31/10/2010

Kelantan menang sebab?

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pembaca. Alhamdulillah, syukur banyak banyak sebab masih lagi bernafas pada hari nie. 

Okay ! Mula mula nak cakap yang aku sekarang ada kat kolumpo. Memang terpaksa boldkan tulisan kolumpo sebab dalam hayat aku nie, boleh bilang kot berapa kali je aku sampai sini. Tak sampai 10 kali. Haha. Dah ! Aku tahu korang nak cakap aku jakun. Sila sebut ramai ramai. 1, 2, 3 JAKUN !! =_='

Tujuan aku datang sini? Hurm.. Ofkos la sebab nak tengok bola. Kelantan kan dapat pergi final, jadi aku semangat sangat nak tengok bola, sanggup datang ko tahu?! Ni penyokong tegar ! Ahaha. Fine ! Aku tipu jek, ekceli datang sini bukan nak tengok bola. Tiket pon tade, ada hati nak masuk stadium bukit jalil. Aku sedar aku tak pernah masuk situ. Hakhakhak. 2 kali jakun. =P

Walaupun aku tak pergi stadium, korang tahu tak salah satu sebab kenapa kelantan menang? Cuba teka. Oh yess!!! Tepat sangat. Sebab aku ada kat sini. Sebab tu r kelantan boleh menang. Sorakan aku depan tv tu mampu tuk naekkan semangat pemain kelantan. Tak macam tahun lepas, aku duk jauh, jadi tak sampai. Wakaka. *sila sekeh laju laju*

Apa apa pun, tahniah untuk kelantan. Aku bangga jadi rakyat kelantan walaupun tinggal kat teganu. Hoho. Ai kan republik jerteh~ Ekeke



nak eskrem? *abaikan mulut comot tu* =P

p/s - Terima kasih pada awak tuk entri nie. =)
Thank you for reading this entry !

27/10/2010

Mulut dan hati tak pernah sehaluan.

Assalamualaikum.
Hai !  Belom tidur lagi? Kalau belom, jom sama sama sibukkan diri dengan baca blog takde pekdah nie.

Tadi, macam biasa aku dan encik kembar keluar jalan jalan. Nama je jalan jalan tapi sebenarnya keluar naek kereta. Jalan masa nak pergi kat kereta jela. =P Pastu, keluar pulak ngan kereta makcik aku. Nak naek kereta sendiri memang takde la. Nak cakau kat mana, kereta ada kat jerteh, aku pulak kat batu pahat. Cuba bagi cadangan sikit nak bawak macam mana? =_='

Dan petang tadi jugak, aku try bawak kereta dari batu pahat ke segamat. Okay ! aku tipu. Sebenarnya bukan aku yang drive, izwan je drive. Memandangkan aku duduk di seat sebelah driver, cincai cincai aku drive jugak la kan? Kahkahkah. kitorang pergi BERDUA sahaja. Hanya BERDUA. Ceit ! Yang kau caps lock tu apesal nyah? Haha. Tujuan? sesaje nak try jalan baru. Sebelom ni tak pernah lagi lalu jalan tu secara berduaorangan. So, ni macam cuba nasib dengan jalan baru la. Hoho.

Yang tak boleh blah, pakcik aku merangkap suami adik ayah aku tu risau betol ko tahu? Dye siap buat peta lagi untuk kitorang. Bukan setakat peta, tapi bapaaakk peta. Sekali pandang pon da cukup tuk buat aku tergelak. Kalau diikutkan, batu pahat ke segamat takde la jauh sangat kan? dua simpang jek, tak kiri, mesti kanan. Tapi bila da tak tahu, kena bawak jugak la. Ekeke. apa apapun, peta tu banyak membantu kitorang~

Lepas tu, masa sampai kat segamat, kitorang boleh sesat lagi. Sesat gara gara nak cari uitm segamat. Silap masuk simpang adalah biasa pada perjalanan kali pertama yep adik adik. Jangan panik, dan sila berlagak tenang. Ngeh3. Last skali, nak tahu adik aku tu cakap apa bila sesat?

Dalam hati, "alamak ! kita da tersesat nie".

Dalam mulut, "Oo.. Jalan tadi ke sini rupanya".

Kenapa mesti berlagak cool wahai kembarku? Sengal ~~




cun tak peta nie? haha





*gud luck tuk final.
harap2 boleh baca tulisan tu.
dan pasal jubah yg sgt sgt besar tu, maap byk2.
camtu la jd ble ukur baju bukan di badan sendiri.
ahahaha XD
Thank you for reading this entry !

25/10/2010

anbiya' 1 - 10

sila tekan play.




Terjemahan ;

[1]
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
[2]
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
[3]
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: “Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?”
[4]
(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: “Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
[5]
(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu”.
[6]
Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?
[7]
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui.
[8]
Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).
[9]
Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.
[10]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?




Ya Allah, sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang hina. Mulianya kami kerana Islam, bahagianya kami kerana Iman, dan berilmunya kami kerana al Quran. Tetapkanlah hati kami dalam agamaMu. Kekalkanlah ia bersama kami, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.






*vote for Galas

Thank you for reading this entry !

24/10/2010

kalau perempuan macam ni, lelaki pulak macam mana?

Assalamualaikum.. 

Pertama sekali, satu soalan untuk korang. Semput tak baca tajuk aku tu? Hakhakhak. Panjang kemain lagi. Harap sesiapa yang ada kencing manis tak semput baca tajuk entri nie. Aik ?! kencing manis ada potensi semput ke? [=_=]"

Okay dah ! tak nak meloyar kat sini. Straight tu da point. Zass~


Korang biasa dengar ayat ni? Kejap, aku buat contoh.

"Perempuan kalau tak reti masak tak boleh kahwin"

Mesti pernah kan? Tipu r kalau ada sesape yang tak pernah dengar. Tak logik lagi impossible ! Kalau betol tak pernah dengar, tak laen tak bukan beliau merupakan seorang yang tuli dan pekak atau dalam bahasa sopannya, ada masalah pendengaran. Sanggupkah korang terima panggilan tu? jika tidak, sila buat buat pernah walaupun korang tak pernah. Haha.

Jadi, rasa macam tak adil kan? Perempuan je ada syarat macam tu. Lelaki? Hurm.. Wahai kaum hawa sekalian, anda juga boleh letak syarat okay ! Jangan takut, bila ada lelaki cakap macam kat atas tu, korang dengan selamber boleh jawab begini ;

"Lelaki kalau tak boleh jadi imam sembahyang tak boleh kahwin"

simple as pimple as dimple. Wahaha. Mat saleh tercelup kicap da start speaking~ Korang bagi je ayat tu, kompem menggigil. Nak buat macam mana, lafaz niat ngan niat pon tataw cane, ni pulak nak suruh jadi imam? Waklu~ Hahaha.

Secara logiknya, itu adalah perkara asas bagi lelaki. Sebab? Sekiranya mereka tak boleh jadi imam sembahyang, bagaimana pula dorang nak jadi pemimpin dalam rumah tangga? Nak mengharung onak duri badai segala. *Ceit ! Ayat mende nie?* Sape yang nak ambik alih tugas mendidik? Nak upah orang tolong didik anak bini? amboi~ berani ke bang oi? =P

Sepertimana peranan solat dalam agama, begitu jugalah peranan solat dalam rumahtangga. Terpulang kepada korang untuk menyedarinya atau tidak. Sebelum "sudah terhantuk baru tengadah", carilah calon yang tepat, pilihlah kerana agamanya. =)

Assalamualaikum.



ni namanya menaekkan saham.. XD




p/s - nak usyar calon suami? klik nie --> link
Thank you for reading this entry !

23/10/2010

Follower ke 300

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran pada Allah SWT kerana masih lagi dipertemukan kita dalam alam maya nie. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah, ruangan follower aku dah mencecah angka ratusan tiga. Tiada apa untuk dibanggakan dengan angka tersebut. Cukuplah sekadar ucapan terima kasih kepada korang yang sudi follow. Terima kasih, mekaseh, tenkiu dan segala bagai ucapan lagi untuk korang. Wahaha. *nak tacim boleh?*





Dan alangkah lebih baek jika korang dapat jadikan apa yang baek di blog aku ni sebagai pengajaran manakala yang buruk pulak buat tataw jek. Tak payah ingat langsung pun tape. Orait?

Sempena ngan entri ni, aku dengan sukarela nak share satu video. Nama je video tapi tak nampak apa apa pon. Black video kot ! Tapi korang jangan risau, audio masih lagi wujud. Dan sebagai permintaan dari aku, harap korang jangan komen apa apa pasal video ni nanti. Kenapa? Korang jawab r sendiri. Hahaha

Assalamualaikum.
*pause dulu lagu blog nie okay!*


maap ! audio tak clear sangat

p/s - maen cedok je ni. korang dengar, aku pon dapat pahala jugak. hee~
Thank you for reading this entry !

22/10/2010

diri ini


"There is as much difference between us and ourselves as between us and others.  "

"Freedom is knowing who you really are."



campak saje gambar kat sini.. =P

Thank you for reading this entry !

21/10/2010

kePAGIan

Assalamualaikum. Salam dihulur pembuka bicara. =)

Hai ! Selamat pagi buat semua. Mood ari nie sangat baek. Sangat sangat baek. Lepas subuh tadi tak sambung tidur. Borak borak ngan abah dan umi je. Gurau gurau, usik usik, sakat menyakat penyeri suasana. Sangat indah ye kalau hubungan kekeluargaan dapat dipupuk macam ni setiap hari. Mesti masalah anak buang ibu takkan jadi. Kan? Dan kalau hari hari mood macam ni kan best? Alahai ! gedix pulak rasa buat entri macam nie. Kahkahkah.

Sebenarnya, dari semalam aku try nak update. Plan nak buat video post tapi kerana video tersebut tak dapat diupload, maka entri pon tak jadik. Facebook punya pasal ! Kenapa la upload video facebook buat hal eh? Tak pasal pasal tarikh 20102010 berlalu begitu saje tanpa ada entri. Hish ! Rugi ai nyah~

Jadi hari ni pon sama, tade tajuk menarik untuk dikongsi bersama. Sekadar update sebagai ganti untuk entri semalam. Haha. Mintak maaf kalau ada sesiapa yang rasa entri ni tak berguna =P. Alahai ! sopan betol ai rasa entri nie. Wakaka !

Okay ! niat nak update dah tercapai. Untuk tanak sia siakan usaha korang yang rajin bukak blog nie, aku sajikan lagu baru jela. She's not you by david archuleta. Sedikit sebanyak lagu ni boleh buat aku tersenyum. Kenapa? ahaha. Tak perlu jawab kot. Orait ! mintak diri dulu. Assalamualaikum.


rindu anak buah yang ini~



Thank you for reading this entry !

19/10/2010

rest n go !

Assalamualaikum. Hai ! Selamat membangunkan tidur buat korang semua. Semalam merupakan hari di mana aku, izwan, ayie, dan adik aku telah pergi berfoya-foya.  Iyep ! Berfoya foya. Tapi sesama lelaki sahaja. Pompuan tidak dibenarkan untuk join. Hahaha. Lokasi kejadian kat mana lagi kalau bukan KB Mall ye adik adik. Di Kelantan nie, takde tempat laen dah kalau nak berfoya foya, jalan jalan ushar awek, dan makan makan menboroikan perut selain dari KB Mall. =_=! Tempat laen tak strategik untuk orang bujang macam kami. Eh tiba tiba. =D

Nasib kami agak baek apabila keadaan di sana tidaklah sesak seperti kebanyakan hari minggu. Jadi, bilangan awek yang berjaya kami ushar juga turut berkurang. aik? macam tu pon nasib baek ke? Bukan rugi ke?=P




Setelah selesai memborong apa yang patut diborong, kitorang terpaksa mengikut kehendak ayie yang nak maen bowling. Nafsunya membuak buak kau tahu?! Nak tanak terpaksa kena ikut jugak, anak bongsu punye pasal. Hee~ Then, izwan ngan ayie je maen.  Siap sanggup beli stokin lagi. Melayang 3 hinggit~ Aku tak maen memandangkan aku tak bawak stokin. Tambah tambah pulak aku sibuk godek godek belek belek kamera. Nampak tak? Aku sibuk godek belek kamera. Sebab? Aku tanak maen, dan itulah satu satunya cara untuk aku mengelakkan diri. Okay FINE !! ekceli aku tak reti maen. Kahkahkah

Pernah dengar tak kerusi urut mengurut gintell? Kalau tak,  mintak tolong orang sebelah siku kepala laju laju. Dengan syarat kelajuan mestilah 135 km/j. Boleh? Apa punye jakun daa.~ Gintell ada letak kerusi untuk kegunaan orang ramai. Boleh duduk duduk, rilex rilex, santai santai atas kerusi tu. Kalau nak kerusi tu buat khidmat urut mengurut nie, just masukkan duit. RM1 = 3 minit, RM5 = 10 minit, RM10 = 15 minit. Baek kan gintell? WAKLU baek~ Kalau baek tayah bayar la. Kan? Haha. Tapi takpe, memandang aku ni termasuk dalam kalangan orang orang yang jakun, aku try jugak. Taruk singgit je. Orang muda badan masih kuat harimau, 3 minit mengurut cukup la kan? wakaka. Laenlah kalau awek yang urut, 3 jam pon tak cukup lagi. Ngaa~



penaja


peace sama sama



sangat nikmat ye adik adik.. kahkah




Last sekali, tak sempurna berfoya foya kalau takde aktiviti jamu menjamu kan? Kali ni Noodle Station jadi pilihan. Kenapa? Sebab lapar la.. Hihi

adik aku -_-'



Hoi ! gocoh ko?




ni r ayie.. tukar nama sikit.. haha
  



noodlestation




taste the spring!!




tak ingat nama apa mende nie T_T




Okay ! Mintak diri dulu. Jumpa laen kali. Babai~
Thank you for reading this entry !

15/10/2010

lelaki pun kena kemas weh !

Hai ! Bertemu lagi dalam entri yang laen. Apa khabar korang semua?

Tajuk kali ni pasal lelaki. Dalam sedar tak sedar, dah 20 tahun aku hidup dengan berjantinakan lelaki nie. Aiseh ! Macam pelik je ayat aku tu. Hahaha. Syukur Alhamdulillah di atas segala kurniaan Allah pada aku.

Okay. Sepanjang pemerhatian aku sebagai seorang lelaki kan, banyak kali jugak r aku jumpa dengan lelaki. Hoi ! Ayat apa neh? Da ko lelaki mesti r banyak kali jumpa dengan lelaki. Sewel!~ Fine! Bukan tu maksud aku.  Begini.., Sejak dari sekolah menengah lagi aku dah biasa dengan sekolah sejenis. Korang tahu kan apa itu sekolah sejenis? Haa..! Betol la tu. Sekolah lelaki dan takde seorang pun pelajar perempuan kat situ melainkan makcik makcik yang kerja sebagai tukang masak.

Jadi, sejak itu jugak, aku tengok lelaki nie kurang amik peduli pasal kebersihan dorang. Kenapa eh? Bukan seorang, bukan dua, tapi ramai ! Kau tahu apa maksud ramai?! Dorang ni tak kesah kalau pakai baju sama. Dua tiga hari tak basuh pun boleh maintain senyum padahal baju tu da bau macam ikan siakap masak belacan dah. Yang tak tahannya, siap boleh buat muka rilek lagi. Cool la kononnya. WAKLU ! Ringan je tangan ni nak suap baju dalam mulut. Huh !~

Tu baru baju, belom masuk lagi bau badan. Ya Allah! Da tahu kau tu spesis kuat berpeluh, apa salahnya kalau kau pakai deodorant nyah?! Nak lagi wangi, sembur sikit mana mana perfume. Rembat je kawan punye, pastu mintak ah! kahkahkah. Kalau dye marah, cakap je macam ni, "takkan perfume pun berkira?". *okay. ajaran salah, tayah ikut*

deodorant ngan perfume. dua2 penting.


Sempena dengan ini, aku nak bagitahu bahawa Nabi sendiri pun lelaki, seorang yang kemas, pembersih, dan nabi juga kacak kau tahu?!! Tak caye? Sila baca sirah nabi banyak banyak. Malah, ada yang mengatakan bahawa nabi Muhammad SAW lebih macho, kacak, hensem dari nabi Yusuf AS.


Dengan ini, aku menyeru kaum adam sekalian agar jadi lebih kemas, pembersih, dan seumpama dengannya. Tak rugi pun jadi macam tu. Awek pun mudah sangkut. Hihi. Mudah mudahan kita semua dapat pahala dengan kita mengikut sunnah nabi SAW. InsyaAllah.

Chow~


macam ni ke kemas? haha

Thank you for reading this entry !

14/10/2010

wanita solehah

Assalamualaikum. Selamat pagi warga malaysia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas segala kurniaan rahmat dan nikmat dariNya. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad SAW, ikutan sepanjang zaman. 

Jadi kali ni, suka untuk aku berkongsi dengan korang semua satu video yang aku ambik dari facebook salah seorang kawan aku. Fahami dan hayatilah apa yang terkandung dalam video nie. Sekadar untuk pembersihan hati di pagi yang hening nie. Ceit ! Memang tanak kalah kan ayat kau?! Hahaha.





Dah tengok? Perasan tak orang yang tanya soalan tu? Datin apa nama dye, aku tak sempat nak hafal. Apa kena dengan dye? Takde apa apa pun, just nak cakap suara dye macam umur belasan. Bergetah lagi. Kalau cakap kat telefon, boleh konpius r. Betol tak? Ke aku je yang rasa macam tu? Kahkahkah. *ini cuma gurauan*

Okay, itu aje. Semoga korang dapat manfaat dari video nie. Sesungguhnya, Allah jualah yang memberi hidayah kepada hambaNya. Assalamualaikum..

p/s - Cun kan wardina? HAHA !
Thank you for reading this entry !

13/10/2010

header lagi

Okay ! Entri ni pendek je. Aku terpaksa tukar header laen sebab tiba tiba rasa kesian kat encik kembar. Gambar dye takde dalam header sebelom ni. So, aku buat keputusan untuk tukar yang laen. Nampak tak kat situ? Aku seorang abang yang sayangkan adik. Hambik kau ! siap kaler merah lagi tang sayang tu. Sentap tak? Hahaha. Noktah !

simpan dulu header ni.. Tsk tsk tsk !

Thank you for reading this entry !

12/10/2010

tengok la header ai nie..~


Okay.. sebelum apa-apa, sila sekeh kepala aku sebijik sorang. Apekehei la buat tajuk macam nak mintak pelempang je. Buang tebiat ke hape? Gedix semacam! Makcik jual ikan pun boley menyampah kalau macam ni perangai kau. HAHA.

Fine. Aku berubah jadi behave sikit. 

Assalamualaikum. Maafkan diriku andai tajuk menggelikan anda semua. Sesungguhnya, itu adalah tindakan bawah sedar akibat terlalu gembira kerana telah berjaya menukar header blog ni. Korang nak cakap apa-apa pun aku tak kesah, yang penting hati senang jiwa lapang, dapat pelempang. eh nak betol betol nampak? ahaha.

Fistly, aku nak korang reader semua komen pasal header nie. jangan komen tuan gambar, just komen header je. Boleh? Dan syaratnya ialah tidak boleh kutuk. Hanya pujian yang dibenarkan. Apa?! Pujian? Waklu !! Header ntah apa apa ada hati nak suruh puji. Grr! =_=

Dahhh ! Hentikan monolog kau tu nyah, macam orang gila pulak aku tengok. Kahkahkah. Teruskan dengan eksplen ko pasal header baru kau ni.

Mula mula, gambar kat header tu nampak macam aku malu malu sikit. kan? kalau sesiapa yang pertama kali singgah blog ni, mesti 1st impression dorang akan cakap aku ni pemalu. Wahaha. Betol ! Memang aku ni pemalu. Dan gambar tu menggambarkan kemaluan aku. eh ! tak lucah ke guna ayat tu? Hakhakhak.

Kedua, semua background aku kaler hitam. Nak tahu tak kenapa? sebab aku kesian kat readers aku yang ada penyakit silau. Aku tahu dorang bukak blog aku malam malam. Jadi, kalau aku letak background putih, macam bertambah silau la pulak. Tak salahkan dorang sebab aku sendiri pun kadang kadang sakit mata kalo silau sangat. So, sayangilah mata korang, gunalah warna hitam. Hoho.

Lastly, selain warna hitam, korang akan perasan satu lagi kaler kat blog aku ni. YESS!! Biru. Orang key el panggil kaler turqoise tapi aku lebih selesa panggil kaler biru lembut. Kaler ni feveret aku, dats why aku letak kaler ni. Sekian~ 

Oh ya! Lagu aku tajuk juwita. Ada sesiapa nak komen pasal lagu? Silakan~
Babai !!
Thank you for reading this entry !

11/10/2010

malam hari



Ohoi makcik-makcik sekalian !! Assalamualaikum !! *gila sopan nyah ko tegur macam tu* Meh sini saya nak bagitahu sikit. Sila pergi check anak2 dara macik sekarang jugak ! Pastikan dorang tido dengan setidur-tidurnya. Saya bukan ape makcik, sekarang ni banyak betol masalah anak2 dara bangon lewat. Berbeza dengan zaman makcik kan? Sebabnya? tido lewat la tu. Bukan dorang buat keje pon. Memasing buat2 alasan je. Padahal sibuk layan internet. Chatting, facebook,  dan lain-lain. Tak tahukah dorang bahawa tidur terlalu lewat dan bangun lambat tidak elok untuk kesihatan? Dan akan memberikan kesan buruk selepas kahwin. =_='

Hahaha. Jangan melenting ye anak dara semua. Tadi cuma gurauan siriyes dari aku. Tade niat laen melainkan untuk kebaikan korang. Wee~

Malam ni tiba-tiba rasa macam nak menaip banyak banyak. Nak kata idea melimpah, tak penuh pon kepala hotak nie, tapi bila da nafsu memuncak, terpaksa jugak menaip walaupon tak tahu ape yang nak dibebelkan.

Hurm. Entri ni aku agak akan jadi sedikit skema. Perasan? Tulisan aku semuanya dalam bahasa melayu, eh bukan melayu, bahasa malaysia. kan? Lepas tu, huruf pertama selepas noktah akan berhuruf besar. Perasan tak? Wahaha~ bangga di situ..

Jadi semalam aku cerita pasal match futsal. Dan berikut pula adalah kesan-kesan perlawanan terbabit ;

1. Lutut aku melecet macam kena ekzos moto jek. Merah, berair, lagi menyakitkan. Cukup untuk buat aku mengaduh kesakitan tiap kali bersentuhan dengan seluar mahupun kain. Ngilu~

2. Kesakitan tadi juga membuatkan aku tak selesa apabila hendak menunaikan kewajipan pada Allah. Nak sujud punya la susah melampau-lampau. Dengan spontan terus rasa macam OKU. [T_T]

3. Badan masih lagi letih akibat penggunaan tenaga yang maksima pada perlawanan terbabit. Tidur lebih jam sampaikan baby pon turut jeles kerana beliau pon setakat 8 jam sahaja. aku? 10 jam mungkin. Hahaha


Okaylah sekalian alam, diri ini perlu masuk beradu dahulu. Rehat mesti cukup untuk menghasilkan tenaga yang berkualiti untuk esok hari. Babai~






*aku taw entri ni boring, so maapkanlah diri ini. wakaka~
Thank you for reading this entry !

lagi sikit nak menang..

assalamualaikum.. 

selamat pengantin baru buat sedara aku, angkasawan negara yang telah melangsungkan perkahwinannye pada hari ni.. eh tetbe ngaku sedara ni pehal? haha..

hurm.. cerita laen pulak.. semalam telah berlangsung satu perlawanan futsal yang mne aku and da geng pun turut serta.. sesaje masuk nak cuba try test power la kan.. kata atlit futsal, nak jugak tahu sejauh mne ke'terer'an ktrg.. ape lagi, pertandingan jela yang dapat mengujinye.. macam exam jugak.. kalo tade exam, cane korang nak tahu korang bijak ke tak? tak kesah r samada bijak meniru, bijak menghafal, bijak menjawab soklan ataupun bijak bodek lecturer.. =P

berikut adalah ulasan sepanjang perlawanan ;
pada perlawanan peringkat kumpulan, nasib ktrg baek kerana ktrg berjaya memperoleh naib juara.. 3 perlawanan, 2 menang dan 1 kalah.. kira terer la kan? pastu peringkat kalah mati, ktrg jugak berjaya mengalahkan lawan dan seterusnya melayakkan diri untuk ke suku akhir..

game suku akhir lebih mencabar apabila pihak lawan terlebih dahulu menjaringkan gol kerana sedikit kelalaian di barisan pertahanan.. aku la tu =D keadaan ini cukup untuk memberikan tekanan kapada ktrg namun semangat kental ktrg bukan mudah luntur ko tahu? berjuang mesti sampai ke akhirnya.. nabi pon da ajar supaya jangan mudah putus asa dalam melakukan setiap pekerjaan.. tak gitu? ktrg bangkit menyamakan kedudukan dengan jaringan izwan rahim setelah bola di'asist' oleh hafiz che hamid..

 kemudian, pelbagai serangan dilancarkan untuk mencari gol agar team ktrg dapat terus ke separuh akhir.. tapi malangnya, semua serangan dapat dipatahkan oleh keeper pihak lawan yang nyata amat berbakat disamping tubuh badan yang agak besar.. haha..

perlawanan ktrg dilanjutkan hingga ke sepakan penalti.. 3 pemain diperlukan.. amat malang sekali apabila sepakan pertama dan kedua tidak dapat disempurnakan oleh pemain ktrg.. sepakan pertama dari izwan rahim tepat menuju ke arah penjaga gawang manakala sepakan kedua dari hakimi adenan tersasar jauh melepasi palang gol.. maka dengan ini, secara rasminya team ktrg tersungkur dengan keputusan penalti 0-2.. sila boo ramai2.. kahkahkah !

sekian ulasan..

korang tgk la gambar2 masa perlawanan berlangsung.. malas nak cakap panjang2 ag.. mood frust sebab kalah belom hilang sepenuhnya lagi.. HAHAHA.. babai ~


phewwit ! no 13 tu.. mmuahh !! haha

halamak ! no 13 lagi..

ish ! no 13 maen elok2.. risau ai !~

sepakan percuma dari no 16



aku ada dengar orang cakap peluh jantan ni macho.. nilai sendiri ah macho ke tak.. haha
si baju merah belom sempat buat kilang peluh..


ei.. ceni ke macho? geli ai nyah !! haha



ni pon sama..



banner



renungan tajam pengurus ESSO FC..

fesyen dari mne ntah..



benteng kne kuat !



last bek tu wei.. tak cukup nafas tuu.. haha



hakimi adenan cuba merampas bola

keeper ready nak terbang, bek pulak kecut perut.. haha

penganjur

predator kuning


muka kalah.. haha


kalah pon bole senyum jugak la der.. tuff kan? kehkehkeh !

Thank you for reading this entry !

10/10/2010

10:10

assalamualaikum..
serumpun kasih, seraut sayang..
sekapur sireh, selaut terima kasih..
eceh ! terima la ayat bunga2 aku nie.. walaupun bunga ni tak kembang, tapi terimalah seadanya.. *eh ! amende aku taip nie?*

pedulikan semua di atas.. tade pekdah pon.. sesaje tulis tuk naekkan kembali mood berbelog.. makin kuat merepek, makin up mood aku.. teet !! hipotesis diterima.. haha..

hurm.. entri kali ni nak sentuh pasal no unik.. ape yang korang taw pasal no unik?

kalo kita perhatikan zaman it teknologi 1 mesia skang nie, wujud satu golongan yang terlalu fanatik terhadap no kan? sebagai contoh, orang kaya yang terlalu fanatik terhadap no akan sanggup bayar berpuluh-puluh ribu tuk dapatkan no plat kete yang cun meletop.. yang tu aku tak kesah pon, duit dorang, dorang punye pasai r.. tak gitu?

selain dari no plat, ade jugak yang memilih no cun meletop pada tarikh untuk dijadikan sebagai hari yang paling bersejarah dalam hidup dorang.. ade yang melamar seseorang, ade yang bercinta, dan ade jugak yang berkahwin pada tarikh tersebut.. malah, lebih parah lagi, ade yang sanggup tahan dari bersalin semata-mata nak bagi anak dye lahir pada tarikh yang unik.. ade ke? aku bantai je.. ntah ade ke tidak.. wakaka..

sama dengan aku, pon minat terhadap no cun meletop.. tetapi, takkanla taraf aku nak berhabis puluh2 ribu tuk no plat? memang takkk la.. sebagai alternatif laen, aku memilih tarikh ari nie sebagai no yang aku suka.. 10/10/10.. triple ten.. cantik gila kan?

jadi, sempena dengan isu no cantik ni, aku nak korang imbas kembali salah satu citer korea yang heroinnye punyelah cantikkkk-teramat-cantikk-cun-siot-rasa-macam-nak-gigit-terus-bila-tengok minah-ni-wat-muke-cebik.. han ga in, dalam citer "witch yoo hee", ade part yang heronye, moo ryong suruh yoo hee ingat dye ble tertengok angka 11:11..

nak dijadikan cerita, aku pon nak buat perkara yang sme.. tapi yang laennye, aku bukan nak amik angka 11:11.. aku pilih no kat bawah nie..


10:10


permintaan aku, bole tak ble korang tengok angka tu, korang ingat blog aku..? if tak dapat ingat blog pon, ingat penulis blog pon tape.. aku tak berkire pon.. ngee~

tujuannye ;
nanti kalo aku da tade sekalipon, ble korang tertengok terpandang terlihat no ni, bole la korang sedekahkan fatihah.. kan? eceh ! baek betoi tujuan ko nyah.. bukan nak suruh org hengat ko slalu ke? aiya~


oke daa.. tu je nak cakap.. mintak maap kalo entri ni ade unsur2 syok sendirik..
babai~
=DD


ingat 10:10, ingat izuddinrahim.. bole ke nyah?
Thank you for reading this entry !

08/10/2010

teruja ai..

hai ! selamat petang para blogger semua..

petang2 ceni, ape yang korang bese buat? bagi dorang yang duk kat hostel, aku yakin dan pasti yang korang sibuk borak2 ngan kenkawan kan? kalo tak borak, ade sesi bercerita ke hape or something like dat.. eceh ! speaking london plak.. tapi tu pompuan kot.. bagi lelaki, aku rase dorang lebih suke bersukan.. petang2 buat peluh baru betol namenye jantan.. pastu ble da peluh2, badan jadi sehat walafiat selamat dari bahaya penyakit segala bagai.. tak gtu?

tapi berbeza bagi aku neyh.. petang ni sangat boring ko tahu? selalunye, petang2 aku akan borak2 ngan umi aku disamping buat lawak bodo ngan encik kembar.. kalo ade abah aku join, ktrg adek beradek kembar akan sepakat membawa berkat menyakat abah aku.. tak kena cara, ktrg akan kne balik ngan abah.. terima balik buah paku keras.. aku pon tataw cane buah paku keras tu.. ntah cane la bole jadi peribahasa.. ahaha

jadi, disebabkan ktrg berdua telah ditinggalkan bersendirian oleh umi abah, maka ktrg telah jadi super duper boring.. eh silap istilah.. bukan ditinggalkan bersendirian oke, ditinggalkan ber'dua'rian.. sebab dua orang kne tinggal, taley r nak gne istilah sendirian kan? kahkahkah..

oleh itu, untuk sesame kte menghilangkan rasa boring, jom pakat2 tengok video klip artis pujaan hati aku.. tade la pujaan sangat pon ekseli, setakat minat gila2 je.. sehubungan dengan itu, aku nak war2 kan bahawa ini adalah video pertama yang aku taruk kat blog ni.. korang layan eh..?

tapi... aku nak pesan sikit, ble da abes tengok, jangan jadi macam aku.. teruja sangat tengok video nie.. rasa macam WOW ! BOMBASTIK betol r mamat nie.. nasib baek dye budak, so tak rasa jeles sangat.. HAHA ! 

sebelom tengok, sila stopkan dlu lagu blog aku nie yep.. okeyh ! layannn... 




eh ! ni nak menumpang JB ke? ahaha =P
Thank you for reading this entry !

07/10/2010

pekejadahnye kembar aku neyh?


korang bole pikir tak?

ape motif kembar aku letak gambar tak nampak muke kat homepage google nie? sewel ke hape? tolong lah encik kembar, tayah wat shengal bole tak? [=_=]'



*di'update' kat laptop kembar aku..=P
Thank you for reading this entry !

06/10/2010

kisah untuk dikongsi

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga”  dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

***

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

***

*dipetik dari facebook beliau..
Thank you for reading this entry !

05/10/2010

journey of life


Tak ingin lagi rasanya ku bercinta
Setelah ku rasa perih
Kegagalan ini membuat ku tak berdaya

Tak dapat lagi rasanya ku tersenyum
Setelah kau tinggal pergi
Biar ku sendiri tanpa hadirmu kini

lagi..
-taxi band-



p/s - lebih baek sendiri andai tidak setia..
Thank you for reading this entry !

04/10/2010

kenapa private?

okey.. hai.. assalamualaikum..
selamat sejahtera buat semua pembaca..

lagi entri pendek dari aku..
kepada sesape yang sememangnye tak sibuk, sila baca..
kejap je wei.. 5 minit pon tak sampai..

oke.. aku nak start nie.. skang aku dapati fenomena mem'private'kan blog amat berleluasa.. lepas sorang, sorang cuba tuk berbuat demikian.. tapi tahukah kalian bahawa dengan berbuat demikian akan menyebabkan aku jadi boring teramat sangat? aku ni dah la tade keje, pastu korang plak buat macam tu.. rase macam dianaktirikan.. ceit! apesal tetbe emo ni wahai jantan? ahaha..

seperti yang korang taw, aku amat serius berhubung dengan isu mem'private'kan blog ni.. sebabnye? aku ni punye la eksaited nak tunggu entri2 dan post2 yang gempak gedebung gedebang dari korang.. tup tup, ble bukak je, perkataan mencapub seperti blogger : permission denied lak yang muncul.. kuciwa ko tahu? laen yang diharap, laen plak yang jadi.. patut r dua tiga minggu link tak kuar kat dashboard, rupe2nye, da private.. hampeh betol.. =/

jadi, kepada pemilik url http://inibelogperempuanbaik.blogspot.com/ dan http://akugadisgila.blogspot.com/ sila public kan balik blog anda.. kasihanilah mereka yang terlalu teruja nak baca entri korang.. macam aku..=P pape hal pon, sila publickan balik sebelum facebook anda diserang.. teettt ! sekian..

dan juga kepada sesape yang pernah menyimpan hasrat dan dendam untuk mem'private'kan blog, tolong jangan berbuat demikian kerana itu akan membuatkan insan suci seperti aku dilanda kekuciwaan.. hahaha.. ayat bm skolah rendah ko tahu?

eklas dari izuddin rahim
penulis kembatolo
=_='

nampak tak aku punye ke'frust'an uh? kehkeh


p/s - perasan tak url kat atas tu macam saling berlawanan kan?ahaha..
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails