30/05/2010

entri suka-suka



assalamualaikum buat sahabat handai, kawan karib, sanak saudara, teman taulan, musuh masai, awek awan, balak balun, dan kepada semua yang mengenali diriku ini..

*abaikan kata ganda yang salah di sisi dewan bahasa dan pustaka di atas sana

okeyh.. intro da buat, masuk kepada isi pertama.. alhamdulillah, sama2 kita bersyukur kerana masih lagi dikurniakan dua lubang idung tuk menikmati kesegaran udara.. mungkin udara korang je kot yang segar, aku kat sini tade la sesegar mana, bercampur debu dan haruman bilik yang memukau.. haha!

eh eh.. macam intro lagi perenggan atas nie.. dua intro tuk satu entri tak salah kan? sebab isi tade, wat la intro banyak2, pastu isi ciput je.. taktik tuk panjangkan entri walaupun ianya sampah.. haha..

da2.. kali ni memang isi.. bukan intro lagi dah.. betol! bukan intro dah.. aku janji, pasni masuk isi terus.. korang caye la.. please..!~ ape geleng2? tak caye ke? haish! bape kali aku nak cakap, kali ni memang aku akan masuk isi.. diulangi, aku akan masuk kepada isi.. paham tak? korang tayah r wat muka tak puas ati macam tu.. sangat @#$%.. boley baca tak? tipu r kalo boley.. haha..

tengok tu..! ni korang nye pasal r.. tak pasal2 perenggan atas ni tak masuk isi lagi.. hish..! banyak isi aku nak bagitaw ni.. tolong jangan potong line yep.. sebelom idea2 aku berterbangan, baek koang diam n baca je.. boley? hey!! jawab la.. aku tanye nie.. hadoi! berat mulut sungguh.. [tadi suruh diam, pastu suruh jawab, mana satu nie] <-- otak korang ade pikir macam ni tak? hahaha.. -penutup- maafkan aku sebab entri ni tade pape pun.. kosong.. tade info ataupun fakta.. jangan salahkan aku, aku da tulis tajuk "entri suka-suka".. jadi, jom suka-suka..

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA!!

assalamualaikum.

p/s - aku mintak maaf wei~


muka tahan gelak.. HAHA !
Thank you for reading this entry !

29/05/2010

aku tak sangka!! HAHA


assalamualaikum..
salam taley sentuh buat pembaca pompuan, dan salam sentuh cium buat pembaca lelaki.. nampak tak permainan dye? nampak tak nampak tak? laki ngan pompuan haram sentuh sampai salam pun kena cakap cenggitu, takut salah paham.. haha..

pertama sekali, saya nak ucap terima kasih kepada awak sebab sudi mengetag saya.. *tetbe jadi sopan guna saya awak* haha! nak taw sape 'awak' sila cari sendiri. nama dye ade lam entri yang sebelom nie. insyaAllah jumpa, tu pun kalo ade.. hak3

jadi tuk entri ni, aku cuma nak siapkan tag.. nak buat entri yang berat2 rasa macam malas nak pikir lak.. sebab otak aku sekarang bukan berada dalam kepala aku.. dye da terbang lebih awal.. mungkin sekarang da berada di umah kat mesia.. hoho. [tujuan sebenar nak cakap yang aku akan balik mesia tak lama lagi.. haha]

aku cuba jadi sejujur mungkin masa jawab tag nie.. harap korang tak meragui kejujuran aku.. cewah! macam cakap ngan gf je.. romantik tak? uwekk!!~

1. Nama pada inbox saya.
banyak kot, sebab aku ni bukan jenis yang suka delete msg.. aku lebih suka biarkan msg aku wat perarakan lam inbox aku.. tunggu melimpah dulu baru aku delete.. haha.. aku amik 3 teratas je..
-tengku muhd aniq
-ammar farhan
-syafeqah

2. Ringtone utama dekat phone.
ade tak sesape leyh call nset aku? aku tak ingat ape ringtone aku.. haha.ok dah, haru haru by bing bang.. tengs sebab call.

3. Apa saya buat tengah malam tadi.
pegi jalan2 usya jubah nak bawak balik mesia.. sangat penat oke!

4. Orang terakhir bersama saya.
izwan[kembar], amin[besfren] dan qader[kawan arab].

5. Warna t-shirt saya pakai sekarang.
oren

6. Benda terakhir saya buat.
minum air nescafe sambil mengadap laptop.. opps, terkentut!~ haha

7. Tiga perkara yang anda suka buat setiap hari.
semayang, baca quran, dan buli kawan.. haha

8. Duit yang ada dalam wallet/purse.
duit egypt LE400, duit mesia RM152

9. Camne hidup?
alhamdulillah, setiap hari merupakan satu anugerah yang menjanjikan ilmu melalui pengalaman.. semalam ialah sejarah, hari ini ialah realiti, dan esok ialah misteri.. haha

10. Bila kali terakhir jumpa mak anda.
hampir dua tahun lepas.. tarikh 4hb 08 2008.. lama tak?uwaa!

11. Mak anda kat mana.
mak kat rumah la.. atas katil dan mungkin di sebelah abah aku sekarang.. ehem2~ haha

12. Malam tadi,orang terakhir cakap dengan awak.
borak ngan kembar.. kamceng kan ktrg? hakhakhak..

13. Surprise terbaru yang awak dapat.
menerima tag dari seseorang yang aku sendiri pun tak sangka.. haha.. *syok sendiri*

14. Benda yang baru dipinjam dari kawan.
pinjam? hurm.. tade kot.. sebab sumer benda aku da ade.. haha *muka bongkak*

15. My BF.
Best Friend = izwan, azrie dan amin.
Boyfriend = sumer kawan aku boyfren la.. sebab aku kan laki.. ngaa~

16. Apa yang rasa sekarang?
penat kot.. gila jauh aku jalan mase usya2 jubah tadi..

17. Nak share dengan siapa?
tentang ape? perasaan? haha.. sesape yang sudi..

18. Siapa yang tahu rahsia saya?
sumer orang tahu sebab saya tade rahsia.. hoho

19. Dorang simpan ke rahsia tu?
suka ati dorang la.. sebab tu bukan rahsia.. haha

20. Nak tag ke?
sape nak kena tag sila angkat jari hantu.. haha.. jangan jangan!! laen pulak jadinye.. haha..

-tag tamat-

mintak diri dulu.. kat sini da kol 1.30 pg.. korang kat sana bangun la semayang subuh.. haha.. assalamualaikum..~~



asik2 gambar ngan dye ni je..huh!~
Thank you for reading this entry !

28/05/2010

budak lelaki sebelah pintu, aku da buat ni..!

assalamualaikum..
terima kasih buat hizami rahim..
sebab bagi aku award nie.. tapi korang jangan salah paham, walaupun nama bapak kami sama, dye bukan abang, adik, mahupun akak aku.. dye ialah seorang kawan blogger aku yang kesengalan mencecah tahap hyper dewa.. juga seorang yang hensem*sila perasan*.. haha !

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.


1. seorang lelaki, teruna, dan jejaka.
2. seorang yang kacak, hensem, dan bergaya.
3. suka merapu, membebel dan melawak.
4. boleh melawak sampai korang tergelak keluar usus.
5. bakal menjadi seorang cikgu dan akan stress disebabkan budak2.. haha


Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies.


1. suka tengok citer2 superhero dan citer2 fighter.
2. terikut-ikut watak dalam citer ke dunia realiti.
3. suka memekak melolong-lolong serta menjerit-jerit.
4. menjadikan kawan sebagai mangsa tuk aku training ape yang ade dalam citer.
5. mintak maaf kat kawan aku lepas buat benda terkutuk tu. haha !


Pick your 10 most deserving receipients and describe them.


1. irine nadia. seorang perempuan. muda dari aku. seorang yang suka bergambar, mempunyai follower yang beribu2, dan juga suka tomato. aku pun tak paham kenape dye suka tomato sampaikan dye makan tomato guna mata. haha ! sila percaya.~

2. ajwin ajeera. seorang wanita. juga muda dari aku. seorang yang masuk program realiti 3R. aku pun tataw nama program tu hape. cuma aku taw dye ni suka dukung budak. dye sendiri yang cakap. jadi, sesape yang rase dirinya itu seorang budak, sila menggedik dengan dye. mudah-mudahan anda didukung olehnya..

3. mira atika. dari kaum hawa. sekali tengok macam amoi, tapi dye melayu oke. sangat2 emo. wink! dan jugak amat mementingkan tali persaudaraan. sesape nak beli shawl pun boley sebab dye nie seorang usahawan shawl.

4. fatin amalina. terkenal dengan nama pipi muncet. tapi baru2 ni dye da tukar nama blog dia menjadi METAFORA TERTINGGI. aku taley nak terangkan nape dye tukar nama blog dye. sebarang kemusykilan boley tanya dia secara langsung. lagi satu, dye ni seorang yang meluahkan perasaan melalui puisi. jangan terkejut kalo blog dye ni dipenuhi puisi. fuiyo!!

5. wafa zainal. kawan kepada kawan. kawan aku la wei. penuntut law yang bercita-cita untuk tidak menjadi peguam tetapi mahu menjadi seorang lecturer. bukan seorang yang auta. dan realiti cintanya sangat menarik. sesuai untuk mereka yang dilamun chenta. hoho.

6. nurul nadia. awek yang ade lesung pipit yang dalam. sesape nak tumbuk bawang di lesungnya itu amat2 dipersilakan. wakaka~ bakal akauntan di universiti TNB(uniten). berhati2 dengan mulut beliau. sangatlah power oke.~

7. faiqah radzuwan. loyar yang boley tahan buruknya. entrinye boley dijadikan gurindam. haha. seorang yang cuba diet nasi walaupun dirinya tidak mempunyai masalah obesiti. pelajar sains makanan kalo tak silap.

8. nabila huda. atau nama glamournye bella ayub. orang perak. tapi aku tataw area mana. pelajar poli di politeknik aku-pun-tataw-kat-mana. hak3. ayat beliau "maaf..sy tak boleh memandu dengan baik ketika hujan". jangan memandai nak suruh dye drive oke. kesian nanti~

9. abang faizul. tanak bagi ulasan pape pasal fizikal tubuh badan sebab dye seorang yang montel. *gurau bang* haha. seorang anak yang taat kepada orang tua. beliau sangat sayangkan mak beliau. lagi satu, beliau sekarang tengah angkuh menceritakan pasal pulau pangkor kerana beliau baru sahaja balik bercuti dari sana. cehs! sungguh bongkak dirimu.

10. abdul mun'im. senior aku. seorang yang perasan dirinya sebagai seorang laksamana. mungkin beliau tidak menyedari dia seorang yang cikeding. kahkahkah. pakar auta. awas! penggunaan bahasa di blogya dicampur dengan loghat kelantan. berhati-hati ketika membaca blog beliau.


okeh.. da selesai syarat2 yang dituntut.. harap sesapa yang kena tag, boley buat sebaik mungkin.. assalamualaikum.

p/s - maaf sebab orang yang aku tag tu kebanyakannya pompuan, hawa, wanita, dan awek.. sebab mereka lagi rajin dalam menyelesaikan tag.. itu aje.. haha.. babai~


jangan komen pape pasal gambar ni..please..!~
Thank you for reading this entry !

27/05/2010

usaha escalator kejayaan..

assalamualaikum..
salam dua hari tak update.. haha !

okey.. entri kalo ni aku nak gtaw yang aku rindu gila nak update binatang peliharaan aku ni.. lantak aku r nak cakap blog ni binatang.. sebab tiap2 ari kena jenguk.. kucen aku pun tak macam tu taw.. (macam la aku ade kucen) haha!.. dah dua hari tak update kau!! coba pikir kejap, camane rasanye? kalo sehari da boley wat tangan menggigil, dua hari lak cane? maunye putus tangan aku semata-mata mahu menahan ketagihan menekan keyboard.. oh tidak!~

ini sumer angkara menetap di umah kawan aku la.. dah dua hari aku kat sini.. sebab tu r tak dapat nak update.. takkanla nak merempat dekat kawan aku.. pastu gesel2 sikit semata2 nak pinjam laptop.. oh tidak! sangat geli oke..! tapi akhirnya, terpaksa mengalah dan update jugak.. gesel sikit2 tu halalkan aje.. hoho.

pertama sekali, aku nak cakap yang result exam aku da kuar.. macam biasa la.. kembar aku nye result mesti ag power dari aku.. kesian kan? jangan korang nak kutuk2 eh.. sebenarnye aku saje je wat macam tu.. sebab aku kan abang, jadi, abang kena la mengalah.. baek tak baek tak?

lagi satu, korang tayah nak menggedik tanye dapat bape.. sebab tempat aku blaja ni tade sistem pointer mahupun gred.. cuma ada lulus dan gagal.. jangan nak coba2 tanya, "eh kenapa boley macam tu?", "sistem ape yang korang guna?".. aku bagi satu jawapan je, ni negara pak arab bai.. paham2 sendiri la.. haha !

oke.. nak benti dulu.. rasa macam dah cukup tuk entri ni.. mende ngarot tayah nak panjang2 kan? tade sape nak baca pun.. sekadar nak tambah entri je.. haha.. opss! sebelom terlupa, tajuk entri ni kena ngan result exam.. kembar aku usaha lebih dari aku.. so, dye dapat tinggi r.. pape pon, usaha escalator kejayaan.. tangga orang da tak guna bai, sebab sumer orang makin malas.. haha!

jumpa lagi.. assalamualaikum..

nota buku lali ;
1. sekarang tengah bilang hari nak balik tanah air.
2. sibuk nak beli barang.
3. cuba menjadi se'tuff' yang mungkin sebelom balik..haha !
Thank you for reading this entry !

24/05/2010

anda seorang penyayang?

assalamualaikum..

hooray..! mood baju kuning belom lagi hilang.. kesannya, aku hepi sepanjang hari.. wahaha~ alangkah gumbiranya hati.. dapat beronok ronok ngan kenkawan.. maaf, tatabahasa salah di situ.. kalo satu, boley dipanggil seronok, tapi kalo banyak, beronok-ronok la kan? ngaa~

anda seorang yang penyayang..? nah! baca nie..

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda:

“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


sudah baca? penat tak baca? sikit je tu.. jadi tuk memanjangkannya, sila baca ulasan aku pulak.. saje nak menambahkan kepanjangan entri nie.. pendek sangat ase macam tak best lak.. jadi, inisiatif ulasan ntah ape2 telah diambil..hahaha.. dan hasilnye, panjangkan entri.. panjangkan entriii.. panjangkaannnn entri.. paannnjjjaannggkannn entri.. p a n j a n g k a n e n t r i . . . wakaka~ hambik kau.. nak panjang sangat!

abaikan segala pinggan mangkuk kat atas tu.. ulasan aku, ade dua mende kat sini yang boley diamik.. kalo tanak amik, kutip dan pungut juga diterima.. pertama, ibu lebih penyayang dari bapa, dan yang kedua, "doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".. skip yang pertama sebab tu sumer korang da taw.. ulasan yang kedua je..

ni la yang aku nak bagitaw kat sini.. kalo anda seorang yang penyayang, doa anda tidak akan disia-siakan.. sebab ape? ha..! itu yang kita tataw.. haha.. eh eh, taw je.. sebabnye, Allah mengasihi hambanya yang mengasihi makhluk laen.. saling menyayangi r kiranye.. oke, dah! ulasan tamat..

p/s - aku sendiri pun tataw nak wat ulasan ape.. cuma nak kongsi pasal tu aje.. saling mengasihilah sesama kita.. berkasih sahaja, bukan bercinta ataupun bencinta.. wakaka~
chow..!~ assalamualaikum.. bai!~



gaya seorang yang penyayang..haha
Thank you for reading this entry !

jejaka kuning..bukanlah iklan digi..

hello..
assalamualaikum..
sari berita utama.. salam namaste..

tujuh orang pendatang haram telah dikesan berkeliaran di sekitar carrefour malam semalam.. suspek yang kesemuanya berusia 20 tahun dipercayai terlibat dalam satu rompakan di salah sebuah food court berjenama kfc.. selain itu, mereka juga telah melakukan jenayah meng'snap' gambar di tempat yang dilarang.. akan tetapi, pihak polis tidak dapat memberkas mereka kerana mereka terlebih dahulu menyedari kehadiran pihak polis.. suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah toyota avanza berwarna kelabu.. walau bagaimanapun, pihak polis sempat menangkap gambar mereka.. sesiapa yang mempunyai maklumat tentang suspek diharap dapat menghubungi pihak polis di talian, 012-3456789 ataupun talian bebas cukai 1800 700 600..

nama-nama suspek adalah seperti berikut ;

1. mohamad izuddin a.k.a din
2. mohamad izwan a.k.a we
3. tuan muhd azrie a.k.a yie
4. al amin siddik a.k.a amin
5. ahmad baihaqi a.k.a pok cek
6. nur waafi a.k.a wapi
7. faidhul irfan a.k.a pedo


kesemua suspek didapati memakai baju kuning..

dan gambar2 yang sempat ditangkap adalah seperti berikut.. ;



kamilah penjenayah!!haha


sila tangkap kami..~


cuba teka sape yang paling jahat?ngaa~


gambar bontot pun amik jugak?hak3


kami model zara..bukan digi yep..hee~


sekarang nokia pulak..


tinggi ke rendah?


umo doploh tapi pangai budak2..hadoi!!~


boley cam tak?haha


tidak diiktiraf ye..~



tengok kat mana tu wey..?!



kami kamcing doe..!~


lepas makan bayar sendiri..


dorang ni jakun..tak penah jumpe eskrem..haha


perut kami sudah lapar~~


suasana di malam hari..


kalo terer,cuba teka yang ni pulak..hahaha



misi tamat..da nak balik..hoho



juga kepada sesiapa yang berkenan kepada penjenayah2 terbabit, sila tampilkan diri anda.. beserta dengan surat pengakuan bertulis..

makluman!! semua suspek masih bujang.. haha..

okey.. sekian berita untuk kali ini.. semoga bertemu di laen kali.. kirim salam kat mak ayah masing2 yep.. hahaha.. assalamualaikum..
Thank you for reading this entry !

23/05/2010

entri jam 2.50 pagi.

assalamualaikum..
salam 2.50pagi dari aku.. secara langsung dari negara berdebu..
orang jaga, aku tido.. orang tido, aku lak yang jaga.. haha.. spesis kelawar memang ceni kan? ade sesape suka kat kelawar? mesti takde.. tapi cuba renovate sikit perkataan kelawar.. tukar ngan batman.. FUIYOO..! gila gempak kalo taruk nama batman.. tetibe je ramai yang nak.. berlapis2..

oke, entri ni aku tataw nak melalut mende.. otak tengah hang lagi disebabkan tido terlalu awal.. sampaikan match penting pun ley terlepas.. inter lawan bayern.. sedikit kekecewaan di situ.. bangun2 je tengok inter da menang.. yes!! berbaloi terlepas sebab tido.. hobi paling best dalam dunia lepas makan makanan free.. haha..

sebut sal makanan tetibe je lapar.. sebab tido jugak, miss dinner malam tadi.. ish..! keburukan tido di awal waktu begitu menyerlah.. pasni da taley amalkan.. banyak keburukan dari kebaikan.. wahaha~ gila. meng'auta'kan fakta.. manusia akhir zaman.. haha

oke.. terpaksa berhenti.. rasa kuantiti tido belom mencukupi.. baru tido 6 jam.. dan sekarang mesti bundarkan kepada puluh terdekat.. babai..


nota buku lali ;
1. motif entri nak gitaw aku bangun kol 2.50 pagi tuk sembahyang isyak.
2. esok kena masak, seperti yang termaktub dalam jadual.
3. plan nak kuar esok, kebarangkalian hanya 50%.
4. sila abaikan entri nie.




Thank you for reading this entry !

21/05/2010

sedarkah aku?


assalamualaikum..
salam alaik..
kaifa haluk? hal antum bikhair?

eh2.. silap masuk bahasa lak.. sori eh..
ehem2, bertemu lagi kita dalam edisi hari jumaat, penghulu segala hari..
jadi, kalo hari jumaat, adalah sebaiknya kalo kita hiasi dengan tazkirah kan? sekadar renungan bersama.. dan juga sebagai muhasabah diri.. jangan duk leka ngan muhasabah cinta jek.. yang tu sampingan, ni yang utama.. mana2 drama or movie, kalo tade watak utama mesti tak best.. bukan setakat tak best, malah tade sape pun nak tengok.. sumer watak lam tu sumernye sampingan.. korang tengok tak kalo gitu? haha.. ade ke citer cenggitu?

okey.. sila perhatikan hadis nabi di bawah ;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم

Ertinya : "Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil" ( Riwayat Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan ada perawinya Yazid Bin Abi Ziyad, hadithnya tidak dijadikan hujjah; Dhoif menurut Albani ; no 1474, hm 176)

dan ini ;

"عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن - أو أية - أوتيها رجل ثمّ نسيها"

Ertinya : " Dibentangkan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku nampak dosa yang lebih besar dari satu surah dari Al-Quran atau satu ayat ,yang diberikan kepada seorang lelaki kemudian ia melupakannya" ( Riwayat At-Tirmidzi, bab Fadhail Quran dari Rasulullah SAW, no 2840 ; At-Tirmidzi : Gharib; Al-Munziri : Dhoif kerana perawi bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)

ha..! korang2 yang hafal quran tu, macam mana? ade rasa terpukul tak? siyes aku cakap, aku memang terasa kaw kaw ngan hadis nih.. rase macam apa yang nabi cakap tu hinggap kat atas batang idung sendiri yang mancung ni.. haha.. ops! taley gelak, tengah siyes~

aku sbenanye da lama taw tapi ntah cane masa exam ritu, terbaca hadis ni.. pastu dengan spontannye teringat kat diri sendiri.. insaf.. yela kan, memang susah nak jaga hafalan kita, tapi takkan la kita nak give up semata-mata mende tu susah? tak kan? lagipun, walau sepayah mana pun, kita kena ingat bahawa Allah tak pandang pada hasil, tapi Allah melihat pada usaha kita.. kalo kita da berusaha tapi still lupa, nak wat cane.. kena terus usaha dan usaha dan usaha lagi.. mudah-mudahan, nanti kita punya jawapan bila disoal pada hari perhitungan nanti.

akhirnya, untuk korang yang tak hafal quran tu, korang pun patut terase, sebab surah2 lazim yang korang hafal tu termasuk gak lam kategori ni.. jangan cepat ngat nak tarik nafas lega.. haha.. surah fatihah pun dikira okey!

"kita semua sama"

assalamualaikum..

rujukan : http://www.zaharuddin.net/content/view/275/90/
Thank you for reading this entry !

20/05/2010

ini entri pasal keluarga..

assalamualaikum tuk semua reader..

mode : hepi
lagu : favourite girl by justin bieber
drink : air masak baek tuk kesihatan

okeyh.. ari ni intro entri aku tade.. malas nak perah picit otak tuk buat intro.. tape la kot tade intro pun, sebab ni bukan karangan kan? kalo masa dajah 6 dulu, mesti wajib kena wat intro.. nak2 lagi karangan BM.. maunyer kena keliling padang 3 round kalo tak buat intro.. haha.. oh kenangan~

korang taw tak, sejak kebelakangan ni, sakit aku makin menjadi2 lah.. kejap2 sakit, pastu ok, pastu sakit balik.. tataw apa masalah aku nih.. nak kata tak sehat, kompem sehat.. nak cakap sebab lapar, mencekik boley tahan.. tanak kalah ngan kembar aku tu.. tapi tu la.. masalah aku ni tak dapat dikenal pasti.. hadoi!~ sabar je lah..

tenang2.. jangan panik wey.. sakit aku ni tak serius pun.. penyakit biasa je bagi mereka yang duk jauh.. lagipun, aku tak g check doc pun.. ase macam tak patut lak nak g check.. kang tak pasal2 pegi check, tetibe je kena smack ngan doc tu.. naye2.. haha..


kalo korang sakit homesick, korang g check doc tak? wahaha~



keluarga aku..skali ngan ipar..budak kembar dua ketul je tade..haha
dalam gambar ni ada 2 pasang lagi kembar..perasan tak?cari sampai jumpe yep..~


pacik ngan macik aku..yang duduk hujung tu atuk ngan nenek aku..atuk da tade, nenek je tinggal..


ni lak gambar atuk ngan nenek aku bersama cucu dan cicit mereka..aku ngan kembar je tade kat sini..aduih..!~tak masuk lagi gambar..haha


p/s - aku sbenanye baru reti cane nak post gambar bia jadi gedabak macam ni.. kepada korang yang rabun tu, tayah risau k, masalah CACAT PENGLIHATAN korang bukan alasan tuk korang tanak bukak blog aku.. hakhakhak

jumpa laen kali lak.. assalamualaikum..
Thank you for reading this entry !

Allah maha mendengar..

assalamualaikum..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
maha suci Allah, segala puji bagi Allah, Allah maha besar..
selawat dan salam ke atas nabi muhammad SAW, nabi akhir zaman..
(اللهم صلى على سيدنا محمد)

haip..!~ korang pe citer bai? sehat tak? agak2 esok lak cane? leyh maintain sehat? haha.. jangan terlalu yakin tuk jawab ya.. esok adalah misteri.. ingat tu.. setiap ape yang berlaku esok adalah salah satu dari ilmu ghaib iaitu tade sape yang taw kecuali Allah.. kalo setakat korang maen teka2 tayah nak eksen la.. kebetulan aje.. bukannye sebab korang betol2 taw pun.. hoho..

hurm.. aku tade mende nak citer.. cuma nak kongsi satu citer gumbira ngan korang.. citer gumbira ofkos la kena kongsi kan? baru sumer dapat rasa kegumbiraan kita tu.. nah! amik sikit sorang.. sila rasa kegumbiraan ni.. silakan! jangan segan silu jangan segan pilu, segan malu tape.. ngahaha.. tapi laen kaedahnye kalo sedih.. citer sedih tayah kongsi2.. tak elok! sebab kalo kita kongsi citer sedih, tak pasal2 lak orang laen sedih gak.. tak best macam tu.. aku tanak orang sedih.. aku benci perasaan sedih.. bila sedih, secara otomatik, keadaan akan jadi muram, suram, dan segala yang ram2 lagi.. termasuk jugak ramlah ram.. hak3

nak taw citer ape? jeng3! abah aku da kuar wad wey..!! silonopnyer.. jadi sekarang abah aku da ade kat umah la.. dye kuar semalam.. n ari ni baru aku dapat taw.. delay sikit la mak ngah!!haha.. makin bertambah tambah rasa nak balik ni.. hadoi~bila la engkau nak kuar wahai inchik result yang gebu lagi mendebarkan? aku da tak sabar nak balik ni weii!!

lagi satu kan, abah aku da boley jalan da.. aku pun heran gak bila akak aku cakap macam tu.. "da boley jalan", bermakna masa abah aku sakit nih, dye taley jalan la..? masyaAllah.. parah tol sakit dye tu.. aku pun tak sangka yang darah tinggi boley jadi sampai macam tu.. na'uzubillah! mintak2 tade pape.. dan yang paling best, umi aku yang jadi coach abah aku.. wah! sangat manis!! berdua-duaan lagi dorang.. hehe

tuk korang, terima kasih banyak banyak banyak sebab sudi doakan kesejahteraan abah aku.. rasa macam tak cukup lagi.. tambah lagi dua kali, banyak banyak!! aku taw korang doa walaupon korang tak cakap.. TERIMA KASIH yep.. Allah itu maha mendengar kan? Alhamdulillah..~

okey la bai.. nak tido dulu.. korang yang kat mesia mesti baru bangun.. kepada yang tengah tahajud tu, jangan lupa doakan tuk kawan2 korang.. dan juga untuk umat islam.. babai~assalamualaikum..

tengah berdoa tu der..khusyuk~ha3
Thank you for reading this entry !

18/05/2010

tukar lagi..


assalamualaikum..
kepada sahabat2 sekalian..
sbenanye, tade ape yang menarik pun sal entri nih..
cuma nak bagtaw aku da tukar template blog aku ni.. macam yang korang nampak ni la.. nampak tak nampak tak? tade lagi header budak kembar dua 'ekor' duk tertonggeng yang gedabak tu.. cuma yang ada, banner dua budak kembar sopan je.. haha.. padahal sama je, cuma kecik sikit je.. wakaka~

kalo ade korang nak tanye nape aku tukar? sebabnye, aku taw sesetengah tenet korang sangatlah laju ibarat sipot maen kejar2 ngan kura2.. kan kan? jadi, nak loading aku nye header tu makan masa jugak.. oleh kerana keprihatinan aku pada mereka yang tersebut, aku letak yang kecik sket.. nampak lebih simple, tak menonjol sangat, n tuk nampak lebih humble.. hoho..

lagi satu, lagu pun da tukar.. nak taw ni lagu ape? semestinya lagu indon der.. letto-lubang di hati.. hati sape? hati aku la.. kan single lagi nih.. mesti r ade lobang tuk someone kan..? aku je, kembar aku tak pon.. sebab dye da ade yang berkenan, cuma dye je tak berani.. mamat tu memang penakot kalo bab2 ceni.. ngahaha..

okeyla.. mintak diri dulu.. kalo de tak puas ati ngan template ni, sila tinggalkan komen.. dan kalo ade sesape nak tanye soklan, sila tanya kat formspring sebelah ni.. peringatan!! jangan tertukar lak..! kang nak tnye aku, tetibe g tanya kembar aku.. tak ke malu weii kantoi cenggitu? hakhakhak..

ma'assalamah.. assalamualaikum..

p/s - mohon jasa baek korang tuk doakan abah ktrg.. dye masuk wad sebab darah tinggi.. keadaannye, aku sendiri pun tataw cane.. umi aku tanak gtaw takot ktrg risau.. terima kaseh atas jasa bek korang..(^_^)
Thank you for reading this entry !

17/05/2010

airport paling shiyal abad ini..


assalamualaikum..
selamat tengah ari dan petang kepada semua pembaca..
salam satu mesia yang ntah ape2 walaupun aku bukan berada kat mesia.. haha..

okey.. terus ke tajuk..

korang taw tak katne airport paling bangang/syial/mengong dan segala isinya atas dunia nih? kalo nak taw, baca betol2 apa aku tulis nih.. jawapannye ialah CAIRO INTERNATIONAL AIRPORT, TERMINAL 3.. kenapa aku cakap macam tu? sebabnye, nak masuk epot tu kena bayar weh..! ini bukan bayar parking okeyh, aku maksudkan tempat nak feeling kuar segala air mata tu.. tempat nak lambai2, nak peluk2, dan segala bagai kelakuan yang korang biasa buat kalo kat majlis2 perpisahan.. dah dapat imagine kan?

sesape yang duk sini mesti dorang taw.. nak masuk balai check in tu kena bayar..! ha..! betol.. balai check in tu nama dye.. tadi lupa la nama ape tempat tu.. wahaha~ cuba korang bayangkan cane? tak ke bangang sistem gitu.. sekali masuk kena bayar.. pastu kalo kuar, n nak masuk balik, kena bayar pulak.. <-- yang ni tipu je..hoho.. kalo kena bayar seposen tape jugak.. boley niat sedekah.. ni tak, sorang LE5.. kalo 5 orang dah LE25.. pastu, ktrg pegi bukannye 5 orang, 15 orang siot! bila kira tambah tolak darab bahagi, sumer skali kena bayar LE 75 = RM50(lebih kurang kot).. banyak tu weyy!! tu belom kira lagi kenderaan yang disewa khas semata-mata nak pegi epot.. kopak r ceni bai.. ape punye suwel r tauke epot ni.. memang samdol.. wat sakit ati je.. ape nama syarikat tu? CAIRO AIRPORT COMPANY kan? jom kutuk ramai2.. tak penah dibuat lagi lam sejarah peradaban dunia masuk epot kena bayar.. haha.. arab oh arab~

memandangkan ktrg nak hantar senior balik mesia, terpaksa la ktrg pegi jugak.. paksa dalam rela gitu.. ngaa~




dan hasilnye..

lepak kat luar je la wey..!~

ktrg tak masuk dalam pun.. tunggu kat luar je sampai abang ktrg tu check in.. dye pun lepak2 kat luar gak sementara tunggu nak masuk flight.. sehati sejiwa betol.. susah senang sama2.. padahal dye tanak duk dalam sorang2, takot nanges.. betol tak abang jie?
pastu, aku nak kongsi la gambar2 yang aku amik tadi.. tuk tatapan mereka yang sudi.. yang tak sudi, boley r tutup blog ni.. dan secara tak langsung, aku terase ati kalo korang wat macam tu.. kalo nak pujuk balik, sila tinggalkan komen.. haha..
okeyh..! selamat menonton~~

biar gambar yang ceritakan sumenye..




kat luar pun leyh posing gak la.. lagi best!!

tekun, gigih dan sabar menunggu..

borak untuk kali terakhir..

wakil dari sabi'

akibat bosan menunggu, terciptalah scene ini..cumil tak yang duduk tu?haha

sila perhatikan yang di atas troli..apa pandangan anda?

penulis bersama seniornya..senyum senior hanya dibuat buat..harap maklum..

dibuli tanpa henti~asek aku je kena ngan mamat ni..tape, abg kena ngalah..haha

mereka beratur,anda pula bagaimana?

bagasi kurang dari 40kg..merah menyala lagi..idup umno!!~

selamat tinggal mesir~~
muka yang ditahan tahan agar tidak tumpah air dari matanya..
*sesungguhnya, dalam ati beliau ada taman*



lepas senior aku check in, ktrg terus balik.. sementara tu, sempat la jugak usya2 pelancong2 yang ade kat epot tu.. fuh! mengancam!!~
maaf, gambar taleyh disiarkan..haha



berjalan pulang

berjalan lagi

inilah kenderaan kami

dan ini pulak tempat untuk beli tiket nak masuk lam epot tu.. aku benci mende nih!!haha

KEPADA SENIOR KAMI DAN JUGA ABANG KAMI, ABANG MOHD AZIZI BIN AZAHAZUHARI, TERIMA KASIH KERANA SUDI MELIMPAHKAN KASIH SAYANG SEBAGAI SEORANG ABANG KEPADA KAMI.. SEMOGA KAMU SELAMAT SAMPAI.. DAN SEMOGA KAMU SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI DAN KEJAYAAN KAMI DI SINI.. WALAUPUN TERPISAH BERIBU BATU, KITA TETAP SATU.. ISLAM SEBAGAI PEGANGAN, DAN QURAN SEBAGAI PANDUAN.. SEMOGA BERTEMU LAGI.. SAMBUTLAH SALAM SAYANG DAN RINDU DARI ADIK2 MU INI.. ASSALAMUALAIKUM..*TAYAH EMO2*HAHA

-entri tamat-
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails