal pasal keikhlasan, tapi tanya kesanggupan yang kita sanggup beri. Jelas menunjukkan betapa kedekutnya kita. Ye tak? Derma tuk rumah Allah pun nak berkira. Setakat RM1 je ke yang kita sanggup? Haji bakhil ah kau bhai..!! Kalo Allah buat macam tu kat ko cane? Berkira tentang nikmat yang Dia anugerahkan kepada kita. Sah sah ko dah tak bernafas atas dunia nie. Kan? Jom muhasabah~

Khas untuk diri sendiri. [-__-]



*credit to http://ceritafb.tumblr.com/
Thank you for reading this entry !

25/11/2010

OMG!

Tersebut kisah seorang teruna yang baru je sampai ke satu tempat. Dengan machonya, beliau pergi ke kedai untuk membeli sedikit barang. Berikut adalah perbualannya..


Teruna : Pakcik, bak sini gula sekilo.

Pakcik : Orait! kejap eh. Pakcik datang ni. (sambil bawak gula di tangan)

Teruna : Hurm. Berape?

Pakcik : Macam biase.

teruna : Oho.. Nah~ (sambil hulur duit LE5)

Pakcik : Erks! (sambil angkat kening)

teruna : Hah?! tak cukup ke tu?

Pakcik : Emm. (sambil angguk kepala)

Teruna : Nak kena tambah berape lagi nie?

Pakcik : LE 1.

Teruna : Gulp! Kejap ye pakcik. Saya bawak LE 5 jek. Kena pegi amik duit dulu.

Pakcik : Ok. Pakcik tunggu.

Teruna : Gilak vavi. Sekilo gula LE6. Minum air kosong jela aku pasni(dalam ati).*sigh*


Kalo aku tahu ceni, baek aku penuhkan 80kg bagasi aku ngan gula jek. Dem dem! Before balik dulu, tak sampai LE4 pon.. Tambah lagi dem! HAHA.

dalam kenangan. gula mesia. hak3

p/s - tolong klik nuffnang banyak banyak boleh tak? tolong la.. nak wat beli gula jek. pelisss..~ T_T




*RM1 = LE1.7
Thank you for reading this entry !

23/11/2010

rindu jugak eh?

Assalamualaikum. Alhamdulillah, setinggi syukur kepada Allah yang merealisasikan setiap sesuatu. Selawat dan salam ke atas nabi muhammad SAW.

Fuh! Selamat jugak aku mendarat kat bumi anbiya' nie. Lebih kurang 10 jam kot aku mengganas dalam flight dengan macam bagai gaya. Mula mula sopan je duduk. Tak sampai setengah jam, punggung da mula panas, aku pon start buat aksi. Kejap mengiring, kejap bersila, kejap terlanjur terlunjur. Boring kot duk dalam flight. Haha.

Aku sampai tadi lebih kurang pukul 4.30 pg waktu tempatan. Jam mesia dalam 10.30 pg. Buat family tercinta, jangan risau. Anak teruna kembar kesayangan dah selamat sampai. *peace*

Nak dijadikan cerita, masa kat KLIA semalam punye la kalut kau tahu. Kitorang pegi kargo bagasi dalam kol 11. Lepas tu, masa timbang, ntah cane penimbang tu cakap bagasi kitorang dah lebih had. Okay! Tipu! dye tak cakap, tunjuk je. Wakaka~ 40kg per person. Jadi aku dua orang, dah jadi 80kg. Barang kitorang dah 82 kg. Nasib baek akak jaga kaunter yang cun pergh gua cakap tu baek hati, dye bagi lepas. Kalo tidak, tak pasal pasal kena RM92 per kg. Lingkup abah aku t. Hak3.

Papehal pon, alhamdulillah. Mekasih Allah. Mekasih kepada abah, ummi, abe eg, kak nomi, afiq, amin, kak ti sekeluarga, mok eni sekeluarga, dan semua family yang datang KLIA. Mekaseh sangat sangat!! Mekaseh jugak tuk sinchan nakal sebab sudi datang. *psst! apsal gambar kat blog tu comot ngat? aigo~* Keh keh!

Buat keluarga, jangan nak rindu pulak kat we ngan din. Walaupun kitorang tahu korang tetap akan rindu jugak. Rumah mesti sunyi jek bila kitorang takde kan? Tsk tsk tsk! T_T

p/s - rindu dekat ummi ngan abah. Pelisss~ *jangan gedik boleh tak izuddin? hahaha =P*



DSC_0298
bukti selamat sampai. cairo airport, 0530, 23112010.

Okay! Mintak diri dulu. Kena sambung kemas bilik. Babai~
Assalamualaikum!



*Jap2, nak tanye sikit.. Ceni ke homesick?
XD

Thank you for reading this entry !

21/11/2010

semoga berbahagia.

Assalamualaikum. Hai! Buat sesape yang belom tido, tahniah aku ucapkan. Susah kan nak tido lama? orang tak biasa tido lama, ceni ah! Menyesal tido awal, tup tup, belom jam 6 pagi(waktu entri ni ditulis) dah terpacak depan mende nama laptop nie. Pembaziran betol!!=p

Musim cuti sekolah dah sinonim dengan musim kawen kan? Tayah tipu, aku taw korang sibuk dengan kenduri kendara time cuti cuti ceni. Akak kawen la, sepupu kawen la, bapak kawen la, macam macam. Tak terkira dek akal. Canopy pulak bersepah merata rata. Kaya engko tokey canopy! Haha.

Sama jugak ngan aku, turut menjayakan program kenduri kendara dan kawen mengawan ni. Hahaha. Boleh sepak laju laju kalo tak suka nama 'kawen mengawan' tu. Kahkahkah. Majlis kat umah aku ni ialah untuk makcik aku yang last atau nama saintifiknya, bongsu. Ni yang sebelah abah aku taw. Sebelah ummi aku lak ade lagi sorang yang belom kawen. Pakcik. Kalo ade sesape nak try, boleh ah! Ekeke.

Okay! dah malas nak taip. Aku buat rumusan jela ek?

19/11/2010 - akad nikah lepas semayang jumaat
20/11/2010 - kenduri pihak perempuan
22/11/2010 - kendara pihak lelaki

Tambahan.., opkos la pasal aku. Kehkeh!

21/11/2010 - gerak ke kuantan
22/11/2010 - terbang ke mesir

sekian.


mas kahwin
surat akujanji kan? haha
saat saat mencemaskan sebelum bergelar 'ayah su'
eh eh! abah ai ade la.. tandatangan saksi.
cincin disarung
wa tengok lu, lu tengok wa. haha =P
suzah
friends of her.
melantak la pulak!!
diam?!
ni nenek ai. sorang je nek?

Memperkenalkan sepupu aku. Diulangi, sepupu AKU. Damia dot dot dot(sebab tak tahu nama penuh). Maap ye mak bapak dye, ai tak sempat nak hafal nama budak nie. Haha

'bidadari kecil' of the day.


p/s - ni je dapat tunjuk. nak yang laen kne bayar pulak. haha =P

p/s/s - mekaseh sebab sudi datang umah. Pasal budak budak tu, mintak maap jela. ai kan ramai anak buah. ngaa~

"Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair"
Thank you for reading this entry !

18/11/2010

new face│new sacrifice

 wajah baru│pengorbanan baru



 "masih adakah pengorbanan andai islam tidak ditegakkan?"
Salam Eidul Adha 1431
Thank you for reading this entry !

17/11/2010

raya dulu dan kini

Assalamualaikum. Selamat hari raya eidul adha buat seluruh umat islam di Malaysia. Rakyat mesir, jordan, saudi sudah menyambut hari raya semalam. Kan?

-ayat frust-
Untuk makluman, raya korban kali ni adalah hari raya yang sangat bermakna. Okay! Tersilap. Lupa nak letak simbol ['] kat perkataan sangat. lagi sekali, hari ni merupakan hari raya yang 'sangat' bermakna. Sudah laen maksudnya bukan? HAHA !

-ayat sopan-
Update ringkas. Raya kali nie adalah raya yang paling sempoi. Tak banyak keje, paling rilek seumur hidup. Dan yang paling penting, tak penat. LANGSUNG!!! Sebabnye, lepas semayang raya, melantak isi perut and then terus tidurrr..~ Lena sampai zohor. Whoaa! Best gila kan? Kalo tiap kali raya ceni, takde raya pon takpe. Buat penat je cari mood nak raya. Last last atas katil jugak tempatnye. Membazir mood betol! -_-"

Dulu, biasanya aku akan bergegas salin pakaian dan bersedia untuk penyembelihan binatang korban selepas semayang raya. Tapi kali nie, berbeza sakan dengan dulu. Tetbe rindu arwah atuk. Siriyes! *sedih*

Tak best raya kali nie. Tambah tambah tarikh terbang dah dekat.

Bai!~


belom dapat tengok ag suasana ceni raya kali nie. arghh!~

Thank you for reading this entry !

16/11/2010

hasrat yang tertangguh.

Assalamualaikum. Semalam hari yang amat sibuk bagi encik kembar. Pagi pagi lagi dia dah keluar untuk ke kuala krai bagi menyelesaikan urusan abah. Maksudnya, dye tak sambung tidur lepas subuh. Kesian kan? Haha. Aku? Pukul 11 masih lagi terbujur kaku di atas katil. Wahaha. Sila dengki dengan aku~ =P

Lepas tu, lebih kurang pukul 3, kitorang bergerak ke rumah ayie di kok lanas. Tujuannye? Dengan harapan kitorang akan dapat pergi ke rantau panjang. Harapan yang begitu besar menggunung tinggi ye adik adik sekalian. Tapi apakan daya, ingatkan panas hingga ke petang rupanya econ di tengah hari. =(

Jalan ke rantau panjang gila sesak ko tahu? Jammed nak mampos! Cuba korang bayangkan, dari masjid china nak ke pasar rantau panjang yang sepatutnya tak sampai 15 minit, dah bertukar jadi 2 jam lebih!! What the road!! Kereta gerak setiap 15 minit. Sekali gerak 1 meter je berganjak. Aiyo~ Siput tunggang kura kura pon lagi laju dari kitorang. Aku yang duk kat seat penumpang pon dah rase macam boring gila vavi. Driver tak tahu lah macam mana. Jalan yang sepatutnye 1 line, ber'transformasi' jadi 3 line. Gila tak?

Hampir 2 jam menunggu, kitorang pon buat keputusan tuk patah balik. Agak agak r der, dah pukul 6, masuk pasar pon belom lagi. Nak pilih baju lagi, nak beli lagi. Takkan sempatnye. Tambah tambah pulak kitorang tak tahu pasar tu tutup pukul bape. Pheww!~ Tension denn..

And last skali, kitorang buat r aktiviti sendiri tuk mengubat hati jiwa nan duka lara. Hasrat tak kesampaian.
=(

bahagian depan.



aku pon tataw ape name sebenar masjid nie. Ade sesape tahu? aku panggil masjid china jek. keh keh.



masa ni bosan giler duk dalam kereta. sumpah bosan! -_-"



yang ni tak tulis caption pon takpe. muka wajib ada. HAHA !



singgah 7e beli makanan. kau ingat jammed tak lapar ke?



tengok yang kiri skali. betol kan lapar? kahkahkah



ni gambar last kat masjid china ni. pastu terus blah. tak sanggup da nak menunggu.. T_T

Kesimpulannya, hajat ke rantau panjang nak membeli dan membelah dah jadi photoshoot kat masjid china. Lantak r! k babai~
Thank you for reading this entry !

15/11/2010

aktiviti bahaya?

Assalamualaikum. 1st skali, nak mintak maaf sebab banyak uplod gambar yang format gif nie. Ekseli, aku baru je reti buat gambar ceni. Sebelom ni tak pernah lagi buat yang format gif. Bila dah pandai, macam teruja la pulak. Sikit sikit nak wat gif, sikit sikit gif. Rasa menyampah pon ada gak, tapi wat tak layan je sebab ilmu kena amalkan. So, ni aku dah amal la ni. Hahaha. Alasan baek punyeee..

Bila dah puas mandi, buat jela aktiviti mende pon. Asalkan tak bahaya kepada diri sendiri. Tapi kalo dah macam ni, yang atas tak bahaya la, yang bawah pulak cane? keh keh !



Dah tak tahu nak tulis mende. Kena stop dulu ah. k, babai~
Thank you for reading this entry !

14/11/2010

jom beraksi!!

Assalamualaikum. Hai! rentetan dari entri sebelom ni, maka terhasillah entri ini. Budak lelaki, biasalah! Inginkan kepuasan dengan pelbagai aksi. Masing masing tanak kalah. Nasib baek aku pegang kamera. Kalau tidak dah lama aku join dorang. Hahaha

Apa-apa pun, LAYAANNN...~



roda pusing kepala pening



gerak khas impak maksima



membulat lalu menerjun patah



sekian..
=P
Thank you for reading this entry !

cuti-cuti teruna.

Assalamualaikum. Marilah sama sama kita bangun tidur sebab sekarang jam da menunjukkan pukul tengah hari =P. Okay! Aku, izuddin rahim selaku penulis blog ni tak bercadang nak cakap banyak kat entri ni. Cukuplah dengan apa yang ade kat bawah ni.

Hari jumaat yang lalu yakni kelmarin, aku ngan beberapa kawan telah ke perdana resort di Pantai Cahaya Bulan untuk bercuti. Walaupun kami masih belom bekerja, namun kami perlu bercuti untuk me'release'kan tekanan tidak bekerja. Wakaka. Rela kena pelempang sebijik~ Dan yang lebih bestnya, percutian ni ditanggung sepenuhnya oleh ayah kawan aku, ayie. Syiok tak? Duduk free nyah, sape yang tak hepi? Ngaa~

Berikut adalah gambar gambar di tempat kejadian. Tengok ah. Jika ada pape yang tak kena, sila komen.  T_T

belom pape dah nanges. Tsk tsk tsk!

buat bbq sikit. muka pelahap!

ayam, daging, dan satey.

teruna yang jaga, sebab tu r best. eh tetbe jek. kahkahkah

pagi hari


Hari esoknya, pagi pagi lagi kitorang dah bangun tuk semayang subuh. Der! Tak cakap kat sini pon takpe kot. Semua dah tahu tu wajib. Bengap~ haha.

Lepas semayang, kitorang terus ke swimming pool resort terbabit. Sanggup tak tidur lepas subuh semata mata nak mandi kolam. Punye la jakun dorang nie. Haha.



hikmat katak dilibas penyapu!

gerak khas edisi kolam.


mencekik itu membunuh

kuak lentang terbalik

dorang sumer ni tak reti berenang.. ha3

aku tak tahu amende nama mende ni. human wall ke hape tapi kitorang panggil 'budu'. tak tahu kenape. XD


akak
 

jejaka perasan hot

rindu seseorang.. wee~
berenang lenang. eh, bersenang renang. aik? kah3

Thank you for reading this entry !

12/11/2010

pengawas sekolah

Salam pagi. Alhamdulillah.

Dulu masa kecik kecik, bebudak yang umur baru nak cecah dua belas tahun pasti akan ada yang menyimpan hasrat tuk jadi pengawas kan? Tipu ah kalau engkau orang takde langsung niat nak jadi pengawas. Aku? Macam korang ler.

Sebabnya, pengawas sekolah tu salah satu jawatan yang diidam-idamkan oleh semua budak. Diulangi, semua budak! Kalau korang tak caye, try tanya adik, anak buah, sepupu korang yang masih menuntut di sekolah rendah. Macam tak sesuai pulak perkataan 'menuntut' dengan 'sekolah rendah' kan? Hahaha. Sudah tentu dorang akan jawab ofkos la nak(bebudak skang, laju je speaking).

Jadi pengawas ni diibaratkan macam jadi artis la. Artis dalam kalangan bebudak sekolah rendah. Sebab nak jadi pengawas kena baek, rajin, hipokrit, dan yang paling taley blah, kena cun dan hensem. Kan? Engkau ingat cikgu disiplin takde nafsu ke? Kehkeh! Pastu, engkau orang pernah jumpa pengawas comot? Takde kan? Sebab pengawas kena jaga penampilan, sentiasa semat(bagi dorang la). Haha.

Kalo pengawas laki, style dorang pulak tanak kalah. Mesti macho! Jalan pon slow slow, atur langkah. Bebudak laen sibuk maen kejar kejar, polis entri, guling-guling atas padang. Pengawas? Jangan harap nak maen macam tu. Tak meced namanya. Waklu!!~

Pengawas pompuan pulak lagi menyampah. Kalo dapat jadi pengawas, muka siriyes bongkak. Dalam kelas tak payah cikgu suruh, laju je amik nama sesape bising. Tak lama lepas tu, nama korang dah ade ngan cikgu disiplin. Dem! 

Bab kawan pulak, pengawas pompuan ni memilih. Kawan ke, jalan ke, mesti skali ngan group dye. Dalam 3, 4 orang. Dan semuanya mesti pengawas! ohho~ Kalo ceni, dorang dianggap macam diva la. Semua budak laki sibuk jeling jeling bila dorang lalu. Jauh dalam lubuk hati, bestnye kalo dapat jadi pakwe dorang. Kahkahkah.

Okay. Tu je. Kenapa aku cakap pasal pengawas? Sebab tadi, anak buah aku cakap,

"ayah din, kakak dapat jadi pengawas!".

Skali ngan muka bongkak dye buat. Pakej. HAHA!

ni bukan anak buah aku. Aku google je ni. persoalannye, nampak tak muka bangga sebab dapat jadi pengawas? ahakz! -gambar hiasan-


Thank you for reading this entry !

11/11/2010

Tsk tsk tsk..

Assalamualaikum. Korang nak tacing tak? Pelis tengok video nie. Sebenarnya nak publish petang sikit tapi dah tak boleh sabar, terpaksa publish jugak. Haha. Sedikit nasihat, sesape yang hati kuntum, sila sediakan tisu. Siriyes! Aku pun tacing tengok video ni. Subhanallah. Sesungguhnya, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia sia. Setiap kejadian ada simbol keagunganNya. =)

Sungguh murni kasih sayang seorang yang bergelar ibu kan? Erks~ kalau aku nanges pelik tak? wahaha.. *tahan air mata*



*credit to hafieza saleh
Thank you for reading this entry !

esok lusa.

Hari ni hari khamis. Sebelas haribulan sebelas tahun dua ribu sepuluh. Esok hari jumaat. Assalamualaikum.

Ekceli tade mende nak citer. Saje bagitahu hari kot kot ade yang dah lupa. Dahla seminggu ade tujuh hari, sebulan tiga puluh hari, setahun pulak tiga ratus enam puluh lima hari. Banyak tuuu.. Hahaha.

 Memang takde motif. Sangat. Boleh sekeh sebijik sorang. Kuikui~

Sebenarnya, entri ni aku buat semata mata nak bagitahu yang tarikh flight aku ke egypt dah makin dekat. Mungkin ada yang tahu, ada yang tak. Mana mana yang belum tahu dan dye nak tahu, ni aku dah bagitahu. Yang tanak tu, mintak maaf banyak banyak. Macam syok sendiri pulak aku rasa. Ekeke(suka buat buat)

InsyaAllah aku akan fly ke CAIRO pada jam 12.30 a.m bertarikh 23/11/2010 dari KLIA. Jadi, lebih kurang pukul 9 atau lebih awal, aku akan terpacak di KLIA memandangkan pukul 9.30 dah kena check-in. Itu aje. Jadi sesape yang free, or yang tade keje, or nak habiskan duit, jom lepak KLIA. Boleh? Best woo lepak sana, t boleh tengok eroplen. Kahkahkah.

Sekiranya budak angka satu tujuh sibuk mengira hari untuk spm, aku pulak sibuk kira tuk fly. Sama jek azabnya, cuma situasi yang berbeza. Tak gitu bebudak spm? Ngeh3. Okay, entri tamat! Eh, tetbe jek. Wakaka.

Babai.

5 bulan lepas. Rasa macam baru semalam(ayat stendek nak berpisah). Haha



p/s - apsal aku dituduh ade kaitan ngan entri sebelom nie? itu cuma contoh, tade kena mengena dengan yang masih mati dan telah hidup. Eh! apsal ayat keling ni? =P. Tak pasal2 aku kne layan korang. Nasib la aku ni baek hati. Wahaha~
Thank you for reading this entry !

10/11/2010

Korang pernah rasa macam ni?

Hai! Assalamulaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang Esa.

Ada tak sesape perasan banyak tajuk entri aku berakhir dengan tanda soal? Tengok! Tanda soal lagi. Aku memang suka kasi banyak tanda soal. Entah kenapa dah kira macam feveret la. Macam korang yang minat edward cullen, begitulah juga minat aku terhadap tanda soal. Ecece.. Ayat macam mintak sepakan penalti kaki kidal kan? XD

Okay! Taknak mengarut panjang panjang. Pernah tak korang rasa tak yakin? Aku rasa 'tak yakin+segan' adalah perkataan paling sesuai jika diterjemah ke dalam bahasa surat sebab aku biase guna dalam loghat kelantan je. Loghat kelantan tersebut ialah 'ugoh'. 

Hurm.. Sebelom aku pergi lebih dalam, aku khususkan soalan aku tadi untuk kaum lelaki. Kenapa? ahaha.. Tanak jawab lagi, baca sampai habes dulu..

Jeng jeng jeng.. pernah tak korang rasa 'ugoh' untuk memenangi hati seseorang. Alaa..! tak payah buat muka macam tu, aku tahu korang tak paham. Meh sini aku bagi situasi..



Kosim(nama sebenar yang ditipu) berkenalan dengan seorang awek. Awek cun la. Senah nama dye. Mata bulat, slim, chantek, baek, penyayang, bijak, manja, pandai masak dan pandai menjahit(apsal kena cakap jugak pandai masak ngan pandai menjahit?sebab mak Kosim nak calon yang macam tu). Almost perfect. Nak cakap perfect macam tak logik pulak. =P Pastu dorang pon jadi kawan. Kawan punya kawan punya kawan punya kawan(lagi banyak lagi afdhal) sampai la 5 bulan. Tiba-tiba terdetik di hati Kosim bahawa perasaan dye kat senah ni dah lebih dari kawan walaupun dorang jarang berhubung. Tetapi, sifat fizikal Kosim yang hanya hensem suam suam kuku ternyata telah menyebabkan beliau sukar untuk meluahkan perasaanya. Lebih tepat lagi, Kosim berasa 'ugoh' kerana beliau tidak setanding dan setaraf dengan Senah. Akhirnya, Kosim lebih rela untuk memendam perasaannya demi menjaga hubungan persahabatannya dengan Senah. Sekian.



Dan persoalannya, adakah tindakan kosim itu bijak? Ataupun kurang bijak a.k.a buduh? Dan sekiranya dia meluahkan, adakah beliau sanggup untuk terima kenyataan andaikata Senah tidak mempunyai apa apa perasaan terhadapnya selain dari kawan? Sekiranya itu terjadi, sudah pasti hubungan mereka sebagai kawan akan semakin renggang. Tak gitu?

Analoginya, begitulah kaum lelaki. Mereka tidak akan melakukan sesuatu sebelom mereka betol betol bersedia dan yakin. Melainkan mereka dicabar. Betol tak? Hahahaha. Jadi, usah hairan jika seorang lelaki tidak meluahkan perasaannya walaupun pada hakikatnya, dia telah mencintai seseorang itu sepenuh hati.
=)

Sekian entri bertajuk "korang penah rasa macam ni?"
Bye !~






"some feeling remain unexpressed. what i don't express, believe in it"

Thank you for reading this entry !

blur.

Assalamualaikum. Makluman. Ini entri pendek.

Siriyes! Entah kenapa malam ni aku rasa macam tak rasa apa apa. Blur. Pastu aku try blogwalking beberapa buah blog. Heaven sangat. Dan ntah kenapa jugak aku dapat rasa keikhlasan dorang dalam berblog. Pelik tapi benar. Tak tahu macam mana nak describe. Mungkin dorang rapat dengan Yang Memberi Ketenangan. Mungkin. Itu saje. Maafkan aku sebab entri ni pendek. Bye.



p/s - betul kata orang, hati yang ikhlas akan dapat dirasai oleh semua orang.
=)
Thank you for reading this entry !

09/11/2010

hidup ini adalah pilihan.

Setuju tak dengan tajuk aku tu? Pelis setuju ! Kesian kot kalo tade orang setuju. Hakhakhak. Ehem ehem.. Hidup ini adalah pilihan. Macam sajak pulak aku rase. Ngaa~ Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah berdasarkan pilihan. Bermula dari mata dicelik hingga mata dipejam semula, semuanya berlaku dengan pilihan.

Begitu juga dengan setiap amalan kita. Perbuatan kita. Perangai kita. *tak sama ke?* Kita boleh putuskan samada untuk jadi seorang yang taat kepada agama, seorang yang sopan, ataupun seorang yang berakhlak. Tapi yang peliknya, apsal ada jugak manusia yang buat pilihan untuk jadi seorang yang teruk? Bermasalah? Dan yang lagi parah, derhaka terhadap Allah yang esa? Na'uzubillah !

Ish.. Bosan aku guna ayat stok bahasa melayu darjah enam ni. Hahaha.

Dipendekkan, korang boleh jadi semua yang korang nak. Segalanya bergantung pada pilihan korang. Siriyes ! Bak sini aku bagi contoh sikit, pencuri takkan jadi pencuri sekiranya beliau tanak mencuri. Contoh laen, seseorang tidak akan kecundang sekiranya beliau membuat pilihan untuk berusaha. Hidup ini pilihan. Semuanya pilihan. Noktah !



betol tak ayat tu? kalo salah buat buat tak nampak jela eh? kah3



Okay ! Sekarang aku dah bosan menaip. Kat bawah ni ayat last. Pandai pandai la korang baca. wakaka.



"Percayakah engkau jika aku khabarkan bahawa hidup ini adalah pilihan. Pilihan yang sudah ditentukan penghujungnya oleh Yang Maha Bijaksana. Setiap yang berlaku sudah dicoretkan dalam suatu buku amalan yang letaknya di Luh Mahfuz. Akan tetapi, harus engkau sedari bahawa diri engkau juga berhak mengubah setiap apa yang telah tertulis. Hanya dengan doa. Iya. Hanya melalui doa. Untuk memiliki setiap yang terbaik buat dirimu, buat orang yang kamu sayangi, serta buat orang di sekelilingmu."

Jadi, mengapa begitu sukar untukmu melakukannya?


Tundukkan wajahmu, tadahkan tanganmu, dan berdoalah.
Sesungguhnya, doa itu adalah senjata bagimu.
=)







*selagi doa meniti di bibir,
selamanya takkan aku berputus asa.
Hooyeahhh !!~
=)
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails